Hujan turun dengan lebatnya..membantutkan hasratku untuk pulang ke kampung.Lama rasanya aku tidak pulang menjenguk ayah dan bondaku,rindu benar pada mereka.Ah!!!Terpaksa pula aku berhenti di perhentian bas ini...Leceh.Dalam kesejukan hujan aku sempat melihat jam tangan,menunjukkkan 7 petang.Hujan masih lagi turun.Dipondok bas ini hanya aku seorang yang tumpang berteduh..Ahh kalau aku tahu hujan akan turun baik aku balik esok..tapi mana boleh!
Tiba-tiba aku disapa seorang gadis, "Abang,sorang jer ke?" Aku mendongak dan melihat seorang gadis berdiri di hadapanku.
"Ahahh..."jawabku selamba. "Boleh saya duduk?" "Eh..boleh,saya tak kisah,"jawabku serba salah kerana tidak mempelawa gadis itu duduk tadi..Hilang pula kemachoan aku ni..Aku lihat gadis itu menahan malu apabila aku memandang ke arah tubuhnya yang kebasahan di timpa hujan tadi.
Aku memulakan perbualan kerana boring sangat.. "Err saya rasa saudari bukan orang kampung ni,saya tak penah nampak pun sebelum ni.Saya Zairul"kataku sambil menghulurkan tangan.
"Nama saya Zuraida..emm betul saya bukan orang kampung ni,saya orang Johor Bharu.Sebenarnya saya sedang menunggu kawan saya dari kampung seberang.kereta saya mengalami kemalamgan kecil di hujung sana,"katanya sambil menunjukkan ke arah yang dimaksudkan."Dah lama saya tunggu di pondok bas ni,nasib ada saudara..taklah takut sangat.."sambung Zuraida lagi. "Ah..hujan-hujan begini memang biasala eksiden nih..nak lak selekoh kat hujung jalan tu tajam..nasib baik saudari tak apa-apa.."balasku pula.
Siapa kata tak apa-apa..tengok nie..Sakitlah!!!Tolong bang..Zue sakit nih...iskkk!!Aku terperanjat kerana tiba-tiba Zuraida yang ku kenali sebentar tadi menangis teresak-esak menahan sakit.Ya Allah!!Apa dah jadi ni..wajah yang tadi comel dan ayu bertukar menjadi buruk dan bernanah.Suara yang tadinya halus kini bertukar garau dan menggilai dengan kuat!
Kepalaku seperti dihempap sesuatu dan semakin berat..Akhirnya aku tak sedar apa-apa lagi...
Apabila tersedar aku melihat bapa berada disebelahku.Katanya aku ditemui pengsan di pondok bas hujung kampung.Aku menjelaskan apa yang terjadi antara aku dan Zuraida..bapa hanya tersenyum dan mengatakan 3 bulan yang lepas telah berlaku kemalangan kereta di selekoh hujung kampung ..semua penumpang dalam kereta meninggal dunia dan paling teruk adalah mayat seorang gadis.Mungkin ini hanyalah permainan syaitan yang berusaha menyesatkan manusia.
Aku terkedu mendengar cerita itu dan padaku mungkin hantu itu adalah jelmaan Zuraida.
dear abg zairul.. tu la abg.. i suruh masuk minang i xmo.. bg alasan bz la ape la.. tp i tetap cinte kt abg jugak tau.. mase i xcdent tu i ngan famili i nk ondeway g umah mak apak abg la.. nk minang abg.. hehehe..