Cuti pengal persekolahan beberapa tahun yg lepas aku mengikut kawanku pulang ke kampungnya di sebuah daerah di Kelantan.Kami tiba di sana petang Sabtu selepas semalaman perjalanan dengan keretapi.Aku disambut mesra oleh keluarga kawanku dan dilayan dengan baik.Setelah berehat seketika kawanku mengajak aku mandi di sungai.Ketika itu hari sudah lewat petang.Ibunya melarang namun kami tetap berdegil juga.Lagipun sungau tu cuma 500 meter saja dari rumah,kalau kami melaung pun boleh dengar.Begitulah kata kawanku kepada ibunya.Ibunya hanya mengelengkan kepala melihat gelagat kami dan berpesan agar kami pulang sebelum pukul 7.30.
Sebaik kami menuruni tangga adik kawanku berpesan agar kami pulang sebelum hari gelap kerana katanya sekarang ni hebih di kampung hantu tok bidan berkeliaran pada waktu malam.Meremang bulu romaku mendengar cerita itu dan aku hampir menbatalkan hasrat tadi,tapikawanku tetap juga berkeras.Katanya cerita adiknya itu hanyalah satu gurauan.Aku mengikut langkah kawanku dengan perasaan berat hati.Setibanya disitu aku memerhatikan keadaan sekeliling yang penuh dengan semak samun.Cahaya matahari hampir terbenam dan membiaskan cahaya ke permukaan air menjadikan ia berkilau-kilauan.Aku merasa tak sedap hati,seolah-olah ada sepasang mata yg sedang memerhatikan kami.Sampai saja di gig iair kawanku terus terjun.Kocakan airnya mengenai tubuhku.Aku turun perlahan-lahan ke dalam air,tersa dingin sekali namun itu tidak dapat membuatkan perasaanku tenag.Aku mengajak kawanku balik segera,tapi dia hanya mengetawakanku.Katanya aku ni pengecut.Sedang kami leka mandi,terdengar bunyi sesuatu jatuh ke dalam air.Kami hanya berpandangan dan keadaan menjadi amat sepi.Yg terdengar hanyalah bunyi riang-riang.Aku meresa amat seram dan mengigil ketakuatan.Tanpa sepatah kata kami lari naik kedarat mencapai barang dan berlari pulang ke rumah.Ibu kawanku terkejut melihat keadaan kami yang termengah-mengah itu.Adiknya hanya tersenyum menyindir.Lantas aku menceritakan apa yang terjadi.Ibunya hanya tersenyum mendengar ceritaku,katanya mungkin bunyi dahan kayu jatuh ke dalam air tadi.Tapi aku tidak yakin,kalau dahan kayu yang jatuh masakan bunyinya sekuat yang kami dengar tadi.Tapi adiknyap pula sekali lagi mengingatkan tentang hantu tok bidan yang disebutnya awal-awal tadi.
Selepas makan aku duduk di ruang tamu bersama adik.Aku mengambil kesempatan untuk mengetahui lebih lanjut cerita tetang hantu tok bidan yang dikatakannya petang tadi.Menurutnya.ada seorang perempuan tua dikampung itu baru meninggal dunia.Perempuan tua itu digelar Tok Bidan kerana dia merupakan seorang bidan kampung.Semasa nazak keadaannya amat terseksa dan dia sentiasa kehausan.Malah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir pun dia masih menjerit-jerit meminta air.Menurut orang kampung bidan ini banyak melakuan dosa besar seperti mengugurkan kandungan dan melakukan pemujaan bagi meningkatkan lagi ilmu perbidanannya.Tambah mereka lagi dia juga dikatakan membela hantu raya kerana pernah beberapa orang kampung itu ternampak bidan tersebut terbongkok-bongkok berjalan pada waktu malam sedangkan pada masa yang sama ada orang yang sedang berubat dirumahnya.
Semasa hendak mengkebumikannya juga hujan turun begitu lebat bersama dengan petir.Tanah kubur juga perlu dicangkul berkali-kali kerana runtuh akibat hujan.Bacaan talkin hanya diiringi beberapa orang sahaja termasuk tok imam kerana cuaca yang amat buruk.Pada sebelah malamnya,orang yang lalu lalang berdekatan kubur terhidu bau busuk dan mendengar bunyi suara orang sedang merintih dan meratap hida.Di beberapa buah rumah pula mereka terdengar bunyi ketukan pada pintu dan apabila dibuka tiada sesiapa diluar.Selepas beberapa ketika bau busuk akan menular di sekitar rumah tersebut.Badanku tersa seram sejuk apabila mendengar cerita adik kawanku itu.
jam baru menunjukkan pukul 10.30,tetapi mataku terasa amat berat.Kawanku sengaja menyakatku,dia menyuruh aku tidur didalam bilik manakala dia hendak tidur di ruang tamu saja.Aku terus tidak bersetuju,lalu dia katakan dia sekadar mahu bergurau.Aku masih teringat cerita adiknya tadi.Kami sama-sama tidur didalam bilik dan tempatku adalah di tepi tingkap.Oleh kerana terlau mengantuk aku terus terlena.Entah pukul beberapa,aku terjaga dek kerana ketukan hlaus di tingkap disertai dengan bau busuk.Aku terus mendiamkan diri.lama-kelamaan ketukan itu menjadi semaikn kuat.Aku menyelubungi tubuh dengan selimut.Perasaanku menjadi semakin tidak tenteram.Hendak saja aku kecutkan kawanku namun baru aku sedar dia tidak ada di sebelahku.Mungkin dia tidur di ruang tamu.Tiba-tiba terdengar suara halus menyuruh aku membuka pintu.Katanya dia membawa anak kecil dan hendak menumpang minum air.Badanku mengigil.Suara itu terus berkata-kata dan bertukar semakin jelas dan parau.Katanya lagi jika aku tidak mahu membukanya dia akan masuk juga.
Tida-tiba ada angin menyapa mukaku dan aku melihat tingkpa sebelahku terbuka luas.Muncul perempuan tua dengan wajah menyeramkan dengan rambut panjang beruban mengurai,giginya merah dan jarang-jarang.Dia menghulurkan tangan kana ke arah ku dan di sebelah kirinya memegang janin bayi.Pandanganku terus kelam,yang ku dengar hanya suara parau menyebut 'air" berkali-kali.
Tiba-tiba aku terdengar namamku dipanggil dan daun tingkap dibuka.Cahaya matahari pagi menerjah ke mukaku.Rupanya hari sudah siang.Kawanku mengajakku ke dusun datuknya.Aku terpinga-pinga sebentar.Dalam perjalanan ke dusun aku bertanya kepada kawanku adakah malam tadi dia tidur di luar.Dia mangaku tidur di luar kerana tidak tahan dengan keadaan dalam bilik yang panas.Tambahnya lagi dia tidak sampai hati untuk mengejutkan ku kerana melihat aku benar-benar kepenatan.Tanyaku lagi semasa dia memanggil kutadi adakah tingkap bilik itu terbuka.Dia mengelengkan kepala dan mengatakan tingkap bilik itu tertutup.Dia merasa hairan dengan pertanyaanku yang bertalu-talu itu dan bertanya kepadaku kembali.Aku hanya berkata tiada apa-apa.Sehingga hari ini aku masih tidak pasti adakah kejadian aku alami itu benar-benar terjadi atau hanya sekadar satu mimpi.Bagiku setiap detik yang berlaku ketika itu aku rasakan ianya seolah-olah satu realiti.
pendapat ular dalam semak mane yg ckp ko masuk syurga haliza?
Eleh..ketiak pon berlumut...ada hati nak menghuni syurga konon. Simbah asid byk2 dulu la kat dinding ketiak ko tu, gonyoh ngan berus jamban kasik bersinar2 dulu..pastu baru join aku kat syurga idaman..