Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KAU BUAT AKU JATUH CINTA


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
KAU BUAT AKU JATUH CINTA


Selepas kematian kekasihnya Amir sewaktu di alam persekolahan dulu,hati Intan sudah benar-benar tertutup.Bukan kerana dia tidak percaya atau takut untuk jatuh cinta lagi……tapi dia takut andai dia kehilangan orang yang di cintainya seperti Amir untuk kali ke-2.

Anuar memandang Intan yang sedang leka dalam kesibukannya menghias dan menyediakan sebuah pelamin yang cantik untuk persandingan Kak Lin esok.Hati Anuar rasa tenang dan gembira bila menatap wajah Intan malam itu.Wajah Intan sentiasa di hiasi senyuman dari bibirnya yang merah dan comel. Sesekali gelak ketawa Intan yang seakan keanak-anakan menghiburkan hati Anuar.

Anuar kagum dengan diri Intan…..Intan punya kisah cinta yang menyedihkan…namun dia masih lagi mampu meneruskan hidupnya dengan ceria dan gembira.Kalau sebelum ini,Anuar hanya sekadar mendengar cerita-cerita tentang diri Intan melalui kakaknya, Kak Lin yang merupakan kakak angkat Intan semenjak di universiti.Melalui foto-foto yang terdapat dalam simpanan Kak Lin jugaklah Anur mengenali wajah Intan sekaligus membuatkan dia jatuh cinta pada Intan.

“An….”bahu Anuar ditepuk seseorang.Kak Lin memandang Anuar dengan senyuman kemudian mengalihkan pandangannnya ke arah Intan.

Anuar garu kepala sambil tersengih.Malu rasanya bila kelakuannya diperhatikan kakaknya.

“Dah puas ke merenung???”tanya Kak Lin lagi.

“Aaaaa???Lain bunyi soalan akak tu??”Anuar menjawab sambil tersengih.

“Buat-buat bodoh pulak.Hentak sekali nanti!”Kak Lin menolak bahu Anuar.”Nak kenal-kenal dengan dia tak??”

“Ermmm..boleh ker??Kang dia tak sudi…..”Anuar takut-takut.Dalam hati sememangnya dia ingin mendekati Intan.

“Nak atau tak nak???Kalau tak nak duduk diam-diam……renung ajelah dari jauh.Kalau melepas jangan menyesal pulak!”Kak Lin mengugut Anuar dan ingin berlalu meninggalkan Anuar.

“Kak!”Anuar pantas menarik tangan kak Lin.”Nak…..mana boleh tak nak.”Anuar menjawab sambil tersenyum.

Intan masih lagi leka dalam kesibukannya. Sememangnya dia berhajat untuk menghasilkan sebuah pelamin yang cantik khas untuk Kak Lin.Intan tak pula punya kelulusan dalan bab-bab macam ni…..semua ni dipelajarinya dari emaknya yang juga gemar menghias pelamin.

Kak Lin mendekati Intan.Anuar mengekori di belakangnya.

“Intan……..”kak Lin menyapa Intan.Intan masih lagi leka.”Intan……”Kak Lin mencuba kali ke-2.Berhasil.

Intan berpaling.Dia tersenyum.”Oh,kak………sori tak dengar ler….sori…..sori…”Intan memeluk lengan kak Lin.

“Thanks untuk pelamin yang cantik ni.Cantik macam Intan jugak.”Kak Lin mencuit hidung Intan.

Intan tersenyum ceria.”Apa pulak cantik macam Intan??Patutnya cantik macam akaklah,sebab akak yang nak jadi pengantin.”

Anuar pura-pura berdehem.Kak Lin ni…..nak kenalkan ke tidak??Aku ni macam tunggul pulak dengar dorang berbual.Mata Anuar tidak putus-putus merenung Intan.

Perbualan Kak Lin dan Intan terhenti.Intan memandang Anuar.Siapa pulak ni???Intan rasa kurang selesa dengan renungan Anuar.Renungan lelaki seringkali membuat Intan merasa takut.

“Oh,akak lupa.”Kak Lin memegang bahu Anuar.”Ini adik akak….Anuar.”

Intan teringat tentang Anuar yang pernah Kak Lin ceritakan suatu ketika dulu.Wajahnya terus berubah ceria semula.Intan tersenyum.

“Hai.Saya Anuar……”Anuar menghulurkan tangan.

Intan masih tersenyum lalu menyambut tangan Anuar.”Saya Intan…..panggil In saja.”

“Ooo…In.Kalau awak In……so saya An lah.”Intan menganggukkan kepala.Mengada jugak mamat ni.Tapi kalau buat kawan memang ok.

Anuar masih menggenggam tangan Intan.Intan mula berasa malu apatah lagi Anuar masih merenungnya dengan senyuman yang…..entahlah.

Mamat ni……..kot yer pun lepaskan lah tangan aku ni.Seganlah.Ke dia ni jenis tak tahu malu.?Kalau mak dia nampak aku juga yang tambah malu.

“Errrrr……..”wajah Intan berkerut memandang kak Lin.Kak Lin tersenyum faham.

“Oii!”kak Lin memukul bahu Anuar.

“Aaaa??”Anuar tersentak.Kacau betullah kak Lin ni.

“Tangan tu!Mengada pulak.Kot ye pun nak salam…..jangan ler lama-lama.Ni anak dara orang.Kalau nak terus pinang jer”

Pantas Intan tertunduk malu.Apa maksud Kak Lin ni??!!!Intan tak suka semua ni Kak Lin!!

Anuar tersedar lalu melepaskan tangan Intan. “Ops..sori.An tak sengaja.”

Intan tersenyum tawar.”Errr…ok.Takpelah…..In ada keje lagi ni.Lagipun dah dekat lewat malam.Kejap nanti mesti abah datang ambil.In siapkan kerja In dulu ye Kak Lin.”Intan terus meninggalkan Anuar dan Kak Lin sebelum mereka sempat berkata apa-apa.

Anuar pandang Kak Lin.Aku buat salah ke?? Ish…salah jugak sebab aku gatal sangat pegang tangan dia lama-lama.Macam mana ni??Tu dah nampak respon yang dia tak suka kat aku.

“Kak…..camna ar???”

Kak Lin senyum.Kesian adik aku ni.Gelojoh semacam.Kak Lin jungkit bahu.

“Pandai-pandailah An…..”kak Lin menepuk pipi Anuar lalu meninggalkannya.

Jam 11.30 malam.Intan duduk di tangga pelamin. Jelas di wajah Intan penuh dengan kepuasan atas hiasan pelamin yang di buatnya.Intan meneguk air putih di gelas yang di pegang sejak tadi.

“Kak Intan…..kak Intan”kedengaran suara Azrin adik Kak Lin memanggilnya.

Intan mencari-cari suara Azrin.”Oh.Ada apa Rin???”

Azrin menunjukkan gagang telefon yang di pegangnya.”Call untuk akak!”

Aku???Sapa pulak yang call ?Intan bingkas berdiri mendekati Azrin dan mencapai gagang. “Sapa?”tanyanya pada Azrin.

“Mak akak……..”

“Oh,ok thanks ya.”

Azrin tersenyum dan meninggalkan Intan.

“Hello mak…..”

“Ha!Dah siap dah kerja kat rumah Lin???”

“Dah.Intan tunggu abah datang ambil je.”

“Ni mak nak bagitau.Intan minta tolong sesiapalah kat situ hantar Intan balik.Abah tak dapat datang ambil Intan.”

Laaaa…apa kes pulak ni??Ni yang aku pantang dengan masalah macam ni.”Kenapa???”

“Abah tak sihat.Abah pening tiba-tiba……”

Intan mengeluh.Nak minta sapa hantar ?? Lecehnya.”Errr..ye lah.Nanti Intan minta tolong Kak Lin.”

Intan meletakkan gagang telefon dengan suatu keluhan.Dia menepuk-nepuk kedua belah pipinya.Segannya nak cakap dengan kak Lin……macam mana ni???Ah!naik teksi jerlah.Tapi…….kalau pak teksi tu orang jahat.Macam mana????Waaaaaaa……..

“Ehem!Kenapa ni??”

Intan terkejut lalu berpaling ke belakang.Anuar sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum dan matanya merenung Intan.

Anuar ni……..apa kena dengan dia ni.Sejak bila pulak dia kat sini.Buat seram betullah orang ni!

“Arrrrrr…….”Intan gugup lalu mengeluh.

“Kenapa??Sapa call tadi??”tanya Anuar lagi.

Intan tunduk.Tak sanggup nak menentang mata Anuar.
“Ermm….mak In call tadi……”

“Then….??”Anuar kerutkan kening.

“Mak suruh In balik sendiri,abah In tak sihat so tak dapat ambil In.”

Anuar tersenyum gembira.Best jugak ni…..ada chance nak hantar dia balik.Intan perasan dengan sikap Anuar.

“Apsal senyum-senyum ni?!”mengada betullah dia ni.Aku tengah bengang….dia boleh senyum pulak.

Anuar tersengih.”Tak de ar…..erm….jom jumpa kak Lin dulu.”Intan mengekori langkah Anuar.

“Mana boleh Intan naik teksi!Akak tak bagi!”Kak Lin separuh menjerit sebaik Intan memberitahunya.

“Tak apalah.Rumah Intan bukan jauh sangat kak.Bolehlah……”Intan memujuk.Anuar tersenyum melihat gelagat manja Intan.

“Tak boleh Intan……..nanti kalau ada apa-apa susah.”

“Betul tu!In tu anak dara….belum kahwin lagi tu!”Anuar menyampuk.

Intan memandang Anuar.Sibuk betullah!!!Hal aku!Aku memang tak nak kahwin pun!Intan menjeling .Anuar ketawa.Comel betullah dia ni!

Intan tambah geram dengan Anuar. Eeeee…mengada!Dia ketawa pulak.

“Hmmmm…..apa kata kalau Anuar yang hantar Intan balik??”Intan terdiam.Anuar???!!!Tak naklah.Dia memandang Anuar.

Yes!Yes!Anuar tersenyum gembira memandang Intan.

“Macam mana An,boleh tak tolong hantar Intan balik??”tanya kak Lin.

“Ermmmm…….”Anuar menggosok lehernya kemudian melirik pada Intan dengan nakal.Dia tersenyum.

Intan mencebik.Meluat!!!!

“Boleh memang boleh….tapi…….”Anuar melirik pada Intan lagi.

Apa pulak tapi-tapi dia ni??Kalau tak nak cakap ajelah.Macam nak main-mainkan aku betul.Marah Intan.

“Tapi apa??”tanya Kak Lin lagi.

“Naik motor arrr.Nak bawak kereta An malas…..”

Mata Intan terbeliak.Wajahnya pucat. Motor???Mana aku pernah naik motor.Mak………macam mana ni????

Anuar nak tergelak tengok Intan.Saja dia nak ambil peluang.Bukannya apa…..kalau naik motor,peluang nak dekat dengan dia tu besar.

“Erm…tak kisah.Janji An hantar Intan balik.Jangan bawa kahwin lari pulak!”Kak Lin dan Anuar ketawa. Intan cuma diam.

Nak tak nak terpaksalah ikut cakap Kak Lin.Nanti dia membebel……hilang pulak seri kakak angkat aku ni nanti.

Intan menunggu Anuar di luar rumah sementara Anuar mengambil motor.Senyumnya hilang.Malas dia nak senyum.Sememangnya Intan takut bila seringkali di kaitkan dengan lelaki.Semuanya kerana kematian Amir.Amir………Intan mengeluh.

“Nah!”deruman motor Anuar mengejutkannya.Anuar menghulurkan helmet.”Tahu pakai tak???”Anuar mengusik.

Dia ni memang nak menyindir ler.Walaupun aku tak pernah naik motor tapi taklah bodoh sangat sampai tak pandai pakai benda ni.

Intan mencebik.”Tahu….”

Anuar tersenyum.Macam budak-budak betul Intan ni!

“Mari…..pegang tangan An ni.An takkan buat In jatuh punya.Jangan takut….”Anuar menghulurkan tangan sambil tersenyum.

Intan ragu-ragu.Tanpa di sedari tangannya sudah berada dalam genggaman Anuar.Kejap genggaman Anuar.Hati Intan berdebar-debar.Jangan layan hati Intan……jangan…….

Intan terpaku duduk di belakang Anuar.Entah kenapa dia jadi macam orang bodoh yang hanya menunggu arahan Anuar.Hati…..kenapa kau ni????Intan…..jangan layan hati Intan…..jangan!!!!!

“In………In…..”lembut suara Anuar membuat Intan tersedar.

“Hmmmmm………..”

“Meh tangan In……”

Intan menghulurkan tangannya.Hatinya berdebar-debar.Cukup romantik suara Anuar tika itu.

Anuar menggenggam tangan Intan dan melingkarkan tangan Intan di pinggangnya.
“In kena peluk An macam ni.In tak pernah naik motorkan???Nanti kalau An bawak laju-laju…..In jatuh macam mana??An juga yang susahkan??”Anuar terus menggenggam tangan Intan…..lama…….agak lama.Hingga dia pasti Intan tidak akan meleraikan pelukannya.

Intan masih membisu.Kenapa hati aku berdebar macam ni???Amir……..

Motosikal Anuar menderu laju.Intan seakan hanyut….suara-suara lembut Anuar sebentar tadi bermain di telinganya.Intan terasa semacam ada batu yang berat menghimpit perasaannya dan tanpa dia sendiri menyedari dia semakin erat memeluk Anuar.

Anuar tersenyum.Intan…………terima kasih Tuhan atas pertemuan ini.

“In….dah sampai….”suara Anuar menyedarkan Intan dari lamunannya.

Intan memandang sekeliling kawasan Sentosa Apartment.Sunyi……Intan melepaskan keluhan lega.Dia mendongak ke arah apartment keluarganya.Juga sunyi….mujur.Kalau tidak….tentu emak akan bertanya kenapa dia membonceng motosikal bersama lelaki malam-malam begini.

Intan turun dari motosikal.”Thanks An sebab hantar In balik.”Ucap Intan tanpa memandang wajah Anuar..Debar sejak tadi belum hilang….dan Intan tidak mahu menambah debaran dengan melihat mata Anuar itu.

Intan ingin membuka helmet.Pantas Anuar memegang tangannya.Intan kaku.An……jangan macam ni.Intan terasa ingin menangis dengan debaran di hati yang kian berat.Kenapa aku merasa sedemikian..kenapa harus dengan Anuar??!!!!!

“Biar An tolong key???”lembut suara Anuar.

Intan tunduk….dia sedar Anuar sedang merenungnya.

Intan…..pandanglah An……pandanglah An….pinta hati Anuar.

Intan segera berpaling ingin menyeberangi jalan. Sebaik saja Intan ingin memulakan lagi langkahnya ke hadapan.Suatu cahaya kereta yang terang menyorot dari jauh dengan bunyi tekanan brek yg kuat.Intan kaku memandang cahaya itu.Kereta semakin menghampiri Intan.

“Innnnnn!!!!!!!!!!”pantas Anuar merangkul pinggang Intan dan menarik Intan ke dalam pelukannya.

Intan terasa dirinya terbang di tarik Anuar.Dia masih kaku dalam pelukan Anuar.

Kereta tadi segera berlalu.Anuar sempat memandang sekilas.Pemabuk yang menyusahkan orang!Marah hati Anuar.

“In……??”Anuar cuba memanggil nama Intan.Risau dia melihat Intan yang berdiri kaku dan diam dalam pelukannya.

Intan tersedar dari peristiwa mengejutkan itu sebaik mendengar suara Anuar.Hatinya terusik lagi.Intan menangis……..takut dengan apa yang terjadi sebentar tadi dan tersentuh dengan kelembutan Anuar.

“In………”

“Hmmmmm……”Intan menyahut perlahan sambil air matanya jatuh perlahan-lahan.Intan terasa lemah.

“In ok ke???”Anuar segera memusingkan badan Intan ke arahnya.Dia tersentak.Kenapa Intan menangis???!

“In……kenapa ni??Jangan menangis.In tak apa-apa……”pujuk Anuar lalu mengesat airmata Intan.

Intan tunduk…”Thanks An…..”

“Nevermind.Itu kewajipan An.Mujur An cepat tadi.In lalai betul!An tak suka In macam tu.Kalau ada apa-apa terjadi pada In……..An tentu akan salahkan diri An.Kalau In terluka…..An juga turut merasa sakitnya.”

Intan tersentak.Kata-kata apakah ini Anuar????Intan bingung….perasaannya bercampur baur.

“Jangan cakap macam tu An………In tak suka.”Intan akhirnya menyuarakan keresahannya sejak tadi.

“No……An mesti cakap!”tegas Anuar.Kenapa aku ni terburu-buru sangat.Apasal kau ni Anuar?!

“An!!”Intan cuba menegah lagi.

“Syyyy…..”Anuar menyentuh bibir Intan dengan jarinya.”In jangan halang An….In jangan cakap apa-apa.Dengar apa yang An nak cakap ni……pleaseeeeee…”

Intan terdiam.Entah kenapa hatinya jadi lembut dengan sikap Anuar.

“An cintakan In.”Intan tersentak…dia memandang Anuar.Perkara yang ditakuti Intan berlaku jua.Intan menatap mata Anuar dalam-dalam.Banyak sinar harapan dalam mata Anuar.Betulkah apa yang aku dengar ni??Ya,Allah…………benarkah???

“An tahu kisah In dulu…..An tahu In sedih.An tahu In pernah kehilangan…..namun An akan berusaha membuka semula hati In…….menghidupkan semula cinta In.Dan malam ini,akan kita jadikan titik permulaan segalanya.”lembut bicara Anuar.”An ingin memiliki In…..dan An akan pastikannya.”

Seakan terkena aliran elektrik……Intan pantas menolak Anuar dan meleraikan pelukan Anuar.Intan menangis.Kenapa An???Kenapa harus ada cinta??!!Kenapa tidak ada sesiapapun yang mahu melepaskan In?!Intan menjerit dalam hati.

“In………..????”Anuar terkejut dengan tindakan dan tangisan Intan.

“No……tak mungkin……tak mungkin.Forget it!”Intan berundur sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Intan menyeka airmatanya yang mengalir deras dan kemudian terus meninggalkan Anuar terpaku sendirian.

Anuar tunduk.Silapkah aku??Terlalu terburu-burukah aku?Tidak….aku pasti Intan telah merasakannya…….dan Intan pasti akan menjadi milik aku.Anuar terus menderu laju dalam kepekatan malam……

Maafkanlah sekali lagi….
Bukan inginku sakiti….
Kau menangis sedih….
Maafkanlah sekali lagi……..
Ku mohon sekali ini……
Teruslah merajai hati ini…….

Maafkanlah sekali lagi..
Tak ingin kuakhiri..
Kau menangis sedih
Maafkanlah sekali lagi
Mohon sekali ini….
Teruslah bertakhta di hati ini……..

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:

Di dalam lif,Intan menyandarkan tubuhnya pada dinding lif.Airmata Intan masih lagi membasahi pipinya.Sesekali tangisannya menjadi.Intan menekup mulutnya.Dia sendiri tidak rela mendengar tangisannya.Ini bukan kali pertama dia dilamar cinta semenjak kematian Amir.Sudah terlalu banyak lelaki yang menyintainya.Namun,kerana takut kisah lama berulang….Intan menolak setiap lelaki yang menyintainya dengan baik.

Kenapa Anuar buat aku macam ni??Apa yang berlaku pada perasaanku ini ya Allah??!!Kenapa kehadiran Anuar membuat aku jadi macam ni??!Siapa dia???!!Kenapa harus aku yang di pilih??!!

Intan cuba menahan tangisnya.Dia tidak mahu emak bertanya nanti.Kalau emak sudah bertanya….tentu tidak ada apa-apa lagi yang tinggal sebagai rahsia.Intan beristighfar dalam hati….cuba menenangkan dirinya.

Jangan menangis In….jangan menangis.It’’s ok…..jangan biar ia menguasai diri.

Tiba ditingkat 4,Intan melangkah keluar dari lif menuju ke pintu rumah.Intan genggam anak kunci rumah di tangannya.Intan cuba senyum….cuba berlagak biasa.

“Intan…..”suara emak menyapa Intan sebaik sahaja Intan ingin masuk ke biliknya.Intan memandang mak sambil tersenyum.

“Mak….belum tidur??”mak…..kalaulah mak tahu perasaan Intan tika ini mak.

“Mak dah tidur tapi terkejut dengar kamu tutup pintu tadi.”emak memandang Intan.

“Oh!Maafkan Intan.Intan tak sengaja.”

“Dahlah,pegi tidur.Esok nak bangun awal pergi rumah Lin kan??”

Intan angguk kepala.Lega.Sekurang-kurangnya mak tak banyak bertanya.Intan membuka tudung lalu di sangkut pada hanger.Rambutnya yang separas tengkuk dan di biarkan mengurai itu membuat Intan kelihatan comel.Ditambah lagi dengan sepit kecil di belakang telinga.Intan duduk di atas katil.Perlahan-lahan dia merebahkan diri sambil memeluk teady bear pemberian Kak Lin sewaktu di universiti dulu.Ingatan Intan melayang pada Amir……Amir insan pertama yang membuat Intan jatuh cinta dan dicintai.Amir dan Intan saling menyintai…terlalu menyintai hingga ibubapanya dan Amir mengetahui semua itu.Namun,Intan tidak pernah tahu bahawa Amir sedang menghidap leukimia yang serius.Amir selalu sakit,puas Intan bertanya tapi Amir sentiasa mengelak.Hinggalah selepas tamatnya SPM,keadaan Amir semakin teruk.

“Mir nak bawa In pergi mana ni??”Intan merayu.Sudah penat dia menemani Amir masuk keluar kedai menjual cincin.Dan entah dah berapa bentuk cincin silver yang dicubanya atas permintaan Amir.

“Ikut sajalah sayang.Cepat.”Amir memujuk Intan yang berdiri kaku.

“Mir cakaplah dulu……nak buat apa cari cincin silver tu??”Intan sudah mula merajuk.Penat dia melayan karenah Amir.

Amir senyum.Kuat merajuk betul awek aku ni.Comel!”Nanti Mir bagitau kat In ok.Sekarang In kena teman Mir jer.Jom sayang.”

Intan menarik lengan baju Amir.Hmm..awek aku ni.Dah mulalah tu.

“Janganlah merajuk macam tu.Malu tau.Orang dah hairan tengok In berdiri kat sini.”pujuk Amir lagi.

“In tak peduli jugak.Mir kena cakap…..kalau tak.Mir pergilah sendiri.”padan muka.Nak sangat berahsia.

Amir senyum dengan sikap keanak-anakan Intan.Itu yang membuat dia suka pada Intan.Intan memang kuat merajuk tapi merajuk dia tu manja sangat!
“Oklah…..Mir cakaplah ni.”Amir mendekati Intan.Dia menatap wajah Intan.”Mir nak beli cincin untuk In.Cincin tunang kita……”

Intan terkejut.Mukanya merona merah.Amir ni teruklah….kenapa tak cakap awal-awal.nasib baik aku tanya,kalau tak buat aku malu jer kat kedai nanti.
“Intan mana ada cakap nak bertunang dengan Mir…..eeee…..perasan!”
Amir ketawa.”Betul ke??Tak nak kat Mir ke??Betul ni??!”Amir mula menyakat Intan.Nak jual mahal kat Mir yer.

Intan tersenyum malu.Benci betul!Suka sangat nak kenakan aku.
“Eeee….bencilah kat Mir!”Intan memukul Amir dengan buku.

“Hmmm..tadi jual mahal.Ni Mir tanya ni….nak ke tidak dengan Mir ni??Cepat……Mir kira…satu…..dua……ti….”Amir semakin nakal.

“Naklah!”ops alamak macam mana keluar ayat spontan ni.Malunya.Intan memalingkan wajahnya.Malunya nak tengok Amir.

“So,kalau nak, In kena ikut cakap Mir ok??”Intan angguk kepala.

Intan leka duduk di atas katil.Jarinya mengusap-ngusap cincin silver pemberian Amir seminggu yang lalu.Kata Amir biarlah mereka belum bertunang secara rasmi.Yang penting dia mahu Intan dimiliki olehnya.Dalam keasyikan itulah,Intan menerima panggilan bahawa Amir telah dimasukkan ke hospital dan sedang tenat.Sukar untuk Intan menerima kenyataan bahawa Amir telah lama menghidap leukimia.Dalam keadaan yang semakin nazak itulah,Intan setia di samping Amir dan Amir sentiasa berusaha menyatakan betapa cintanya dia pada Intan dan tangannya tidak lepas dari mengusap jemari Intan yang tersarung cincin pemberiannya.Dan malam itu juga Amir pergi buat selamanya.Betapa sukarnya Intan melalui kehidupan selepas kematian Amir.Segala-gala yang di rancang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terpaksa Intan laksanakan seorang diri.Dan sedikit demi sedikit,Intan belajar menerima hakikat bahawa Amir takkan kembali….namun Intan gembira kerana semasa pemergian Amir…mereka masih lagi saling menyintai.

Sukma dan minda ini meronta..
Ratapi pemergianmu untuk selamanya..
Jumpa di kali akhir ku rasa….
Kau masih mampu membuatkan ku gembira…
Ku imbas manis tingkahmu..
Dalam rindu meruntun….
Di jiwaku mengenangi mu….
Pasrahku menguatkan iringi perpisahan….
Kerna pedih rasa bukanlah punca ku hilang ketabahan…..

Dentingan jam dinding mengejutkan Intan.Jam 12 dah rupanya.Anuar………..Intan tersentak.Kenapa dengan nama ini????Intan cuba memejamkan matanya……namun setiap kali dia cuba memejamkan
matanya…..wajah Anuar dan segala yang telah berlaku tadi muncul.Kenapa ni Intan??Apa yang berlaku??Anuar…..kenapa kau buat aku macam ni??!Tak cukup dengan itu….setiap kali memejamkan mata…..Intan seakan terdengar suara lembut Anuar yang cukup mendebarkan hatinya.Intan memeluk bantal.Airmatanya sudah mula menuruni pipi.

Kenapa buat aku macam ni An??!!Apa yang kau mahu??!!Kenapa harus kau katakan soal cinta??!Aku benci mendengarnya……aku takut mendengarnya!!!!Tolong An……..jauhkan aku dari semua ini.Aku bencikan kau!aku bencikan kau!!!!Amir………………….

Anuar duduk termenung di halaman rumah dalam kepekatan malam.Dia masih lagi memikirkan tentang Intan.

“Huhhhhh!”Anuar mengeluh.Handphone Anuar berbunyi.”Hello………..”

“An…..akak ni!”ceria suara kak Lin.

Aik akak aku ni.Satu rumah nak bercakap pun kena pakai telefon gak ke??Ni ler dia orang pompuan.Bila nak kawen…tak boleh kuar rumahlah….. itulah…. inilah…semuanya untuk naikkan seri.Kalau aku dengan Intan macam ni…..rindulah aku menunggu time nak kahwin.
“Belum tido ke??Ingatkan akak tengah mimpi abang Joe sekarang ni……..haha.”

“Belumlah.Akak tengah berdebar ni.Jantung akak ni entahlah.Rasa berdebar betul.”

Anuar ketawa.”Padan muka!Nak sangat kahwinkan??Ha!Baru tau!”

“Jangan nak mengada.Akak ni kira oklah ni……..berdebar jer…..akak takut kalau kau dengan Intan nanti…..Intan takut terus tak jadi kawen.”

Anuar terdiam.Intan………….Intan……….

“Kenapa diam An??”

“Takdelah kak.Teringat kat Intan je.”nak cerita ke tidak.Kalau aku cerita hal tadi sure aku kena sembur kak Lin.Tak cerita…..takde pulak orang nak bagi nasihat.

“Amacam waktu hantar dia balik tadi??Ok???”adik aku ni lemah je.Tapi aku faham dia memang cintakan Intan…..kalau tak mustahil dia nak tanggung risiko bakal dikecewakan.

“K.O adalah…..”lemah suara Anuar.Ah!Cerita ajelah.

“An ni gilalah!”marah kak Lin sebaik mendengar cerita Anuar.”Kalau akak jadi Intan memang akak marah dengan An.Baru jumpa kali pertama dah meluah.Tentulah Intan naik takut tadi.Nasib baik tak dibaginya penampar free!”leter kak Lin.

Anuar pekakkan telinga….ni yang malas dengan minah leter ni………eeee…. bukan nak bagi nasihat untuk selesaikan hal ni.sebaliknya dia berleter pulak.Entah macam manalah abang Joe boleh tangkap cintan kat akak aku…..

Subuh itu Intan terjaga.Kepalanya terasa berat dan berdenyut keras.Sakitnya!Intan tahu semua ni kesan sebab dia terlalu banyak menangis malam tadi.Macam tulah Intan….bila menangis terlalu lama…gerenti sakit kepala dan demam.Mujur saja pagi ni dia belum lagi di serang demam.Intan memicit kepalanya.Jam berapa agaknya aku tertidur malam tadi??Ahhhhh!Lupa.Intan sendiri tidak pasti…….yang pasti semalam dia tidur bertemankan airmata dan semuanya kerana ……Anuar!Intan jadi lemas memikirkan Anuar…..mengenangkan peristiwa semalam,Intan rasa berat hati nak hadiri majlis kahwin kak Lin tengahari nanti.

Nak pergi ke tak nak??Nak tak nak…….nak tak nak…………Anuar.Kenapalah dia buat aku macam tu??Dia tak fikir ke perasaan aku??Rasanya dia cuma fikir perasaan dia kot.Huh….Intan mengeluh.

Tepat jam 10 pagi.Intan dah siap berbaju kurung warna merun warna kegemarannya yang dihiasi sulaman bebunga halus.Intan memakai tudung berwarna putih dengan gaya wardina.Intan menatap wajahnya di cermin.Dah oklah ni kan?? Sekurang-kurangnya kemas dan sedap mata memandang.Intan mengukir senyuman manis.

“Dah siap dah???”mak berdiri di pintu memandang Intan.

Intan berdiri di depan emak.”Cantik tak mak??”Intan senyum manja.Maklumlah anak tunggal…..mana tak manja.

“Dah cantiklah tu.Baju warna merun, lipstik nipis warna pink jernih….manis anak emak.”emak mencium pipi Intan.

“Rasanya kak Lin tentu lagi cantikkan mak??Apa orang kata…..sering pengantinkan???”beruntung kak Lin.Mesti jadi tumpuan hari ni.

“Mestilah pengantin kena lebih cantik….kalau tak, jatuh standard.Intan tak teringin……..”perlahan suara emak.

Aku tahu mak teringin nak tengok anak tunggal dia ni kahwin.Maafkan Intan emak.Intan tak berani …………”Entahlah mak……Intan minta maaf.”Intan peluk emak.

“Takpa……mak faham.”Mak usap belakang Intan.”Dahlah…cepat siap.Nanti Lin tunggu pulak.”

Intan mencapai beg tangan,handphone dan kunci kereta.”Mak dengan abah datang nanti guna keta abahkan??”

“Ye.Intan bawa kereta hati-hati yer.”

