Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi.
Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. * Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi 3 kali. * Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan diletakkan di bawah mulut (dagu). * Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. * Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. * Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati.
Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi ada enzim yang boleh jadi ubat kemudian barulah menggosok gigi.
Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Insya-Allah wajah akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
Baca ayat 35 - 38 Surah al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Kalau ada telaga di rumah, amalkan mandi air telaga sulung yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita.
Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. Insya-Allah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping.
Setelah solat Subuh, bacalah Surah Yusuf kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Insya-Allah wajahmu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.
Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (mandi embun). Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan memotong jari telunjuk kanan hingga ke jari kelingking dan seterusnya jari kelingking kiri ke ibu jari tangan kiri. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi. Ketika makan janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat Tahajud.
Sentiasa tenang dan tidak mudah marah.
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.