” Assalamualaikum..” Perlahan Atikah memberi salam
” Waalaikumsalam…” suara garau di hujung corong telefon bergema dipeluput telinga Atikah. ” dah lama saya tunggu, hampir 7 tahun,thanks akhirnya awak call saya juga” sambung suara garau di hujung telefon.
Atikah kerut dahi, kehairanan. Mamat nie ingat aku nie member dia kot. ” Maaf saya rasa awak silap orang, saya tak …” ayat Atikah tersangkut.eh dia gelak pulak
” Nur Atikah Binti Sulaiman .. mana mungkin saya silap orang” ” Aaa… jangan gigit jari , nanti kalau putus saya pesan kat Ibu saya wang hantaran potong seribu” sambung nya lagi.
Atikah melepaskan jarinya, dia memandang sekeliling .. eh bengung aku kat rumah sendiri mana ada orang lain.. Esha dah keluar, Hana terperap kat atas.. mana dia tahu aku sedang..
” Eh ..sapa awak nie”
” Tak sangka awak masih simpan sampul tu yer”
Atikah menjeling pada sampul pink ditangannya. Sampul yang secara tak sengaja terjumpa sewaktu sedang selongkar kotak-kotak bukunya yang disimpan di dalam stor. Kalau tak kerana Sue anak Makcik Munah nak kan bukunya tak kuasa dia nak selongkar kotak-kotak yang abuknya tebal seinci.
” Kamu masih nantikan dia..?” suara dicorong telefon bertanya.
Atikah kehairanan” Siapa?
” Dia..” Suara dihujung telefon bersuara yakin
“Dia..?” Atikah bertanya perlahan. Namun cukup jelas untuk didengari sipemanggil.
” Erm ..insan yang pertama meraih hati kamu..insan yang sering kamu bandingkan dengan orang lain yang cuba mendekati kamu..”
tatkala itu Atikah terpana.. ditarik nafasnya dalam-dalam. “Maaf.. siapa awak nie.?” kesabarannya sukar dibendung..perlahan wajahnya diraub,walaupun sejuk malam itu tapi dirasakan panas, bahangnya terasa satu badan terutama diwajahnya.
” Esok saya jemput awak..”
Eh dia nak mengelak pulak ” Awak nie ..soalan saya tak berjawab lagi,nak mengelak lah tu” kata Atikah sinis.
” Eh saya tak mengelak…” suara dihujung telefon sunyi seketika, begitu juga Atikah.Dia setia menanti jawapan dari suara di hujung telefon. ” oKey..siapa saya” Atikah senyum puas akhirnya mengalah juga mamat nie ” Seseorang yang menagih kasih dari insan bernama Nur Atikah Binti Sulaiman..masih adakah ruang untuk saya?”
” Hello brother ..awak jangan main-main..” wajah Atikah merah menahan amarah yang tiba-tiba melonjak,terasa dirinya dipermain-mainkan.
” Esok saya jemput awak..” tenang suara di hujung telefon.
” No ..thanks, esok buah hati saya jemput saya” Atikah mengetap bibir.
” O ye…esok saya jemput awak.. Okey Atikah, Selamat Malam.. dan jangan lupa ada seseorang yang amat menyayangi awak..Assalamualaikum..”
Tuut..tut..tut..talian diputuskan tanpa suara ” Waalaikumsalam..” jawab Atikah perlahan, dia merenung ganggang yang sepi. Adoi menyesalnya. Sampul pink diramas. Aku pun satu yang pegi gatal tangan call tu buat apa, Atikah kutuk diri.tapi herannya macam mana mamat nie dapat agak aku yang call dia..ha confuse siap kasi full name lagi… ” tak pe esok kita tengok siapa mamat gila nie.”
Langsir sliding Door dibukanya luas, bagi pencahayaan ke dalam rumah. Aik ..macam kenal jer kereta kat depan tu, getus Atikah. Tak kan Mamat nie kot. Cepat- cepat disisipkan langsir pada penyangkuknya. Pantas menyarung batanya.
” Azhan..?” sebaik tiba di pintu pagar rumah. Tanda tanya bermain dikepala Atikah. ” Hai ..Iqa, Assalamualaikum..selamat pagi” wajahnya berseri ” Waalaikumsalam..Apa awak buat kat depan rumah saya nie..” tangannya ditongkatkan pada tingkap kereta yang telah diturunkan. ” Iqa..awak lupa ke. Kita ada meeting pagi ni kan dengan Syarikat CC and Co, dah tu kereta awak kat workshop kan..!” Saat itu cermin mata hitam ditanggalkannya, memperlihatkan wajahnya yang tampan. Jejaka 2 tahun berturut-turut merangkul gelaran ‘prince charming’ di pejabat. ” Oooo…” Atikah pegang dahinya..ish macam mana boleh syak bukan-bukan nie.. ” Sekejap..ye Azhan saya ambil barang jap” Atikah berlari anak masuk ke dalam rumah.
” Ha dah jumpa S.A kau tu.” Hana sengih. ” Azhan lah.” ” Ha ..biar betul… Azhan.yang kacak tu ke.? ..S.A kau ke” Esha menyampuk sambil menatang dulang berisi sarapan mereka ke meja bulat. ” Eh bukan lah..pagi ni kami ada meeting dengan client .. ish aku lupa, nasib baik dia datang” berbanyak terima kasih pada awak Azhan. Nasib baik tak call teksi tadi. Laptop di tutup cermat, kemudian di simpan cermat didalam beg. ” Entah-entah.. Azhan tu S.A kau kot” Hana ligat menyapukan jem ke roti. ” Ah mengarut… ” pantas dipintas, kalau dibiarkan macam-macam andaian mengarut yang akan terungkap. ” Laah air nie panas pulak..ada botol air tak” ” Nak buat apa.?.”Esha menjerit di dapur. ” Nak buat bekal air lah ..apa lagi..” dicapainya roti yang siap bersapu jem dipinggan. ” Aku pegi dulu..”sweater milik Azhan yang dipinjamnya kelmarin dicapainya. ” Eh nanti .Iqa… nah ambil satu bagi kat S.A kau ye” Roti berjem disematkan di jari Atikah. ” Ada-ada lah korang nie..”
Mimpi kah aku
Pintu Hotel Istana ditolaknya cermat. Eh macam kenal.
” Hai Azhan..” Atikah menegur pemuda yang segak berkemeja. ” Hai Iqa, what are surprise?” ” Buat apa kat sini..” Atikah mengambil tempat disofa bertentangan. ” Tunggu kawan..” Azhan senyum lawa, rambutnya disisir dengan jari walaupun tanpa berminyak namun tampak kemas dan rapi. ” Kawan..? ke…” Atikah menduga, keningnya diangkat-angkat, ” O..yelah..saya tengah tunggu bakal tunang saya..” ” Ha kan bagus.. jujur gitu..” eh sapa lah awek si Azhan nie kan, hem mesti ala-ala model gitu. Atikah senyum teringat akan cerita Azhan tentang aweknya yang sesat.. bukan sesat apa,sesat dalam mengenal erti cinta.amboi jiwang habis Azhan,nampak je serius. “Awak buat apa kat sini..” ” Saya.. ” sambil jari telunjuknya menunding pada dirinya. ” saya nak pegi korek rahsia..” Atikah kenyit mata.
Atikah mengambil tempat jauh dari tempat yang dijanjikan, meja 05 dipandangnya tak lepas. Jam Dipergelangan tangan menunjukkan pukul 8.30 malam, awal setengah jam dari masa yang dijanjikan. Sengaja dia datang awal,nak jadi spy la. Pelawaan sampul pink yang diterimanya petang tadi, dipenuhi jua walaupun hatinya berat. Asalnya tak kuasa nak layan tapi atas desakkan Esha dan Hana dia beranikan diri jua ke Hotel Istana. Atikah memandang kesekeliling café yang menjadi tumpuan mereka yang rata-rata dari golongan eksekutif dan elit, Simple .. namun mewah dengan hiasan yang bercirikan barat. Cukup selesa. ” Cik Nur Atikah Sulaiman..” suara dari arah sisinya. Atikah ketap bibir..adoi kantoi..dibetulkan duduknya. ” Ye saya ..” lambat-lambat dia jawab, didongakkan kepalanya kepada empunya suara. Seorang pelayan yang segak bebaju batik senyum padanya. ” Ada pesanan untuk Cik..” Sampul pink dihulurkan kepadanya.. ” Terima Kasih” Atikah berbahasa. “Boleh saya tau siapa..” aik dah hilang. Magik. Atikah memandang kesekeliling, mencari wajah pelayan tadi, namun sia-sia, rata-rata semua pelayannya nampak sama jer. Nampaknya dia lebih pantas dari aku.
Sampul pink dibuka cermat, ditarik keluar isi kandunganya
Terima kasih kerana Sudi hadir..” Dan disaat ini saya tak tahu dah berapa kali saya jatuh cinta dengan awak, Atikah
Yang ikhlas menyayangi mu., Azri.
Atikah tekedu, direnungnya nama yang tertera didada kertas,selama ini hanya SA dituliskan. Dirasakan dirinya lemas dalam ruang yang berhawa dingin itu, bingkas Atikah bangun, wajahnya berbahang..pandangannya kelam namun digagahi dirinya untuk melangkah, pandangannya makin kabur akhirnya gelita dan dia hampir terjatuh apabila terlanggar objek lembut dihadapannya namun dalam separuh sedar itu dapat dirasakan dirinya tidak benar-benar tersungkur tapi disambut oleh seseorang, … ‘ Saya ada hadiah untuk awak’ Helmi mencari sesuatu dari dalam beg galasnya.’ Saya harap awak terima’ dikeluarkan kotak kecil yang indah berbalut. Lalu dihuruskan pada Atikah. Rezeki jangan ditolak. Atikah mengambil kotak kecil dari tangan sasa milik Helmi. ‘Bukalah’ pinta Helmi. Atikah senyum, dibukanya perlahan kotak kecil itu, lalu memperlihatkan sebentuk cincin. Cincin yang indah bertakhtakan berlian. Atikah terkedu, direnungnya cincin itu lama. ” Iqa… iqa tak bleh terima Hel…awak?” Atikah kehairanan ,macam mana boleh tukar orang nie. Dia memandang sekeliling..mencari Helmi. ” mana Helmi.?.”Tanya Atikah ” Saya harap Iqa dapat terima pemberian ikhlas dari saya..” pemuda dihadapannya senyum, terpancar ketulusan diwajahnya. ” Maaf Iqa tak boleh terima..” diserahkan kembali Cincin indah itu ke tangan Azri. Atikah cuba mengatur langkah namun pantas lengannya disambar Azri. ” Iqa ..buka lah pintu hati Iqa .. dan saya berjanji yang kebahagian itu milik Iqa untuk selama-lamanya..” Atikah berpaling ingin memandang wajah lelaki kacak itu, namun matanya lebih dahulu menangkap wajah seseorang yang sedang memerhatikan mereka, sambil tersenyum, Iqbal.. dan Iqbal makin menghilang namun senyumnya tidak lekang dibibirnya. Pandangannya beralih pula kepada Azri, namun Azri juga begitu ,semakin menghilang Atikah kaget..dia ingin menyatakan sesuatu namun bibirnya seakan terkunci.. ” Percayalah Iqa ..Han amat menyayangi Iqa” bergemu suara garau itu, sebelum dia benar-benar hilang dari pandangan. ” Azhan ..” akhirnya dia mampu bersuara.
” Iqa..” Hana menyentuh lembut pipi Atikah. Bergegas dia berlari dari biliknya ke bilik Atikah apabila mendengar jeritan temannya itu. Atikah memisat mata .. lagaknya macam baru bangun tidur.Dia memandang sekeliling, dia kehairanan setahu dia, dia berada di Hotel Istana, macam mana boleh ada kat atas katil nie.Dekat rumah pulak tu. ” Macam mana aku ada kat rumah nie.” ” Iqa .. kau pengsan tadi.” Wajah Hana cemas. ” Aku pengsan kat Hotel Istana ?” ” Em.. nasib baik ada Azhan.. dia yang tolong bawa kau balik.” Esha memberi penjelasan. ” What.. Azhan yang bawa aku balik? ” memohon kepastian. ” Ha.. yelah..dan dia yanag bawa kau masuk ke bilik kau nie..” ” Ha…” Atikah terlopong, ” Dia masuk rumah kita..?” apa punya soalan da. ” Yelah.. dah dia je yang larat angkat kau..” Terang Hana ” What ..dia angkat aku..?” saat itu darah merah naik kemuka. ” Ish apasal kau nie..” Esha pegang dahi Atikah. ” patutlah ..demam..” getusnya ” kau Okey Iqa.. kita orang nak masuk tidur nie..” Hana terkuap ” Erm..aku Okey..” kepalanya diangguk laju.Walaupun pening-pening lalat dikepalanya tak hilang. ” Nie..ubat ..makan sebelum tidur..okey..” dua biji pil diletakkan di dalam pinggan kecil di sisi gelas berisi susu. ” ha nie from Azhan..” sampul pink diletakkan di sisi telefon. Atikah angguk tanda faham.. ” Esha ..Hana Thanks” jerit Atikah setelah pintu biliknya ditutup.