Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bilik Aneh Di Rumah Datuk


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:
Bilik Aneh Di Rumah Datuk


Setiap kali hujan lebat aku pasti terkenangkan kejadiaan aneh yang pernah berlaku di rumah datukku kira-kira 13 tahun lalu.Datukku merupakan seorang pawang.Walupun rumahnya jauh ke pedalaman namun ia tidak menghalang ramai orang datang untuk mendapatkan ubat dan rawatan secara tradisional.Setiap kali merawat orang dia akan masuk ke sebuah bilik kecil yang hanya diterangi lilin.Tiada sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam bilik itu hatta pesakit itu sendiri.Sewaktu di dalam bilik kami mendengar dia berbual dengan seseorang dalam satu bahas yang ridak difahami,kemudiaan datukku akan keluar dengan membawa sebotol air untuk diberikan kepada pesakit.Kami tidak tahu dari mana datangnya air itu kerana setahu aku di rumah datukku hanya mempunyai satu saja paip air tu pun di dapur.

Datukku memang sudah lama tinggal sendirian.Aku tidak pernah melihat wajah nenekku kerana setahuku nenek meninggal sebelum aku lahir.Dia tidak akan menerima pesakit pada malam Jumaat kerana katanya mahu beramal.Dan setiap hari Jumaat aku akan dihantar ke rumah pakcikku yang tidak jauh dari situ.Kata datuk dia tidak mahu diganggu.

Pada satu petang Jumaat hujan turun dengan lebat disertai kilat sabung menyabung.Datuk tidak dapat menghantar aku ke rumah pakcik.Selepas Maghrib dia berpesan padaku agar membuat kerja sendiri di dalam bilik yang bersebelahan dengan bilik kecilnya.Aku tidak membantah.Sepanjang waktu itu aku mendengar datuk mengaji dan membaca yasin,aku tidak mengendahkannya.Sehingga 9.30 aku mendengar dia bercakap dengan seseorang dalam satu bahasa yang pelik.Tapi hanya suaranya yang didengari.Kemudian aku mendengar datuk melaungkan azan disertai dentuman guruh yang kuat.Aku tersentak.Lantas aku berlari ke biliknya dan mengetuk pintu.Namun datuk seolah-olah tidak mempedulikanku.Aku cuba membuka pintu bilik tapi berkunci.Aku terus mengetuk pintu itu.

Tidak lama kemudian datuk membuka pintu,dia merenungku dengan mata merah menyala.Seolah-olah ingin menelanku hidup-hidup.Aku terkedu.Dan mengundur beberapa langkah.Mungkin datuk faham perasaanku.Dia tidak berkata sepatah pun,terus menuju ke muka pintu.Sebelum melangkah keluar datuk berpesan kepadaku agar jangan sesekali masuk atau  mengintai bilik kecilnya itu.Aku cuma mengganguk.

Setelah dia pergi,hatiku tertanya-tanya apakah yang ada dalam bilik itu sehingga tiada siapa pun dibenarkan masuk ke dalamnya.Kerana rasa ingin tahu yang amat sangat aku tidak mengendahkan larangannya.Perlahan-lahan pintu bilik ku tolak.Suasana dalam bilik itu tersa sejuk dengan cahaya lilin berbalam-balam.Bau kemayan amat kuat sekali.Lilin besar berwarna hitam diletakan di atas bekas tembaga berlapik kain hitam.Sebelahnya terdapat satu bekas tertutup.Tiada sebarang perabut di dalam bilik itu kecuali bekas kemayan,lilin dan bekas bertutup yang kelihatan misteri itu.Hatiku meronta-ronta untuk mengetahui apakah isi dalamnya.Perlahan-lahan aku membuka penutupnya.Serentak dengan itu cahaya kilat memncar ke muka ku beserta dentuman guruh yang boleh memekakkan telinga.Aku sangat terkejut sehingga bekas penutup itu terlepas dari pengangan.Disaat itu aku mendengar bisikan lembut ditelnga.Aku terus berlari keluar.Ruang tamu gelap gelita,mungkin kerana kotak fius yang menyambungkan tenaga elektrik telah terbakat kerana dentuman kuat tadiAku semakin kecut.Aku seolah-olah terdengar hilaian di atas bumbung rumah.Pintu rumah datuk tiba-tiba tertutup kerana hembusan angin yang kuat.Untuk mengurangkan ketakuatan aku membaca bebrapa potong ayat suci yang teringat namun aku pasti bacaannya tungang langgang.Disaat aku mendengar bunyi tapak kai memijak tangga dapur rumah beserta bau harum seperti bunga melur.Aku berlari ke pintu dapur untuk melihatnya.Yang ternampak di mataku kain putih terawang-awang di udara.Hilaian di atas bumbung semakin kuat.Ketika itu aku hilang pertimbangan.Aku segera berlari ke pintu depan tapi aku tersungkur di hadapan pintu.AKu cuba bangun semula namun kesakitan pada kaki menghalangku.Bahu kiriku dicuit sesuatu.Aku menoleh,yang aku lihat sungguh mengerikan.Sekujur tubuh budak perempuan yang kurus melidi memandang ke arahku.Matanya besar dan mengerikan kerana tiada mata hitam,baunya amat busuk mengalahkan bangkai.Semangatku terus hilang.

Apabila aku tersedar aku terlantar dikatil hospital dan dikelilingi oleh ibubapa serta datukku.Mata ibuku merah mungkin kerana banyak menangis.Katanya telah 4 hari aku terlantar disitu.kakiku bersimen.Menurut datuk dia menjumpai aku pengsan di halaman rumah dalam hujan lebat sekembalinya dari kedai ketika membeli rokok daun.Ibu diberitahu oleh datuk mungkin aku terjatuh dari tangga masa itu ketika cuba kerumah pakcik.Katanya lagi aku mungkin  ketakutan akibat hujan lebat dan keadaan amat gelap.Aku tak pasti adakah datuk pernah meceritakan keadaan sebenar pada ibuku.Rahsia itu terus datuk simpan hingga dia menghembuskan nafas terakhir 6 tahun kemudian.Selepas datuk pergi buat selamanya,bilik itu telah terbakar tanpa diketahui puncanya.



__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

ko tipu lg la nadia..nie pon aku dh bace.. ko ni tau copy n paste jer... cite ko sndr xde ke... aku rase aku tau ko amik kt mane.. pasni ko antr la cite pasal tanglung plak ke...cite kt asrama ke...ala ko cpoy jer sume kt c2..antr byk2 trus...

__________________





Veteran Member

Status: Offline
Posts: 66
Date:

ok la tu,atleast ade gak die post..keco la ko ni math

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

wah org ghumah aku penah post cite nie???
Sah2 copy je... Sejak bila atuk mertua aku ni jadi pawang...
Tak penah degar cite plak...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard