Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Info tentang tali gantung..seramnyer...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:
Info tentang tali gantung..seramnyer...


Tali gantung yang diimport diperbuat daripada tali jut yang paling bagus dan dibalut dengan kain lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga lebih kurang 4,000-5,000.Tali gantung yang diterima dari agemn pembrkal akan diuji ketahannya dengan mengantungkan patung seberat lebih 90kg selama lebih 72 jam.

Setiap tali gantung mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

"Setiap tali gantung kita terima ada perkiraanya.kita tidak boleh pilih terus dan pasang,ada cara-cara yang perlu di ikuti.Kita ada 4 jenis tali dan  kita pilih mengikut berat banduan,"kata Samuel.

Antara ciri utama tali gantung adalah tembaga pembunuh yang tujuannya untuk mematahkan tengkok banduan.

Apabila Rayuan Ditolak

Di Penjara Kajang,banduan yang akan dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi hingga hukuman dilaksanakan.

Mereka menghabiskan masa lebih kurang 23 jam sehari dalam sel dan hanya boleh meninggalkan sel selepas mendapat kelulusan pegawai bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan di Mahkamah Rayuan,Mahkamah persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan juga ditolak oleh Badan Pengampunan,Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu  tersebut nama banduan,nombor kad pengenalan,serta masa hukuman dijalankan antara jam 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

"Kita diberi satu jam untuk melaksanakan hukuman.Biasanya banduan beragama Islam,kita akan jalankan hukuman gantung pada hari Jumaat.Bagi yang bukan islam,waktunya lebih kurang sama cuma hari yang berbeza,"kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan,banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

"Biasanya banduan ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan kawalan ketat,dia tahu esok sesuatu yang buruk akan berlaku(digantung)"

Semasa banduan berada di dalam bilik pengarah,kaum keluarga yang biasanya dimaklumkan seminggu lebih awal akan menunggu diluar penjara untuk perjumpaan terakhir.Lazimnya suasana sedih dan pilu akan menyelubungi perjumpaan ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk hidangan terakhir bernilai RM 7.50.

Hari Penggantungan

Kebanyakkan banduan akhir yang digantung pergi dengan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

"Mereka yang rajin bersembahyang,tak kira mana-mana agama menunggu dengan tenang dan telah bersedia.Cuma ada beberapa orang saja yang terus menunjukkan kelakuan agresif."

"Ada sesetangah banduan merasa puas hati dan beritahu saya bahawa nasib mereka lebih baik dari saya kerana tahu bila mereka akan mati.Bila saya buka pintu untuk mereka ke bilik gantung,ada yang salam dan mengucapkan terima kasih.Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu mati,"cerita Samuel lagi.

Di hari mereka tahu mereka akan dihukum gantung,mereka meminta pen dan kertas untuk nota terakhir.

"Jangan ikut tabiat buruk ayah,"itu kata-kata terakhir seorang banduan yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

"Ada banduan yang beragama Islam hanya mahu memakai baju kemeja T dan seluar sembahyangnya,ada yang mahu pakai kot dan tali leher dan ada pula yang mahu memakai kasut berharga RM300.Mati penuh gaya,banduan itu berkata dengan jenaka."

Hukuman gantung pula akan dilaksanakan apabila semua pihak termasuk doktor dan pengarah berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman dilaksanakan.

Bila Pintu Perangkap Direngang.

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir akan berdiri renggang secara automatik apabila gear ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada satu ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan luasnya memecah kesunyian penjara.

Menurut Samuel,proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung menarik gear yang akanm antaranya membuka pintu perangkap  hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurutnya lagi kematian berlaku antara 30saat hingga 1minit dan banduan akan diturunkan dan diletakkan di atas troli setelah setengah jam dibiar tergantung.

--Raudhah.Com


__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

huhhh...nie bkn kisah tali gntung nie...tp nie kisah mcm kisah proses2 hukuman gntung nie....ngerinye...nsb baik nadia peluk aku dan bwak aku msk blik die mase aku nk g tikam rie ari tue....kalo x, rie SELAMAT, aku pn SELAMAT....

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 807
Date:

hoh...seram...seram...memang terasa keseramannya...tapi kenapa perlu dibiarkan banduan tu tergantung selama setengah jam baru nak diturunkan?konpius...konpius....

__________________

LuCkY - nO tImE fOr LoVe...



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

adakah tali gantung ni seseram dgn yg dialami wanita yg digantung x bertali???

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Senior Member

Status: Offline
Posts: 210
Date:

rasa mcm aku pplak yg kene gantung..
seramnya.
oleh itu kwn2..
jgnlah sesekali membuat jenayah..
byk dah contoh..

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 342
Date:

subhanallah.......moga di jauhkan didunia dan akhirat...amin..

__________________

CINTA TAKKAN DATANG KALAU TAK DI CARI,CINTA TAKKAN DAPAT KALAU TAK MEMBERI,HIDUP TANPA CINTA SEPERTI HIDUP TANPA CITA-CITA...



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

setau aku banduan 2 dibiar t'gantung slm stngh jam utk pasti'n yg dia btl2 dh mati..sbb ln xtau la plak...wink

-- Edited by nadia at 10:14, 2007-06-07

__________________
Aku IBU si Comel...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard