Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Doraemon
Minat x doreamon ni [16 vote(s)]

Bestnye citer ni
62.5%
Baik
12.5%
Bolehla
12.5%
Saje nak lepas tension
6.3%
Ntah pape ntah citer ni
0.0%
boring....
6.3%


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:
Doraemon


Doraemon () adalah sebuah manga Jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio (·F·) (nama asal Hiroshi Fujimoto) sejak tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon. Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan - yang bakal terjadi di masa depan - yang telah diakibatkan oleh kejahilan Nobita.

Cerita Doraemon julung kalinya muncl pada Januari 1970 dan diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak. Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh syarikat Shogakukan di bawah jenama komik Tentmushi () (ladybird/kumbang kura-kura) yang menjangkau 45 jilid. Cerita-cerita tersebut dikumpul dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun, yang merupakan tempat kelahiran Fujiko.

Doraemon pernah dianugerahkan hadiah utama Anugerah Kebudayaan Tezuka Osamu () pada tahun 1997.

Setelah lama wujud di dunia komik dan animasi, Doraemon merupakan salah satu watak animasi yang popular bukan sahaja di Jepun dan Malaysia, bahkan juga di negara-negara Asia dan Eropah.

Watak-Watak

Watak Utama

  • Nobita Nobi ( Nobi Nobita)
Nobita merupakan watak utama siri Doraemon. Dia adalah anak tunggal kepada Nobisuke( ) dan Tamako ( ) Nobi dan seorang murid sekolah rendah di Tokyo. Dia biasa dilihat memakai cermin mata, kemeja polo berwarna merah atau kuning berkolar putih dan seluar putih. Karakter Nobita digambarkan penuh dengan kelemahan. Dia seorang yang malas, tidak bijak, lemah, bernasib malang, dan lemah dalam sukan. Kehidupan seharian Nobita melibatkannya datang lewat ke sekolah, mendapat markah 0 dalam ujian, dimarahi gurunya, dibuli Giant dan Suneo, dan dimarahi ibunya kerana tidak mahu menyiapkan tugasannya. Nobita suka berehat pada waktu tengahari, dan kemalasannya sering menyebabkan kebimbangan ibu bapa dan gurunya. Walau bagaimanapun, kelemahan dan kesusahan Nobita adalah penggerak jalan cerita. Nobita juga mempunyai kebolehan unik seperti kemahirannya dalam menembak dan bermain bunga tali. Walaupun selalu digambarkan sebagai seorang penakut, Nobita amat mementingkan keadilan dan sanggup membahayakan dirinya untuk menyelamatkan orang lain atau sesebuah masyarakat, seperti yang ditunjukkan dalam cerita panjang Doraemon.
  • Doraemon ()
Doraemon merupakan seekor kucing robot, yang menjadi pembimbing dan pembantu Nobita. Dia dihantar ke zaman sekarang oleh keturunan Nobita pada abad ke-22, Sewashi. Doraemon dihasilkan oleh kilang robot pada 3 September 2112. Doraemon asalnya bertelinga tetapi kedua-dua telinganya dimusnahkan oleh tikus robot sewaktu di abad ke-22. Akibatnya, Doraemon menghadapi ketakutan yang mendalam terhadap tikus, meskipun berupa kucing robot. Makanan kegemaran Doraemon ialah dorayaki, sejenis manisan Jepun berbentuk bulatan leper. Ramai yang menganggap dorayaki sebagai asal-usul nama Doraemon. Bagaimanapun, adalah diketahui daripada satu jilid manga bahawa namanya berasal daripada perkataan Jepun bagi "kucing liar", dora neko, dan bahagian emon yang merupakan sebahagian nama Jepun zaman silam, seperti yang dilihat pada nama Horiemon. Wajah Doraemon berbentuk kebulatan di seluruh badannya, termasuk kepala, tangan dan kaki putih, ekor merah serta tubuhnya. Berat badannya 129.3kg dan ketinggiannya 129.3cm. Doraemon mempunyai suatu poket 4-dimensi, di mana Doraemon selalu mengeluarkan pelbagai peralatan masa depan untuk membantu Nobita.
  • Shizuka Minamoto ( Minamoto Shizuka)
Shizuka atau Sizuka adalah seorang gadis yang sebaya dengan Nobita dan juga seorang murid yang cerdik dan baik hati, yang menjadikannya tarikan kepada Nobita. Nobita terpaksa berebut perhatian Shizuka dengan Dekisugi, seorang budak lelaki yang secerdik Shizuka dan sering memperoleh markah 100% dalam ujian. Shizuka juga kerap bermandi, maka terdapat juga adegan yang mana Nobita terserempak dengan Shizuka yang sedang bermandi secara tidak sengaja.
  • Giant () (nama sebenar Takeshi Goda ( Goda Takeshi)
Turut dikenali sebagai Gakidaisho ()-membawa maksud "ketua jalanan" ), Giant dikenali sebagai kaki buli yang suka mengacau budak-budak lain, terutamanya Nobita. Giant juga gemar menyanyi, dan inilah sesuatu yang paling ditakuti penduduk bandar di sekitarnya kerana nyanyiannya yang teruk dan melampau kuat. Namun, dia paling takut ibunya sendiri. Adik perempuannya, Jaiko () pula bercita-cita menjadi pelukis manga.
  • Suneo Honekawa ( Honekawa Suneo)
Suneo atau Sinyu seorang budak kaya yang celupar dan suka menunjuk-nunjuk harta kekayaan keluarganya di depan Nobita dan kawan-kawannya. Dia sering bersama dengan Giant dan bersama-sama membuli Nobita. Sebenarnya Suneo amat benci terhadap Giant, maka sebab di membantu Giant membuli Nobita semata-mata untuk memastikan kebebasannya. Dalam permulaan kebanyakan episod Suneo sering menunjuk-nunjuk permainan video barunya atau pelancongan mahalnya di depan kawan-kawannya. Dia juga mempunyai adik lelaki bernama Sunetsugu () yang sedang tinggal bersama bapa saufaranya di New York.

Watak Sampingan

  • Dorami ( Dorami-chan)
Dorami atau Doralin merupakan "adik perempuan" Doraemon dari abad ke-22, yang kadang-kala ada mengunjung Nobita dan Doraemon di zaman sekarang.
  • Sewashi ()
Sewashi ialah keturunan Nobita pada tahun 2112 yang menghantar Doraemon kembali ke zaman Nobita. Sewashi ialah orang yang membeli Doraemon pada tahun 2112 apabila Doraemon masih bertelinga dan berwarna kuning.
  • Hidetoshi Dekisugi ( , Dekisugi Hidetoshi)

Dialah rakan sekals Nobita dan berlawan dengan Nobita untuk merebut perhatian Shizuka. Dia selalu mendapat markah penuh dalam ujian, tetapi tidak pernah menonjolkan kebolehannya. Dia sanggup membantu Nobita apabila ditanyakan soalan falsafah atua sains. Namanya secara harafiahnya bermaksud "pencapai tinggi yang amat pintar", dan nama keluarganya ialah jolokan bagi perkataan dekisugiru, yang bermaksud "pencapaian amat tinggi".

Dalam Poket Doreamon
Pada dada Doraemon terdapat poket empat dimensi yang digunakannya untuk mengeluarkan pelbagai alatan mujarab (, dgu) yang boleh membantu Nobita dan kawan-kawannya. Berikut merupakan alatan-alatan yang paling asas kepunyaan Doraemon:

  • Buluh Terbang ( takekoput) yang dipasang pada kepala seseorang untuk menerbangkannya di langit.
  • Pintu Suka Hati ( dokodemo door) yang membolehkan sesiapa untuk pergi ke mana jua mereka hendak dengan cuma melalui pintu ini.
  • Mesin Cahaya Masa ( time machine) yang membolehkan sesiapa merentasi masa dari zaman ke zaman. Sebenarnya mesin ini diletak dalam laci meja Nobita.
  • Lampu pengecil ( Small light) yang boleh mengecilkan saiz objek atau orang yang dipancarkan cahayanya.

Doreamon di Malaysia

Komik Doraemon terjemahan Bahasa Melayu rasmi diterbit oleh syarikat Tora Aman yang juga menerbit komik tersebut versi Bahasa Cina. Anime Doraemon juga disiarkan dengan alih s

Attachments
__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Senior Member

Status: Offline
Posts: 147
Date:

yep doraemon adalah citer yg best...
skrg karya terbaru dikeluarkan oleh anak murid dia...
Dorabase...

__________________
I hate lose and i hate loser


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

best ke dorabase nye citer

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 1127
Date:

aku rase lagi best sinchan dari doremon.tapi klu dapat poket doremon tu....hm...nak brangan jap na.....

__________________
aku x kaco korang berak,korang jangan kaco aku berak


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

berangan la ko cipar sonsorang

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 1127
Date:

ala ko ni mane boleh potong doubleline.jakim ngah main aci kejo pun marah..aduh..dah hilang tumpuan aku.ok aku nak sambung brangan balik..sape nak join??best wooo..ops!

__________________
aku x kaco korang berak,korang jangan kaco aku berak


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

korg tgk doraemon ker???aku xtgk,tgk nobita jer hmmmm!!!!

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

princess_sasuke wrote:

korg tgk doraemon ker???aku xtgk,tgk nobita jer hmmmm!!!!



nobita je ke? giant x nengok..? kih kih



__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

kan aku ckp,aku tgk nobita jer...nobita gan giant mana nsem dinho???msti doraemon yg pling nsem hehehe

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

uih doreamon paling hensem.... lagik encem dr ciparjepun... kih kih , yg penting nobita paling cute.... hik hik... ye ke nobita tu cute... cam nak lempang je muke bliau

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

ko gan sesuka ati jer dinho,nak lempang watak kesukaan aku tuu...pngai nobita sjibik mcm sliperjepon hahaha...

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

sodap kalo lempang ngan sliparjepun.... kih kih.... nabito tu ciparjepun.... kih kih

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Senior Member

Status: Offline
Posts: 324
Date:

ape plak nobita.... dekisugi lagik best

__________________

Kejarlah mimpi yg indah kerna indah itu adalah suasana syurga yg abadi



Super Member

Status: Offline
Posts: 1127
Date:

klu siperjepun xbape bes.siperjamban best.dapat lak tambah ngan prise tambahan...uihh xyah ssh2 g kpc.
peplak dekisugi..kawasakila...leh g ronde2,jalan2,sukat jalan...makan angin..

__________________
aku x kaco korang berak,korang jangan kaco aku berak


Super Member

Status: Offline
Posts: 847
Date:

baru jerk aku sebut pasal doremon, dh ada topic pasai die rupanyer.. ni mesti rie yg suh post topic nie kan.. nak promote diri sendiri la tue.. eleh.. publicity murah sungguh..

__________________
Kiss me when i cry.. Bless me when i die..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

[fie] wrote:

baru jerk aku sebut pasal doremon, dh ada topic pasai die rupanyer.. ni mesti rie yg suh post topic nie kan.. nak promote diri sendiri la tue.. eleh.. publicity murah sungguh..



dinhowhisper.gifrie :

rie : nnt ko bleh tak promote haku si doreamon... haku dah gersang nak jadik populer ni... nnt haku byr... baper? 500 rupiah... ok set.... tapi satu lagik jgn promote plak citer garfiled (pelakon utama gab) tu ye... kang haku plekuk gg ko plak... patah abih kehenseman ko nnt



__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Senior Member

Status: Offline
Posts: 324
Date:

sliparjepun wrote:

klu siperjepun xbape bes.siperjamban best.dapat lak tambah ngan prise tambahan...uihh xyah ssh2 g kpc.
peplak dekisugi..kawasakila...leh g ronde2,jalan2,sukat jalan...makan angin..



kawasaki baik pegi sepang lumba ngan valentino rossi je... die gune yamaha yg x seberape mahal tu... aaa ape lagi sliparjepun... race la



__________________

Kejarlah mimpi yg indah kerna indah itu adalah suasana syurga yg abadi



Super Member

Status: Offline
Posts: 1127
Date:

rossi???ala die bekas anak murid aku...mase training,asyik kene sepak ngan aku je.
itu yg dapat tajuk citer tapak sliperku diblakang badanmu.

__________________
aku x kaco korang berak,korang jangan kaco aku berak
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard