Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ® LELAKI MELAYU!!! Baca ni....
Adakah Gabriel Lelaki Melayu Bermasaalah? [20 vote(s)]

Ya, benar sekali, beliau mempunyai masalah kudis pada ketiak
10.0%
Tepat sekali, masalah gay beliau tidak dapat dibendung
25.0%
Setuju!! ayam dikampung saya habis dialgorithma nya...
15.0%
True-true.... gab lelaki yang mempunyai masalah berak tak lawas
5.0%
Bener sekeli..... wak sokong beliau mempunyai masalah jantina
0.0%
Pernah saya nampak beliau bercakap dengan kepala paip, masalah mental tu
10.0%
Berkata benar walaupun pahit, gab memang punyai masalah perutnya yang boroi
25.0%
Betul wooo!!! Semalam saya nampak dia masuk Klinik Masalah sakit Tuan...
10.0%


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:
® LELAKI MELAYU!!! Baca ni....


Pada 22 May 2007 aku tertarik dengan satu surat di dalam Forum Utusan yang datang dari seorang pelajar yang belajar di luar negara bernama Akmal. Gadis ini mempersoalkan sikap remaja melayu dan juga lelaki melayu di malaysia...


Lelaki Melayu bermasalah?

Pada ketika Wawasan 2020 hanya tinggal 13 tahun sahaja lagi, saya percaya kita semua harus bekerja kuat pada masa ini. Namun, saya berasa kecewa dengan sikap kaum lelaki Melayu di negara ini.

Baru-baru ini, saya dan beberapa orang rakan perempuan melalui Stadium Hoki Jalan Pantai Bahru di Lembah Pantai. Pada masa itu, ada sekumpulan pelajar lelaki sedang berehat di tepi pagar dengan hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Saya percaya mereka adalah pelajar sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.

Sudahlah tidak berpakaian dengan sopan, mereka tanpa segan silu bersiul dan cuba mengganggu kami. Entah apa agaknya di fikiran mereka. Mereka ingat lulusan luar negara seperti kami ini berminat hendak berkenalan dengan budak sekolah yang belum habis belajar seperti mereka.

Saya dan kawan-kawan sebenarnya sudah banyak kali diganggu lelaki-lelaki muda tidak bertamadun seperti ini dan berasa sangat sakit hati setiap kali diganggu seperti itu. Kadang-kadang, yang mengusik itu hanya berpakaian compang-camping dan kotor, berbau seperti sudah 10 tahun tidak mandi dan kelihatan seperti penagih dadah pun masih berani mengganggu anak gadis orang.

Pernah suatu ketika saya berada di Bangsar, saya nampak seorang lelaki berpakaian selekeh dengan rokok di tepi bibirnya mengganggu dua orang pelancong wanita berbangsa Inggeris yang hendak ke restoran mamak di situ. Dua pelancong wanita itu kelihatan takut, lalu beredar dari situ dengan segera. Barangkali niat mereka untuk mencuba makanan mamak, terbatal.

Saya berpendapat, sikap lelaki Melayu tidak berubah walau betapa maju pun negara kita. Mereka masih beranggapan wanita perlukan mereka dan mereka tidak peduli untuk memalukan diri sendiri dengan berperangai seperti itu.

Banyak pelajar perempuan di universiti enggan bekerjasama dengan pelajar lelaki kerana mereka merasakan pelajar lelaki memang tidak boleh diharap. Walaupun mereka lulusan luar negara, kerap kali pelajar lelaki kaum lain jauh lebih baik daripada pelajar lelaki Melayu.

Diganggu

Saya menetap di luar negara selama dua tahun ketika belajar di sana dan dalam tempoh itu, saya tidak pernah diganggu walaupun berjalan seorang diri pada pukul 2 pagi pada malam Sabtu. Sebaik sahaja pulang ke Malaysia selama dua bulan ini, sudah ada tiga lelaki Melayu yang berperangai seperti sampah, bersiul dan mengganggu saya yang berjalan di pesiaran kaki di ibu kota. Setelah pulang dari luar negara, saya berpendapat lelaki-lelaki Inggeris lebih bersopan santun daripada lelaki Melayu, sekalipun kita selalu berpendapat mereka itu tidak bermoral. Saya tidak pernah disentuh walau seinci pun oleh lelaki-lelaki Inggeris.

Saya pernah menghadiri sebuah parti untuk mengumpul data kajian saya dan saya tidak dipaksa minum arak, sekalipun arak dihidangkan di parti itu. Setelah melihat sendiri budaya dan cara hidup bangsa Inggeris yang selalu kita katakan tidak bermoral, saya berpendapat sebenarnya mereka jauh lebih baik daripada lelaki Melayu.

Golongan wanita tidak kira daripada bangsa apa pun, lebih selamat berada di kalangan lelaki Inggeris daripada bersama lelaki Melayu. Sekumpulan lelaki Inggeris pun tidak pernah menimbulkan sebarang gangguan. Tetapi kalau lelaki Melayu, seorang pun cukuplah untuk menimbulkan masalah.

Saya tidak faham mengapa lelaki Melayu mesti berkelakuan begitu buruk sekali. Fikirkanlah. Lelaki Melayu di Kuala Lumpur pun berperangai seperti ini, bagaimana di kampung-kampung? Budak-budak sekolah semuda 16 tahun sudah pandai mengusik anak gadis orang, bagaimana sikap mereka apabila dewasa kelak?

Janganlah harap mereka akan berubah sendiri apabila dewasa kerana lelaki seperti mereka inilah yang akan mengabaikan keluarga mereka kelak. Seorang ilmuwan pernah berkata; Jika hendak tahu keadaan masyarakat pada zaman hadapan, lihatlah anak-anak muda hari ini.

Jika perempuan boleh dilatih sejak kecil untuk menguruskan rumah tangga, kenapa tidak lelaki juga dilatih bertanggungjawab? Kerap kali kita mendengar golongan tua meleteri gadis-gadis muda, Kalau tidak tahu masak macam mana nak kahwin? Kenapa tidak katakan perkara yang sama kepada anak-anak lelaki? Kenapa tidak ada yang berkata, Kalau perangai macam sampah, macam mana hendak kahwin?

Saya hendak berterus-terang; saya sudah bosan dengan sikap lelaki Melayu yang terus-terusan menimbulkan masalah dan sentiasa juga enggan mengaku itu ialah masalah mereka. Malah, mereka tidak pun berasa malu mempertanggungjawabkan orang lain atas masalah mereka.

Atas tujuan mewujudkan persekitaran yang lebih selesa untuk wanita supaya mereka bebas keluar masuk rumah mereka, saya mencadangkan agar lelaki-lelaki yang bersantai di tepi jalan yang mengusik anak-anak gadis didakwa atas kesalahan melakukan gangguan sosial.

Mereka ini perlu diajar menghormati wanita. Wanita bukannya bodoh seperti dahulu. Yang bodoh sekarang ini ialah lelaki Melayu, kerana tidak tahu memanfaatkan keadaan negara yang aman dan makmur ini.

Barangkali saya bersikap terlalu cauvinis wanita. Tetapi saya percaya cauvinis wanita tidak akan wujud jika puncanya tidak ada. Fikirkanlah. Lelaki Melayu sudah semakin terpinggir. Masihkah kita mahu berpeluk tubuh?

AKMAL FAIRUZ,

Victoria University of Wellington,

New Zealand.



Walaupun aku tak sokong 100% apa yang gadis ni cakap, namun kita laki2 kat malaysia ni harus juga ambil iktibar, tambah-tambah kepada adik-adik aku yang menjadi ahli dalam GC ni... aku harap korang jadi pemimpin yang hebat pada masa akan datang...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

aku sokong pe yg akmal fairuz ni luahkan, tp bahasa dia kesat.. bukan suma laki melayu cam 2..lg 1 x payah lah nak agung2 kan sgt laki inggeris coz bukan suma laki inggeris baik..
kita x leh nak klafikasikan seseorg dgn bangsa.. setiap individu berperangai berbeza bukan ikut bangsa.
ni suma berkaitan dgn mentality kelas pertama,dia org dah capai tp kita still usaha utk mencapainya..kalo kita tgk, laki melayu y berpelajaran x mcm ni.. tp majority laki kat KL mmg cam ni..so utk suma org laki, tukar lah attitude yg x baik.. apa yg gadis ni ckp jdkan sbg cabaran utk korg..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

tu lah... si akmal fairuz ni kene kacau kurang dari 10 orang lelaki... dah nak kecoh.... tapi ayat yang dia kene kacau tu aku tak pandang sangat.... ayat yang lelaki melayu berperangai buruk tu aku highlight...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

aku sbg lelaki amt xsetuje ngn cik laila...jgn slh laki jer...prmpn pon ade yg xelok gak...korg tgk la skrg byk prmpn yg smoking...memg laki pon smoking...tp laki smoking normal..even pak imam masjid pon ader yg smoking...tp prpmpn yg ahli masjid(yg slalu pegi masjid la..) ade xyg smoking????ape pndgan korg kalo tgk prmpn smoking...mesti die nie rosak akhlak..kompom...

nk slhkn mane2 pihak pon xblh...kalo ikt slh sume slh..cekgu??slh la, sbb xb'jy mendidik pelajar2 die...makbapak???slh gak, didik agama xcukup???kerajaan???pon slh, name jer negara islam, tp hukum hudud xdijlnkan..kalo ade hukum hudud..nescaya bende2 mcm ni xkan jd...

hukum hudud, hukum yg ditulis dr al-quran...al-quran, dh t'nyata sesuai untk mane2 zaman pon...

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

aku dah dok KL 20 thn, x de lah slalu kena kacau..skrang yg tgh aku fikir sama ada aku nie huduh or akmal rizal ni pakai seksi..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

yup tul tu lela,xsmua laki melayu ni pngai buruk
sekadar kacau2 jer,kalo btl2 xnak pnyerlaaa
bab aku pnah test kat kwn aku,zamani nama dia..
dlm kelas sllu kaco2 aku,aku pon da rimas sgt
aku pngil nama dia,pastu aku tenung dia lama2
gan gaya2 mngoda....korg taw apa yg terjadi
trus dia kuar kelas,sbnarnye laki mlayu nie
kacau jus nak ske2 sajer...kalo pmpuan xlyan
abis kat citu jerlaaaa..

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

tu la.... tapi aku highlight kan lelaki melayu bermasalah ni ialah mat rempit.... diorang ni persis apa yang akmal rizal ni cakap... mat rempit kan selamba.... so tu yang aku pesan kat adik2 aku tu.... nak enjoy.. boleh enjoy... tapi ingatlah, peluang keemasan kat malaysia ni sedang direbut oleh bangsa lain... fikir2 lah....



err lailatul... cuba ko pakai singlet je jalan2... gerenti aku ngorat ko sampai kita ke jinjang pelamin atau ke jinjiang, selangor....

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

aku kuar pakai singlet?? ko biar bonar rie, sebelum ko ngorat aku sampai ke jinjang pelamin or selangor.. abg aku dah heret aku ke lubang kubur.. mat rempit mmg prob besar kita.. jgn lah korg terlibat.. kwn aku seorg meninggal pasai mat rempit ni. sasuke betul pe yg ko ckp, diaorg kaco sbenarnye x de niat.. yg ada niat 2 namanye progol bersiri..

Aku x puas ati gan si mat.. sapa ckp laki smoking 2 normal? x kira jantina, smoke 2 perbuatan sia2.. kalo pompuan smoke ckp rosak akhlak, abis 2 kalo laki smoke rosak pe lak?
bg aku x kira laki or pompuan smoke, diaorg tergolong dlm org2 y kureng bijak..berhabis duit je..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 1849
Date:

lain org lain pendapatan nye.. cth nye mcm rie..pendapatan beliau hanye la brpe kupang saje dlm sebulan..lain la aku..pendapatan cecah rm juta2 dlm sebulan..
erkkk..aisehh..salah tatabahse plk..korang cte pendapat kan?? hehehe..

lain org lain la pendapat nye.. ade sestgh pihak tu ckp je pandai..tp habuk pong tarak..sekian mekaceh..

__________________
kalau kaktus itu aku..ku bilang kalau..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

bb mrokok mmg ssh,mcm aku laa da tgk citer mr.bean
susah nak brhntiii muahahahaha,gan ingat aku ssh nak
berhnti isap rokok plk,bau asap rokok nie mmbuatkan aku
dahaga air xtaw naper???mat rempit nie satu,xsyng nyawa btl la,
kalo xsyng nyawa skali pon,syngkanlah mak bapak,akai xda ka???
kalo race mcm motorgp xpa la gak...mcm shahrul yuziii tuuu
kalo sbut jer mat rmpit,sgala gejala sosial ada kat nama tuu


__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 847
Date:

true.. true.. aku pun selalu kena kaco mcm si akmal.. entah ape pekdah la dorang dpt kalo kaco pompuan lemah mcm aku ni.. kalo setakat kaco je takpelah.. ni siap ikut sambil berlari lari anak ke arah aku.. haaaaaa.. ade org ikut aku laaaa.. jangannnn... jangan perapa apakan saya.. saya masih suci lagik.. tidakkkkkk!! hoh?!! wooooo... abg gab rupanya yg kaco2 aku dr tadik.. nak ajak gi jogging.. kus semangat.. ingatkan perogol bersiri tadi.. maaf  yer tersalah sangka..

moh la kita gi tasik perdana.. biggrin

__________________
Kiss me when i cry.. Bless me when i die..


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

hoh fie ni... sentiasa aje membangkitkan napsu amarah aku... kan aku dah haramkan ko berjogging ngan si tenuk tu... kenapa ko masih berjogging ngan beliau?


(kata rie pada seekor kambing yang disangkanya fie)

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1257
Date:

Aku pon ada member pompuan melayu yg memang x suker lelaki melayu..Kata beliau mostly lelaki melayu ni poyo dan x layak dibuat suami. Buktinya beliau menikah dgn lelaki keturunan Cina..
Tapi apapon dlm yg buruk ada baiknya..Bukan semua lelaki melayu x boleh diguna pakai TETAPI andaikata gejala2 sosial dikalangan lelaki melayu x dibendung segera, ada kemungkinan lelaki melayu yg layak disanjung akan pupus satu hari nanti.

Anyway, bg aku lelaki melayu tetap top one dlm carta utk dibuat suami..
bravo..bravo..

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

salam kepada semua warga gc...

berkenaan gan perdebatan kite ttg laki melayu nie..adakah berpunca dari lelaki melyu asli atau lelaki melayu kacukan...

aku tidak menafikan sesetegh pihak..kadang2 kite x tahu yg mana buruk dan yg mana cantik...
cube bayang kan jika semua wanita melayu berfikiran macam akmal fairuz nie..apekah nanti di wawasan2020 tiada lagi melayu asli...adekah semua nye melayu kacukan..

bayangkan jika pempuan melyu kahwin gan laki cina or india,
laki melyu dah tentu akan kahwin gan pompuan cina or india,
ape lak jadi nye gan anak mereka tuh...

renungkan..

sesunguhnye yg baik itu datang nye dari ALLAH S.W.T dan yg buruk itu datangnye dari kite semdiri...

__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

lailatul wrote:

aku kuar pakai singlet?? ko biar bonar rie, sebelum ko ngorat aku sampai ke jinjang pelamin or selangor.. abg aku dah heret aku ke lubang kubur.. mat rempit mmg prob besar kita.. jgn lah korg terlibat.. kwn aku seorg meninggal pasai mat rempit ni. sasuke betul pe yg ko ckp, diaorg kaco sbenarnye x de niat.. yg ada niat 2 namanye progol bersiri..

Aku x puas ati gan si mat.. sapa ckp laki smoking 2 normal? x kira jantina, smoke 2 perbuatan sia2.. kalo pompuan smoke ckp rosak akhlak, abis 2 kalo laki smoke rosak pe lak?
bg aku x kira laki or pompuan smoke, diaorg tergolong dlm org2 y kureng bijak..berhabis duit je..



yg nie aku kurg sokong..mungkin smoking nie sia2 bg korg..membazir... tp, kalo laki ln yg xsmoking,still duit die akan abis gak,w'pon bkn kt rokok, tp kt bende ln plak...korg prnh dgr kate org, kalo xisap rokok blh beli kete kalo smpn duit tu..bg aku btl...tp utk yg smoking, pas2 berenti...kalo yg x tu,xmgkins sama skali....
 

tp dlm pengalaman aku laa..laki rosak pon xnmpk...tp kalo prmpn rosak???

-prmpn yg baik hnya utk laki yg baik...prmpn yg jahat, hnya utk laki yg jahat..tuhan pon dh ckp mcm tu...

korg rase, korg t'golong yg mane????



__________________





Senior Member

Status: Offline
Posts: 324
Date:

biasak la tu.... laki kurang moral serta laki pon bermoral ade gak dlm kal. org2 mlayu ni....

uih kuat nyer bau smoke..... sape yg smoking kat sini nihhh..... meh aku nak kompang...

aku rase mat (wakil mat) ko tergolong dlm golongan gab jugak kot

__________________

Kejarlah mimpi yg indah kerna indah itu adalah suasana syurga yg abadi



Super Member

Status: Offline
Posts: 1127
Date:

panas je ktiak aku dengo kate laki mlayu camtu.die ngat laki omputih tu baik sangatla??mmgla die xkene kaco ngan laki omputih,dah omputih pun xminat kat die.ntah2 muke xbleh blah...xhabis2 di nak kate die tu plaja luar ngare.die xtaw kot ramai plaja msia yg ade kat sane jd placur cz nak tampung hidup.
laki mlyu cam sampah??sesedap prase rebina je die cakap cam tu.uihh aku xpueh ati..



__________________
aku x kaco korang berak,korang jangan kaco aku berak


Super Member

Status: Offline
Posts: 847
Date:

wah bukan main emo ko yer slipajepong.. sampai camtu sekali komeng mu.. hoh.. jangan jangan ko la budak2 sekulah yg tak pakai baju bersiul2 ngurat si akmal tu yer.. kan.. kan.. tu yang emo semacam tu.. biggrin

__________________
Kiss me when i cry.. Bless me when i die..


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Kiss me when i cry.. Bless me when i die..


cup...cup...cup... (effect rie sedang mengkiss fie sebab beliau menangis terpijak najis ayam)

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1268
Date:

Mister Rie wrote:

Kiss me when i cry.. Bless me when i die..


cup...cup...cup... (effect rie sedang mengkiss fie sebab beliau menangis terpijak najis ayam)



kite hanye boleh dengar sound effectnya saja..tapi korang tau ke realitinya rie tengah cium ngan sape??jom..mari kite terjah..blehblehbleh

nak tau..tunggu keluaran shin chan yang akan datang..

 



__________________
hidup ini umpama roda,ia dihiasi dengan impian..maka terjadilah roda impian..


Super Member

Status: Offline
Posts: 847
Date:

Rie.. I kiss u.. U kiss me.. I jump.. U jump aarr..

jum gi ulu yam.. lama tak bkelah..biggrin

__________________
Kiss me when i cry.. Bless me when i die..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

mat, mmg ah laki rosak org x nampak.. 2 kalo rosak coz wat zina, tp kalo amik dadah ke rempit..still nampak rosak.. aku cy 100% laki baik utk pompuan baik.. bab rokok aku x nak komen dah.. bau asap rokok wat aku pening, that y aku x suka org merokok, x kira laki or gurls..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Newbie

Status: Offline
Posts: 2
Date:

mana2 lahh...janji jgn bt kes uda lerrr...

__________________
purinatical euphoric misanthorpia...hass!!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 293
Date:

ermm...
btol la..
tp x semua llki kt melayu gatal..
setiap insan kn ader baik n buruk nyer..
jd jgn salah kn semua llki melayu 100%
tp x dinafikan la llki mmg gatai..
huahua....

__________________
tidak usah kau ucap...... tidak usah kau lafazkan.... aku sudah mengerti bahasa jawamu......


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

Sungguh tensen haku baca tulisan yg macam budak tedika tu...!! baru 2 taun duk luar negri dah nak bongkak, sombong, ujub, takabor serta sipat mazmumah lain... ceh..!! org lain betaun2 duk luar negri tak heran pun...!!
haku kasi persentimeterkan lagi penyataan minah tu... hapa sebab mat saleh derang nampak cam best ngan org pempuan..

- pasal, derang bebas dan sebebas-bebasnya dalam perihal pakaian dan jugak seks... seks rambang la tu... jadi kalo derang tengok pempuan yg tada pakai hapa pun dah cam biasa. So, kalo dah biasa pandang benda2 cenggitu... korang paham2 ler..!!

-betentang ngan lelaki melayu dan jugak adab ketimuran kita plak, benda yg jarang2 dapat dipandang, bila dah sekali pandang, so, mencanak la mata org laki, dan dengan spontaniusnya mulut akan bebunyi...!!

- cuba korang pikir... satu benda yg korang dah biasa tengok... hapa reaksi korang, dan satu lagi benda yg korang fisrt time tengok.... camana reaksinya plak..!! so... sohehnye la korang akan teruja dah tu plak, mulut akan kluakan macam2 pekataan yg menunjukkan keterujaan tu kan...! contoh bunyi plak..:: woooo....! wah........! sambey wat muka tekejut beruk...!! ( huh siap sound effek lagi tu..)

- tak dinafikan, anak melayu jer merempit, anak melayu kat jom heboh, anak melayu kat pusat serendah... eh...! pusat serenti, anak melayu yg ramai buang anak, anak melayu ramai isap dadah, anak melayu ramai jadi punk, anak melayu ramai melepak...!! sungguh la tu...!! ish...!! tertahiyat akhir jugak haku..........
- kpd akmal.. haku suggest... duduk ler lama skit...!! tau ler...!

wah.... pandainya haku kasi motivasi...!! kata kektusblue sambey meluku beberapa org lelaki depan dia sambey mengunyah lolipop...!!

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 11
Date:

apa yang dikatakan dek akma tu betui...aku pun ponah nampak dan alami....orang pompuan tak leh nak tolong..melainkan mana-mana lelaki melayu yang dah sedor diri tu...gi ler tolong kaum kome...lagi pun ni untuk pembangunan insan....
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

asberionz... aku setuju ngn ko...bnde yg dh biase dpt, mesti la boring..
cube xprnh dpt...huyoooo.....setan tanduk 8 kuar la ape lg...

tahniah asbestos..eh, asberionz...aku mnyokong kte2 ko 200%...

__________________





Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Ini adalah antara surat balasan terhadap surat2 akmal rizal ni... banyak yang tidak menyokong rupanya...


Jangan hukum lelaki Melayu

SURAT 1
SAYA amat tertarik dengan komentar saudari Akmal Fairuz dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia bertarikh 22 Mei 2007.

Sebagai individu yang pernah belajar di United Kingdom selama empat tahun, saya bersetuju dengan pendapat beliau yang menyatakan lelaki barat jauh lebih bermoral daripada kebanyakan lelaki Melayu di Malaysia.

Mereka lebih mudah memberikan tempat duduk mereka kepada wanita atau kanak-kanak semasa menaiki kenderaan awam.

Mereka juga bersedia membuka pintu jikalau kita mendukung anak atau waktu tangan kita sarat membawa barang-barang.

Namun saya terkilan dengan kata-kata Akmal Fairuz di akhir tulisan beliau.

Beliau mengatakan, Mereka ini (lelaki Melayu) perlu diajar menghormati wanita. Wanita bukannya bodoh seperti dahulu. Yang bodoh sekarang ini ialah lelaki Melayu, kerana tidak tahu memanfaatkan keadaan negara yang aman dan makmur ini.

Atas dasar apakah Akmal Fairuz membuat kenyataan bahawa wanita dahulu bodoh? Pada pengamatan saya, walaupun ibu bapa atau nenek moyang kita dahulu tidak belajar hingga ke universiti apatah lagi keluar negara, tetapi kebanyakan mereka pandai mendidik anak-anak.

Kerana didikan wanita-wanita dahulu maka kita mempunyai pemimpin yang berkaliber, pentadbir dan pengurus yang berwawasan, anak-anak muda yang mencipta pelbagai kejayaan di persada dunia.

Kenapa sampai mengecam wanita dahulu sebagai bodoh hanya kerana marahkan lelaki-lelaki yang tidak menghormati wanita?

Wanita dahulu lebih terjaga adabnya dan terpelihara maruahnya. Mereka tahu menjaga batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Bersifat pemalu dan bersopan-santun. Adakah sikap sebegini yang menyebabkan mereka ini dikatakan bodoh?

Hari ini kita dapat lihat betapa ramai wanita yang cemerlang dari segi akademiknya tapi runtuh moral dan peribadi mereka.

Wanita-wanita yang hebat dalam bidang akademik ini belum tentu pandai dan bijak mendidik anak-anak mereka.

Apa yang penting sebenarnya ialah kita semua tahu tanggungjawab kita sebagai seorang Islam, sebagai seorang lelaki dan sebagai seorang perempuan. Tegur-menegur itu penting tapi jangan sampai menghina sesiapa sebagai bodoh.

DR. FAUZIAH MOHD. NOOR,

Kuala Lumpur.

SURAT 2
SEBAGAI seorang yang pernah tinggal di New Zealand, Australia, Amerika Syarikat dan England kesemuanya lebih 22 tahun (bukan dengan kedutaan Malaysia), saya kira saya layak mengulas tulisan Akmal Fairuz ini.

Pertama, inilah sindrom anak-anak muda kita yang dihantar belajar ke negara-negara berbahasa Inggeris.

Tidak sampai pun empat tahun di sana mereka pulang dengan pemikiran semua yang terdapat di negara berkenaan baik belaka.

Walhal pemikiran-pemikiran ini kadang-kadang sempit dan tidak objektif.

Sebagai seorang terpelajar Akmal seharusnya mengemukakan pertanyaan kenapa setengah-setengah muda-mudi Melayu berkelakuan demikian, sebab tiap fenomena buruk mesti ada sebab musababnya.

Adakah ini kerana agama sudah diabaikan. Atau adakah ia disebabkan persekitaran yang kita wujudkan sendiri di mana hiburan adalah segala-galanya.

Atau adakah ia disebabkan masalah sosio-ekonomi di mana bangsa Melayu sendiri merasa seperti mereka merempat di tanah airnya sendiri.

Akmal pergi belajar di New Zealand, sebuah negara di mana bilangan kambing-birinya jauh melebihi penduduknya dan nilai-nilai dan cara-cara hidup adalah lebih baik dari England sendiri.

Waktu saya di New Zealand 30 tahun lalu, hari Ahad memang hari agama. Kedai-kedai ditutup, semua orang bangun pagi dan pergi ke gereja. Bandar-bandar sunyi senyap.

Tetapi sekarang Auckland, Wellington atau Christchurch sudah pun dicemari dengan gaya hidup 7-eleven dan sudah tidak tahu tidur lagi.

Semasa di Melbourne 30 tahun lalu, saya sudah pun berdepan depan dengan anak-anak muda dalam kereta menunjukkan punggong kepada saya di satu hentian bas dan waktu melihat kawan-kawan main billiard saya dilontarkan dengan panggilan perkauman.

Di Amerika dan England pun orang-orang bukan kulit putih (termasuk warga negara itu sendiri) sentiasa berdepan dengan kata-kata dan perbuatan yang terang-terang menyatakan mereka tidak dikehendaki.

Soalnya ia bergantung kepada di kawasan mana kita berada. Kalau Akmal di London atau Birmingham dia bukan akan diganggu oleh anak-anak muda kulit putih tetapi anak-anak muda keturunan India, Bangladesh, Pakistan, Arab atau Filipina.

Tetapi kalau di Scotland, Ireland atau Wales maka Akmal akan berdepan dengan muda-mudi kulit putih yang kurang ajar dan tidak menghormati wanita.

Di California atau New York, Akmal akan berdepan dengan pelbagai bangsa, kulit hitam, Korean, Hispanic dan lain-lain bergantung kepada kawasan.

SAAD HASHIM,

Ampang, Selangor.

SURAT 3
SAYA merupakan penuntut tahun ketiga University of Auckland, New Zealand dalam jurusan Perakaunan dan Kewangan.

Pada hemat saya, pendapat yang saudari Akmal Fairuz utarakan amat keterlaluan dan tidak melambangkan sikap keseluruhan pelajar lelaki Melayu sama ada di tanah air mahupun di luar negara.

Meletakkan tuduhan yang begitu serius dengan hanya berdasarkan pengalaman-pengalaman yang saudari alami, ternyata menampakkan saudari berhujah dengan emosional dan bukannya secara rasional.

Cuba saudari fikirkan, adakah dengan penghujahan seperti itu dapat menginsafkan kaum Adam yang saudari gelar sebagai bodoh?

Sudah pasti, tidak! Saudari harus melihat situasi semasa dengan skop yang lebih luas. Bukan sahaja pemuda Melayu, pemudi pun dua kali lima teruknya. Merokok, seks bebas, berpakaian menjolok mata, isu lesbian, pengkid, bohsia dan sebagainya antara isu yang melibatkan beliawanis masa kini.

Saya pasti pengalaman saudari selama dua tahun di New Zealand boleh membantu saudari melihat permasalahan ini dari perspektif yang lebih luas.

Sebagai contoh, tidakkah pernah saudari mendengar kisah pelajar-pelajar perempuan bertudung dikacau oleh lelaki-lelaki Inggeris?

Dicemuh dengan panggilan yang menjijikkan, diludah, serta dibaling dengan telur dan botol arak ataupun diekori lelaki Inggeris untuk dijadikan rakan sekatil. Ini adalah di antara seribu satu pengalaman pahit yang mungkin tidak dapat saya lupakan.

Bahkan, saban hari media tempatan seperti New Zealand Herald kerap membicarakan isu pemuda New Zealand yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial; lumba haram, memandu secara mabuk, seks bebas, sumbang mahram, kes buli, gangsterisme dan sebagainya.

Bahkan masalah keciciran di kalangan pemuda New Zealand di sekolah. Di New Zealand budaya berparti lebih-lebih lagi pada Jumaat malam, sudah sebati dengan kehidupan sosial mereka.

Mereka hidup tanpa haluan dan tujuan yang jelas. Adakah ini contoh perlakuan pemuda-pemuda New Zealand yang saudari banggakan?

Biarpun masalah yang hampir serupa turut melanda segelintir lelaki-lelaki Melayu, saudari tidak boleh meletakkan tuduhan serius sedemikian rupa kepada majoriti lelaki Melayu Muslim, yang rata-rata masih bertanggungjawab serta mempunyai misi dan visi dalam hidup mereka.

Membebankan pemuda Melayu dengan pelbagai cemuhan dan tuduhan yang bias, bukanlah suatu tindakan yang bijak. Sewajarnya jika mereka dianggap bermasalah, kita wajar mengkaji penyelesaian yang sesuai untuk menangani permasalahan ini.

Terima kasih kepada saudari kerana membangkitkan isu ini. Cuma lain kali, tajamkan minda sebelum ingin menajamkan pena.

Lelaki Melayu yang boleh diharap, tidak bodoh, dan tidak bermasalah,

PELAJAR,

University of Auckland,

New Zealand.


__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

sungguh bernas diorg nie...t.nyata akmal m'punyai minda yg cetek dan xmatang...


__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

haaaa...amik ko akmal.'Wanita bukannya bodoh seperti dahulu. Yang bodoh sekarang ini ialah lelaki Melayu, kerana tidak tahu memanfaatkan keadaan negara yang aman dan makmur ini'...apa dia pk wanita zaman dulu bodoh????mmgla ada sglintir laki mlayu,yg xmanfaatkan keadaan ngara kita yg stabil nie(llki mcm nie,tergolong dlm leleki yg tiada masa depan)...tapi naper c akmal nie xtgk calon2 angkasawan...2 lelaki yg kat russia,kang ni bkn leleki melayu ker????


__________________
~~***Two Is Better Than One***~~
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard