Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kasihnya IBU - Sesal Kemudian Tidak Berguna


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:
Kasihnya IBU - Sesal Kemudian Tidak Berguna



Kasihnya  IBU  -  Sesal  Kemudian Tidak Berguna

 

 Ketika  berusia 1 tahun……

Ibu suapkan makanan dan mendidik kita

 

…..Kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam

                      

Menjelang usia 3 tahun……

Ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang

 

……Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan

 

Apabila berusia 7 tahun…….

Ibu belikan sebiji bola

 

…….Kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin tingkap jiran

 

Ketika berusia 12 tahun……

Ibu menyuruh membuat kerja sekolah

 

…….Kita ucapkan terima kasih dengan menunggu ibu alpa untuk menonton tv

 

Menjelang usia 13 tahun……

Ibu suruh kita pakai pakaian menutup aurat

 

……Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai

 

Ketika berusia 14 tahun……

Ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama

 

……Kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk surat pun

 

…..Semasa bercuti kita mengasingkan diri serta asyik mengunci bilik

 

Ketika Ibu sedang menunggu panggilan penting…….

 

…….Kita bergayut di telefon sepanjang malam

                                                                                             

Menjelang remaja, 18 tahun…….

Ibu menangis gembira kita masuk ke IPTA

 

……..Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan

 

Berusia 20 tahun……..

Ibu bertanya kepada kita sama ada kita ada teman istimewa

 

…….Kita berkata “…..Itu bukan urusan Ibu”

 

Setelah berusia 21 tahun……

Ibu memberikan pandangan mengenai kerjaya

 

……..Kita kata “Saya tak mahu jadi seperti ibu”

 

Ketika berusia 25 tahun……

Ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa Dia sangat sayangkan kita

 

…….Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh

 

Pada usia 30 tahun……..

Ibu menelefon memberitahu nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi

 

……Kita berkata “Itu dulu……”

                                            

Ketika 40 tahun…….

Ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kenduri di kampong

                          

……..Kita berkata “Kami sibuk la, tak ada masa nak datang”

 

Apabila berusia 50 tahun……

Ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya

 

……..Kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak

 

 

 

 

Dan kemudian………

Suatu hari, kita mendapat berita Ibu meninggal!!

..Khabar itu bagaikan petir!

…Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap Ibu menerpa satu per satu…



__________________
"Islam pada mulanya terasing, dan ia akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing"


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 45
Date:

sedihnyaaa...

__________________
fRieNdsHip wiLL neVer End...


Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

Aku x sedih pun. sbb aku baik dgn mak aku.

dan kemudian.... part ni aku x nampak r. Ros, tlg amikkn cemin mate aku kat atas mesin basuh tu.

loh!! yg ko bwk biawak ni watpe. cit! x ley pakai betul la ko ni.

__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Super Member

Status: Offline
Posts: 1257
Date:

ko yg x leh pakai haliza misebon, itu ari sebok tempah spek mata bentuk biawak...
kunun2nye nak lain dr yg lain ar...
alih2 ari ni buat terperanjat berok la pulak....



tapi part 'dan kemudian' tu aku pon x nak bace, xnak bayangkan pon.....
ngeri siotttt pasal dah 2 bulan aku miss kasik duit kat mak aku.
(kes kering le ni)



__________________

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard