Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Cinderella Oren


Member

Status: Offline
Posts: 20
Date:
Cinderella Oren


Ternguncap-nguncap Izzat berlari ke arah bangunan apartmentnya.. Izzat sedar yang dia sudah terlambat untuk majlis di rumah Redza malam ni.. disebabkan seronok sangat bermain bola tadi, Izzat tidak sedar matahari sudah hampir tenggelam..

Izzat tekan butang lif.. apartmentnya di tingkat 3.. setelah 1 minit lif kltak turun-turun.. Izzat hilang sabar dan terus berlari ke atas menurut anak tangga di sebelah kiri lift… semakin ternguncap-nguncaplah si Izzat berlari menaiki tangga itu.. pada masa tu kalau ada lah sesiapa yang terpandangnya.. memang sikit pun tak akan nampak kehenseman & kemachoan dirinya.. dengan bermandi peluh dan keadaannya yang serabai tu.. mungkin mak minah pun boleh lari..

Pada masa itu dia tidak ingin sesiapa melihat dirinya yang huduh itu.. tiba-tiba terpacak seorang gadis yang sungguh ayu di depannya.. wajahnya yang sungguh manis bak coklat kinder buenos itu terus sahaja mencairkan hati Izzat.. Gadis itu terus sahaja berlalu dan turun ke bawah tanpa memperlihatkan sikit pun rasa suka mahupun rasa hingin pada si Izzat.. Izzat meneruskan perjalanannya ke tingkat 3… sedang dalam hatinya tertanya-tanya siapakah gadis manis itu tadi..

Setelah mandi & solat maghrib, Izzat bersiap dengan mengenakan baju melayu warna maroon gelap kegemarannya.. bila sahaja melihatkan dirinya di dalam cermin.. hampir sahaja Izzat tidak mengenali dirinya.. almaklumlah Izzat perasan yang dirinya di dalam cermin itu adalah terlampau segak.. perasaan ujub Izzat tak dapat dibendung-bendung lagi.. tapi bila dia terbaca nota yang terpampang di pintu biliknya.. Izzat beristighfar.. nota yang ditampal oleh adiknya Misya diantaranya berbunyi “Riak & ujub itu adalah amalan syaitan”.. membawa dia kealam realiti yang innocent.. Misya tampal nota itu dulu pun sebab dari kecik lagi si Izzat memang gemar meriak-riakkan diri di depan adik-adiknya..

Izzat tiba di rumah Redza 1/2 jam lebih lambat dari waktu dia dijemput… majlis di rumah Redza pada malam itu adalah majlis doa kesyukuran buat anak saudara Redza yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR… Izzat memang rapat dengan keluarga Redza.. dia dan Redza dulu pernah sama-sama belajar di Liverpool dan mereka memang sungguh rapat bukan saja seperti belangkas tetapi seperti tikus mondok tanah jualah adanya .. Lagi-lagi semenjak Izzat mendapat kerja di KL, dia memang telah dianggap oleh ibu bapa Redza bukan sebagai anak orang lain.. tetapi seperti anak buah mereka sendiri.. disebabkan itu Izzat selalu melepak dan menumpang makan di rumah Redza.. memang sedih bunyi menumpang makan tu tapi memang itulah realitinya.. tebiat si Izzat yang memang pantang di ajak makan itu sudah diketahui ramai termasuklah lecturernya berbangsa Norway di Liverpool dulu..

Ramai juga yang telah menghadiri majlis pada malam itu.. tetapi hati Izzat terasa sedih sedikit kerana tiada kelihatan anak-anak gadis yang cukup umur hadir.. yang ada hanyalah budak perempuan tak cukup umur sebaya dengan anak sedara si Redza.. sedang elok Izzat dan Redza melepak setelah menjamu perut dengan hidangan yang best, mak Redza meminta mereka membasuh pinggan..

“Kerja membasuh pinggan ni kerja kao orang dua orang” kata mak Redza penuh konfiden..

Redza dan Izzat patuh sahaja pada suruhan mak Redza itu.. Izzat pun sudah biasa kerja basuh-membasuh pinggan di rumah Redza ni.. walaupun dia sudah bergelar executive tetapi Izzat boleh sahaja melower levelkan tarafnya kalau berada di rumah Redza.. lagi pula dia sudah mengganggap mak Redza seperti mak buahnya sendiri dan Redza seperti brader..

Balik dari majlis Redza, sedang Izzat memandu Satria GTi 1.8 nya.. dia terkenang-kenang gadis manis yang dia terjumpa di tangga waktu senja tadi.. dengan memakai tudung berwarna pink bersulam silver dan berbaju kurung berwarna putih susu berbunga merah jambu.. sungguh sopan & ayu gayanya.. Izzat berangan kalaulah dia persembahkan gadis itu sebagai bakal isterinya pada ibunya.. gerenti sahaja gadis itu akan diterima sebulat suara oleh ibunya tanpa ragu dan gentar sebagai menantu..

Sesampai di bangunan apartmentnya yang bernama Dahlia, Izzat teragak-agak.. mahu naik lif ke naik tangga.. dalam berfikir-fikir tu.. kaki Izzat tak kasi chance terus melangkah ke arah tangga.. rasionalnya sebab Izzat terhingin sangat nak terserempak lagi dengan gadis manis itu tadi.. lagipun dia kan terasa dirinya smart-smart gitu.. untung2 siapa yang terpandang terus jatuh hati padanya.. dalam seronok2 si Izzat memanjat tangga sambil senyum seorang diri, tiba-tiba dia terpandang seorang minah yang seksi.. pakai skirt punyalah singkat.. rambut pulak kaler oren.. terus mati senyuman Izzat..

Memanglah minah tu cun.. tapi Izzat sikit pun tak rasa suka apa lagi terpikat pada minah itu.. minah tu tak habis-habis melontarkan senyumannya pada si Izzat.. Izzat beristighfar banyak2 kali dalam hatinya.. dia bertekad dia tak akan kalah pada godaan minah itu.. terasa menyesal pulak memanjat tangga.. ingatkan boleh jumpa minah cun siang tadi tu.. rupa-rupanya terjumpa minah kaler oren yang seksi ni..

Sebenarnya Izzat sudah serik dengan minah yang seksi2 gitu.. semasa dia di Liverpool dulu, aweknya terkenal keseksiannya di kalangan melayu… Izzat ingatkan bila sudah jadi aweknya, boleh saja dia merubah minah itu menjadi perempuan melayu tulen terakhir.. tetapi malang sungguh, sikitpun aweknya tak makan saman.. siap boleh bermain kayu 3 lagi padanya.. dengan kejadian itu Izzat without no mercy meleraikan hubungan mereka.. selepas itu Izzat sudah tidak gemar berawek-awek..

Tetapi sekarang bila sudah mula bekerja & disebabkan sering dileteri ibunya supaya jangan menjadi bujang terlajak.. Izzat bertekad dia akan mencari gadis yang baik untuk menjadi isterinya.. Izzat terasa masa depannya sudah agak cerah dengan bertembung dengan gadis siang tadi..

Hari-hari yang seterusnya dilalui oleh Izzat dengan harapan dia akan bertembung lagi dengan gadis tudung pink itu.. kadang-kadang Izzat sengaja memanjat tangga walaupun sudah ada teknologi bernama lif hanya semata-mata berharap untuk terserempak dengan gadis idamannya itu .. tetapi bila instinctnya terasa mungkin dia akan terjumpa gadis kaler oren.. Izzat merubah fikiran dan terus menaiki lift… sebenarnya tanpa Izzat sedari… sejak kejadian aweknya bermain kayu 3… hari demi hari dia telah membajai rasa phobia terhadap gadis yang berpakaian seksi..

Pada suatu malam yang damai.. setelah penat membuat kerja di meja komputernya di rumah.. Izzat keluar ke balcony apartmentnya.. dalam kesyahduan menghirup udara malam.. Izzat tiba-tiba ternampak gadis tudung pink yang dia angaukan selama ni sedang berjalan di bawah.. Izzat tiba-tiba berasa sebak.. bukan sahaja dia melihat gadis idamannya tetapi juga suami kepada gadis tersebut.. kedua-duanya sedang berjalan riang-ria bergandingan tangan menuju ke perut bangunan Dahlia..

Izzat terasa harapannya hancur berkecai.. dimanakah lagi akan dia cari gadis seayu & sesopan itu?? dalam kesedihan hati yang lara itu, Izzat terduduk di atas lantai balconynya.. sambil itu Izzat cuba merenung hari-harinya yang mendatang.. tidak akan ada lagi rasa excitementnya untuk kembali ke bangunan Dahlia selepas habis kerja untuk terserempak dengan gadis tudung pink itu.. tentunya nanti hari-hari itu terasa kosong buat Izzat.. Izzat semakin jauh mengelamun dah akhirnya terlelap di balconynya …

Kesunyian malam itu tiba-tiba dipecahkan oleh suara seorang wanita

“Sial!! Lelaki tak guna!! Aku tak mahu tengok muka kau lagi!!!” Izzat yang tertidur di balcony tersedar dan terus melihat suara siapakah yang kurang manis itu..

Izzat pandang ke bawah dan terkejut.. rupa-rupanya suara itu datang dari mulut minah berambut oren yang seksi itu.. dan kata2 celaan itu rupa-rupanya ditujukan pada seorang lelaki yang sedang berjalan pantas menuju kereta Honda Integranya.. sejurus kemudian kelihatan Honda Integra laju meninggalkan bangunan Dahlia.. yang tinggal hanyalah minah berambut oren tersedu sedan di bawah pokok di depan bangunan Dahlia.. Izzat melihat dengan penuh khusyuk.. seperti melihat wayang gambar lagaknya.. lama juga gadis oren itu melepaskan perasaannya di bawah pokok.. kemudian barulah dia beredar masuk ke bangunan Dahlia..

Izzat tertanya-tanya sendiri apakah yang telah terjadi diantara gadis oren dan lelaki Honda Integra .. Izzat terlupa seketika tentang luka hatinya.. yang sebenarnya hati Izzat tersentuh bila mendengar sedu sedan gadis oren sebentar tadi.. apakah yang telah menyebabkan gadis itu menangis sedemikian rupa..

***********************************************************

Esoknya…

Izzat kembali dari tempat kerja agak lewat malam kerana dia terpaksa menyiapkan beberapa kerja penting sebelum esok.. lagipun dia sudah tidak heran untuk balik awal semata-mata untuk terserempak dengan ex-gadis idamannya.. Semasa masuk ke perkarangan tempat letak kereta di depan bangunan Dahlia.. nyatanya sudah tidak banyak tempat kosong dah Izzat terpaksa meletakkan keretanya jauh dari biasa.. semasa berjalan dengan lemah longlai ke arah bangunan Dahlia.. tiba-tiba Izzat terperasan yang didepannya adalah gadis oren.. tiba-tiba hati Izzat teringin untuk berkawan dengan gadis oren itu.. mungkin sebab malam sebelumnya Izzat sudah jatuh kasihan pada gadis itu..

Izzat mempercepatkan langkah.. yang peliknya gadis oren turut mempercepatkan langkah.. Izzat terpaksa berlari-lari anak.. gadis oren pun turut berlari-lari anak.. dan seterusnya kemudian kedua-duanya berlari seperti bermain kejar-kejar..

“Laju jugak minah ni lari” hati Izzat berkata-kata sambil dia ternguncap-nguncap mengejar gadis oren di depannya.. Sesampai di bangunan Dahlia.. gadis oren terus menekan butang lif tanpa menoleh ke belakang.. pintu lif terbuka dan cepat-cepat gadis oren menutupnya.. Tercengang-cengang Izzat dibuatnya.. terasa lawak pun ada.. Tiba-tiba Izzat ternampak kasut high-heel kaler hitam kat depan lif..

Izzat tersengih-sengih.. “Ni mesti gabra punya pasal.. minah tu lari sebab ingatkan aku ni penjahat nak culik dia… sampailah dia tertinggal kasut kat sini, apa dia ingat dia tu Cinderella ke hapa… hihi.. heheh.. wahaha ” Izzat terasa lawak sendiri di dalam hati..

Malam itu Izzat naik ke tingkat 3 dengan menaiki tangga.. kasut Cinderella oren tu Izzat bawak sekali.. sengaja dia nak simpan sebagai kenangan.. kenangan yang lawak..

Hari-hari yang Izzat lalui selepas kejadian itu kembali seperti normal… Izzat cuba melupakan gadis bertudung pink yang sudah berpunya itu.. dan cuba mengubat hatinya dengan meyakinkan diri yang dia akan pasti berjumpa gantinya nanti.. tentang Cinderella oren .. Izzat masih tertanya-tanya apakah yang telah menimpanya.. dan apakah yang menyebabkan dia lari seberapa pantas pada malam itu…

Hari ini Izzat diajak oleh Redza untuk lunch bersama.. sudah lama rasanya dia tidak meluangkan masa bersama kawan karibnya itu… almaklumlah kedua2nya sudah agak sibuk dengan urusan kerja masing2… Setibanya di restaurant, Izzat menyedari yang Redza bukan keseorangan.. tetapi dengan seorang gadis…

“hhmm.. seperti pernah ku lihat gadis ini.. tapi di mana ya?” bisik hati Izzat …

Gadis itu memakai baju kurung berwarna biru tua berbunga kuning.. nampak sungguh ayu.. tapi gadis itu hanya tunduk tanpa memandangnya.. Redzalah yang kemudian memperkenalkan mereka berdua.. Gadis itu bernama Fatin dan baru 2 minggu bekerja di pejaba t Redza… Semasa pengenalan itu barulah Izzat dapat melihat sepenuhnya wajah gadis itu.. dan seterusnya barulah Izzat perasan yang wajah gadis itu sebijik macam wajah Cinderella oren di bangunan Dahlianya.. bezanya hanya rambut Fatin berwarna hitam…

Semasa makan tengahari itu.. Fatin lebih banyak berdiam diri dan tersenyum.. hanya Redza dan Izzat yang rancak berbual.. Habis sahaja makan tengahari Izzat kembali ke pejabatnya dan begitu juga Redza dan Fatin.. Pertemuan dengan Fatin pada tengahari itu membuatkan Izzat teringat pada Cinderella Oren.. Tidak pernah lagi dia terlihat kelibat gadis itu di bangunan Dahlia setelah kejadian kasutnya tertinggal di depan pintu lif.. Hendak bertanya khabar disamping untuk memulangkan kasutnya.. Izzat tidak pasti di apartment manakah Cinderella oren itu tinggal..

Kadang2 Izzat terfikir yang mungkin Fatin mempunyai kaitan dengan Cinderella oren… apa mungkinkah Fatin adalah adik kepada Cinderella oren ? Terhingin pulak rasanya nak bertanya Fatin.. tapi takut pulak dikatakan jaga tepi kain orang.. dah lah dia tak kenal pun siapa Cinderella oren tu..

Suatu hari semasa berbual dengan Redza.. tanpa diundang.. Redza bercerita tentang Fatin.. katanya Fatin pernah mengatakan yang dia baru sahaja putus cinta dan hidupnya sudah banyak berubah selepas kejadian itu.. Menurut kata Redza lagi.. Fatin pernah memberitahunya yang Fatin teringat yang dia pernah bertemu Izzat di tempat kediaman lamanya … iaitu sebelum dari mereka makan tengahari bersama-sama tempohari..

Mendengarkan itu, barulah Izzat menyedari yang Fatin adalah sebenarnya Cinderella oren.. hanya sekarang dia sudah bertukar menjadi Cinderella hitam.. Kini bagi Izzat.. segala kejadian yang berlaku seperti kejadian Cinderella Oren memaki lelaki Honda Integra dan kejadian dia berlari kencang pada malam itu semakin jelas .. Izzat mula membuat teorinya sendiri tentang Fatin yang sudah mula berubah setelah putus cinta… dan salah satunya ialah mungkin kerana itu telah timbul perasaan phobia Fatin terhadap lelaki.. sehinggakan dia berlari seperti dikejar hantu pada malam yang bersejarah itu.. dan mungkin kerana punca yang sama Fatin telah berpindah ke tempat lain.. mungkin ke tempat yang lebih selamat seperti kawasan perumahan wanita..

*********************************

Suatu hari di KLCC…

Punyalah ramai makhluk membeli belah di KLCC .. Mata Izzat melilau-lilau.. Izzat sedar KL sekarang diduduki oleh manusia-manusia yang sentiasa bergaya.. tidak pernahlah pulak dia melihat makcik yang pakai kain batik dan selipar ataupun pakcik yang pakai kain sarong di KLCC ni.. semuanya sudah pakai cantik-cantik.. walaupun mungkin kebanyakan yang datang hanya untuk window shopping.. Izzat bertekad suatu hari nanti dia akan cuba memakai kain sarong dan selipar serta berbaju singlet untuk datang ke KLCC.. Izzat terfikir apakah reaksi orang ramai yang akan diterimanya?

Kelibat Redza masih belum kelihatan.. “Redza ni pergi tandas ke buat tandas?” bentak hati Izzat.. Sudah hampir 15 minit dia duduk melangut di depan KFC menunggu Redza.. Izzat mula berdiri dan berjalan-jalan di kedai yang berhampiran.. cuba menghilangkan rasa bosannya..

Tiba-tiba dari kejauhan Izzat terpandang Fatin.. Dia sedang berjalan seorang diri.. Fatin kini memang sudah berubah.. dia tidak lagi memakai skirt singkat dan berambut rok sperti di zaman dia menjadi Cinderella oren dulu.. Dia memakai baju kebarung.. amat ayu dan sopan sekali gayanya..

Mata Izzat menuruti gerak langkah Fatin.. Tiba-tiba Fatin berhenti mengejut.. Izzat pun turut sama terkejut.. Sekarang Izzat ternampak lelaki Honda Integra dulu sedang berdiri di depan Fatin.. mungkin itulah ex-boyfriend Fatin.. Lelaki itu cuba memperkatakan sesuatu kepada Fatin.. Tetapi Fatin seperti ingin melarikan diri.. Lelaki itu mengejar Fatin dan cuba menarik tangannya.. Izzat terasa darahnya mendidih.. Dia memang pantang tengok lelaki berlaku kasar terhadap perempuan.. lagi-lagi kalau perempuan tu cun.. Izzat melangkah menghampiri Fatin dan lelaki itu..

Nampaknya lelaki itu mencengkam tangan Fatin dan ingin membawanya dari situ.. Fatin pulak cuba melepaskan tangannya.. Fatin tiba-tiba perasan yang Izzat ada disitu..

“Izzat.. tolong!!…” jerit Fatin.. Izzat yang memang ingin menolong Fatin itu menepuk bahu ex-boyfriend Fatin..

“Sedara!! Cubalah malu sikit!! Dengan perempuan pun nak berkasar kaa!!!”, bentak Izzat..

Lelaki itu melepaskan tangan Fatin dan memandang muka Izzat.. “Yang kau sibuk ni apasal!!! Ini tak ada kaitan dengan kaulah!!” muka lelaki itu kelihatan amat bengis sekali..

Fatin yang sudah terlepas dari lelaki itu bersembunyi di belakang Izzat.. Izzat terasa seperti hero filem Hindustan pulak.. Orang ramai disekeliling sudah mula kecoh.. mungkin mereka perasan akan ada pergaduhan di situ..

Tiba-tiba dengan tidak disangka-sangka Fatin mula bersuara sambil memaut lengan Izzat “Helmi!! Boleh tak kau jangan kacau aku lagi.. aku dah bertunang dengan Izzat.. Tak lama lagi kami akan berkahwin..”

Muka Helmi terus berubah.. kemudian dia perlahan-lahan berlalu dari situ.. mungkin dia amat terkejut & juga kecewa dengan kenyataan yang Fatin keluarkan tadi.. Bukan saja Helmi yang terkejut.. Izzat yang kononnya hero Hindustan tadi pun turut terkejut sampai mulutnya terlopong sedikit..

Fatin melepaskan pautan tangannya dari Izzat.. “Maafkan saya.. saya terpaksa cakap macam tu” Fatin mula bersuara ..

Izzat yang masih terlopong tak mampu berkata apa-apa.. yang terkeluar dari mulutnya hanyalah “hmm..”

“Laa kat sini rupanya kau… puas aku cari” terdengar suara Redza..

“Eh Fatin pun ada??” Redza terkejut…

“Ha.. aah.. aku baru jumpa.. dia .. sini tadi..” jawab Izzat tergagap-gagap.. masih belum stabil.. Fatin pula hanya mengangguk-angguk.. jelas di wajahnya rasa bersalah pada Izzat..

“Fatin.. kami dah nak balik dah ni sebenarnya tadi.. eh apa kata Fatin ikut kami sekali.. di rumah saya nanti ada jamuan hari jadi anak saudara saya..” ajak Redza..

“Eh takpe lah.. lain kali lah” jawab Fatin .. mungkin segan..

Izzat yang baru boleh berfikir secara rasional baru teringat yang Fatin pun mungkin masih kurang stabil dengan kejadian tadi.. dan adalah lebih selamat kalau Fatin bersama mereka.. kejam jugak kalau biarkan Fatin bersendirian dan lagi naya kalau dia terjumpa Helmi lagi nanti..

“Ha ah.. jom lah Fatin.. Nanti kitaorang hantar lah awak balik”.. ajak Izzat..

“Tak payah lah segan-segan.. kat rumah saya tu mana ada orang bujang.. kita-kita orang je..” kata Redza lagi..

“Buat lawak pulak Redza ni.. habis tu kalau takde orang bujang.. aku ni apa?? Anak dara??! Kalau dia tu takpelah… dah serupa macam bapak budak” protes Izzat dalam hati.. tak puas hati lah tu.. dah lah depan anak gadis cun..

Fatin pun kemudian mengikut sahaja dan turut bersama-sama ke rumah Redza.. Sepanjang perjalanan ke rumah Redza, kejadian yang berlaku diantara Fatin, Helmi dan Izzat tidak langsung diperkatakan di depan Redza.. ianya hanya bermain-main di fikiran Fatin dan Izzat..

Setibanya di rumah Redza, Fatin mula beramah mesra dengan mak Redza dan terus membantu menyediakan jamuan.. Sekejap sahaja emak Redza boleh ngam dengan Fatin.. memang betullah teori Izzat.. Fatin dah phobia dengan lelaki dan sebab itulah dia lambat mesra dengannya.. kalau dengan perempuan tengok Fatin senang aje boleh kawan..

Mata Izzat sentiasa cuba menjeling Fatin.. memang sungguh tangkas dia buat kerja-kerja dapur.. memang sesuai dijadikan calon isteri..

“Peeleepeekk”, bahu Izzat kena pukul Redza…

“Mata tu gatalllnyeee!!! Macam tak pernah tengok perempuan” sergah Redza…

“Halemak.. camna boleh terkantoi dengan malaun ni” bisik hati Izzat..

“Mana ada.. aku tengah tengok kek tu ada orang kacau ke idak.. anak-anak saudara kau bukan boleh percaya.. nanti belum start jamuan .. dah abis dah kek tu…” cover Izzat.. macam lah Redza boleh percaya dengan tipu helahnya tu..

Beberapa bulan selepas itu.. walaupun tiada peluang untuk berjumpa Fatin.. Hati Izzat bagai digamit-gamit untuk sentiasa teringat padanya.. Pada mulanya Izzat tidak pasti.. tetapi bila sudah lama perasaan rindu itu tidak hilang-hilang.. Izzat yakin yang hatinya sudah terpaut pada Fatin… Tetapi perasaan itu tidak pernah dinyatakan pada Redza mahupun Fatin sendiri.. Kadang-kadang Izzat merasa ragu-ragu.. betulkah pilihan hatinya untuk memilih Fatin sebagai isteri? Bolehkah Fatin menjadi isteri yang baik?? Walaupun dia pernah menjadi Cinderella oren yang seksi? Izzat tidak akan mampu menerimanya sekiranya dia berubah kembali seperti dulu..

“Izzat.. aku ada benda penting nak cakap kat kau..” kedengaran suara Redza di corong telefon..

“Apa dia?? Ko ni cakap macam serius je.. kucing kau dah beranak lagi?” balas Izzat cuba melawak..

“Crettt!! Aku serius ni buat main-main pulak.. ni soal hati dan perasaan lah.. tapi memang kucing aku dah beranak siang tadi.. ada 5 ekor anak dia.. comel-comel pulak tu.. sekor tu….” Tak sempat Redza sambung.. Izzat dah mencelah..

“Oit.. cakap lah betul-betul… cerita pasal anak kucing pulak.. aku sekeh kang!!” Izzat geram sebab dia dah pun bersedia untuk mendengar dengan serius..

“Heh.. aku sebenarnya dah bersedia untuk pergi meminang..” jelas Redza..

Izzat cukup terkejut dengan berita itu kerana setahunya Redza tidak berkenan lagi dengan siapa-siapa untuk menjadi bakal isterinya.. Janganlah hendaknya dia pinang Fatin..

“Siapa yang kau nak pinang ni.. malu je lah kalau kena reject nanti..” Izzat jawab dengan berlagak cool.. padahal dalam hatinya berdebar-debar untuk mengetahui pilihan hati Redza..

“Fatin..” balas Redza singkat..

Izzat terdiam.. tak mampu rasanya dia berkata apa-apa.. terasa harapan nya punah..

“Hmm.. Redza .. aku nak gi toilet lah… nanti bebila aku call kau” Izzat berdalih dari ingin mendengar yang selanjutnya dari Redza..

“Oit.. Izzat.. tunggu dulu.. aku belum habis cakap ni!!!” jerit Redza…

Belum sempat Redza menyambung jeritan itu.. Izzat telah pun berjaya meletakkan telefon..

*************************************

Esoknya…

“Assalamualaikum..” Izzat memberi salam.. Dia telah sampai di depan rumah Redza.. Selepas semalaman dia berfikir tentang Fatin.. Dia cuba untuk menerima kenyataan yang Redza lah yang berhak bersama Fatin dan bukan dirinya.. Walaupun hatinya sudah bengkak tetapi dia yakin lambat laun ia akan terubat jua… Disamping itu rasa bersalahnya terhadap Redza kerana memutuskan perbualan malam tadi telah membawanya ke rumah Redza..

“Wa’alaikumsalam..” jawab Redza.. “Kau rupanya Izzat.. ingatkan Bangla jual kain.. masuklah..” Tak nampak pun tanda-tanda Redza marah mahupun bengkek kat Izzat.. Izzat pun agak terkejut ..

“Redza.. sorilah pasal malam tadi.. haa apa yang kau nak cakap.. cakaplah.. aku dah bersedia untuk mendengar dengan serius ni..” Izzat menyatakan tujuannya datang ke rumah Redza..

“Heh.. baguslah kalau macam tu.. Sebenarnya kita nak pergi meminang hari Sabtu ni..” Redza memulakan bicara..

“Fatin dan keluarganya dah tahu ke?” tanya Izzat..

“Belum lagi.. tu yang ingat nak berbincang dengan kau dulu”.. jawab Redza..

“Kalau tak cukup orang lagi .. aku boleh je jadi wakil meminang..” offer Izzat.. walaupun dia tahu itu tentunya akan menjadi beban yang berat buat hatinya..

“Apasal kau nak jadi wakil pulak.. Akulah yang jadi wakil.. hah lawaklah!! Dia yang nak kahwin.. dia sendiri pulak yang pergi meminang.. Haha .. haha..” Redza tak kasi chance.. siap gelak bersungguh-sungguh… Izzat mula confuse.. kenapa pulak dia yang nak kahwin ni.. bukan ke Redza yang nak kat Fatin tu..

“Oit tolong sikit… Kau ni buat lawak ke hapa!! Kalau aku yang nak kahwin.. camna pulak aku tak tahu menahu pasal meminang ni.. Kau ni memang saja nak kenakan aku.. Nanti kalau aku kebas betul-betul si Fatin tu… baru kau tahuu!!” balas Izzat.. Dia masih mushkil sebab benda seserius ini pun si Redza boleh buat lawak lagi..

“Eh.. ilek aahh brader.. Ni Mak punya idealah ni.. Dia kata kau ni sesuai dengan Fatin tu.. Tu yang dia suruh aku masuk meminang Fatin untuk kau…” jelas Redza…

Izzat masih tidak dapat mempercayai apa yang didengarnya.. Takde ribut takde taufan tetiba je nak dikahwinkan ni .. confuse pulak dia jadinya.. “Kau ni buat lawak jenis apa ni.. Cuba lah serius sikit kata aku.. Kalau kau nak si Fatin tu.. Cakaplah betul-betul.. Ni nak kenakan aku pulak..” kata Izzat geram..

“Izzat.. kau ni kenapa degil sangat.. bukan aku lah yang nak kahwin dengan Fatin tu.. Kau.. Encik Izzat Amirul Mustapha.. Lagipun Fatin nak kat kau bukan kat aku..” kata Redza dengan serius..

“Kalau kau tak percaya tanyalah kat Mak.. Dia yang dah siap plan semua ni.. Ingatkan Mak dah berbincang dengan kau..” sambung Redza lagi..

“Tapi.. kalau kau tak suka kat Fatin tu.. tak apa lah.. kita boleh aje cancel plan ni..” macam senang aje si Redza cakap..

Izzat masih tercengang.. Tak pernah dia mimpikan dia akan dikahwinkan sebegini rupa.. Walaupun memang hatinya sudah lama terpaut pada Fatin..

“Macam mana kau tahu Fatin tu nak kat aku?? Tah-tah dia suka kat lelaki mana tah.. Buat naya je anak dara orang aje..” tanya Izzat..

Tiba-tiba emak Redza mencelah.. Rupa-rupanya dia sudah berdiri di belakang Redza… “Yang tu.. kao janganlah bimbang Izzat… Makcik ni memang dah berpengalaman dah hal-hal macam ni.. Makcik tahu yang Fatin tu memang menyimpan hati kat kau.. Lagipun dia memang dah kamceng dengan Makcik..” konfiden aje mak Redza cakap..

“Habih tu Makcik tahu ke saya suka kat dia ke tidak??” tanya Izzat balik.. Haru je .. macam kena kahwin paksa pulak oleh emak Redza ni..

“Hai Izzat.. tentang tu.. sedangkan ayam sebelah rumah ni pun tahu kau suka kat si Fatin.. Takkanlah Makcik yang depan mata kau ni tak perasan..” tajam sungguh kata-kata emak Redza.. Redza hanya tersengih-sengih..

“Iskh.. berat ni Makcik.. kahwin ni bukan perkara senang”, kata Izzat teragak-agak.. Mungkin masih belum percaya yang dia akan dikahwinkan..

“Sebab bukan perkara senanglah kena buat cepat-cepat.. Nanti kalau lambat .. Kau jugak yang melepas nanti Izzat.. Fatin tu bukan semakin muda.. Engko dua orang ni pun macam tu jugak.. Silap-silap jadi bujang terlajak..” panas jugak telinga Izzat dan Redza mendengar leteran berbisa dari emak Redza..

“Macam ni lah Makcik.. Bagi saya masa untuk fikir dalam-dalam tentang hal ni.. Kalau dah dapat keputusan nanti saya akan berbincang dengan Makcik dan Redza..” putus Izzat.. Biarlah dia terlibat sama dalam menentukan masa depannya.. Dia tidak ingin kahwin dengan Fatin hanya kerana kebetulan Makcik sanggup meminang Fatin untuknya..

Malam itu Izzat kembali ke rumahnya dengan otaknya rancak berfikir tentang dia dan Fatin.. Malam itu Izzat bersembahyang Istikharah untuk meminta petunjuk dari Allah.. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu terpesong dalam menentukan siapakah bakal isterinya.. Yang Izzat

inginkan ialah seorang yang boleh menjadi isteri yang baik buat dirinya sehingga ke akhir hayat.. Walaupun begitu… tidak berdaya rasanya Izzat membuat keputusannya sendiri.. Apa yang dia inginkan adalah petunjuk yang jelas dari Allah untuk membuat pilihan yang tepat..

Beberapa malam yang seterusnya Izzat masih belum menemui jalan penyelesaian.. Dan dia juga masih tetap bersolat Istikharah mengharap sepenuhnya Allah memberi jalan pada dilema yang dilaluinya.. Kalau hanya mengikut emosinya.. sudah tentu dia akan terus bersetuju untuk berkahwin dengan Fatin.. Tetapi kerana Izzat sedar yang emosi manusia tidak selalunya betul.. Dia cuba memikirkan baik buruknya dari segi yang lain..

Akhirnya Izzat mengambil keputusan untuk berjumpa Fatin.. Dia meminta Redza turut bersamanya.. Mereka telah berjanji untuk berjumpa di sebuah restoran  di Putrajaya .. Setibanya di depan restoran itu.. hati Izzat tiba-tiba menjadi berdebar-debar.. Izzat sedar pertemuan ini akan menjadi titik penyelesaian dilemanya.. Kalau dia bersetuju… maka dia akan melangkah ke alam baru bersama Fatin.. Kalau dia tidak bersetuju.. apa mungkin kah di kemudian hari nanti dia akan menyesal??

Izzat meringankan langkah memasuki restoran.. Tidak kelihatan pun Fatin dimana-mana .. Yang ada hanyalah seorang gadis bertudung pink yang membelakangi mereka.. Mendengar derap langkah Izzat dan Redza, gadis itu menoleh ke belakang..

Izzat terkaku.. Itulah gadis yang dia pernah dia idami sebelum ini.. Gadis bertudung pink di bangunan Dahlia yang sudah bersuami itu.. Kenapakah gadis itu berada di sini..??

“Fatin.. Dah lama sampai?” Redza menyapa gadis bertudung pink..

Izzat semakin kaku.. Bagaimana boleh dia menjadi begitu buta.. Fatin atau Cinderella oren itulah gadis bertudung pink yang sudah bersuami itu.. Hanya kerana sebelum ini Fatin tidak bertudung.. dia tidak boleh mengecam yang Fatin adalah sebenarnya gadis yang pernah dia idamkan itu..

Tetapi.. persoalannya disini.. Kalau Fatin sudah bersuami apa guna dia di sini?? Manakan mungkin dia boleh menjadi suami Fatin yang telah pun bersuami??!!

Izzat dan Redza mengambil tempat duduk di depan Fatin.. Fatin tunduk dan kelihatan agak malu-malu .. Setelah memesan makanan.. Izzat memulakan bicara.. “Fatin.. Saya nak tanya awak satu perkara penting..”

Fatin hanya mengangguk… Mungkin menyatakan dia sedia menjawabnya..

“Sebelum ni awak pernah duduk di Bangunan Dahlia kan?” sambung Izzat..

“Ha ah.. Saya pernah duduk di situ dengan kakak kembar saya dan suaminya.. Selepas itu bila dah dapat sewa rumah lain saya pindah..” jelas Fatin..

Sekarang barulah Izzat memahami semuanya.. Gadis bertudung pink yang sudah berkahwin itu rupanya kakak kembar Fatin.. Patutlah wajah mereka serupa.. Tetapi ini tidak pernah disedari oleh Izzat semasa Fatin berambut oren ataupun semasa Fatin belum bertudung dulu.. Yang jelasnya sekarang Fatin kelihatan bertambah-tambah ayu dengan memakai tudung..

Perbualan mereka diteruskan dengan agak rancak..
Dengan adanya Redza yang bermulut agak becok disitu..
Fatin mahupun Izzat tidak berasa sangat kekok..

Izzat terasa segala dilemanya sudah terurai.. Dia berasa sungguh lega dan yakin dengan keputusan yang akan dibuatnya nanti.. Pertemuan yang dirancang pada hari itu berjalan dengan lancar.. walaupun Fatin tidak tahu tujuan sebenar pertemuan itu….

Malam itu Izzat berbincang dengan Redza dan emaknya.. Dia menyatakan persetujuannya untuk meminang Fatin.. Emak Redza kelihatan begitu gembira dengan berita itu.. Lagipun katanya dia sudah mendapat pilihan bakal isteri Redza iaitu seorang gadis Vietnam..

5 bulan selepas itu..

Izzat melangkah ke bilik pengantin.. Hatinya terasa berdebar-debar.. Inilah hari pertama dia dan Fatin bergelar suami isteri.. Pintu bilik diselaknya dan dia dapat melihat Fatin sedang duduk tersenyum memandangnya.. Hati Izzat berbunga riang dan amat bersyukur kerana dikurniakan Fatin sebagai isterinya..

Izzat menghampiri Fatin dan memegang tangannya.. “Fatin.. ini ada hadiah untuk Fatin..” lalu Izzat menyarungkan seutas gelang emas ke tangan Fatin..

“Terima kasih .. aabang..”, kata Fatin tergagap-gagap lalu mukanya ditundukkan..

Izzat mengangkat muka Fatin dan barulah dia sedar yang Fatin sedang menangis..

“Kenapa ni ?? ada apa-apa yang tak kena ke?”, tanya Izzat gabra..

“Tak ada apa-apa.. hanya Fatin terasa sungguh gembira.. impian Fatin untuk menjadi isteri abang sudah menjadi kenyataan..” jelas Fatin.. cuba mengukir senyuman buat suaminya..

Izzat memaut Fatin ke dalam pelukannya.. “Fatin jatuh hati pada Abang semenjak pertama kali Fatin bertemu abang di tangga di bangunan Dahlia dulu… Kerana abang.. Fatin berubah menjadi Fatin yang abang lihat sekarang..” sambung Fatin..

Izzat memeluk Fatin dengan lebih erat..

“Sebenarnya abang ada satu lagi hadiah untuk Fatin..” Izzat bangun dan mengambil sebuah kotak.. Dibukanya kotak itu dan dikeluarkannya sebelah kasut ..

Kasut itu Izzat sarungkan di kaki Fatin.. Fatin hanya tergamam.. “Fatin ingat tak.. Fatin pernah tertinggal kasut ni di depan lif..??” tanya Izzat…

“Abang ke yang kejar Fatin malam tu??” Fatin kelihatan agak terkejut..

“Ha ah.. Kalau Fatin nak tahu Abang dah terpaut pada Fatin semenjak malam tu”.. Kata Izzat sambil tersenyum..

Fatin membalas senyuman Izzat dan akhirnya kedua-duanya ketawa kerana teringatkan kisah lucu mereka berkejar-kejaran di depan lif pada malam yang bersejarah itu…



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:

so cute.. hehehe..

__________________
siapa yg kiut? ya.. itu aku!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

bestnyer citer so romantik....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

hem..menyampah aku ...ade je orng yg post kisah hidup aku kat sini....

ni man ko dapat nie cadbury...

ko selinap masuk kedalm bilik aku ngn fatin yea....

__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..



Super Member

Status: Offline
Posts: 1127
Date:

kikikikiki..ko bace ke bob?bace tajuk jela ko bob...ko tu baru nk blajo ngeje.ne pandai nk bace2 mende ni...dah2 tu bob,g amik buku abc tu.jom aku ajo ngeje.

bob:BUKU bnyinye babun
siper:nate pe BUKU bnyinye babun..nate bewok sggh mu ni.





__________________
aku x kaco korang berak,korang jangan kaco aku berak


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

best citer ni, aku sure si org tua ciper ni x bc..bc tajuk je 2 pun, mata dah spero..

lelatol:oh izzat hadirlah ko dlm hidup ku
dinho: lela abg dah balik!!!
lelatol: uik!! sejak bila aku kawen gn jogos ni...

(huaa!!!! aku nk izzat bkn jongos, lela meratapi nasibnya malangnya bersama dinho)

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

eleh siper jgn nk kate bob ar... siper pun samer jer 10x1000..
same2 xpandai baca, harap gigi je yg makin beso...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1127
Date:

gg yg besau tu gg ngos...skang ni die dh tuka avatar.die malu nk tnjk gg die..
ala lela..sebut nam izzat mmg r dinho yg dtg..cube sbut name abg siper ni.otometik ade dpn mate.

__________________
aku x kaco korang berak,korang jangan kaco aku berak


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

ABG CIPER!!!!!
tgk apa sudah jd, lela seru nama ciper tp penghuni2 rumah org tua yg dtg..
(malang sungguh nama ciper ni)

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 1127
Date:

salah care lela sebut tu..harakat ken cukup..dengung lg..kan ade sabdu kat ctu..dlm ms yg same..makcik lela kne wat tarian ala2 org brazil.ha wat kat depan umah tu.sambil memakai cawat kaler pink.

__________________
aku x kaco korang berak,korang jangan kaco aku berak


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

dia dah mula dah..uaahhhh!!!! ngantuk betul nak dgr ciper ajar ngaji..
ciper, ko alif ba ta pun x lps. ni nak ajr aku tajwid..

ari 2 ms aku ikut ustaz mansur wat serbuan kt kelab dangdut, aku nmpk ciper dgn ghairahnya gelek kt pentas dgn hanya memakai spender warna pink..
skrang ko aku wt bnd yg sm cam ko?? x MUNGKIN

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

aik warne pink... lailatul siper pki serbe pink ker ade bintik2 hahaha


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

spender pink kosong je lah deknie.. spender pink berbintik itam 2 deknie punya kot..ha3!!!!

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 1127
Date:

ala bini2 aku ni..psl spender kaler pink pun nk gado ker??kan abg dah beli 2helai ritu..sorg satu dptkan...aku tngk due2 ade bntik2 itam.kikikikikiki..

__________________
aku x kaco korang berak,korang jangan kaco aku berak


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

huh...lucah...pehal smbg pasal spender nie....spender nyer pasal pon nk gado...superman pakai spender kt luar pehal korg xnk tnye lak...nie c ciper jepang nie pakai spender pink pon nk kecoh...

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

abg mat pakai spender kat luar gak ke? warna pink jugak ke?
abg mat ni jeles pasal spender ciper ke?


__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

nie mesti kes jeles tahap ultraman nie.... aper lah mat the matic....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

xdenye nk jeles pasal spender nie...bkn aku pakai pon...dh 5 thn aku xpakai spnder...last skali aku beli mase aku SPM....pastu aku xpakai2 dh...sbb skrg aku pakai boxer...WAHAHAHAHAHAHA...msti pkr ln nie....

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1127
Date:

eleh mat..ko manede pkai boxer..ko pkai lampin pkai buang je..slalu tercirit xleh nk control..taw2 je dah kuar sndri.ko pun xsedarkan..xnk ngaku lak..


__________________
aku x kaco korang berak,korang jangan kaco aku berak
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard