Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Dari Hawa Untuk Hawa..Pedoman Buat Adam


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:
Dari Hawa Untuk Hawa..Pedoman Buat Adam


Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datang sinar Islam,kita dizalimi,hak kita dicerobohi,kita ditanam hidup-hidup.Tiada penghormatan secebis dari kaum adam.Kita hanya sebagai alat untuk memuaskan nafsu mereka.Tapi bila rahmat Islam menyelubungi alam,bila sinar Islam menyinari dunia,darjat kita diangkat,maruah kita terpelihara,kita dihargai dan dipandang mulia,dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik perhiasan di dunia in melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Mengapa engkau tidak menghargai nikmat iman dan Islam itu?Kenapa engkau engkar dalam mentaati ajarannya,kenapa masih segan mengamal isi kandunganNya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia,sedarla hawa bahawa kamu bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni  yang soleh solehah,kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi sokongan dan dorongan pada suami sejati yang dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi hawa jangan sesekali kau menggoncang lelak dengan lembut tutur mu,dengan ayu wajahmu,dengan lenggok tubuhmu.Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.Jangan hawa,jangan sesekali menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu.Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu kerana aku khuatir ia menggundang kemurkaan dan kebencian Allah.Tetapi ia emeberi kegembiraan pada syaitan,kerana wanita adalah jala syaitan,yang dieksplotasikan untuk menyesatkan adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja jadilah anak yang soleh buat kedua ibubapamu,andai engkau sudah bersuami,jadilah isteri yang meringankan beban suaminya,andai engkau seorang ibu didiklah anakmu menjadi pejuang Ad-din.

Hawa,
Andai engkau belum kahwin,janganlah engkau risau jodohmu,ingatlah janji tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki,jangan memakai pakaian yang menampakan susuk tubuhmu hanya kerana menarik perhatian kaum adam,kerana engkau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati,dari senyum membawa ke salam,dari salam membawa ke pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksian,lelaki yang warak tidak memilih wanita melalui keayuanya,kemanjaanya  serta kemampuannya menggoda iman lelaki.Tetapi hawa,lelaki yang baik menilai wanita dari akhlaknya,peribadinya dan Ad-dinnya.Lelali yang baik tidak menginginkan pertemuan dengan seorang wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan menggodanya.Lelali yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu matlamat hubungan antara lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu,jagalah pakaianmu,jagalah akhlakmu,jagalah agamamu,kuatkan pendirianmu.Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwa,
biarlah cinta ibubapa memberi kehangatan dalam hidupmu,cukuplah hanya cinta adik-beradik dan keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Duhai Hawa,
Cintailah Allah saat susah dan senang kerana Allah akan memberikan cinta dari orang yang juga mencintaiNya.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan mendapat keredhaan.Cintailah keluargamu kerana mereka memberi kebahagiaan
kepadamu.

Hawa,
Ingatan yang terakhir,biarlah tangan yang mengoncangkan dunia itu bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi.Jangan sesekali tangan itu juga yang mengoncang iman kaum adam,kerana aku sukar menerimanya..dan aku benci mendengarnya...

Dari Hawa untuk Hawa


__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

"Andai engkau belum kahwin,janganlah engkau risau jodohmu,ingatlah janji tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki,jangan memakai pakaian yang menampakan susuk tubuhmu hanya kerana menarik perhatian kaum adam,kerana engkau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati,dari senyum membawa ke salam,dari salam membawa ke pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan menguasai diri"...bagus untuk kesihatan ni...

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksian,lelaki yang warak tidak memilih wanita melalui keayuanya,kemanjaanya serta kemampuannya menggoda iman lelaki.Tetapi hawa,lelaki yang baik menilai wanita dari akhlaknya,peribadinya dan Ad-dinnya.Lelali yang baik tidak menginginkan pertemuan dengan seorang wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan menggodanya.Lelali yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu matlamat hubungan antara lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

-->tpi zman skrng byk kaum adam,memilih paras rupa

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu,jagalah pakaianmu,jagalah akhlakmu,jagalah agamamu,kuatkan pendirianmu.Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwa,
biarlah cinta ibubapa memberi kehangatan dalam hidupmu,cukuplah hanya cinta adik-beradik dan keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

--->dgr tu pinces...aku tau ko slalu pakai skirt...myniam bgtau...

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

ha.pitnah la aku ni..beso dosanya Mat..cam ko bunuh orang..mana hada aku ckp..kan aku cakap pinses masuk keja lambat sbb basuh telekung...mana ada aku ckp pinses pakai skirt..yang pkai skirt kaler merah tu si Gab...

__________________

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard