Selesai mengaminkan doa Azizul pantas menuruni anak tannga surau untuk pulang ke rumah.Dia perlu segera sampai di rumah untuk menolong isterinya menyiapkan nasi lemak dan kuih muih sebagai sumber rezeki mereka.
Tidak sampai hati dia membiarkan isterinya hanya seorang diri menyiapkan itu ini sedangkan usaha itu dilakukan untuk menambahkan pendapatan mereka.
"Hai Zul awal lagi takkan dah nak balik..marilah berborak dulu"sapa tapa apabila melihat Azizul sudah berada di atas motor. "Tak bolehlah Pa..aku kena balik nak siapkan nasi lemak dan kuih-kuih tu..sian bini aku buat keje sorang-sorang,bukan macam korang"balas Azizul.
"Ha jaga-jaga sikit Zul kang terjumpa langsuir"celah Nordin cuba menyakat . "Ala Din tu cite zaman pelita minyak tanah,skang zaman moden..mana ada lagi semua tu"
"Cakap besar nanti jumpa baru tau!"dalam deruman enjin motorsikalnya Azizul masih dapat mendengar tempelakan Nordin kepadanya,tapi dai buat tak tahu saja.Malas nak melayan kerenah mereka.Yang penting dia segera sampai di rumah.
Dia bukan mahu cakap besar,sudah berbulan dia berulang alik ke kawasan perumahan Taman Sejati untuk menghantar kuih kepada penjaja di situ dan acapkali itulah juga dia melalui selekoh Tok Soh yang dikatakan keras dan langsuir menjelma disitu.Namun dia tidak pernah terserempak.Acapkali juga telinganya mendengar cerita berkenaan lengsuir di situ namun apabila ditanya kepada yang membawa cerita mereka menafikan pernah menjumpainya sendiri.Sekadar mendapat cerita dari orang lain.
Jadi pada Azizul cerita itu sekadar dibuat untuk menakutkan orang yang melalui selekoh itu pada malam hari.
"Esok pagi abang keluar awal sikit"kata Azizul pada isterinya ketika sedang memotong daun pisang untuk dijadikan pembungkus nasi lemak. "Kenapa pula?Kan masih sempat abang keluar macam biasa?"tanya isterinya dari sudut dapur.
"Bos abang tu asyik pandang abang semacam jer kebelakangan ni sebab kerap sangat abang lewat" Azizul bekerja sebagai tukang kebun di sebuah loji air di pinggir pekan Sungai Petani.
Azizul sedar setia pagi dia berkejar menghantar kuih ke Taman Sejati yang jaraknya 13 kilometer dari rumah kemudian berpatah balik untuk menghantar anakanya ke sekolah.Selepas itu barulah dia dapat bertolak ke tempat kerja.Memang setakat ini bosnya belum bersuara tapi sekadar menjeling,jadi faham-fahamlah maksudnya itu.
Keesokkan hari awal-awal pagi lagi Azizul telah bersiap-siap memasukkan nasi lemak ke dalam bakul sementara isterinya subik menggoreng karipap di dapur. "Awal sangat ni bang,jalan raya masih sunyi lagi"isterinya menyuarakan kebimbangan.
"Dah pukul 5 awal ape lagi,van kilang pun dah keluar amik pekerja masa ni.Dahla mintak kuih tu"balas Azizul sambil mengikat raga di pelantar motornya.
Azizul menhidupkan enjin motornya dan meredah kegelapan pagi untuk ke Taman Sejati.Memang benar kata isterinya jalan masih sunnyi.Tiada satupun van kilang yang berselisih dengan pagi itu.Rupanya hari itu hari Ahad,semua pekerja kilang bercuti.
Pagi itu suhu amat sejuk membuatkan Azizul mengeletar kesejukan.Pandangannya terhad kerana cuaca berkabus.Namun dia tidak berani menambah kelajuan motornya kerana bimbang terlanggar lembu-lembu yang mungkin tidur di tengah jalan raya.Biasanya lembu itu gemar tidur di atas tar untuk memanaskan badan.
Ketika melewati Selekoh Tok Soh seorang gadis menahan motorsikalnya.Azizul memberhentikan motornya di hadapan gadis itu.Pada fikirannya mungkin gadis itu pekerja kilang yang keluar untuk bekerja pada hari minggu bagi mendapatkan duit lebih.
"Nak beli kuih?" Gadis itu mengangguk,baunya sungguh harum.Namun Azizul tidak ambil pusing kerana padanya gadis dan wangi-wangian memang tidak dapat dipisahkan.
Azizul sudah lali dengan bau pewangi gadis pekerja kilang apabila mereka singgah di gerai tempat dia meletakkan kuih.Bila lima gadis turun serentak bau wangi itu takkan hilang walaupun van kilang telah berlalu pergi.
Oleh kerana suasana masih gelap Azizul mennyalakan lampu suluh yang dibawanya bagi membolehkan gadis itu memilih kuih yang dikehendakinya.Gadis itu mencapai plastik yang tersangkut di raga motor lalu mengambil 2 bungkus nasi lemak dan 3 ketul kuih seri muka.
"Dua ringgit semuanya"kata Azizul.Gadis itu menghulurkan dua keping wang kertas dan berlalu pergi.Azizul memasukkan wang itu ke dalam kocek seluar sebelum meneruskan perjalanannya.
Ketika mebuat pusingan dia sengaja menghalakan cahaya lampu motornya ke arah gadis itu.Boleh tahan cantiknya,getus hati Azizul.
"Cuti-cuti pun kerja juga?"Azizul sengaja melontarkan soalan itu.
Tetapi tidak dibalas,hanya senyuman yang terukir id bibir.Azizul kembali meneruskan perkjalananya.Dalam hati terdetik betapa beraniya gadis itu menunggu van kilang dalam kegelapan malam di tengah-tengah kebun getah pula.
Biasa dia melihat gadis menunggu van kilang di awal pagi seperti itu tapi mereka tidak berseorangan,biasanya berkumpulan atau ditemani oleh seorang lelaki.
"Jangan-jangan itu langsuir yang dikatakan Nordin semalam" "Ah mengarut jer,kalau langsuir pasti dia dah pamerkan muka sebenar masa aku berenti tadi.Takkan langsuir nak makan nasi lemak.Kuih seri muka tu nak buat tambah seri muka dia ker?"kata Azizul seorang diri sambil tergelak kecil.
"Awal pagi ni?"tegur penjaja menyedari dia tiba awal dari kebiasaan.
"Nak cepat Bang Man.Hari ni kuih seri muka kurang 3 ketul dan nasi lemak kurang 2 bungkus,ada orang beli tengah jalan tadi."Beritahu Azizul sebelum meninggalkan tempat itu.
Azizul bergegas pulang ke rumah untuk menghantar anak ke sekolah pula.Dia mengerjakan solat Subuh sambil menunggu anaknya menyiapkan diri.
"Ayah ,mak suruh minta duit belanja dengan ayah sebab hari ni mak takde duit kecil,"katanya anak sulungnya apabila mereka tiba di depan pintu pagar sekolah.
Azizul menyelok kocek seluarnya untuk mengambil duit 2 ringgit yang diberikan oleh gadis pagi tadi.Tapi dia hairan tiada duit cuma daun getah kering 2 helai terdapat disitu.Tercenggan seketika Azizul dibuatnya.Merasa tak puas hati dia menyeluk pula kocek sebelah lagi,kosong.
"Dari mana datangnya daun getah ni,seluar ni baru aku keluarkan dari almari,"akalnya ligat berfikir.
Sesusuk tubuh gadis tadi terbayang di matanya.Barulah dia sedar gadis tadi bukan gadis biasa,mungkin jelmaan langsuir.Buktinya 2 helai daun kering ditangannya kini.
Seminggu juga Azizul dilanda demam terkejut dan selepas kejadian itu dia tidak akan keluar menghantar kuih selagi belum jam 6 pagi.
klo dah ade sory erk...
__________________
aku manusia takut ke neraka... namun aku juga x pantas ke syurgaMU..
pandai abang king ni nasehat orang padahal bru je post mende 80an yang da ada org post.nak kena gantung mandatori abang king ni..repot kat jabatan pendidikan kang baru tau..