Sudah jadi kemestian buat Tina untuk pulang ke kampung sebulan sekali. Tapi sebenarnya kalau diikutkan hati mahu saja dia pulang menjenguk orang tua di setiap minggu. Namun apakan daya, perjalanan pulang yang mengambil masa lebih empat jam dan juga keadaan kerja yang tidak menentu jadualnya menghalang Tina berbuat demikian. Tina sebenarnya tidak sedap hati meninggalkan kedua ibu bapanya yang sudah tua sendirian, di kampung yang terletak di negeri pantai timur. Kerana itulah sekerap mungkin dia mahu pulang menjenguk mereka. Apatah lagi Tina sendiri cukup manja dengan keduanya.
Perjalanan pulang pada cuti hujung minggu kali ini memang menyeronokkan buat Tina terutama bila mengingatkan dia diberi cuti hingga hari Isnin, jadi dapatlah meluangkan lebih masa untuk ayah dan ibunya. Sambil menyanyi mengikut rentak lagu yang diputarkan di stesen radio kegemarannya, sesekali Tina mencuci mata melihat rumah-rumah kampung di kiri kanan jalan. Terasa tidak sabar pula untuk sampai ke kampung.
Tapi apapun Tina ingat akan pesanan ayahnya yang berkali-kali memintanya jangan sesekali memandu laju. Ayahnya cukup risau apabila Tina memberitahu bahawa dia akan pulang selepas tamat waktu kerja. Bimbang apa-apa akan terjadi dalam perjalanan yang sudah pastinya di tengah kegelapan malam.
Jam sudah menunjukkan pukul hampir pukul sembilan malam. Dia sudahpun melepasi lebuh raya dan kini memasuki jalan biasa. Walaupun pulang berseorangan dan suasana gelap namun dia tidaklah kalut kerana sudah biasa dengan jalan tersebut. Perjalanan ke kampungnya masih ada beberapa jam lagi, Tina tidak berhasrat singgah di mana-mana kerana mahu tiba seawal mungkin. Lebih-lebih lagi ibunya sudah tiga kali menghubungi telefon bimbitnya kerana risau. Bagaimanapun sesudah hampir empat jam memandu dan ketika melewati pekan berhampiran kampungnya, Tina tidak dapat mengelak untuk memberhentikan kereta. Rasa tidak tahan untuk ke tandas menyebabkan Tina berhenti di sebuah masjid di pekan kecil tidak berapa jauh dari kampungnya.
Masjid baru agaknya nih, tapi bulan lepas masa aku balik tak de pulak masjid ni. Ahh belasah lah, dah tak tahan ni, bisik hati kecil Tina.
Masjid itu seperti baru dibina. Cat putihnya masih menyerlah tanpa sebarang cacat cela. Masjid itu sederhana besar dan nampak cukup cantik diterangi cahaya bulan. Waktu Tina singgah ke masjid itu, jam tangannya menunjukkan hampir pukul 12.00 tengah malam tapi agak menghairankan Tina. Keadaan masjid terang benderang dan masih ramai lagi orang di dalamnya. Tina terus menuju ke bilik air yang terletak di luar masjid. Tak sampai lima langkah keluar dari bilik air itu, Tina terdengar suara memanggil namanya. Dia berpaling. Terkejut Tina melihat Mak Jah bersama cucu lelakinya yang bersekolah darjah satu, berdiri di belakangnya.
Tina, kau dari mana malam-malam buta ni? Tanya Mak Jah.
Baru sampai dari K.L. Mak Jah nak ke mana ni? Kalau nak balik mari saya hantarkan, pelawa Tina.
Tak mengapalah, Mak Jah jalan kaki saja, balas wanita yang berumur separuh abad ini.
Kalau gitu saya balik dululah, Mak Jah. Mak tengah tunggu kat rumah tu, risau pulak dia kalau lambat sampai nanti, kata Tina sambil melangkah ke kereta.
Timbul pula rasa pelik di hati Tina bila melihat Mak Jah dan cucunya yang berpakaian serba putih daripada tudung hinggalah ke kain. Tapi perasaan tersebut dibiarkan saja kerana fikirannya lebih banyak teringatkan rumah. Tidak sampai setengah jam dia sudah tiba di perkarangan rumahnya. Terasa lega hati, kerana perjalanan yang jauh berakhir jua. Seperti yang dijangka, ibu dan ayah menunggu kepulangannya.
Cepatlah masuk, dah pukul berapa ni! Kata ayah Tina sambil membantunya mengangkat beg dan juga buah tangan yang dibawa.
Lewat sikit singgah kat pekan sekejap tadi sebab nak ke tandas, jawabnya ringkas. Ayahnya cuma mengangguk. Masuk ke rumah Tina terus saja melabuhkan punggung ke kerusi rotan yang ada di ruang tamu.
Kot ye pun penat pergilah mandi dulu, bersihkan badan lepas tu barulah berehat, kata ibunya sambil menggeleng kepala melihat Tina tidak menyempat-nyempat untuk duduk berehat.
Kau singgah di mana tadi? tanya ayah Tina sambil turut sama duduk bila melihat anaknya berada di ruang tamu.
Ala dekat masjid baru kat pekan tu. Besar jugak masjidnya ye. Bila masjid tu siap abah, tak perasan pulak Tina, terangnya.
Masjid mana pulak ni, setahu abah tak ada masjid baru pun kat pekan tu. Yang ada cuma masjid lama dekat rumah kita ni aje. Kau singgah tempat lain kau kata dekat pekan, tu lah balik lagi malam-malam buta. Mana tempat berhenti pun dah tak perasan, bebel ayahnya.
Betul bah, saya berhenti masjid baru dekat pekan. Saya ingat lagi, siap jumpa Mak Jah dengan cucunya sekali kat situ, balas Tina.
Mak Jah dengan cucu dia? Ulang ayah Tina. Mak Jah dan cucunya dah hampir seminggu meninggal. Kemalangan dekat pekan waktu balik dari masjid, kata ayahnya dengan suara perlahan.
Tina terkejut. Peristiwa bertemu Mak Jah dan cucunya kembali bermain di fikirannya. Tina yakin orang yang ditemui di masjid memang Mak Jah dan cucunya dan masjid yang disinggahinya memang di pekan berhampiran kampungnya. Tapi bila mendengar cerita ayahnya, dia jadi bingung.
Habis siapa yang Tina jumpa tadi? Tanya Tina dengan wajah terkejut. Ayah dan ibu Tina hanya mendiamkan diri. Tak tahu apa jawapan yang harus diberi.
menyeramkan....ader can aku x singah memane da pas ni time balik memalam...menyeramkan nie...jmpe jiran...mujo aruah tu meningal time balik mesjid..kalo pas merempit xtau ar....
__________________
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda, jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki
takat nak respong cantek... cantek ... kat citer seram nih ... baek ler ko g daporepel ijo .. ko g parot epel ijo tu .. buat sagat ..pas tu jemor... pas tu hangkat .. esok jemor lagi... pas tu hangkat lagi .. jemo .. hangkat .. jemor hangkat .. jemor hangkat ,..... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....
iksh...pak badar ni... kot ya pun jadi pekerja kat ladang epal aku tu... xlah dok parut jemur epal ulang kali.. kan aku dah bagi waktu keja ikut ofis hour.... ni keja sampai tertido.... nanti kau cop aku majikan yg kejam pulak... iksh..iksh..sungguh x senonoh... aku comment cantek cantek cantek... maksudnya penulisan cerita die cantek... cukup pjg utk menaikkan nafsu seram aku... skrg ni byk cite seram yg dipost kat gc ni... tp naik meluat je aku baca... bape baris ayat je dah hbis cite....dah tu cite mcm cite dongeng... anak kucing aku pun mampu buat cite cmtu... tp yg ni ade ok skit.... xnak comment byk...aku ckp je la cantek... ringkas je..mksd pun sendat, ketat n padat... sekian terima kasih...
__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*
ehem2... cik ketupat dah start masuk line..... jangan pecayakan ketupat.... katakan tidak pada ketupat... yang ko pon apple sawan gorila ke pe nak selak spentot orang?
__________________
I LOVE ALLAH, I LOVE MY PARENTS, I LOVE MY DEAR, I LOVE MY SELF
ko ni oren... aku cuma nak bg lesson ckit kat epal ijo tu... lain kali jgn selak spentot org, kalau tak nak spentot kita kena selak... katakan tidak pd oren...
__________________
Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...
iskh....korang dua ni kan.. patut diharamkan... coz mane ade makanan yg bleh bercakap.. kalau ketupat n buah oren dah boleh bercakap maksudnya.. x bleh dijadikan makanan lagi la tu... dah...diam2...korang berdua... nanti aku kurung dalam balang baru tau.. nanti jadi pulak ketupat perisa oren..kuikuikui...
__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*
uyoooo ... cantik nyer penguin badot nieee.... ngeh ngeh ngeh ngeh (sambel pejam-pejam mater sebab sukaa sangat ,.......)
alahai pokoyo ... biler ler masa tok tok nie kawen ngan nenek ko ... ngeh .. ngeh ,..ngeh ....
mentang-mentang ler aku g belajor luar negeri dua taun setengah ,.... sedap-sedap jer korang bebudak kecit .... ketupat keledek.... oren kecut .. epel ijo ..pijie cengkudut ... oil cekonet .... bulie2 aku eh ...
suuinggggg ...... (efek aku baling sepetot kat bedudak kecit tu seme ...)
wa...wa...wa...wa...wa..wa....wa..wa..wa.......... (efek bebudak kecit yang aku high lightkan kat atas tu berlari2 anak sesama senirik ke kiri kanan atas bawah jalan raya kerana giler meroyan ... dasat kan ...kan ...kan .......)
heiii.. sape kate aku gila.. aku waras lagi nie... tengok..1+1+1=3 betol kan...kalau org gila x reti buat gitu tau.. tu tengok hujung sana tu... ape ke pedahnya si pijie, aweks...cokonet..oren..ketupat..main buka2 baju.. iiskh...x senunuh betul...tu semua aksi ganas.. badottt..tutup mata..jangan nengok..nanti ketumbil tumbuh..hahhaa
__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*
kalo tumbuh ketumbit .. senang jer ... aku bagi ler kat epel ijo dua tiga bijik ... yang lebihnya aku jual ... leh juga support anak aku bli brg sekolah diarang ... ngeh ... ngeh ...ngeh ....