Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KETENTUAN


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
KETENTUAN


Pertama kali mendengar ceritamu aku membayangkan dirimu
Pertama kali mendengar suaramu aku menjadi rindu
Pertama kali menatap dirimu aku jatuh cinta


Petama kali kita terpisah
Cintaku, rinduku dan kasihku tak pernah padam
Biarpun kita terpisah buat selama-lamanya

Hujan lebat serta guruh di luar, semakin menguatkan tangisan Syafik. Kenapa Linda meninggalkan Syafik pada kami adalah satu pertanyaan yang ku kira cukup besar untuk dipersoalkan. Rumah teres dua tingkat yang kami huni selama ini bagaikan menjadi saksi setiap peristiwa yang berlaku.

Aku , Dilla dan Yana seperti hilang pertimbangan dan arah kami. Aku memeluk erat Syafik, tangisannya tetap seperti itu. Belum reda. Susu yang di buat oleh Dilla sedikitpun tak luak. Oh..Linda mengapa kau mesti meninggalkan anakmu di saat saat ini. Mana perginya rasa kemanusiaan mu, mana perginya kasih sayang dari seorang ibu untuk anaknya..apakah kerana malu? Aku mengeluh sedirian. Dilla dan Yana , masing-masing ku lihat penuh dengan kekalutan. Zamacam inilah aku ingat apa kata kalau kita hantar Syafik ke rumah anak yatim, kita cakap yang bayi ini kita jumpa di kawasan berdekatan. Yana memberikan pendapatnya yang aku sendiri kurang bersetuju. Mana boleh Na, sebab Syafik dan 3 bulan, dan lagi mesti mereka akan tuduh bayi ini Adalah anak aku ke, engkau ke atau Dilla..lagipun masalahnya sekarang Syafik di tinggalkan oleh Linda di rumah dia juarumah kita, so, baby ini adalah tanggungjawab kita aku membidas pendapat Yana yang ku kira adalah satu jalan paling singkat untuk menyelesaikan masalah ini..bagi Yana Tapi, Za, siapa yang nak jaga budak tu, aku tak sanggup, tak pasal-pasal kang semua anggap budak ini anak aku Awal-awal aku dah nampak yang Yana tidak akan menjaga Syafik.


Aku sedar antara kami bertiga akulah yang paling rapat dengan Syafik selain Linda ibunya. Aku lah selama ini yang kerap mengambil tahu hal Syafik dan akulah orangnya yang mengambil berat ketika Linda mengandungkan Syafik seterusnya melahirkannya. Walaupun Syafik anak yang tidak diketahui siapa bapanya, anak yang ujud tanpa diketahui oleh Linda benih dari lelaki mana. Oh Linda seharusnya kau jadikan segala-galanya sebagai satu pengajaran buatmu, dan ujudnya Syafik seharusnya kau jadikan sebagai penebus kesilapan yang lalu. Tapi semudah itu kau tinggalkan Syafik..hanya kerana maluMalu tak bertempat
Kebisuan yang ku lihat dari Dilla menguatkan lagi keyakinan aku bahawa Syafik akan menjadi tanggungjawabku yang sepenuhnya. Lagipun Dilla akan melangsungkan perkahwinannya dalam beberapa minggu lagi. Manakala aku pula telah ditawarkan untuk bekerja di tempat yang baru sesuai dengan kelulusan yang aku miliki selama ini. Pastinya rumah ini akan kosong dalam beberapa minggu lagi. Syafik pula mulai saat ini akan menjadi anakku. Syafik, mama janji walau apapun yang terjadi Mama tetap bersama Syafik dan yang pastinya tidak akan ku benarkan sesiapa mengambil Syafik dariku.ya, aku pasti

Mama ! jeritan Syafik mengejutkan lamunanku. 8 tahun bagaikan semalam yang terjadi. Syafik bagi ku adalah penawar untuk segala-galanya. Perlukah aku ceritakan bahawa aku kini sendirian. Semuanya gara-gara
keputusanku untuk menjaga Syafik, satu keluarga mencemuhku, masih ku ingat lagi kata-kata dari mulut mak dan kakak-kakak ku yang lain Anak tak mengenang budi, sia-sia aku besarkan kan kau lebih 20 tahun nie, sia-sia sahaja aku bagi kau susu badan ku , kalau aku tahu ini yang kau balas dah lama aku bunuh kauaku bunuh kau hidup-hidup suara mak semakin lama semakin sayup kedengaran, yang ada hanyalah tangisannya. Ayah pula hanya berdiam diri, tak tahu mana nak diletakkan mukanya pada orang kampung bila aku membawa Syafik pulang ke kampung. Dan mulai saat itulah aku tak jejak lagi ke kampung. Semuanya terpaksa ku terima, walaupun bagiku ia satu pengorbanan yang amat besar untukku. Mana Amir kekasihkuhilang entah kemana..semuanya tinggalkan aku
Syafik terlalu manja dengan ku, sayang sekali syafik tidak tahu siapa aku di sisi-sisinya. Ah! ..dia terlalu kecil untuk ku maklumkan hal sebenarnya. Mama!..Mama!Fik dah panggil Mama banyak kali dah Sekali lagi Syafik mengejutkan lamunanku. Syafik nak apa sayang.. Bola Syafik hilang..tadi Fik tendang kat situ Aku terus bangun sambil mataku liar  mencari bola syafik dan tangan ku memegang lengan Syafik. Ku kira masuk kali ni dah lima biji bola Syafik hilang. Peragainya tak ubah seperti Linda. Sering kehilangan barang yang sama dan akan membeli semula yang baru. Fik..mama tak naklah beli bola lagi, lain kali jagalah betul-betul.. Syafik tunjuk muka kesiannya pada ku. Hai Syafikkenapalah wajahmu ini pasti akan mencairkan kemarahanku pada muPetang tu ku bawa Syafik pulang dengan bolanya yang baru. Begitulah yang ku lakukan setiap kali hari Ahad. Aku pasti akan membawa Syafik ke taman dan menghabiskan hujung minggu kami bersama. Taman yang dulunya menjadi saksi cinta aku dan Amir, dan taman inillah kami pernah berjanji  untuk bersama hingga ke akhir hayat walau apa pun yang terjadi .

Mak Nah, tolong mandikan Syafik dan beri dia makan sekali ye Mak Nah pengasuh Syafik merangkap pembantu rumah ini. Biasalah , kadang-kadang aku rasa aku seperti orang yang dah berumah tangga. Ada anak, ada pengasuh untuk menjaga anak ku (Syafik) dan kami tinggal berempat termasuk suami Mak Nah, Pak Mat sebagai tukang kebun dan Pemanduku di dalam rumah ni. Aku terus meninggalkan Syafik kepada Mak Nah dan Puan, tak nak makan sekali Em.. tak apalah Mak Nah saya kenyang dan saya nak berehat sebentar dalam bilik jawabku.


Nama Syafik, nama Amir dan wajah-wajah Ayah, mak dan kakak-kakak ku yang lain silih berganti. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba hari ini aku teringatkan mereka. terutama Amir Za, I tak sangka yang selama ini you ada hubungan dengan lelaki lain , kemudian bila dah ujud anak haram tu, you nak minta simpati dari I ..perempuan jenis apa you nie Kata-kata

Amir benar-benar meremuk jantungku. Puas aku cuba memujuk Amir akan mendegar perkara yang sebenarnya. Bukannya Amir tak kenal perangai Linda. Semuanya Amir tahu seharusnya dia boleh tahu siapa Linda dan seharusnya dia boleh percaya yang bayi itu milik Linda. Oh..Amir, aku masih suci, dan sehingga kini aku tetap seperti dulu, masih menyintai ..walaupun aku banyak menerima kata-kata hinaan dari insan yang kucintai..aku tak sedar air mata ku mengalir di pipi. Gambar Amir masih tetap ku pegang dan ku simpan elok. Apa tah lagi setiap kenangan manis yang tercipta
antara kami. Hanya padamu tuhan aku serahkan segala-galanya. Berilah aku kesempatan untuk ku jelaskan segala-galanya
kepada mereka. Kepada semua dunia bahawa aku bukanlah seperti yang disangkakan.

Gambar Linda, Dilla dan Yana masih juga ku simpan. Kadang-kadang Syafik sering membuka Album ini. Sering tanya padaku siapa-siapa manusia dalam gambar ini. Kau terlalu kecil untuk tahu siapa manusia dalam gambar ini, dan kau juga terlalu mentah untuk menerima hakikat bahawa dalam gambar ini ada ibumu yang sebenarnya. Dilla , ku kira sudah bahagia
dengan suami dan anak-anaknya begitu juga dengan Yana. Cuma Linda sahaja yang sehingga ke saat ini tidak ku ketahui kemana hilangnya. Biarlahaku tak mengharapkan keujudanmu semula Linda Antara Yana dan Dilla, Dillalah yang sering mengujungi rumah ku. Kebetulan jarak rumah kami dekat dan kami kerap berhubung melalui talifon.

Masih ku ingat lagi ketika kami berempat tinggal bersama. Aku, Dilla, Yana dan Linda. Hubungan kami rapat seperti adik beradik terutama aku dan Linda. Segala masalahnya adalah masalah ku juga. Aku sedar Yana dan Dilla kurang senang dengan sikap Linda yang sering pulang rumah hingga ke pagi dan sering juga bertukar teman lelaki . Kadang-kadang mereka sering bertengkar sesama sendiri kerana perkara yang remeh temeh. Walaubagaimanapun, kami semua tetap berbaik dan dan tetap bersama. Linda, aku harap ketika ini kau dah jumpa jalan hidup mu yang sebenarnya.
Suhana, you call En. Imran, Consultant kita dan minta dia datang ke sini petang ni ye Em.. Pagi-pagi lagi aku minta pembantu ku menalifon En. Imran. Bukannya apa takut aku terlupa. Banyak kerja-kerja pejabat perlu aku siapkan. Maklumlah bukan syarikat sendiri.Kan seronok kalau aku jadi Bos. Atas arahan Datuk Ibrahim bosku sekarang, aku ditugaskan untuk menguruskan hal-hal ubahsuai bangunan ini. Mungkin kerana cadangan untuk mengubahsuai bangunan ini adalah datangnya dari ku maka semuanya di serahkan bulat-bulat pada ku . Bukannya apa, aku inginkan suasana
yang baru bila masuknya tahun baru nanti. Itulah yang ku harapkan. Segalanya adalah kerana memberi keselesaan kepada pekerja kami yang lain.

Perbincangan kami petang itu hanya kepada program kerja dan kontraktor yang telah terpilih berdasarkan pengisian harga tender yang di buat dua minggu yang lalu. Dan sepanjang perbincangan itu juga membuatkan aku sering tertanya-tanya siapa pemilik syarikat kontraktor bekenaan. Amiraza Construction Sdn. Bhd. Sebuah nama yang unik dan penah ku dengar sebelum ini. En. Imran pula hanya menyatakan bahawa aku akan berjumpa dengan kontraktor berkenaan pada hari penyerahan tapak nanti. Untuk pengetahuan Cik Amiza, Kontraktor ini bukanlah seperti kontraktor lain yang  sering lari bila projek tak dapat di siapkan atau membiarkan satu-satu projek yang diuruskan terbengkalai , banyak projek kami berjalan dengan baik di bawah kelolaan mereka. Dan sekarang mereka sedang menjalankan kerja-kerja ubahsuai di Putrajaya terang En. Imran Emsiapa pengurus besarnya En. Amirul Hazrin Ismail dan mungkin juga untuk projek kali ini dia sendiri yang akan menguruskan hal-hal yang berkaitan dan kita akan berurusan dengan dia,  jarang sekali En. Amir ni nak menguruskan sendiri projek-projek yang dia terima, biasanya dia akan menyerahkan kepada pembantu-pembantunya atau orang kananya En. Imran menerangkan panjang lebar padaku. Nama  Amirul Hazrin benar-benar buat aku rasa terkejut. Nama yang terlalu sebati dengan hidup kuAmir.
Selesai perbincangan tersebut, sekali lagi aku termenung. Aku seperti merasakan semakin hampir dengan sesuatu yang ku cari selama ini. Lebih menguatkan lagi bila nama Amiraza, satu nama yang ku cipta bersama-sama Amir dulu dan . Zaabg rasa dah boringlah nak buat kerja di bawah orang nie..Abg cadang nak buka Syarikat Binaan sendiri..apa nama yang sedap untuk syarikat kita nanti tangan Amir tak lepas-lepas memeluk pinggangku sambil berangan. Berangan nak buka syarikat sendiri, berangan nak jadi jutawan dan berangan nak anak ramai. O.k..apa kata kalau Abg namakan syarikat abang ..emmAmiraza ..sedap tak Tapi ..itu nama anak kita nanti mana boleh Tak apalah..sedap apa nama tu, mana tahu bila dah dapat baby nanti kita ada nama lain ke? kataku dengan penuh manja. Sememangnya aku terlalu manja dengan Amir. Dan malam itu Amir terus memeluk erat pinggangku. Semuanya zaman remaja ku dulu. Untuk menjadi isteri kepada Amir dan ibu kepada anak-anaknya , semuanya telah punah dan untuk hidup bersamanya hanya angan-angan yang
kosong sahaja. Amirmasa telah memakan usia dan masa juga telah menjauhkan kita. Tak dapat di nafikan aku sering berharap agar kita dipertemukan lagi . Memadailah jika aku dapat menatap wajahmu walaupun untuk kali terakhirketahuilah olehmu, bahawa saban saat aku sering merinduimuwalaupun lima tahun segalanya telah berlalu pergi.

-bersambung-



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:

Hari minggu muncul lagi. Aku bercadang nak bawa Syafik pulang ke kampung. Walaupun berat hati untuk berjumpa dengan keluargaku, namun aku harus juga berjumpa dengan mereka. Merekalah darah dagingku dan merekalah
segala-galanya bagi ku. Surat dari Shahril adik bungsuku benar-benar membuatkan aku rasa terharu , terharu bila Mak menyesal kerana membuangku dan terharu bila mereka tahu cerita sebenarnya daripada Yana. Yana sanggup datang ke kampung ku untuk menerangkan hal sebenarnya kepada keluarga ku dua tahun selepas Mak membuangku dalam hidupnya. Tapi aku sering tertanya-tanya mengapa Yana tak pernah menceritakan semua ini padaku. Bahkan terus menyepikan diri dari ku. Dan kerana rajuk ku ini aku abaikan surat yang berkajang-kajang dari Shahril. Menceritakan kekesalan yang
bersarang di hati Mak, Ayah dan keluargaku yang lain. Kesal kerana menuduhku tanpa usul periksa. Bila dua hari yang lepas sekali lagi aku menerima surat dari Shahril setalah hampir 2 tahun aku tidak menerimanya, yang menyatakan ayah sakit dan sering menyebut namaku, membuatkan aku semakin kuat untuk pulang ke kampung. Maafkan Za, Ayah
..emak..rajuk Za terlalu lama sehingga Za sanggup abaikan tanggungjawab Za sebagai anak kalian detik ku sendirian surat dari Shahril ku lipat kemas. Maafkan Akak Ril kerana tak pernah membalas surat mu apatah lagi mengirimkan sebarang wang pada kalian . Ku kira Shahril kini sudah melangkah ke alam dewasa. Ada juga dia menceritakan tentang majlis pertunangannya dan berharap agar aku dapat menghadiri perkahwinannya nanti . Macam mana agaknya rupa Mak, Ayah, Kak Long, Angah , Uda dan Shahril. Aku benar-benar rindukan kalian. Dalam surat Shahril ada menyebut bahawa
hujung minggu ini semuanya berkumpul. Semuanya pulang kekampung menjenguk Ayah dan mak. Termasuk 9 orang cucunya yang aku sendiri tak kenal dan mereka mengharapkan kepulanganku seperti hari-hari yang sebelumnya. Mereka juga tidak pernah jemu untuk menunggu dan terus menunggu terutama di hari lebaran .
Sepanjang perjalanan yang mengambil masa 5 jam itu, benar-benar meletihkan aku. Mujurlah aku tak drive, Mak Nah dan Pak Mat suaminya menemani aku. Merekalah yang ku curahkan kasih sayang ku selama ini. Terubat kerinduan kepada Mak dan ayah bila bersama Pak Mat dan Mak Nah . Dan sepanjang perjalanan itu juga Syafik tak henti-henti bertanya kemana arah tuju kami. Fik..Fik tahu tak yang kita akan bertemu dengan Tok ayah dan Nenek Mama..nanti Fik ada kawan tak? Ada, ramai kawan Fik nanti..tapi Fik kena janji dengan Mama yang Fik tidak nakal dan kena ikut cakap Mama, Tok Ayah dan Nenek..janji La Fik kan dah ada Nenek Nah, dan Tok Ayah Mat..kan Nenek Sayang,
Nenek Nah tetap tetap Nenek Syafik tapi yang sayang nak jumpa nie lain Mak Nah menyampuk perbualan kami. Pak Mat tetap tekun memandu dan mendegar perbualan kami bertiga. Perjalanan hampir tiba di daerahku. Banyak yang berubah, dan Syafik terlena di pangkuan Mak Nah. Kereta meluncur laju..aku memadang sekeliling. Lima tahun yang lalu aku pulang ke kampung dengan hanya menaiki Bas sahaja. Tapi untuk kali ini aku pulang dengan Perdana V6 milik ku sendiri. Semuanya hasil titik peluhku selama lima tahun ini. Tepat jam 5 petang aku dah berdiri di depan rumah ku sendiri. Dada ku berdebar-debar, mungkin aku dalam persimpangan ...memikirkan sama ada aku akan di terima dengan penuh kerinduan dari mereka atau dengan cemuhan seperti mana pernah ku terima lima tahun yang lalu. Mak, Amiza pulang Mak, pulang dengan kemaafan detik ku sendirian. Wajah tua Mak yang keluar dari rumah tu hingga ke wajah kakak-kakak ku yang lain serta suami mereka dan anak-anak mereka, masing-masing merenungku atau mungkin Syafik . Hanya Shahril terus menerpa ke arahku . Memeluk ku dengan erat. Menarik tanganku menuju ke arah Mak..Mak, Za, pulang..Maafkan Za sekali lagi mak, Za belum sempat aku menghabiskan ayatku, Mak terus memeluk ku dengan erat penuh dengan tangisannya.
Tangisan yang dulunya penuh dengan kebenciannya padaku kini ku kira tangisannya adalah sebuah tangisan yang penuh dengan kasih sayang. Kami berpelukan erat. Begitu juga dengan kakak-kakak ku yang lain. Ohtuhan mereka menerima ku lihatlah mereka menerimaku dan begitu dengan Syafik ..Mak mendukung Syafik seperti cucu-cucnya yang lain. Bila ku jejak kaki ku kedalam rumah Ayah hanya terbaring lesu. Air mata mengalir di pipi.
Aku memeluk erat Ayah dan aku tak menduga kepulangan ku membuatkan ayah bersemangat untuk bangun setelah lama terlantar di tilam tu. Hari ini Mak kelihatan gembira bila Ayah menampakkan lebih semangat dari hari-hari sebelumnya. Manakala aku pula bagi mereka adalah ubat yang mujarab untuk Ayah. Mulai dari hari itu, hujung minggu kami di isi dengan
kepulangan ku ke kampung bersama Shafik atau melawat kakak-kakak ku yang lain. Ayah pula beransur pulih dan aku rasa sungguh lega .terima kasih tuhan..terima kasih kerana memakbulkan doa hambamu ini.
Atas permintaan Syafik, aku telah menghantar Syafik ke kampung selama sebulan. Memandangkan aku di tugaskan oleh Dato Ibrahim untuk menjalankan urusniaga di Sabah. Sehari di sana bagaikan setahun ku kira. Semuanya kerana Syafik. Hampir setiap hari aku menalifon Syafik di kampung. Katanya dia suka tinggal dengan Nenek dan Tok Ayahnya. Aku juga agak terkilan kerana tidak dapat ada ketika hari penyerahan tapak kepada kontraktor. Segala kerja-kerja ubahsuai di pejabat terpaksa diserahkan kepada Suhana pembantuku. Mungkin juga aku tidak akan berpeluang untuk mengetahui pemilik Amiraza Construction (M) Sdn. Bhd. Dari Suhana ku dapat tahu serba sedikit tentang En. Amiruddin. Orangnya sederhana tetapi serius dan lagi orangnya nampak agak berumur. Mungkin juga Amir atau mungkin bukan. Lima tahun yang lalu Amir berumur 26 tahun jadi sekarang dia dah berada di awal 30anAmir ke tu.
Tapi bila aku fikirkan semula, mengapa mesti aku mencari Amir sedangkan ku kira ketika ini dia mungkin telah berkeluarga dan hidup bahagia dengan keluarganya. Oh..tuhan, aku masih lagi memanjatkan doa padamu, semoga aku dipertemukan dengan Amir. Memadailah jika dapat aku menatap wajahnya buat kali yang terakhir. Aku tetap akan menerimanya sekiranya Kau izinkan
Di sebabkan terdapat beberapa masalah yang tak dapat di elakkan, aku terpaksa berada di Sabah lagi. Mungkin akan mengambil masa setengah bulan. Aku sedih bila Mak menyatakan Syafik sering menyebut namaku dan mula buat hal seperti tak nak makan, asyik berdiam dan sering meminta Neneknya meminta ku pulang. Aku tak dapat menahan kerinduanku kepada Syafik. Yang pastinya, aku akan bercuti selama seminggu setelah pulang dari Sabah nanti.
Aku mula bertugas setelah seminggu di Kampung. Mak dan Ayah ku bawa sama ke rumahku. Biar mereka rehat di rumahku. Aku meminta Pak Mat membawa mereka keluar bersiar-siar bersama Mak Nah dan Syafik setelah
menghantar ku ke pejabat tadi. Selamat pagi Cik Amiza orang pertama yang ku jumpa setelah hampir dua bulan aku tak jejakkan kakiku di pejabat ini.
Banyak dah berubah. Perabut pejabat sudah berganti , warna dinding dan kedudukan bilik pun sudah berubah . Pendik kata semuanya kelihatan cantik sesuai dengan suasana tahun baru. Tak sia-sia kami mengupah En. Imran menjadi perunding kami. Suhana juga menjelaskan padaku bahawa kerja-kerja berjalan dengan lancar dan mungkin akan siap dalam dua minggu lagi. Bersama Suhana, kami menuju ke Bilik ku. Cantik, ku kira dalam banyak-banyak ruang , bilik inilah yang paling cantik. Cik..Amiza, ramai memuji bilik you, you tahutak En. Imran dan En. Amirul Hazrin yang
mengubah bilik nie. Semuanya kelihatan cantik dan sesuai dengan you. Kata En. Imran bilik nie layak untuk orang secantik
Cik Amiza Sudahlah Suhana, tak perlu puji I Betul Cik 1 tak tipu, terpulanglah, Oh..Ya Dato nak jumpa Cik dalam tengahari ini seperti biasa Suhana menyenaraikan aktiviti aku hari ini dan petangnya pula aku akan berjumpa dengan En. Imran dan yang penting sekali EN. AMIRUL HAZRIN
Em..so, apa komen Cik Amiza bila lihat bilik niecantik tak?, untuk pengetahuan you, bilik nie hadiah dari En. Amirul Hazrin pada you dan ini adalah bunga dari dia, terimalah Aku menerima sejambak mawar kuning dari En. Imran HaiEn. Imran sejak bila you jadi orang tengah yang tak bergaji nie aku memandang wajah En. Imran sambil mencium mawar tersebut. em.. I bukannya apa, cuma ini adalah permintaan En. Amir. So, I rasa tak ada masalah kan, kalau En. Amir ingin mengambil hati you..O.klah, I kena keluar sebab ada banyak lagi perlu I selesaikan di tingkat atas , So have a nice day em, sebelum terlupa En. Amir kirim salam En. Imran meninggalkan ku dengan penuh tanda tanya. Hampir seluruh bangunan aku merayau petang tu untuk mencari Amir atau En. Amirul Hazrin , namun semuanya menghampakan hampir nak patah tumit kasutku mencari Amir. Kadang-kadang aku rasa macam orang gila, ke sana-kemari mencari
Amir. Yang ada hanyalah pekerja-pekerja Amir sahaja. Oh, Amir muncul lah sekurang-kurangnya ia dapat menjawab segala apa yang terbuku di hati ku ini. Tak perlulah kau bermain sembunyi-sembunyi dengan ku. Aku melangkah lemah
menuju ke Bilik ku, suasana yang cantik tapi sayang sekali tak dapat bertemu dengan Insan yang mencantikkan bilik ku nie Hello..mama, Fik nie, nenek tanya mama balik pukul berapa hari ini suara Shafik meghilangkan penatku Sayang..cakap dengan nenek mama tak pasti sebab mama nak pergi ke satu tempat. Mama nak pergi mana, Fik nak ikut Tak payahlah, Fik temankan Nenek dan Tok Ayah, nanti malam mama balik..bye-bye sayang aku terus meletakkan ganggang talifon. Kalau mama dah ada Syafik, mesti mama dah tak perlukan papa lagikan? aku benar-benar terkejut
dengan suara dan pemilik suara tersebut. Ternyata bukan bermimpi pada saat ini bila Amir betul-betul berdiri di depanku.
Maafkan Abang Zaabang yang silap kerana tidak pernah memberi Za peluang untuk berterus terang, Abg juga silap kerana membiarkan Za terkapai-kapai sendirianYana telah menceritakan segala-galanya pada Abang dan Abang cuba mencari Za selepas itu tapi Za telah berpindah ke tempat lain. Hinggalah bila abang dapat maklumat dari En. Imran mengenai diri Za, Abg rasa Abang dah hampir jumpa apa yang Abang cari selama ini tanpa ku pinta Amir menghulurkan maaf dan menerangkan segala-galanya padaku. Aku masih berdiam diri dan menatap wajah Amir. Wajah yang menjadikan aku insan perindu selamaini. Abang tak paksa Za untuk menerima abang semula ataupun tidak, tapi abang berharapabang baru sedar bahawa Za lebih penting dalam hidup Abang semenjak Za menghilangkan diri..dan hari ini abang membawa harapan yang besar untuk kita aku tetap membisu.

Bagiku tiada apa yang yang perlu aku suarakan lagi bila semuanya telah diperkatakan oleh Amir padaku. Za tetap membisu dan Abg rasa abang dah
cakap untuk segala-galanya.biarlah abang pergi, Abang faham terlalu sukar untuk Za memaafkan Abg. Amir seperti hendak berlalu bila aku hanya mendiamkan diri dan terus merenung wajahnya Abang..nanti, jangan tinggalkan Za lagi..Za dah tak sanggup untuk kehilangan Abang
Oh..tuhan sekali lagi aku panjatkan kesyukuran padamu kerana kau kembalikan semula kepadaku semua manusia yang ku sayang . Terima kasih atas segala-galanya.
Memang benar apa yang ku katakan pada Syafik tadi, aku akan pergi ke suatu tempat. Taman yang mencipta kasih sayang ku kepada Shafik dan seterusnya mencipta sejarah antara aku dan Amir. Selain dari mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan, aku juga harus mengucapkan rasa terima kasih ku kepada Yana. Walaupun aku temui keluargaku dan Amir semula dalam tempoh waktu yang amat jauh sekali. Cuma aku terkilan kerana sehingga ke saat ini aku masih kehilangan Yana.Sekali lagi aku dan Amir melepaskan kerinduan kami di taman ini. Kali ini Amir lama memeluk erat pinggangku.
Tuhan aku rasa benar-benar berbahagia saat ini. Sekurang-kurangnya aku tak perlu takut sekiranya Linda menjejaki ku untuk mendapatkan Shafik kerana aku dah cukup kuat di samping Amir bakal suamiku, dan keluargaku yang tercinta. Seandainya Linda hadir, aku pasti dapat mempertahankan Shafik dari dipisahkan oleh Linda. Linda, tak perlulah kau cari anakmu ini, percayalah hanya maut yang memisahkan kasih sayang ku terhadap Shafik..


tamat



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 342
Date:

pergh.....syahdu tu....isk isk isk....bleh tahan story...tapi baris kata sepah2 ny way tq...

__________________

CINTA TAKKAN DATANG KALAU TAK DI CARI,CINTA TAKKAN DAPAT KALAU TAK MEMBERI,HIDUP TANPA CINTA SEPERTI HIDUP TANPA CITA-CITA...



Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

5***** star ocukup x...

__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard