Yu hu! haku nak sambung lagi kisah haku nih dan kalau ada sesapa yg busan ngan creta haku nie tolong kasitau dan kalau ada komen pa pa sila msg kat haku dan sebarang komen korang tu haku akan terima dengan tiada hapa2 perasaan yg tersirat dalam hati dan nurani ku ini aichewahhhh..chewahhhhh..!!!. Thanx! Haku akan sambung lagi kisah2 takut dalam GC nie, tapi kali nie bukan kat Malaysia tapi kat salah sebuah Negara Arab adanyaaaaa
Pada taun 1997 bulan 9 camtu haku berangkat la dari kolompo ke salah sebuah Negara timur tengah. Dalam masa pemergian haku tu, keadaan ekonomi Malaysia still ok lagi yg tak bestnya lebey kurang seminggu haku kat Negara tu, nilai matawang Malaysia jatuh merudum. Sian kat haku bila haku tukar duit Malaysia, tinggal skit jerrr uwaaaa.uwaaaa..!! eheh lebey kurang 9 jam lebey haku kat dalam perut kapal terbang tu maka sampai la haku ke destinasi yg sepatutnya. bila haku kluar dari airport tu, memember haku seramai beberapa org dah pun menunggu kedatangan haku.gembira kemain lagi haku time tu haku sampai lebey kurang kul 10.30pm camtu dah tu pulak musim sejuk, salji ada la turun kecil2an gituMemember haku bawak la haku pegi makan dan pusing sekitar town. Dah tu haku di bawak pulak ke salah sebuah negri yg bernama Mutah. Mutah nie berjiran dengan Israel dan kalau haku berdiri dari atas bukit Mutah tu haku buley nampak clear jugak la Negara Israel laknatullah tu. Kemudian haku di bawak ke umah sewa derang. Tak yah la haku cerita panjang pasal negara ni, kang lari tajuk lak kan
So, hidup la haku kat Mutah tu selama sebulan lamanya. Minggu pertama haku tinggal ngan derang tadak pa pa yg berlaku dan penah jugak haku tanya pasal kejadian2 ngeri2 nie kat derang dapat la beberapa cerita yg best2 dari derang nie, tapi haku tak dapat nak describe sangat creta derang tu
Rumah yg memember haku sewa nie 1 tingkat dan biasanya umah org arab akan tinggalkan bahagian atas cam tak siap so, kalau derang ada duit lebih nanti derang akan tambah setingkat demi setingkat. Umah derang ada 4 bilik, 2 toilet. Masuk jer pintu depan tu ada ruang tamu, sbelah kiri ada 2 bilik dan sebelah kanannya jugak 2 bilik. Belakangnya ada dapur dan toilet. Umah nie disewa oleh 4 org member haku iaitu Pha, Hakim, Dee dan Misai, haku plak lepak ngan misai kat bilik sebelah kanan tu. So, hidup la haku ngan penuh kegirangan di Mutah tu dari hari ke hari. Biasanya sebelah pagi haku lepak umah jer pasal member suma pegi class, so haku lepak sengsorang jer la kat umah tu. Cuma hari minggu jer bar derang bawak haku pegi jenjalan. Petangnya plak kitaorg men bola, tu jer la rutin haku.
Satu malam tu haku lepak kat bilik Dee, sembang ngan dia la, haku Cuma berbaring kat lantai, Dee plak duduk kat atas kerusi malas. Macam2 hal kami sembang dari hal student2 malaysia sampai la masalah negara2 serantau yg menghadapi masalah, sama ada masalah politik ataupun sosial suma kitaorg sembang penyembangan kami tu membawak hingga ke pukul 4.00 am ikut jam sana lah. Haku pun dah tak larat bangat dan dalam dok nyembang tu haku tetido, tetiba haku dengar member haku mengamuk sakan dalam bilik tu. Habis suma barang kat dalam bilik tu beterabur, rupanya dia sedang besilat dengan seseorang dan dia suroh org yg haku tak nampak tu masuk haku blank!! Ngan sapa la mamat nie cakap dan tak lama pass tu member haku tepelanting ke dinding huh! Haku kejutkan member yg lain, derang pun bangun dan terus ke bilik dee tuderang papah dee sampai kat ruang tamu. Masing2 tak becakap sepatah pun haku pun diam jugak!Dah tu Hakim bersuara dia tanya dee apasal benda biasa ka? Dee jawap, camtu la lebey kurang! Rupanya derang dah biasa bejumpak benda2 camni, mentelah pulak Dee nie ada la blajar skit bab2 rawatan tradisional nie maka, benda cenggini dah biasa bagi dia haku pun menyimpan hasrat nak bertanya ngan Dee bila tiba hari dan waktu yg sebaik2nya nanti
Dua hari selepas tu derang cuti, Cuma cuti mingguan jerDerang bawak la haku ke Bandar Amman dari Mutah ke Bandar Amman lebey kurang 200 kilo jugak la Dee memandu, Misai kat sebelah, atau lebey dikenali sebagai co pilot, haku plak duduk kat blakang. Dalam perjalanan tu haku tanya pasal kejadian2 yg slalu derang alami. Misai bukak cerita, ada la satu petang selepas asar tu dia tetido kat dalam bilik, bila dia terjaga, dia nampak ada la 3,4 org budak kecik. Yg sorang pegang kaki dia, yg sorang duduk betul2 kat tepi muka dia antara sedar dan tidak tu dia cuba menarik kaki dan cuba ntuk bangun, tapi perasaan dia time tu tak buley, ntah pasal hapa pun dia tatau dah tu dia dia baca Ayatul Kursyi dah tu bebudak tu terus klua dia sambung balik tido dia tu lagi skali dia dikerumuni oleh budak2 kecik tu katanya budak2 kecik tu muka derang mmg cam budak kecik tapi cargas ( minum nestum kutt budak2 kecik nie, haku cakap dalam ati haku jer la heheh! ) Macam2 derang wat kat Misai nih, ada yg tarik kaki lagi, duduk tepi muka dia, yg lain2nya dia tak perasan buat hapa, sambung misai lagi bentuk fizikal bebudak tu berperut boyot, badan berkaler pucat lagi satu bebudak nie tak reti nak pakai slua senang cakap ada la rupa toyol yg slalu digambarkan dalam filem2, oleh kerna dia dah berang sangat la kut, misai pun bangun dan menjerit suro budak2 tu klua dan jam tu jugak budak2 tu hilang terkedu misai bila nampak benda tu buley hilang @ meresap @ invisible. Dia pun bangun dan terus klua lepak kat depan umah tunggu member balik dari main bola. Haku tak dapat nak komen hapa2 pun time tu mata haku tetumpu kat padang pasir yg luas kat luar tu Dee terus memandu.
Dee tanya haku sama ada haku nak tau atau pasal kejadian malam tu, haku pun hapa lagi, terus dekatkan diri haku ngan derang supaya haku buley mendengar secara jelas kejadian malam tu Dee cakap waktu haku telelap tu, dia pun pegi offkan lampu kalimantang, Cuma lampu meja study jer yg dia pasang dan dia pun duduk balik kat atas kerusi malas dia tu dan pejamkan mata dia, kasat ati dia tu nak tido jugak la tapi dia cam terperasaan ada mata sedang memerhati.. suasana time tu mmg sunyi, dan sesekali ada jugak anjing menyalak tapi itu biasa la Dee beranikan ati dia bukak mata, dan soheh sesoheh sohehnya lah mmg ada seorang lelaki ( pada pandangan mata Dee ) sedang memerhati tajam kat dia. Tambah Dee muka mamat tu pelik sangat ( sampai dia sendri tatau nak describe ) antara nampak dan tidak tu dia cakap muka mamat tu hitam legam bermata merah, tinggi mamat hitam tu ada la lebey kurang 10kaki, badan sasa dan ada pulak sekor serigala atau anjing hitam sebelah mamat tu. Dee tak cakap banyak jam tu jugak dee kasi penendang aura kambing gurun fasa 18 kat mamat tu. Hapa yg tekejutnya tu, Dee hanya tendang angin, dia bangun dan cuba menendang mamat hitam legam tu beberapa kali, tapi perbuatan dia tu sia2 saja laaa yg Dee tendang tu cuma angin, mamat hitam tu terus berpusing2 dalam bilik tu, Dee ckp dia ada jugak mengamalkan petua2 yg dia blajar, tapi satu pun tak jalan ke atas mamat hitam legam nie. Haku Tanya plak camana yg dia buley terpelanting ke dinding tu Dee cakap dia terasa ada tangan yg kasi kompang dia punya muka, tangan tu plak besar taleh nak cakap, yg pasti bukan saiz manusia. Selepas kasi kompang muka Dee tu, mamat hitam terus lari ikut tingkap ( macam la tadak pintu nak klua haku cakap lam ati haku jer la) Tambah Dee lagi, sebelum nie pun ada jugak beberapa kali mamat hitam nie datang dan penah jugak la jadi wrestling pun sebelum nie.. org ke jin tu? haku mencelah Dee cakap sebenarnya mamat hitam tu jin jahat ( hantu la kalau bagi org melayu ). Dia cakap biasala tanah arab! Jin kat tanah arab lagi power.. ya la kan, mungkin jin dari zaman jahiliyah lagi kut atau mungkin dari zaman nabi musa ker, sape tau kan!!!?
Lagi skali haku pandang ke luar tingkap kreta tu memerhati padang pasir yg luas terbentang..!!!
ermm...! kalau kat timur tengah nie, kejadian ini je la yg haku alami... haku buley sambung kejadian kat jalan duta taun 2003. so, ini je last haku punya story....! thanx princess sasuke kerna memollow haku punya crita2 nih......
eheh....! koinsiden jer kut, dah time haku ada tu benda nak jadi, haku tengok jer la kan.... tapi kalau ko perasan, yg jadi kat haku skali 2 jer, lain kat org lain..... mana la tau, esok lusa ko lak yg kena....!!! eheh...!
aku??? erkkkk xpe..xpe...mase aku blaja dulu pon idop aku dah diselubungi ngan mcm2 misteri... skrg ni idop aku plk diselubungi incik misteri nk mntk utang jer...tensen..tensen..
kalu dikelubungi misteri tu ok la... jgn jadi kan diri ko misteri bagi org lain... malahan kemisterian ko itu melampau norma2 mayarakat timur kita ini... eheh...!