Shahirah menunggu seperti biasa.Lazimnya tepat jam 12malam dia akan bertemu Hazlan di IRC.Itulah kawan karibnya sejak di mengenali dunia chatting.Pada mulanya dia memang kurang percaya dengan pegunjung di Irc kerana pada pendapatnya mereka boleh menyamar pada bila-bila masa.Tapi berlainan dengan Hazlan,dia dapat merasakan Hazlan jujur dalam banyak perkara.Mereka belum pernah bertemu tapi kerap berbual di telefon apabila tidak berchating.Namun malam ini berbeza,Hazlan tidak muncul seperti biasa.Hazlan biasa menggunakan nama 'hensemboy' manakala Shahirah menggunakan nama 'nurheart'.
Namun malam ini nama Hazlan tidak muncul,Shahirah kecewa kerana Hazlan mungkir janji untuk bertemunya di Irc.Dia meninggalkan kafe siber dengan hati yang kecewa.Selang beberapa malam kemudain Shahirah sekali lagi mengunjungi Irc,hajat utamanya ingin bertemu dengan hazlan yang telah beberapa hari tidak menghubunginya dan jauh sekali untuk memohon maaf atas perbuatannya memungkiri janji beberapa malam lepas.Hampir sejam dia berbual dengan rakan yang lain tapi Hazlan tidak juga muncul.Pada mereka juga dia bertanya adakah Hazlan berchating beberapa hari yang lepas namun mereka juga mengatakan bahawa hazlan sudah lama tidak muncul.Tepat jam 12.30 malam Shahirah nampak nama 'hensemboy' muncul,lantas dia menyapa nama itu.
Pertanyaan Shahirah tergantung di situ,Hazlan sudah tidak menjawab pertanyaan.Dai terus menunggu dengan sabar tapi Hazlan tetap juga tidak membalas,panggilan yang dibuat ke telefonnya juga tidak berbalas.Shahirah meninggalkan kafe siber dengan perasaan kecewa.
Kenapa dengan kau Ira?"tanya kawan biliknya,Samirah apabila melihat dia melangkah lemah ke bilik malam itu."Aku tak faham betul.Kenapa Hazlan tiba-tiba dingin dengan aku?Aku rasa aku tak pernah buat apa-apa yang menyakiti hati dia." "Kan aku dah kata,jangan pecaya sangat dengan pengunjung Irc tu,mereka boleh menyamar bila-bila masa.Aku dah pernah nasihatkan kau,jangan terlalu rapat dengan dia,nanti kau kecewa,"balas Samirah."Aku dapat berbual dengan dia malam ni,tapi tiba-tiba jer dia hilang.Aku risaula Sam."Samirah mendiamkan diri seketika.Sejurus dia mencadangkan agar Shahirah menghubungi rumah Hazlan,agar perasaan gundahnya hilang akibat sikap pelik Hazlan itu.Shahirah bersetuju,dia bercadang untuk menghubungi Hazlan malam esok selepas tamat kelas malamnya.
Keesokkannya selepas tamat kelas malam,Shahirah singgah di kafe siber.Hajat hatinya mahu bertemu Hazlan andai dia masuk di Irc sebelum menelefon rumahnya.Hatinya gembira bila ternapak 'hensemboy' menegurnya dahulu.
Hensemboy:Ira..awk mrh sy ker? Nurheart:Sapalah sy nk mrhawk Lan..knp awk mcm mahu x mahu jer b'bual dgn sy? Hensemboy:Sy bkn lg spt dl..tp perasaan sy pd awk msh sm.Sy sdh sbb lps ni sy xdpt b'bula dgn awk spt dl. Nurheart:Knp? Hensemboy:Sy kemalngan mlm yg sy b'jnji mahu b'temu dgn awk di Irc..awk ingt x? Nurheart:Awk teruk ker? Hensemboy:Teruk sangat..sy hlg byk drh..sy tercampak dalam semak & sy cb ccr jln keluar.Dgn rs skt amat sgt,sy t'tnggl di tepi semak batu6. Nurheart:Siapa yg membantu awk?Skang awk dimn? Hensemboy:Tiada siapa yg membantu sy,skang sy msh disini. Nurheart:Maksud awk? Hensmeboy:Sy dah meninggal Ira..bantulah sy Ira..Tolonglah cri sy,sempurnakan mayat saya.Tolongla Ira.
Shahirah tersentak lalu meningalkan komputer dengan rasa takut amat sangat.Dia terus berlari ke pondok telefon berdekatan untuk menghubungi rumah Hazlan.Memang hazlan suka bergurua taoi gurauannya malam ini amat menyeramkan.Terdengar deringan telefon di rumah Hazlan dan satu suara wanita menjawab.
Apabila ditanya,wanita itu memberitahu dia adalah kaka Hazlan.Setelah memperkenalkan diri Shahirah terus bertanyakan Hazlan.Tiba-tiba wanita itu menangis teresak-esak.Katanya sudah lima hari Hazlan tidak pulang ke rumah.Laporan polistelah dibuat namun Hazlan tetap juga tidak ditemui.Degan suara bergetar Shahirah memberituahu kaka Hazlan agar mencari hazlan di semak Batu 6.Lantas dia meletakkan telefon dan air matanya turun mencurah-curah bercampur sedih dan takut
Keesokan harinya cerita mengenai Hazlan tersebar di akhbat.Mayat seorang siswa berumur 25 tahun ditemui dalam semak di Batu 6 dengan keadaan cedera parah dan mulai membusuk.Motor yang ditunggangnya tercampak dalam gaung dan ia dipercayai kes langgar lari.Shahirah melipat akhbar tersebut.Dia bertekad tidak mahu mengunjungi Irc lagi.Dlam diam dia yakin Hazlan menyanyanginya kerana dalam keadaan begitu Hazlan masih cuba berbual dengannya walaupun untuk memberitahu bahawa dia telah tiada.
huuuyooo...gile la..aku prnh gak dgr cite yg mcm nie.. xtau la btl ke x..nnt aku posting... kalo tetibe jer nadia ngn aku jd spt diatas... nescaya aku xbkk forum GC ni dah....
citer nie seakan2 citer 'dialah di hati',tapi nama laki tu bkn hazlan tapi ariff pkai nic name m...(lpa dah la),anak pakcik reset otromen.. umur 23 bkn 25..pastu ariff da kmbar nama ajip,besttlaaa citer tuuu