Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Dialah Di Hati (12)


Member

Status: Offline
Posts: 20
Date:
Dialah Di Hati (12)


Tetiba jerk tersentak aku dari lamunan.

“Oit Alfa.. bile nak sampai nih” Tanya Makcik Cinda memecah kesunyian.. Xsabar-sabar Makcik nih.. Isk isk isk..

“10 minit lagik Makcik, sampai la..” Ujar aku tenang.

“Ohh xlama lagik..cepat-cepat le skit.. Makcik xsabar nak jumpa Pakcik kamu tuh..winduuu nih” ujar Makcik Cinda tanpa segan.. Mak aih bahagia tul pasangan nih.. Dengki lak aku.

Akhirnya sampai gak mereka berdua kat epot tuh. Dari jauh kelihatan Pakcik Resat melambai ke arah Makcik Cinda keriangan. Tokei dan Aju hanye tersenyum sebaik terlihat kereta jaguar itam tuh menghampiri mereka.

“Assalamualaikum abang.. abang apa khabar?…” tanya Makcik Cinda keriangan sambil menghulurkan tangan salam cium kat suaminya yang ensem tuh dan di balas juga dengan ciuman di dahi Makcik Cinda. Alfa hanya tersengih jeles jek memandang kemesraan itu. Tokei dan Aju gak saling menyalami Makcik Cinda sambil berbalas pelukan.

“Aju pe khabar?.. Rindunya Makcik dengan Aju. Takziah yer Aju…” ujar Makcik Cinda sambil memeluk Aju sekali lagi.

“Khabar baik Makcik… Aju pun rindu kat Makcik Aju yang cun nih.. terima kasih atas perhatian Makcik dan Aju x apa-apa sekarang. Terima dengan redha Makcik” balas Aju sambil cuba melemparkan senyuman walaupun senyumannya tawar habaq.. Selesai memasukkan beg ke dalam bonet kete.. Mereka pun berlalu pergi menuju ke hospital..

“Ermm.. Seb baik x gold betul rambut abang, rupenye kopiah warna gold jek… Terperanjat dinda dengar” ujar Makcik Cinda di dalam kereta selepas dia perasan bahawa rambut suaminya x bertukar warna pun.

“Abang main-mainkan Cinda jek” Balas Resat sambil tersenyum memandang Makcik Cinda… Suasana kembali sepi sepanjang perjalanan ke hospital tuh. Selang setengah jam kemudian mereka semua telah sampai ke hospital dan bergegas menuju ke wad Ika ditempatkan. Sesampainya di wad cepat tangan Alfa memulas tombol piuntu bilik rawatan Ika. Tak sabar rasanya ingin menatap wajah buah hati yang di cintainya itu. Namun belum sempat dia memberikan salam terkejut hatinya kerana kelihatan seorang lelaki sedang membelakanginya dan berborak dengan Ika yang sedang duduk menyandar di kepala katil…

Alfa terus memfokus kan matanya. ‘Mana tau kot kot bleh jadik mata superman’ kata hati kecilnya. ‘Macam ku kenal orang itu tapi siapa ya…?’ sambung hati Alfa lagi… Dalam pada masa itu Pakcik Resat pun membuka kopiah nya sekejap nak kasi berangin sikit kepala. Makcik Cinda ternampak rambut Pakcik Resat. Rupanya dibawah kopiah gold itu tersembunyi rambut yang berwarna silver.

‘Cantiknye rambut suami aku di bawah sinaran lampu kalimantang hospital nih. Bercahaya bersinar cam gune pantene lak’ Desis Makcik Cinda dalam hati bile tiba-tiba dia terperasan lak kilauan rambut suaminya yang telah memutih dan dipotong pendek kemas tuh bersilau bak kaler silver.

“Abang, rambut abang bersinar la cam warne silver…mesti gune pantene kan?….” bisik Makcik Cinda perlahan di telinga suaminya.

“Shhhh.. Dinda, kan kite di hospital nih. Kite cakap kat rumah la tentang rambut nih. Abang tau abang dah beruban, tu pasal potong pendek ngan pakai kopiah” Pakcik Resat membalas bisikan tuh.

“Assalamualaikum Ika” Pakcik Resat meluru terus kepada Ika sambil memberi salam bila dilihatnya Alfa hanya tekun memfokuskan mata sambil berdiam diri jek memandang Ika.

“Wa’alaikumsalammm… Pakcik.. Makcik pun ada…. Ehh Aju kau pun ada” jawab Ika. Ternyata dia agak gembira menerima kuunjungan tersebut. Mereka sume berbalas pelukan kecuali dengan Pakcik Resat dan Tokei jek Ika x memeluknye… Heheheh gilos nak peluk orang yang penah fire aku.. Huhuhuhu. Pemuda yang duduk membelakangi tadi pun bangun dan bersalam-salaman dengan semua yang ada.

“Alfa… Meh la sini. Apsal tercegat kat situ jek” ujar Ika sambil tersenyum manis teringatkan tunangnya yang hanya berdiri tegak sambil mengecilkan mata.

“Kenalkan….. Ini sepupu Ika, Armand anak mak teh. Dia duk Kuantan sini. Armand kenalkan ini Alfa, ermm seperti yang Ika ceritakan tadi” Ika mengenalkan kedua-duanya sambil tersenyum malu. Jelas kelihatan anak mata Alfa membesar semula setelah diperkenalkan dengan bakal sepupunya gak tuh. Lewat jam 11 malam semua meninggalkan Ika untuk berehat dan mereka pulang ke destinasi memasing.

Pagi-pagi hari lagi Ajib sudah ke pejabat. Niat hatinya hendak menyiapkan kerja yang ada sebelum melawat Ika di hospital tengahari nanti. Entah mengapa sejak kejadian semalam, ingatan Ajib tidak putus-putus dari mengenang Ika, gadis manis yang kini terlantar di hospital. Sejak pulang dari melawat Ika, dia mula rindu. Isk.. dah kenapa ngan aku nih? Bukan ke Ika tu tunang orang? Tak patut aku mengganggu hubungan Ika dan Alfa. Dia terkenang perbualan singkatnya dengan Alfa di pejabat sebelum Ika terlantar di hospital. Terngiang-ngiang luahan hati Alfa yang ternyata begitu mencintai Ika. Kesian Alfa kalau aku cuba menggoda Ika. Biarpun separuh hati Ajib, jika dia bersungguh-sungguh merayu Ika, gadis itu pasti akan jatuh ke tangannya, separuh hatinya tidak mengizinkan dia berbuat demikian. Separuh hatinya itu masih merasa belas terhadap Alfa biarpun perasaannya sendiri begitu menggebu-gebu menyayangi Ika. Arrrrgh!!!! Kenapa laaa aku mesti menghadapi semua ini. Tiba-tiba telefonnya berbunyi…Kring!!! Kring!!!!
“Hello,” Ajib menjawab

“Assalamualaikum Ajib… Fisa nih… Fisa nak jumpa Ajib sekarang jugak… sekarang Fisa ada kat coffee house depan opis Ajib nih…,” suara Nafisa lembut kedengaran namun begitu tegas. Sejurus kemudian talian diputuskan tanpa sempat Ajib bertanya panjang. Isk minah nih…. Sukati dia jek nak jumpe aku sekarang.. kan dah masuk kije nih… Ajib merungut. Namun dia tetap menuruti kehendak Nafisa.

Sementara itu Alfa sebelum ke opis telah ke Hospital Queen Nanasudona dulu. Takpe aku bos, masuk lewat sikit ler… ucap Alfa dalam hati. Tiba je kat ruang sambut tetamu, Alfa terus disambut oleh seorang misi yang cantik giler iras-iras Aishwarya Rai.

“Encik Alfa datang nak tengok Cik Ika ke?” tanya misi itu dengan sopan.

“Eh tak ler…saya datang ni nak tengok awak.. ehhhhh apa aku cakap nih?? Ah ye, memang saya datang nak lawat Ika la ni?” sempat lagi Alfa menggatal. Amboih… misi cantik macam ni, aku pun rela dok dalam wad selama-lamanya, bisik Alfa lagi.

“Ermmm….sebelum tu, saya nak sampaikan pesanan dari Pengarah Besar hospital ni, Datuk Dr Nanasudona. Dia la tuan pengasas hospital merangkap tuan punya hospital ni kalo encik Alfa nak tau…”

“Ape pesanannya?”

“Datuk Dr Nak jumpa Encik Alfa hari ni, nanti Encik Alfa pergi je ke bilik beliau di tingkat 8.”

“Kenapa beliau nak jumpa saya?” tanya Alfa hairan.

“Kurang periksa encik…” ujar misi itu pun berlalu. Alfa berkira-kira nak pergi jumpa Pengarah Besar dulu ke nak jengok Ika dulu. Ermmm…. ‘Baik aku jumpe Dr Nanasudona dululah’ bisik Alfa lalu menuju ke tingkat 8.

“Yer encik?” sapa seorang amoi yang duduk di meja depan bilik yang tertera PENGURUS BESAR HOSPITAL QUEEN NANASUDONA.

“Saya Alfa Romeo, datang nak jumpe Dr Nana…”

“Ooo.. sila.. sila.. jangan memalu..” amoi itu membawa Alfa masuk ke bilik Dr Nanasudona.

“Ada apa hal dari panggil saya ni?” tanya Alfa takut-takut. Dr Nanasudona senyum. Pergghh.. cair Alfa. Kat hospital ni sumer pompuan dia cun-cun, dahla nurse macam rupa Aishwarya, pengurus hospital lak macam Nicole Kidman!

“Encik ni penjaga pesakit yang bernama Ika?” Alfa angguk. Dr Nana senyum lagi, Alfa cair lagi…

“Sebenarnya memang prosedur hospital kita akan berkenalan dengan pesakit dan juga saudara atau penjaga pesakit. Memandangkan Encik Alfa yang selalu datang menjenguk Cik Ika, jadi saya panggil Encik Alfa datang jumpa saya. Saya dah pun melawat Cik Ika pagi tadi, nampaknya keadaannya dah betul-betul baik, so Encik Alfa boleh bawa balik dialah.”

“Oh ye ke doktor? Ika dah boleh balik?”

“Yer.. tapi sebelum balik jangan lupa bayar bil yer…”

“Ok.. saya nak gi bayar la ni.. pasni nak bawak Ika balik!! Yehuuuuu…” jerit Alfa keriangan macam budak kecik. Dr Nanasudona senyum jek… biase ler tu… kat hospital memang macam-macam ragam. Dengan hati yang berbunga-bunga taik ayam Alfa melangkah laju ke bilik Ika demi menyampaikan berita baik tersebut..

“Ika.. Guess what?” Alfa meredah masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.. Ika masih tidur pulas.. Eh eh.. Tido lagi Minah ni.. Desis Alfa dalam hati.. Hajat hati hendak menyampaikan berita gembira itu terbantut.. Alfa mengejutkan Ika..

“Ika.. Ika.. Bangun.. Ade berita gembira ni” Alfa mengoyangkan bahu Ika perlahan..

“Ika.. Ika..” panggilnya lagi.. Ika tak menunjukkan reaksi.. Alfa mencuba lagi tapi masih tiada reaksi.. Mukanya mulai berubah apabila Ika masih tidak menunjukkan reaksi..

“Ika… Bangun Ika..” Alfa mulai gelabah..

“Doktorrrr..” jeritnya..

Doktor segera cek pernafasan Ika.. Muka doktor berubah.

“Maaf En Alfa.. Cik Ika dah takde, saluran pernafasan dia dah lama tersekat tapi kite tak sedar.. Maafkan saya..” kata doktor itu dengan air muke yang keruh.

Innalillah…

Alfa terlalu terkejut.. Terdiam terduduk, tanpa sepatah kata.. Terlalu cepat tunangnye itu pergi meninggalkan dia.. Tanpa sebarang kata.. Mereka yang lain pun tak terkata-kata.. apa lagi Alfa.. segala urusan pengkebumian dijalankan dengan segera..

Selesai sahaja pengebumian Ika.. Masing dalam keadaan sedih dan terkejut.. takde ribut.. takde taufan.. Tau-tau.. Ika dah pergi.. Buat selamanya.. semoga rohnye ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman.. Amin…

Alfa bagaikan ibu mati anak.. Masih tidak boleh menerima pemergian Ika dengan tiba-tiba.. Fikirannyer bercelaru.. Jiwanya tidak menentu.. Akal dan hatinya tidak bersatu.. Orang di sekelilingnya puas menasihati.. Memberi dorongan fizikal dan mental..

Dunia dirasakannya berpusing.. Berpintal-pintal.. Bergumpal-gumpal bagaikan awan kumulus.. Dirinya bergelumang dengan pelbagai perasaan yang sukar di mengertikan.. Lama kelamaan dirinya dirasakan ringan.. Terapung-apung diudara.. Dan.. Segala-galanya hitam kelam.. Alfa tidak sedarkan diri..

Intermission…………………………………………………………………………………..

Alfa mencelikkan matanya perlahan-lahan.. Kepalanya dirasakan amat berat.. Sakit dan sengal.. Cahaya terang yang memasuki matanya terasa perit..

“Alhamdulillah die dah sedar” dia menangkap suara seorang lelaki di sebelah kanannya.. Dia menoleh.. Seorang lelaki berpakaian serba putih bermuka bersih tersenyum kearahnya..

“Encik Alfa.. Encik ingat apa yang berlaku pada encik?” doktor tu bertanya.. Alfa mengerutkan dahi cuba mengingati.. Namum hampa.. Die mengeleng-gelengkan kepala.. Doktor itu tersenyum lagi..

“Takpe Encik Alfa.. Jangan paksa diri.. Take your time.. Untuk pengetahuan Encik Alfa.. Encik Alfa dah berada di sini tidak sedarkan diri sejak 3 minggu yang lalu.. Encik Alfa terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan ke hospital pagi tersebut”

Alfa tidak menunjukkan sebarang reaksi.. dia tidak tahu samada dia mempercayai apa yang dikatakan doktor tersebut sebab dia tak ingat pun apa yang berlaku pada dirinya..

“Macamana ni doktor?” seorang gadis berbaju kurung hijau muda yang sejak dari tadi wujud di dalam bilik tersebut tanpa disedarinya bertanya.. Wajahnya nampak risau.. Matanya bengkak mungkin terlalu banyak menangis..

“Sabar Cik Ika.. Ingatannya masih belum pulih.. Give him more time” doktor tersebut mententeramkan gadis yang bertanya tadi.. Alfa memandang gadis itu kosong.. Tiada memori akan wajah gadis itu di mindanya.. Siapakah kau? Tanyanya dalam hati.. Mata gadis itu berkaca..

“Alfa…” tiba-tiba muncul seorang gadis lain di dalam bilik rawatan Alfa. Gadis itu kelihatan sungguh sedih.. .sambil menangis dia merapati Alfa yang terbaring… wajahnya begitu hiba dan teresak-esak, kalah kesedihan si gadis yang baru pulih dari sakit jantung si Ika tuh.

“Macam mana boleh jadi begini sayang? Papa.. ni mama ni.. takkan tak kenal.. ” gadis itu berkata sayu di telinga Alfa. Alfa pula memandang dengan mata terkelip-kelip, mulut bergerak-gerak macam ingin mengatakan sesuatu.

“Mama?” akhirnya terkeluar satu perkataan dari mulut Alfa.

“Yer papa.. Mamalah ni.. tiramisu.. papa suka.. ” gadis itu menggoncang-goncang tangan Alfa, seperti ingin mengembalikan ingatan Alfa terhadap dirinya.

“Tina.. ” Alfa memaut gadis itu rapat ke dadanya. Tina menangis kesyukuran. Alfa telah kehilangan memori tetapi ada satu yang dia masih ingat, iaitu dirinya.

“Papa tengok ni, apa mama bawak.. “Tina menunjukkan isi kotak yang dibawanya tadi. Tiramisu ! Alfa tersenyum lebar.

Sementara itu di satu sudut ika hanya mampu memandang dengan mata terbeliak. Sukar hendak mempercayai drama ini…



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard