Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: al kisah......jadikan tauladan
taurus_girlz82

Date:
al kisah......jadikan tauladan


Mat... mat... . Mat tidak pernah membantu isterinya
membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut
sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi
kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah.
Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan
letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung
keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8
jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah
bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa
letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan,
tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi
isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat
merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula
yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan
permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur,
dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari
tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus
ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan
anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan
mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami
bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi
kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak
yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak
nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar
anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke
pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang
lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan
barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan
simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk
untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan
dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang
akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul
12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak
dari sekolah.

Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum
mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu
terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah
sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak
bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri
rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.
Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula
dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar,
waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi.
Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum
tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran.
Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa
kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk
menyiapan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan
suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk,
pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan
supaya anak-anak masuk tidur... . dan macam-macam
pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua
kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai
lohe...

Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps... . belum
boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan.
Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami.
Tambahan pulak malam ni malam

Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya
sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung
tertidur... ... . tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun
dan berdoa

semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu... . Aku dah
tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja
seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa
berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan.
Tolonglah kembalikan aku sebagai

suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri.
Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja
isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus
di rumah dan aku keluar bekerja" Sekonyong-konyong Mat
terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu
belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu
malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9
bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu
dapat menjadi suami kembali... ."

Whatttt... 9 bulan 10 hari ... .Beranaaak... ...
.Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak
naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk... !!! ~~~~~ "Bang, bang...
Abangggg... apasal niii... ..??" Sergah satu suara di
sisinya.

Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang
isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi
suami atau abang yang jadi suami

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni
pompuan. Tentulah abang yang jadi suami... .. Appa
punya lawak pagi-pagi rabun ni... .." Hari tu Mat
mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu
isterinya membuat kerja-kerja rumah... .. Hinggakan
seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip
basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu
seharian melihat gelagat suaminya... ... ...

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi
kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.


__________________
AvRiL>klon

Date:

Huiyoo..sokong ko ! aku purak2 jelah abih bace citer nie..panjang siot!
eee..ko taurus girl,akue sekopio..aku suka nom kopi o...

__________________
taurus_girlz82

Date:

kau suka minum kopi yer


nanti aku buatkan kau kopi...


tapi mesti kena datang sini ler....ok tak




__________________
busut

Date:

ako pong sokong kau TAPI...kalau ko la yang jadi bini aku mesti ko malas kojo kan pompuan ni kekadang pandai berlakon

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard