Sumber: Nor Emilia AmranBahan-bahan 1 kg mangga 1 batang lobak merah dihiris memanjang 3 tangkai daun ketumbar (ambil daunnya sahaja) 10 ulas bawang merah dihiris 10 tangkai cili padi siam dihiris 50 gm udang keringUntuk sosnya 2 sudu besar sos nampla 3 sudu besar madu 3 sudu besar jus limau nipis 2 sudu besar stok pekat ayam maggi garam dan gula secukup rasaCara-cara nembuat:1. Dalam bekas bancuhan salad, gaul sebati bahan sos.2. Masukkan bahan-bahan yang lain gaul dengan ratanya.3. Pastikan rasanya secukupnya.
=====================================
Som Tam
Sumber: Nor Emilia AmranBahan-bahan 3 sudu besar Nampla (sos ikan) 3 sudu besar jus limau nipis 60 gm udang kering 80 gm kacang tanah (goreng tanpa minyak) 8 tangkai cili padi siam 3 biji bawang putih 3 tangkai kangkung 3 tangkai kacang panjang 3 kelopak kobis bulat 300 gm betik muda- diparut halus memanjang 3 sudu besar air asam jawa gula dan garam secukup rasa
Cara-cara membuat 1. Tumbuk bawang putih bersama cili 2. Masukkan kacang panjang, jus limau nipis, nampla dan air asam jawa. 3.Tumbuk jangan sampai hancur. Masukkan udang kering, gula dan kacang tanah. 4. Proses tumbuk ini mesti ada skillnya untuk mendapatkan Som Tam yang sedap.Tumbuk jangan terlalu halus. 5. Masukkan betik dan tumbuk. Gaul bersama bahan-bahan yang lain. Gaul secukup
Sumber : Resepi Tradisional KeluargaBahan-bahan300 g taugeh1/2 biji kelapa2 ulas bawang merah4 biji cila merah1 biji bawang besar1 biji asam limauUdang keringGaram secukup rasaCara Membuatnya1. Taugeh disiang ekor dan dicelur sehingga masak.2. Kelapa digorengtanpa minyak hingga kuning.3. Cili merah, bawang merah dan udang kering ditumbuk hingga lumat bersama kelapa goreng tadi.4. Bawang besar dimayang halus.5. Gaulkan bahan yang telah ditumbuk tadi bersama taugeh serta bawang yang telah dimayang.6. Kemudian perahkan asam limau serta tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Bahan-bahan 2 biji tomato ( di buang biji dan di hiris nipis) 2 batang serai - sederhana ( dihiris nipis) 1/2 biji bawang besar ( di hiris nipis) 3 biji cili padi ( dihiris nipis) segenggam ikan bilis ( gengam saya kecik je ye...heheheh ) di goreng dan ditumbuk halus garam + gula pak aji kalau suka
Cara Membuatnya
Gaul bahan2 di atas...dan siap utk di makan.
Cepat dan sedap...jangan tak cubbbbbaaaaaaaa
============================================
Kerabu Ikan Kembong
Sumber : Nor Emilia Amran
Bahan-bahannya 8 ekor ikan kembong digoreng dengan sedikit garam dan kunyit 1 cm halia muda dihiris nipis 1/2 cawan daun pudina diracik halus 1/2 cawan daun ketumbar 6 tangkai daun bawang 4 batang serai muda 10 biji bawang merah 8 biji cili padi dihiris nipis 2 biji mangga masam 1/4 biji nenas 1/2 bunga kantan 1/4 cawan sos ikan Jus dari 3 biji limau nipis dilarutkan sampai sebati 3 camca besar gula melaka Minyak sawit untuk mengoreng ikan
Cara-caranya
Asingkan isi ikan dan buang tulangnya.
Gaulkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk menjadi satu dan sajikan segera.
Sumber : Resepi Tradisional KeluargaBahan-bahan600 gm perut lembu1 biji bawang besar1 cawan kelapa dibuat kerisik1 cawan kelapa digiling1 sudu besar beras5 biji cili kering1 biji cili merah1 inci haliaAsam jawa sebesar ibu jari5 ulas bawang merahAsam limau dan garamBelacan sebesar ibu jariCara Membuatnya1. Perut lembu dilumur dengan kapur, biar sekejap, kikiskan bahagian yang hitam.2. Bila sudah bersih perut tadi hendaklah dicelur sebelum direbus. Kemudian barulah direbus dengan sedikit garam.3. Cili, bawang merah dan belacan digiling halus-halus, dibuat sambal.4. Bawang besar diptong nipis-nipis, begitu juga dengan cili merah dan halia.5. Beras digoreng tanpa minyak hingga kuning dan giling halus.6. Perut rebus dipotong anggaran 1/2 inci tebal dan 1 1/2 inci panjang.7. Asam jawa dibancuh dengan sedikit air. Masukkan air asam tadi ke dalam sambal, kerisik, kelapa giling dan beras tumbuk.8. Gaulkan sekali perut lembiu, cili, bawang besar, hali, garam dan asam limau. 9. Rasa asam garamnya mengikut rasa.
Sumber : Resepi Tradisional KeluargaBahan-bahan1 ikat pucuk pakuSejemput udang kering3 biji cili merah1/2 biji kelapa digoreng kuning2 ulas bawang merah1 biji asam limau1 biji bawang besar dimayang halus1 biji cili merah dimayang halus2 sudu besar pati santanGaram secukup rasaCara Membuatnya1. Pucuk paku dibersihkan dan dicelur sehingga masak.2. Cili merah, bawang merah dan udang kering ditumbuk lumat bersama kelapa goreng.3. Setelah itu gaul dengan pucuk paku tadi.4. Perahkan asam limau, tambahkan garam secukup rasa.5. Kemudian tuangkan pati santan ke atasnya dan gaul rata.6. Akhir sekali taburkan bawang besar dan cili yang telah dimayang.
Sumber : Keluarga Edisi Pengantin 2000Bahan-bahan440 g daging lembu1 biji mangga hiris nipis memanjang1 biji timun hiris membulat150 g daun selom potong kasar60 g daun pudina30 g daun bawang hiris2 batang serai hiris halus1 biji cili merah hiris halus4 biji limau nipis jus10 g bijanSedikit minyak masakGula, garam dan lada sulah secukup rasaCara memasak1. Perap daging dengan garam dan lada sulah selama 1 jam.2. Lumurkan sedikit minyak pada daging perap dan bakar ketuhar dengan api sederhana sehingga masak dan sejukkan.3. Hiris daging nipis-nipis.4. Gaulkan semua bahan yang telah dikiris halus ke dalam mangkuk.5. Masukkan air limau nipis, garam dan gula.
6. Taburkan minyak dan sedikit bijan ketika menghidang.