Intan meletakkan kereta Kancilnya di bawah pohon rimbun di hadapan rumah Kak Lin.Bukannya apa…boleh juga kereta kesayangan Intan tumpang berteduh. Saudara mara kak Lin sudah ramai memenuhi rumah.Intan melangkah masuk perlahan-lahan sambil mulutnya ramah menyapa ahli keluarga Kak Lin.Namun,dalam masa yang sama Intan cuba berhati-hati….takut terserempak dengan Anuar.

“Assalamualaikum….”Intan membuka pintu bilik kak Lin.
“Wa alaikumsalam….Intan!Akak ingat Intan tak jadi datang………”lembut suara kak Lin.
“Kenapa pulak Intan tak jadi datang??”apsal kak Lin cakap macam tu yer??Ke dia tahu pasal aku dengan Anuar malam tadi.
La silap cakap pulak dah.Macam mana ni?? “Eh!Takdelah…manalah tahu.Lagipun Intan penat lagi…semalam dah banyak Intan tolong akak.”kak Lin cuba mengcover.
“Erm..penat-penat jugak.Tapi untuk akak…..no problem!”Intan memeluk kak Lin.”Lagipun Intan nak jugak tumpang seri akak hari ni……kan Intan pengapit akak……”
“Macam mana akak??Cantik tak??”Kak Lin berdiri di hadapan cermin.
Intan memandang kak Lin.”Erm…cantik!Tapi………….”
“Tapi apa ni?!”kak Lin cemas.
“Tapi…kalau abang Joe yang pandang tentu lagi cantik!”Intan ketawa kecil.
“Nakal!”Kak Lin cubit pipi Intan.

Pintu bilik Kak Lin diketuk.

“Siapa tu??”kak Lin bertanya.
“An ni!!!”
Kak Lin pandang Intan.Anuar ni memang sengaja nak cari pasal.Mengada betul adik aku ni.Intan buat-buat sibuk dengan mengemas alat-alat solek kak Lin.

Benci betul Anuar ni!Kenapa dia nak masuk sini pulak??Tak ada bilik lain ke??Tapi……aku nak halang tak boleh.Dah ni rumah dia.

“Nak apa??!”tanya kak Lin lagi.
“Adalah..nak minta tolong.Cepatlah kak.”
Kak Lin berdiri dan membuka pintu.Anuar masuk dan tersentak melihat Intan yang duduk di hujung katil.Intan pulak daaaa….semalam dah buat silap…selamba ajelah.Intan serba salah.Nak duduk macam tak kena.Anuar terus berdiri di depan cermin dengan gaya selamba….seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku dengan mereka semalam. Benci….buat-buat tak tahu pulak.Memang jenis tak tahu malu betul!

“Sepadan pulak baju An dengan Intan hari ni yer??Dah buat janji ke semalam??”kak Lin cuba menghidupkan suasana.
Intan terpinga-pinga lalu melirik pada Anuar. Perasan!Sapa nak berjanji dengan dia.Intan paling muka.Intan ni merajuk ke marah dengan aku ni??”Uishh!tak main ler janji-janji.Ni ler ada jodoh namanya.”Anuar senyum memandang Intan.Intan menatap Anuar dengan geram.Sapa pulak ada jodoh dengan dia ni?!Bencilah kat kau Anuar!Intan menjeling geram.Anuar ketawa dalam hati.Dia dah marah dah….kalau marah tu tandanya sayang ler tu kan…..kan???

Anuar menghampiri Intan perlahan-lahan.Intan tunduk.Kenapa pulak Anuar ni??Nak apa lagi?Tak cukup ke dia sakitkan hati aku semalam. Anuar…….please…jgn buat In macam ni……

“In……”
Intan tunduk.”Hmmmm….nak apa??”
Anuar tersenyum.Sekurang-kurangnya masih ada respon lagi ni.
“Tolong An betulkan sampin ni……lecehlah…”
Intan terus pandang tepat muka Anuar.Dia ni mengada ke??Dahlah sakitkan hati aku……benci betul!!!Kenapa kau ni An?aku ni bukannya bini kau nak jaga pakaian kau!
“Intan tak pandai.”tegas suara Intan.Kak Lin cuma memandang.Anuar ni kalau bagi penampar sekali baru faham agaknya.
“Tolonglah…….An nak cepat ni…”Anuar menggesa.Sengaja nak cari pasal.
Intan terus diam.Tunggu ajelah kat situ.Aku dah kata tak tau..maknanya aku tak naklah.Biarlah…..
“Anuar..?”ibu kak Lin muncul di pintu.”Dah siap ke belum?Pengantin lelaki dah nak sampai.Cepat keluar!”ibu kak Lin terus keluar.
“Ha!Kan An dah cakap An nak cepat ni!Tolonglah ……nanti mak marah.”
Intan ketap bibir.Benci!Tiba-tiba Intan berdiri lalu menarik sampin Anuar.
“Meh sini!”kasar bahasa Intan.Intan menarik Anuar ke depan cermin.Tangannya ligat membetulkan sampin Anuar.
Anuar senyum.Masa yang ada digunakan sebaiknya untuk menatap wajah Intan.
“Nah!Dah siap.Pergilah cepat.”Intan berpaling namun Anuar pantas menarik lengannya membuat Intan menatap wajah Anuar.Intan terpaku hingga dia tersedar lalu dia memalingkan wajahnya ke arah cermin.
“In masih marah??”lembut suara Anuar.
“Marahkan apa??”Intan buat-buat tak tahu.Hatinya panas dengan sikap Anuar.
“Pasal semalam……In dah lupa? “Anuar tetap bersabar.
“In tak lupa….tapi kalau ada peluang,In ingin melupakan!”tegas suara Intan.Airmata Intan mula bertakung.entah kenapa hatinya rasa perit diperlakukan Anuar begini.
“An minta maaf.An tak sengaja!Tolonglah fahami apa yang An katakan semalam.”kenapa kau macam ni Intan.Salahkah aku cintakan kau??
“An nak In faham diri An….tapi An faham tak diri In??!”perlahan suara Intan.
Anuar tersedar akan kesilapannnya yang terlalu mendesak.”Oklah….maafkan An.Maafkan ye???In……”
“Hmmmmmm……..”Intan menjawab malas.
“Cuba tengok kat cermin…….”Intan mengangkat wajahnya menatap cermin.Dia dan Anuar yang sedang tersenyum manis.
“Macam pengantinkan?? Mungkinkah…….?”

Belum sempat Anuar menghabiskan kata-katanya,Intan terus merentap tangannya dengan kasar dan keluar dari bilik.Kerasnya hati kau Intan…..keluh Anuar.Benarkah aku ni tak mampu memiliki kau???Hilang sudahkah cinta Intan??

Kalau ada satu hari lagi…..
Ruang dan waktu yang kumiliki….
Kalau ada satu hari lagi….
Renunglah mataku untuk hakiki..

Memang salahku..
Maafkan aku…
Biarlah semua berlalu dan ku…
Hampir terlena dengan lalaiku…
Menghayun buaian asmaramu……

Sepanjang majlis pernikahan dan persandingan Kak Lin,Intan sudah kembali seperti biasa.Penuh ceria….penuh senyuman dan gelak ketawa yang memikat hati.Tingkah laku Intan sentiasa di jaga…………..namun,siapa tahu disebalik sikapnya itu tersembunyi kelukaan tentang sikap Anuar.Intan sedaya upaya mengelak dari memandang Anuar.

Anuar………tolonglah jangan buat aku macam ni.Cukuplah….ia tak mungkin berlaku.Lupakan aku!Aku bukan untuk kau……jangan seksa aku macam ni!Kalau pun kau menyintai aku…..inikah cara kau??!Anuar……Intan menarik nafas dalam-dalam.

“Kak….Intan nak pergi tandas kejap.”Intan berdiri dari duduk selepas membantu kak Lin mengemas segala pakaian persandingan tengahari tadi.”Hmmm……”Intan memegang kerusi. Sakitnya!Kenapa ni?Intan buka mata…pandangannya gelap.
“Intan..kenapa ni??”kak Lin memeluk Intan.
Intan pejam mata.Kau ok Intan….tak ada apa-apa ni…Intan meyakinkan dirinya.Selang beberapa minit…Intan buka mata.Alhamdulillah dah oklah ni….Intan senyum.
“Dah ok??”Intan angguk.
“Thanks kak.Intan ok….jangan risau key??”Intan terus keluar menuju ke tandas.
“Ah!Mak………”Intan rasa sakit kepala tiba-tiba.Janganlah pitam pulak.Intan bertongkat pada sinki tandas.Pucatnya….aku ok ke ni?Intan menatap wajahnya di cermin.Lama Intan cuba meredakan sakit kepalanya.Intan menarik nafas perlahan-lahan.No,aku mesti balik rumah sekarang!

Anuar sedang menuju ke biliknya ketika Intan keluar dari tandas.Tangan Intan kejap memegang tombol pintu.Kenapa pulak ni??Intan ni kenapa??Anuar mendekati Intan…

“Intan……….In……..”kenapa ni Intan.Jangan buat aku risau macam ni.Kau sakit ke???

Intan memandang Anuar.Dia sudah tidak peduli tentang Anuar.Yang pasti Intan sudah mula merasa keadaan di sekelilingnya seakan berputar.
“An……………..”lemah suara Intan.
“Kenapa ni?”Anuar semakin mendekati Intan.
“Help me………….”akhirnya Intan terkulai layu….mujur Anuar cepat menyambutnya.
“Intan!”ishh…kenapa dia ni!Anuar menjerit memanggil kakaknya sambil mengangkat Intan ke bilik tidurnya.Janganlah ada apa-apa.Anuar berdoa.Anuar meletakkan Intan di atas katil.Kak Lin serta ibunya masuk ke bilik Anuar.

“Kenapa An???”kak Lin cemas.
“An tak tahu………In tiba-tiba pengsan masa keluar tandas tadi….nasib baik An cepat.”janganlah ada apa-apa.Anuar berdoa dalam hati.Dia cemas melihat Intan macam tu.
“Dari tadi lagi Intan tak ok.Dia macam pening.Lagipun Intan belum makan lagi…tambah pulak penat.”kak Lin cuba memujuk hati sendiri.Anuar menjadikan kata-kata kakaknya untuk melegakan perasaannya.Dia menatap wajah Intan.
“Tak sedar lagi??”Ibu Anuar bersuara.Anuar jungkit bahu.
Perlahan-lahan Anuar beranikan diri menepuk pipi Intan.”In……..In……..”
Intan masih diam.
“Tak apalah.Nanti dia sedarlah tu.Sementara tu biar dia tidur dalam bilik An dulu.Jangan kacau dia pulak.Anak perempuan orang ni.”ibu Anuar memberi amaran.Kak Lin dan Anuar berpandangan.Anuar kenyit mata pada Kak Lin.

Intan tersedar tiba-tiba.Matanya dibuka perlahan-lahan.Kat mana aku ni??Tadi aku sakit kepala,pening dan aah!An….Intan mengeluh.Kenapa mesti ada Anuar??Intan merasa kepalanya sedikit ringan…sudah tidak ada kesakitan yang di tanggung.Intan menyentuh kepalanya dan tudung aku?!Mana tudung aku??!Intan terus duduk.Matanya melihat sekitar bilik.Bilik siapa pulak ni…dan matanya terpaku pada gambar Anuar yang tergantung di dinding bilik.Anuar??Habis tudung aku ni……dia yang bukak ke??Intan mencapai tudung di sisi katil dan di sarungkan.

Intan bersandar pada dinding….macam mana boleh jadi macam ni??Pintu di kuak tiba-tiba…seorang kanak-kanak kecil memandang Intan.
“Hai!Sayang……cari siapa?”Intan menyoal lembut.Intan sukakan kanak-kanak.Kanak-kanak tu terus berlari ke luar.
“Assalamualaikum………..”Anuar muncul tiba-tiba.Dia ni tak boleh ke kalau tak kacau aku…..fahamlah Anuar.
“Wa alaikumsalam…”Anuar duduk di sisi Intan.
“Dah ok????”cukuplah tu Anuar….jangan ambil berat sangat diri aku.
Intan angguk kepala.”In pengsan tadi.Mujur An sempat…..kalau tak In mesti jatuh kat lantai.Rugilah An…..kalau In tak jatuh dalam pelukan An tadi…….”Anuar senyum.
Sudahlah tu……tak retikah Anuar ni?Aku tak suka.Intan hanya diam.Malas dia nak cakap banyak.”Thanks………..”
“It’’s ok….cuma lain kali jangan tak makan lagi key.Kalau tak……An tak sayang In nanti.An risau ni tau tak!Nasib baik In dah besar…..kalau tak tentu An cubit pipi In!”Anuar ketawa kecil.
Intan ingin tersenyum.Kata-kata Anuar selalu membuat Intan rasa di sayangi tapi…Intan masih takut….entahlah.
“Tudung In………rambut In……..”macam mana nak cakap.
“Oh!Kak Lin yang buka…..An tak tau dan tak nampak apa-apa pun.Kena tunggu lepas kahwin ler……….”
Benci!Anuar memang sengaja nak kenakan aku……..tapi Intan rasa bahagia.Kenapa aku ni???Kenapa Intan???Tak……ini mainan perasaan saja….tak mungkin!!!!Tidak!!!!!!!!!!!



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:

Intan melangkah masuk ke dewan besar Hotel Ramadha dengan senyuman.Intan sentiasa yakin dengan setiap langkahnya….dengan setiap penampilannya.Suasana dalam dewan bingit dengan suara Azrin sebagai pengerusi majlis yang becok menceritakan tentang kisah percintaan Kak Lin dan Abang Joe.

Mana Anuar agaknya??Mata Intan mencari kelibat Anuar.Intan tersentak!Kenapa aku ni?!!Aku cari An??!!An!!Intan ketap bibir.Geram dengan kelakuan dan perasaannya yang tidak menentu.

Anuar juga tercari-cari kelibat Intan.Dia tiba lewat dari waktu sepatutnya.Mujur mereka tidak perlu menjadi pengapit malam ini.Sakit lagikah makwe aku ??argh!!!!mana Intan ni….?!

Tiba-tiba…..

“Ouch!!”Intan memegang bahunya dan bila dia berpaling Anuar sedang menatapnya.An!!!Hati Intan menjerit kegembiraan.Anuar menatap wajah
Intan dengan senyuman.An!!Hati Intan terusik dengan senyuman Anuar.Kacak!

“Kenapa lambat??”Anuar bertanya.Jumpa jugak…….kalau tak gerenti rindu!

Dia cari aku ke tadi???Intan senyum.Kenapa aku ni??
“In cantik!”Anuar meluahkan rasa hatinya.anuar kagum dengan kecantikan Intan malam itu.Solekan yang sangat nipis,dengan dress labuh yang longgar berlengan panjang dan bertudung..semuanya serba serbi putih menjadikan Intan begitu manis ditambah dengan selendang nipis berwarna putih dan dihiasi bunga-bunga ros kecil di pin menutupi dada.

Intan senyum.”Thanks….”
“For what??”Anuar pura-pura tak tahu.
Intan pandang Anuar.”For everyting you do……”lalu Intan berlalu meninggalkan Anuar.

Intan duduk di sofa sambil membantu Kak Lin melipat pakaian persalinan untuk majlis tadi.Kenapa kau jadi macam ni Intan??Kenapa aku macam ni??Jatuh cintakah aku pada Anuar??Kenapa aku tak marahkan dia lagi??Intan pejam mata lalu mengeluh perlahan bila memikirkan perubahan yang drastik pada dirinya.

“Intan…………”Intan membuka matanya dan memandang tepat pada kak Lin.Kak Lin…..apa yang berlaku pada Intan ni??!!Intan tersenyum.

“Ok ke????”Intan angguk kepala.
“Intan….kalau akak cakap Intan jangan marah ye??”pasal Anuarkah??Mestikah pasal dia???.
“Cakaplah……”Intan masih tersenyum.
“Intan………Intan suka Anuar tak??”
Wajah Intan berubah redup.Dia memandang Kak Lin.Intan sendiri tak tahu kak Lin….namun alangkah bagusnya andai Intan jauh dari semua perasaan ini.
“Intan cintakan Anuar?”tegas suara Kak Lin.”Akak tak pasti apa perasaan Intan pada An sekarang ni.Kakak tak mahu memaksa….cuma,An betul-betul cintakan Intan.Dah terlalu lama….sejak akak tamat universiti dulu.Akak tahu An agak keterlaluan dengan pertemuan pertamanya dengan Intan dulu…..”
Intan tersentak.Anuar!Kenapa dia ceritakan pada kak Lin?!”Kakak tahu???”
Kak Lin senyum.”Akak tahu Anuar peluk Intan malam tu.Akak minta maaf atas sikap dia yang tak sabar tu.Anuar juga dah cakap dia cintakan Intankan???”
Itulah dugaan yang amat berat bagi aku.Mendengar ucapan cinta cukup membuat aku serba salah.
“Akak tahu ia adalah masa yang terlalu singkat untuk Intan mengenali siapa Anuar.Yang akak tahu….dia sangat menyintai Intan…..bukan kerana simpati pada Intan…tapi dia benar-benar cintakan Intan.”
“Intan minta maaf…………”kenapa aku pula yang melafazkan maaf??
“Tak de apa-apa yang perlu di maafkan…..cuma nasihat akak…..lupakan Amir.”
Airmataku sudah mula bergenang.Kenapa harus semua orang berpendapat aku masih lagi mengharapkan Amir?Kenapa??!
“Intan dah lama lupakan Amir….dia kekal dalam ingatan dan Intan tahu bahawa kisah cinta dan Amir sudah lama berakhir……”
“Habis tu??Kenapa tak bercinta lagi?????!”
Tak fahamkah orang perasaanku?!Ya!mungkin hanya mereka yang pernah kehilangan saja faham perasaan aku ni.
“Intan takut kehilangan……..ia memeritkan.Intan tak mahu kehilangan orang yang Intan cintai untuk kali ke-2…………..”
Kak Lin tunduk……baru kini aku faham kenapa Intan menjauhkan diri dari cinta.”Namun Intan tak boleh terus hidup macam ni!Dalam dunia ni masih banyak harapan untuk Intan.Masih ada peluang untuk Intan bahagia…Intan harus berani mencuba…jadikan kenangan lalu sebagai pendorong Intan untuk hidup dengan lebih bahagia.”
Memang mudah nak berkata…..tapi aku yang merasa takutnya.”Entahlah………..”mungkin ada benarnya kata-kata kak Lin.

Bell pintu berbunyi.Intan membuka pintu.

“Ha! Dah dapat!Kat sini kak In rupanya ye???”Azrin memeluk lengan Intan manja.Intan senyum.Sebaik saja melihat kelibat Anuar di belakang abang Joe..senyum Intan mati.

Intan…..kenapa dia ni??tadi punya main ok respon dia bagi.

“Kenapa cari kakak??”
“Rin nak ambil gambar dengan akak ler……boleh tak?”
“Boleh….mana ada tak boleh.”Intan senyum.Terhibur dengan sikap Azrin yang sudah di anggap seperti adik sendiri.
“Abang…..tolong ambil yer…cantik-cantik tau!”Anuar menyambut kamera dari tangan Azrin.

Kemudian,Intan terus terbiar sepi di sofa seorang diri sedang Azrin begitu becok menyakat Kak Lin dan Abang Joe.

Anuar memandang Intan…..nak duduk ke tidak.Kaki Anuar melangkah lantas duduk di samping Intan.
Jangan hampiri aku An………Intan memalingkan muka.
“In……..”lembut suara Anuar menyentuh hati Intan.
Intan buat-buat tak dengar.Anuar…..pergilah……
“In…..!”Anuar tidak berpuas hati.
Suka memaksa!Intan mengeluh lalu menatap Anuar. “Hmmmm………”
“Kenapa ni???”Intan geleng kepala.
“Janganlah macam ni….An risau.”Anuar sampai bilalah kau ni tahan nak melayan aku macam ni?Kau tak bosan ke?Tak faham aku tak nak???
“In ok…..thanks sebab jaga In petang tadi.”

Flash kamera mengejutkan mereka.Azrin tersengih.

“Apa ni Rin??”kacau betullah budak ni.Tak bagi duit nanti.
“Eh!Marah pulak?Kita tolong kena marah pulak!”azrin menjuihkan bibir.
“Nak apa?”tanya Anuar.Saja nak minta pertolongan dari adik dia ler tu.
“Erm……nak ambil gambar abang dengan kak In boleh tak?”Azrin kenyit mata pada Anuar.
Intan diam.Intan mula lemas dihimpit keadaan. Kata-kata Kak Lin masih lagi jelas di telinga kini di tambah dengan sikap Anuar pulak.
“Kak In….duduklah rapat sikit dengan abang……”Intan pandang Anuar.
Keras betul hati Intan.tak boleh ke nak ambil gambar berdua?Anuar geram.Lantas Anuar mendekati Intan….rapat lalu tanpa memohon keizinan,dia memeluk bahu Intan dan sebelah tangannya menggenggam tangan Intan yang ditutupi selendang.
Intan melirik pada Anuar.dia cuba menarik tangannya namun genggaman Anuar terlalu kejap.Akhirnya Intan akur memberikan pose yang terbaik buat Azrin.

“Intan balik dulu,kak Lin.”Intan mencium pipi kak Lin.Dia ingin cepat-cepat lari dari Anuar.Perasaannya semakin tak menentu.Anuar berdiri di belakang Intan.

“Kak In!”Azrin memanggil tiba-tiba.
“Kenapa??”
“Selendang akak terlepas…..”
“Ha!Mana??”Intan menarik selendangnya yang terlepas dari bahu kanan.
Anuar memegang tangan Intan.Intan cuba tarik….”In boleh buat sendiri….”
“Tak peduli!Biar An tolong.”Anuar menarik Intan rapat kepadanya.
Anuar….tolonglah jangan buat Intan macam ni!ya,Allah tolonglah……
“An nak pin ni….kalau tercucuk bagitahu ok??”ah!kata-kata Anuar….semuanya menyentuh hati ku.
“Sakit tak??Bagitahu kalau sakit…..nanti kalau tercucuk….In nangis pulak.Susah An nak pujuk.”Anuar senyum.Intan jadi malu pada kak Lin,abang Joe dan Azrin.
“Okey dah!Tak nak say thanks ke…..?”
Intan tak tahu nak kata.Perasaannya semakin tak menentu.Intan menangis.
“Intan…..kenapa ni???”kenapa pulak dia ni menangis.Bengang!”In kenapa ni?An buat salah ke???”
Intan memandang Anuar.Kenapa kau buat aku macam ni An?Anuar terlalu menyayangi Intan….dapat Intan rasakannya.
“An…………..”intan tak mampu bertahan lantas berlari keluar meninggalkan mereka.

Anuar mengejar Intan sehingga ke tempat meletak kereta. Intan sudah menghampiri keretanya.

“Intan!”Anuar menarik selendang Intan.Beri aku peluang Intan.
Intan berhenti.”Lepaskan In!!Let me go!please!!!”
Anuar berdiri dihadapan Intan.”No!An takkan lepaskan melainkan In beri penjelasan pada An!”
Intan menangis.”Please An!Penjelasan apa lagi?”Intan cuba menarik tangannya.Anuar semakin berani.Tidak pernah Intan diperlakukan lelaki seperti ini.Amir juga tidak.
“Kenapa In nak jauhkan diri dari An??An bersalahkah??Jangan buat An macam ni.An risau tau tak?”Anuar cuba berlembut.
Intan mendengus.”An memang bersalah!”Intan memukul bahu Anuar.”An bersalah sebab seksa In macam ni!An bersalah sebab menyintai In!An bersalah sebab memaksa In menyintai An!An memang bersalah tahu tak!”Intan terus memukul Anuar.

“Intan….”Anuar memegang kedua belah tangan Intan.”Sori sayang…..”Intan jadi lemah dengan ucapan sayang Anuar.”An tak berniat nak memaksa In.tapi An terlalu sayangkan In……terlalu sayangkan In!Terlalu cintakan In!Bagi An peluang sayang….”
Intan menggeleng perlahan.”No!In tak berani…….In tak mahu!Macam mana kalau In kehilangan lagi??Siapa yang akan faham hati In….”
“In cintakan An tak??”
Intan diam.
“In cintakan An tak?!”
Intan menarik tangannya.”In tak tahu! In tak tahu!”
“Ok…but please….pandang mata An.”
“Tak mahu!”Intan cuba berpaling namun Anuar cepat menariknya ke dalam pelukan.
Mata Intan memandang tajam pada Anuar.Anuar sudah melampau kerana berani memeluknya.”Lepaskan In!”
“No!Pandang mata An dulu…..”
Intan berkeras.”In……sayang …sayang dengar tak ni?”lembut suara Anuar memujuk.
Entah kenapa hati Intan jadi lembut untuk menatap mata Anuar dan Intan terpaku.An….don”t say it!don”t say you love me!

“In……I love you.I really mean it.An cintakan In….sangat menyintai….sangat menyayangi..”
An……Intan semakin lemah….hatinya kalah mendengar kata-kata Anuar.Apa kelebihan Anuar sukar dia menafsirkannya.
“An……………..”
Anuar memeluk Intan.”Maafkan An sayang…..atas kekasaran An.An tak bermaksud macam tu.Maafkan An sayang.An cintakan In….maafkan An kerana memaksa.An takkan paksa In lagi…..cuma An pinta…..beri peluang pada An untuk menyintai diri In……please…..beri peluang untuk kita sayang…….”
“In……..In tak tahu…”Intan menatap wajah Anuar.
“Syyy…jangan cakap apa-apa lagi.”Anuar memeluk Intan kembali.”Just hear…that I really love you.I”m really love you.”

Satu masa telah terlewati….
Benci dan rindu merasuk di kalbu..
Ada apa dengan cintaku..
Sulit untuk aku ungkap semua..

Jangan pernah bibir tertutup..
Bicarakan semua yang kau rasakan….
Cinta itu kita yang rasa…
Bila sengsara hatikan merana…

Wahai pujangga cinta….
Biar membelai indah…
Telaga di kalbuku….
Jujurlah pada hatiku,,,,,

Ada apa dengan cinta..
Perbedaan amatku dengan kau.
Biar menjadi bait…
Dalam puisi cinta terindah..

Anuar memandu tenang.Sesekali dia melirik pada Intan yang duduk di sebelahnya.Intan tertidur dan Anuar membiarkan sahaja.Dia tidak sanggup membiarkan Intan pulang sendiri dalam keadaan begini.

Maafkan aku Intan……kerana terlalu memaksa.Hanya ini saja cara yang terbaik agar kau menjadi milik aku.aku terlalu menyintai kau.Aku sia-siakan masa beberapa tahun untuk menanti saat-saat bertemu dengan kau.

Ikutkan hati memang Anuar tak sanggup nak desak Intan.Tak sanggup nak tengok Intan menangis tapi itulah namanya kuasa cinta.Bila dah jatuh cinta…..macam-macam yang terjadi.Cinta…..cinta…..

“An…………..”lembut suara Intan.
Anuar berpaling ke arah Intan.”Ye sayang…..kejap lagi sampai.”Anuar senyum.
“An………”Intan menangis lagi.Apa harus aku buat sekarang?Perasaan aku dah jadi tak menentu kerana ungkapan cinta Anuar.
“Kenapa ni??”Anuar cemas melihat Intan menangis lagi.”Mimpi hantu ke?”Anuar cuba menyakat.
“Mana ada!Bukanlah!”Intan ketap bibir.
“Habis tu??”Anuar kerut kening.
“Pasal tadi…………….In…..In tak tahu nak…………….”Intan mematikan kata-katanya dengan suatu keluhan.Macam mana sekarang ni??Apa yang hati aku nak sebenarnya?
“An dah cakapkan…………In jangan fikirkan sangat.An tak mahu memaksa….yang penting In tahu yang An cintakan In.Fahamkan?”
“Tapi……macam mana…”
“In…….dah le tu sayang.Jangan fikir lagi.Kita dah sampai ni….”
Intan diam.Betapa sayangnya Anuar pada aku……apa harus aku buat???
“Jom….An hantar sampai atas”.
“An….”
“Yup!Napa?”Anuar senyum.Lega melihat reaksi Intan.”Tak nak balik??Berat hati nak tinggalkan An ke?”kalaulah Intan cakap YA..gerenti aku terbang.
“Jangan cakap macam tu……..”Intan tunduk.
“Salah ke??dengan kekasih takkan tak boleh?”Anuar senyum nakal.
“An.!!”tadi suruh orang jangan fikir banyak.Pelik betullah dia ni.
“Ok…..ok!Sori sayang.”
Intan diam.Malas nak layan Anuar.”In naik dulu….tak payah hantar.Takat ni jak….”
“Berani ke??Nanti ada hantu……”
“An….!”
“Yelah…..dah tak nakkan??Tu baik-baik.Sweet dream ok.”
Intan angguk kepala.”Assalamualaikum …..”
“Wa alaikumsalam…..”
Intan keluar dari kereta dan terus menuju ke pintu lif.Handphone Intan berdering.Siapa pulak call malam-malam ni?Tak de dalam simpanan aku pun nombor ni….sapa ye??
“Hello………”
“Sayang…..I love you and really miss u.Bye.”sah itu suara Anuar.Dan Anuar memutuskan talian sebaik mengucapkan kata-kata itu.
Intan mengeluh….cinta sangatkah Anuar pada aku?Sedangkan sekarang dia sudah terlalu mengharapkan sedangkan aku belum pun memberikan kata dua kepadanya.


__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:

Genap sebulan peristiwa malam itu berlalu. Namun,Intan dan Anuar..kedua-duanya masih belum mampu melupakan peristiwa pada malam itu.Bila mengenangkan peristiwa itu,hati Intan semakin mengakui bahawa dia sudah mula jatuh cinta pada Anuar.

Intan melangkah masuk ke pejabat.

“Hai!Selamat pagi Cik Intan.”sapa Rita setiausaha Intan.
Intan senyum.”Selamat pagi.”
“Ermm…hari ni nampaknya ada kelainan…..”Rita senyum.
Intan kerut kening.”Apa yang lain……”
“Bunga……”
“Maksud Rita…….”
“Erm..rasanya lebih bermakna kalau Cik Intan tengok sendiri.”
Intan ketawa kecil.”Kalau macam tu….saya pun dah tak sabar dah ni….”
Intan senyum.”Oh,ya!Ada pesanan untuk saya tak??”
“Oh!Puan Azlin ada call pagi tadi.Dia suruh Cik Intan call dia balik.”
“Ok,thanks!”
Intan memulas tombol pintu pejabatnya dan sebaik pintu di buka….
Ha!!Bunga ros!!An!!Hati Intan menjerit gembira…..sejak sebulan yang lalu..inilah kali pertama Intan menerima sejambak bunga ros dari Anuar.Selalunya bunga tulip putih menjadi pilihan Anuar.Terima kasih An……

Intan letak tas tangan di atas meja.Kad yang terselit pada bunga di baca berkali-kali.Hati Intan berbunga gembira dengan kata-kata Anuar….sememangnya Intan merindui Anuar.Sejak malam itu,Anuar langsung tidak menghubunginya malah langsung tidak berjumpa dengannya.Hanya bunga menjadi pengganti diri Anuar.

Anuar pegang handphonenya.Nak call ke tidak ni??
Dah sebulan dah ni??Dah cukup ke masa untuk Intan berfikir??Arghh!!In…..An rindu!!!

Handphoe Intan berdering.Nama ”Anuar” terpapar di skrin.Intan menjerit gembira.Debaran di dada cuba di tahan.

“Hello………….”
“Assalamualaikum….”Intan senyum.Romantik betul suara Anuar.
“Wa alaikumsalam…..An…An ke mana??”manja suara Intan.
Hati Anuar kembang.”Hmm…rindu kat An ke??”
Muka Intan merona merah.Malu kerana Anuar dapat meneka isi hatinya.
“Tak adalah…..”
Anuar ketawa kecil.”Tengah buat apa tu??”
“Saja……”Intan melirik pada bunga di atas meja.
“Saja?Tak ada kerja??”
“In baru masuk ofis tadi…..”
“Dah dapat tak???”
“Ermmmm….dapat apa??”
“Tak apalah……”Anuar pura-pura merajuk.Intan ketawa kecil.
“Cantik bunga atas meja In tu……..”Intan terdiam.”Siapa bagi….?”
“Entah!Orang gila…….”jawab Intan.
“Bagusnya orang gila tu….pandai juga dia bagi bunga kat In ye….”
“Orang gila mana??”Anuar bertanya lagi.
“Anuar……”Intan senyum.
“Anuar??Anuar mana satu??In ada boyfriend lain ye……”
“Mana ada!”
“Habis tu..Anuar mana pulak bagi bunga tu?”
Intan geram.”Anuarlah!”
“Anuar mana sayang?”
Hati Intan tambah berdebar dengan kata-kata Anuar.
“Eeeee….An lah.Jahat ler..buat-buat tak tahu pulak!”Intan merajuk manja.
Anuar ketawa kecil.”In yang mulakan dulu…..tadi An tanya In buat-buat tak tahu.”
“Eee….An yang mulakan dululah!”Intan mengelak.
“Dah pandai lawan cakap An ye??An tak sayang nanti……”
Intan ketap bibir.”Yelah…yelah…..In yang salah.”
“Macam tu le baru An sayang…..”Intan senyum.
“Suka tak bunga tu??”
“Erm!”Intan malu nak cakap.
“Erm tu apa maksudnya?”
“In sukalah!”Geram Intan dengan kenakalan Anuar.”Kenapa hari ni bagi ros merah??
“Sebab hari ni hari special An….”Intan tertanya-tanya.
“Anuar tulis apa kat kad tu??”tanya Anuar lagi.
Intan tambah geram.Anuar memang suka mengusik.
“Entah………”
“Takkan tak tahu??”
“An….!”
“Ye sayang…….”
“Eee…bencilah!”
“Benci tu maknanya sayang…….”Anuar mengusik lagi.”Anuar tulis apa??”
Intan menarik nafas.Geram betul.Intan pandang kad yang di pegang sejak tadi.Mukanya merona merah.”Ermm……..An cakap……”
Anuar segera memintas.”Sayang……..I miss you.I”m really miss you so much!I love you!”
Intan terdiam.Bunga cintanya mekar dengan kata-kata Anuar.
“Jahat!”
Anuar ketawa.”An rindulah……”manja suara Anuar.
Intan senyum.”Hmmm..yelah tu…..”
“Betul ni!An rindu!In tak rindu An??”
“Erm…tak taulah….An betul-betul rindu In??”
“Erm….An rindu sangat!Nanti kita jumpa key!”
“Jumpa??Maksud An??”
“Tunggulah…..oklah sayang.An ada kerja.Take care.”

Intan masih tersenyum walaupun Anuar telah lama memutuskan panggilan.Intan rasa bersalah dengan Anuar tiba-tiba….Anuar sudah melayaninya seperti seorang kekasih dan Intan pula masih belum memberikan kata dua kepada Anuar.Hmmm….macam mana ni???

Intan teringat pesanan Kak Lin pagi tadi. Cepat-cepat Intan menghubungi kak Lin.

“Hello..assalamualaikum.”
“Wa alaikumsalam.Ha!Intan..ingat lupa nak call akak.”sergah kak Lin.
Intan ketawa.”Sori,Intan busy sikit tadi.”Ingatannya melayang mengingatkan Anuar.
“Erm…malam ni datang rumah akak boleh tak??”
“Ada apa??”
“Malam ni birthday Anuar.So,ibu buat majlis makan malam.Ibu suruh Intan datang.”
Intan terkejut.Kenapa Anuar tak cakap tadi??
“Boleh tak Intan??”
Intan terkejut dari lamunannya.”Err…ok.Insya Allah In datang.”

Alamak…birthday Anuar.Nak bagi hadiah apa yer??Erm……kena cari Syakila ni.Tapi Killa takde….dia cuti.Alamak….macam mana ni??

Tepat jam 7.30 malam,Azrin datang menjemput Intan.

“Apasal jemput akak ni??”tanya Intan sebaik masuk ke kereta.
Azrin ketawa.”Ibu suruh……”
“Kenapa??”
“Sebab kalau akak balik nanti……abang An ada peluanglah nak hantar akak.Bolehlah dating!”usik Azrin.
Intan senyum.”Nakal Azrin yer…..”

“Ibu….bila nak makan ni?An dah lapar ni!”Anuar duduk menghadap makanan yang terhidang di atas meja.
“Tunggulah kejap.Hadiah An belum sampai lagi.Hadiah special tau!”ibu senyum.
“Apa tu???”Anuar hairan.
“Assalamualaikum!”semangat Azrin memberi salam mengejutkan semua yangberada di meja makan.
“Wa alaikumsalam.”Anuar pandang Azrin dan matanya terpaku pada seseorang yang amat dirinduinya.Intan berdiri di belakang Azrin.
“An……inilah hadiah ibu untuk An!”Intan dan Anuar terkejut.Tak sangka ibu merancang sebijak itu.
Intan mendekati Anuar sambil tersenyum manis.anuar pandang Intan tak berkedip langsung dan tiba-tiba Anuar kenyit mata pada Intan.Intan terkejut dan mereka sama-sama ketawa.

Intan membantu Azrin membancuh kopi di dapur selepas makan malam.Azrin menyusun cawan dan meletakkan kopi di dalam dulang.

“Apa perasan jumpa abang An?”Azrin menyiku lengan Intan.
Intan senyum.
“Takkan tak rindu?Dah sebulan tak jumpa.”
Muka Intan merona merah.tak sangka Azrin tahu hal tu.
“Akak sayang abang An tak??”
Intan ketawa.”Ermm…kalau abang sayang akak,akak sayanglah kat dia.”
“Amboiii….dah panggil ”abang” dah ye?”
Intan mencubit lengan Azrin.”Nakal!”
Azrin ketawa.”Cinta????”
“Erm….kalau abang cinta akak,akak cinta dialah.”

“Ibu…terima kasih.”ucap Anuar yang duduk di ruang tamu bersama ibu,ayah,kak Lin dan abang Joe.
“Ibu tahu An rindu kat Intan.Tu yang ibu ajak tu…sekarang An pandai-pandailah hargai peluang.”ibu senyum.anuar tersengih.Malu betui!

Azrin menatang dulang dan menghidangkan minuman di atas meja kemudian duduk di samping ibu.Intan berdiri tak tahu nak duduk kat mana.

“Intan..duduk sekali.Kita minum kopi.”arah ibu.”An………..”
Anuar pandang Intan sambil tersenyum.”Mari sayang….duduk dekat An.”
Muka Intan merona merah,malu dengan sikap Anuar yang selamba saja berkata macam tu di hadapan keluarganya.Anuar hulur tangan pada Intan.
Nak tak nak Intan sambut tangan Anuar.Anuar tarik Intan lembut duduk di sisinya.
“Mengada tau!”bisik Intan perlahan.
“Kisah ke??”bisik Anuar.
“Mestilah.”Intan menjeling manja.
“Kalau In kisah…………”Anuar dengan selamba memeluk pinggang Intan.
Intan terkejut.Perasan yang keluarga Anuar memerhatikan mereka sambil tersenyum.
“An!Gatal tau!”Intan tepis tangan Anuar.
Anuar buat muka selamba sambil mencapai cawan.Intan buat tak peduli dan terus minum.
Anuar tersedak tiba-tiba.Wajahnya serius.”Pahitnya kopi ni….siapa yang buat??”
“Rin lah!”Azrin angkat tangan.
“Anak dara apa ni?!Buat kopi pun pahit!”
“Mengadalah tu!”Azrin cebik muka.
“Betul!”Anuar serius.”Cuba In minum……”
“Ha???”Intan kaget.Perlahan-lahan dia capai cawan Anuar dan minum.
“Ok pun.Tak pahit…..”Intan serahkan balik cawan pada Anuar.
“Betul ke??Jap An rasa balik.”Anuar pura-pura menghayati rasa kopi itu.”Hmmm…betullah.Dah jadi manis pulak kena bibir In tu…..”Anuar ketawa kecil.
Intan geram Anuar sengaja kenakan dia.”Jahatlah….”
“Ni tandanya kita kena kahwinlah ni….sebab kalau kita tak kahwin….An mesti rasa pahit kalau minum kopi yang tak kena bibir In tu.”
Intan menjeling manja.Semua tersenyum melihat Intan dan Anuar.
“Ehem!Abang,Rin nak tanya skit boleh tak??”
“Apa dia??”
“Bila nak kahwin dengan kak In??”
Intan tersedak dengan pertanyaan Azrin.sah Azrin memang nak tolong Anuar.
“Kahwin??Ermmmmm…….sayang,bila kita nak kahwin??”Anuar siku lengan Intan.
Intan tumbuk paha Anuar.”Entah……..”
“Ermm…abang pun tak tahu bila nak kahwin.Ikut hati dah tak sabar nak kahwin.tapi kena tanya kak In le…bila dia nak menyerah pada abang…”
Intan geram.Dia cubit lengan Anuar dan menjeling manja.
“Jahat!”
Intan terus berdiri.”Erm…In nak ke dapur dulu.Nak cuci tangan.”

Intan berdiri di hadapan sinki.Paip air di buka dan di tutup.Langsung dia tak cuci tangan.tadi tu cuma alasan sebab malu bila anuar asyik mengusik.

“Assalamualaikum……”bisik Anuar di telinga Intan.Intan terkejut dan berpaling.Anuar berdiri di belakangnya…terlalu rapat.
Intan senyum.”Wa alaikumsalam…..”
“Laa…salah tu.”
Intan kerut kening.”Apa pulak??”
“Sepatutnya In cakap…..wa alaikum ‘’sayang”!”Anuar ketawa.
Intan geram.”Mana boleh.Dosa tau kalau jawab macam tu.An ni!”marah Intan manja sambil memukul bahu Anuar.
Anuar tangkap tangan Intan.”Sakitlah sayang…tak boleh ke kalau tak pukul An?.Sakit tau kalau sayang pukul…tak kesian kat An?”
Intan alih muka,malu.Anuar pegang tangan Intan sebelah lagi.
“An…lepaslah…..”
“Tak nak……”
“An…..please…..tak baik.An…..”Intan merayu manja dan memandang Anuar.Matanya terpaku pada mata Anuar.Hati Intan berdebar-debar.Anuar pun terus melepaskan tangan Intan.Intan cuba tunduk.
“Sayang….please.Jangan tunduk.Pandang mata An pleasee…..”pinta Anuar.Hatinya juga berdebar-debar.
“Tak naklah…..”
“Kenapa??”
“In takut……”
“Bukan An nak makan pun……please….”
Perlahan-lahan Intan pandang mata Anuar.Intan cuba tahan debaran di hati.
“Thanks……..”
Intan senyum.
“Marah kat An lagi tak??”
Intan hairan.”Hmmmmm????”
“Pasal malam dulu tu.An peluk In.Marah tak??”
Muka Intam merah.Malu sebab Anuar masih ingat semua itu.Perlahan-lahan Intan geleng kepala.”An gatal betul!”
“Dah In yang buat An jadi macam tu.”usik Anuar.
Intan ketap bibir.Dia menjeling Anuar manja.
“Rindu kat An tak?Sebulan kita tak jumpa…”
Intan senyum.
“An rindu…….”Intan senyum lagi.”In rasa tak apa yang An rasa sekarang ni??”Intan senyum.Dia faham maksud Anuar.Dia juga rasakan apa yang Anuar rasa.”I love you…..”ucap Anuar.
Intan senyum lagi.
“Thanks sebab sayang sudi datang.”ucap Anuar lembut.
Intan jungkit bahu.
“Tapi An sedih…….”
“Kenapa???”
“Buah hati An belum wish kat An lagi…..”
Ha!Intan terkejut.Dia memang lupa nak wish kat Anuar.Tadi dia cuma serahkan hadiah saja pada Anuar.
“Sori…..An marah??”lembut Intan bertanya.
Anuar menjeling dan paling muka.”Sikit!”
“Sori……..Happy Birthday,sayang….”bisik Intan di telinga Anuar.
Anuar terkejut dengan panggil sayang dari Intan tadi.Pantas dia menatap wajah Intan.Wajah Anuar ceria.
“In panggil An apa tadi??”
Intan ketawa kecil.”Sayang.In panggil An sayang tadi.”
“Ha!In dah terima An??!In dah cintakan?!In dah jadi milik An?!
Intan angguk kepala sambil ketawa kecil melihat Anuar yang gembira macam nak gila.
Tiba-tiba….Anuar pandang Intan dengan senyuman dan renungan yang nakal.
“Kenapa ni?”
Anuar terus bersikap macam tadi.
“An!Kenapa ni?”Intan bertanya manja.
“Tadi kalau An tak silap….In cakap In dah jadi milik An kan??”
Intan angguk sambil senyum.
“So,bolehlah kalau An nak……..”Anuar kenyit mata.
“An!”Intan pukul bahu Anuar.”Gatal tau!Mana boleh!”marah Intan manja.
“Kenapa pulak?Kan In dah jadi milik An??”Anuar pura-pura bodoh.
“Memanglah…tapi,In belum jadi milik An yang mutlak lagi.Ish…..ish….ish….”Intan tepuk-tepuk pipi Anuar.”Cincin pun tak tersarung lagi…..”
“Oh,itu….kejap ye.”Anuar naik ke biliknya dan turun semula mendapatkan Intan.
“Cepatnya…..”
Anuar senyum.”Nah!Untuk bakal isteri tersayang….”Anuar hulur kotak baldu kecil berwarna merun pada Intan.”Ini cincin tanda yang Intan dah jadi girlfriend An.”
Intan buka kotak baldu kecil berwarna merun itu sambil tersenyum.Sebentuk cincin emas putih di dalamnya.Intan tutup semula dan bagi pada Anuar.
“Nah!Ambil baliklah…..”Intan pura-pura marah.
“Laaa….kenapa ni sayang??An buat salah ke??”Anuar cemas.
Intan pandang Anuar.”An ni!Kata nak In jadi milik An…..tapi suruh kita pakai sendiri pulak cincin tu.Tak naklah!”Intan merajuk manja.
“Laaa…”anuar tepuk dahi.”An lupalah sayang……sori….jangan merajuk key?”pujuk Anuar.
“Malas nak layan An!”.
“Alaaaaa…..jangalah merajuk.Kuat merajuk betul.Janganlah macam tu….An dah tak sabar nak kahwin ni!Meh,An sarungkan okey.”Anuar menarik tangan Intan dan menyarungkan cincin itu di jari kanan Intan.
Intan senyum.”Thanks An…….”
“Hmmmm…tak nak panggil guna nama An lagi…”
“Habis tu nak panggil An apa??”Intan bertanya manja.
“Pandai-pandailah…..”
Intan senyum.”Oklah……terima kasih,abang.”
Anuar senyum gembira.

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:

“Bertunang?!”Syakila sahabat baik Intan separuh terkejut.
Intan angguk kepala sambil tersenyum.”Kenapa,tak caya??”
“Memang aku tak caya………”Syakilla memeluk bahu Intan.”Siapalah agaknya jejaka malang tu ye???”Syakila mengusik.
“Jahatlah kau ni,Killa!Apa pulak malang.Untung tau!”Intan mencubit lengan Syakila.
“Sakitlah!”Syakila mengusap lengannya.”Bila nak bertunang??”
“Minggu depan.”
“Ha!Cepatnya……hilanglah kawan solo aku….”Syakila buat-buat sedih.
Intan ketawa.”Janganlah macam tu.Kau nanti pun kahwin jugak.Lagipun Anuar tu dah tak sabar.Aku pun ikut ajelah.”
“Kau rasa tak cepat sangat ke??Bertunang selepas 2 minggu bercinta kemudian berkahwin 2 bulan kemudian.”
“Entahlah….aku tak pulak rasa cemas.Aku dan Anuar pun dah berfikir sebaiknya.”
“Hmmm…mana-mana ajelah.Tapi bila dah kahwin jangan pulak lupa aku yer???”
“Iyelah……..”Intan memeluk Syakila.

Intan sendiri tidak menyangka dia dan Anuar akan bersatu dalam masa yang singkat.Riuh rendah rumah Intan pada hari pertunangannya dengan Anuar.Anuar juga turut hadir sama atas permintaan keluarga pihak perempuan.

“In,…..kau berdebar-debar tak??”Syakila yang menemani Intan di bilik bertanya.
Intan senyum.”Berdebarlah.Cuba kau tengok aku betul-betul….nak senyum pun terketar-ketar.”
Syakila ketawa.”Kau tau tak…kata orang kalau kau berdebar-debar…maknanya kau betul-betul cinta kat orang tu.”
“Ish!Memanglah aku cinta kat Anuar.Habis kau ingat aku dengan dia ni nak kahwin paksa ke??”Intan menjeling manja.
“Yelah…yelah…janganlah monyok.Hilang seri kau nanti.Aku tak nak Anuar salahkan aku pulak. Syakila ketawa.

“Bah!Hantaran kahwin dah kita semua setuju.Jadi kami ni keluarga pihak lelaki…nak juga tengok bakal menantu kami.Di harap pihak perempuan dapatlah bawa bakal menantu kami keluar bertemu saudara.”pinta ayah Anuar.
“Ya tak ya jugak!Sampai lupa jadinya.Tunggulah sekejap.Sementara tu minumlah dulu.”emak berlalu ke bilik Intan.
Anuar berdebar-debar.tapi dalam debaran tu senyuman dia makin melebar nampaknya.

Intan yang kelihatan manis berbaju kurung berwarna biru muda bertudung putih di bawa keluar.Berdebar-debar Intan menghampiri ibu dan ayah Anuar sambil menyalami mereka.

“Aduiii!Sama bah ni baju si perempuannya dengan si lelaki.”usik abah Intan.
“Dah namanya orang bertunang….sehati sejiwa”semua tetamu ketawa.
Intan perlahan-lahan duduk di samping Anuar.Wajahnya ditundukkan…segan nak memandang Anuar mahupun tetamu.

“Padan….”kedengaran suara-suara memuji Intan dan Anuar.Anuar dan Intan senyum.
“Ha!Anuar…ni pakcik nak tanya ni.Tengok betul-betul…ni ke budak yang kau nak buat bini tu??abah menyakat Anuar.Anuar senyum.
“A”ah!Tengok baik-baik…nanti salah sarung cincin..naya pulak.”usik ibu Anuar.
Perlahan-lahan Anuar memandang Intan.”Angkatlah muka tu sikit…”bisik Anuar pada Intan.Intan memandang Anuar sambil tersenyum.
“Inilah orangnya…..”jawab Anuar.
“Betul ni??Bukan Syakila ni ke??”abah mengusik lagi hingga semua ketawa.
“Intan….cuba tengok Anuar…Intan nak ke kat dia ni??”usik ayah Anuar.
Ha!Malunya….cepu emas betullah soalan tu.Takkanlah aku nak jawab.
Muka Intan merona merah.Intan diam ….hanya tersenyum.
“Jawablah……Anuar dah semacam tengok kau tu…..”Syakila menyiku lengan Intan.
Intan pandang Anuar yang juga tersenyum memandangnya.Perlahan-lahan…..Intan angguk kepala.Waaaa…….malunya…………!!!!!!!!Serentak itu jua…ibu Anuar menyarungkan cincin emas di jari Intan manakala emak Intan menyarungkan cincin emas putih di jari Anuar.Intan menyalami ibu dan ayah Anuar lalu beredar duduk di tempat duduk perempuan bersama emak dan ibu Anuar.

Intan leka berbual bersama saudara mara Anuar yang mahu berangkat pulang selepas bacaan doa selamat dan makan tengahari.

“Sayang….”Anuar berdiri di belakang Intan.Intan tak perasan langsung.Ibu dan ayah mereka tersenyum melihat Intan dan Anuar.
“Sayang….”Anuar memanggil kali kedua sambil memeluk bahu Intan.
Intan terperanjat.”Ha!!”Intan berpaling memandang Anuar.
“Ada apa??”lembut suara Intan.
“Sayang tak dengar ke An panggil tadi??”Anuar senyum.Muka Intan merona malu.Ni yang malas dengan Anuar ni,bukannya nak tengok tempat kalau nak beromantic.

 

TaMaT



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

best sgt.. tahniah.. an 2 laki yg gelojoh (spesis gan dinho)..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard