Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Asia & kesihatan


Super Member

Status: Offline
Posts: 603
Date:
Asia & kesihatan


kajian menunjukkan bahawa kadar kematian yang disebabkan oleh sama ada barah, penyakit jantung, apa2 jenis penyakit di bahagian peparu, kencing manis dan sebagainya biasanya di deritai oleh golongan asian. Mengapa? tidak seperti orang barat. Kadar kematian mereka lebih rendah sedikit daripada golongan asian.

ini adalah kerana, ASIA. cuba kita perhatikan betul-betul. semua penyakit yang tertera bukan sahaja disebabkan oleh sekitar, juga disebabkan oleh pemakanan. Apakah jenis makanan itu? ianya adalah daging! tak kira daging ayam ker.. kambing ker.. lembu semua pun daging! hasil kajian menerangkan bahawa kebanyakan orang asia memakan daging dalam kuantiti yang lebih besar daripada sayur-sayuran. MUngkin tidak semestinya. cuba kita perhatikan restoran-restoran yang ader kat kl atau kat mana-mana oleh musliman. Daaagginnggg jew.. tak serik2 ker korang tengok? berbeza daripada cara pemakanan orang putih. Sarapan mereka sentiasa terdiri daripada makanan simple tetapi berkhasiat. Kebanyakkan makanan yang berkhasiat seperti makaroni, salad, Jus atau sebagainya, resepi semuanya kita dapati daripada resipi2 orang barat! Tengoklah saiz badan mereka semua tinggi2 belaka kerana kadar nutrisi dalam pemakanan mereka sentiasa teridiri daripada kalsium dan vitamin. Tapi cuba pula kita buka dan tengok buku resipi orang asia. Semuanya berkaitan dengan DAGING. Tak semua tetapi hal berkaitan dengan resipi daging lebih di utamakan. Nampak sedap dan menarik tetapi bnyak jugak buruknya.(x caya gi baca korek sendiri) Bukankah lebih baik kita mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit dan sayuran pula di banyakkan lagi? Mungkin tidak semestinya dan tidak semua orang suka makan daging dalam kuantiti yang banyak.

Tetapi kita boleh renungkan selama yang mungkin dan anda akan mendapatkan jawapannya sendiri. Renungkan juga semua penyakit yang paling top di malaysia adalah di sebabkan oleh apa? Mengapa ia menyerang seseorang secara tiba2? Tuhan yang bagik die ker pnyakit tu? (lumrah,kehendak). kadang2 kita sendiri yang cari penyakit.. Ianya juga punca utama orang pendek umur. Ini disebabkan oleh kehendak diri sendiri yang nak makan daging banyak2..

So.. the moral of the story is..
"banyakkanlah memakan sayur-sayuran.. kalau pun ader kenduri-kenduri yang menyediakan lebih pelbagai masakan daging daripada sayur tu.. amik lar dalam kuantiti yang seimbang demi kesihatan diri sendiri"


__________________
I hate some of them. I hate people who i love.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard