Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bicara Cinta


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Bicara Cinta


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka
telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanp berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. "Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu."

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu
sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua Bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. Cinta adalah keabadian, dan kenangan adalah hal terindah yang
pernah dialami. Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yang boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta!

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang
kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar
diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Cinta sesuatu yang mengasyikkan, ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta. Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa
menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.

Selangkah kita menghampiriNya seribu langkah DIA menghampiri kita. berbeza dengan cinta manusia.. semakin kita cuba menjejakinya semakin luas langkahnya meninggalkan kita.. kalau bertaut pun pasti terlerai, kalau terbina mahligai pun pasti bakal dicarinya insan kedua dan seterusnya... Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, karena cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan . (Al Hujwiri Kasyf Al-Mahjub )

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

giler...bapak pnjang post ko nie...dah macam rumusan dah nie hah...aku pun x tau nak komen ape cost akku x bace lagi....

__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..



Senior Member

Status: Offline
Posts: 389
Date:

oh,amirshah.dahlah ensem..puitis pulak tu..ko tak rasa tersaing ke bob?

__________________

why on earth people always do something stupid for the sake of love????



Super Member

Status: Offline
Posts: 1127
Date:

ha die tu adik kepade amirkhan..tula psl ensem.yg bob yoyo ni pulak abg kepade aizat af5 tu..
aku lupe dah bace ke belom cite ni..wat2 dah bace jela erk.klu bace lg kang,dah terbace dua kali lak.

__________________
aku x kaco korang berak,korang jangan kaco aku berak


Super Member

Status: Offline
Posts: 1268
Date:

sliparjepun wrote:

ha die tu adik kepade amirkhan..tula psl ensem.yg bob yoyo ni pulak abg kepade aizat af5 tu..
aku lupe dah bace ke belom cite ni..wat2 dah bace jela erk.klu bace lg kang,dah terbace dua kali lak.




ciper plak adik kpd tauke tandas awam.. biggrin



__________________
away 4 SPM.. wish me gud luck yep.. *takowt!


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:

Suatu hari cinta bertemu dengan rindu.. lalu cinta bertanya pada rindu "kenapa engkau mesti ada setelah aku ada" Rindu berkata "supaya orang menyedari kewujudan dirimu setelah mereka kehilangan"


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

whiterose wrote:

oh,amirshah.dahlah ensem..puitis pulak tu..ko tak rasa tersaing ke bob?




erm aku nie camner nak tersaing whitehorse oi...die pun pelajar aku tuh...die pun mintak kebenaran aku nak post semua resepi2 aku ttg cinta...so dah tentu aku nie jantan maskulin....

aku nie dah lah macho...hensem..cute....bergaya..baik budi..kaya plak tuh...
aku mnjadi idaman perempuan malaysia...

so ape nak dirisaukan...pelajar dan sifu bob die....



__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..



Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

sliparjepun wrote:

ha die tu adik kepade amirkhan..tula psl ensem.yg bob yoyo ni pulak abg kepade aizat af5 tu..
aku lupe dah bace ke belom cite ni..wat2 dah bace jela erk.klu bace lg kang,dah terbace dua kali lak.




erm seliper meh sini aku perbetulkan ayat ko di atas tuh....

memang lah amirshah tuh adik amir khan walupun die seiras2 bangali pun tapi perangai die tetap pengotor seperti mejilat hingus di waktu mkan...cungkil gig di khalayak rami..aku senagi sifu die dah bnyak menegur tapi memandangkan itu adelah sifat semulajadi die so aku dah x leh nak wat ape lah...

yg si aizat tuh..die pngil aku abg bukan aku nie abg kandung die..die klu nak diikutkan anak murid aku gak..satu batch ngan amir shah nie ko tnye lah die klu x caye..cume aku tmpatkan kan si aizat tuh kat kelas peralihan dulu...aku bg sie kelas diet yg sihat sebab xkan ade awek yg lekat ngan die lah klu penmpilan camtuh tapi memadangkan die x nak dgr cakp sifu sibuk nak masuk AF tuh kate nye klu masuk kat situ dah tntu bnyak awek yg akna terlekat punye lah...nak wat camner dah die set mind die camtuh...aku pun x leh nak wat ape lah....



__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 31
Date:

bercinta dan menyintai adalah fitrah manusia....hanya orang yang tahu menghargai cinta saja tahu apa itu cinta...bagi mereka yang suka memperlekehkan cinta adalah manusia yang tidak tahu berterima kasih atas nikmat yang di beri...

__________________
tuai padi antara masak...
esok jangan layu-layuan...
intai kami antara nampak...
esok jangan rindu-rinduan....
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard