Sumber: Chef Hasnah Jusof dari Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur Bahan kisar:200g bawang merah200g bawang putih200g halia200g lengkuas200g serai200g kunyit hidup 200g cili api300g cili kering Bahan-bahan:1kg daging lembu1gelas air1kg santan50g rempah tiga serangkai (ketumbar, jintan manis dan jintan putih)200g minyak masak150g daun kunyit150g daun limau purut150g daun salam Garam dan perisa secukup rasa Cara membuatnya:1. Rebus daging lembu sampai lembut.2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan dikisar sehingga naik bau. 3. Masukkan air dan santan dan rempah tiga serangkai.4. Apabila mendidih masukkan daging lembu. Reneh sehingga pekat. 5. Masukkan daun kunyit, limau purut dan daun salam. 6. Masak sehingga pekat dan hidangkan.
Bahan-bahan: 1 ekor ayam 4-5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1 cm kunyit hidup 4 batang serai 1 inci lengkuas 20 tangkai cili kering (kalau nak pedas tambahlah lagi) gula garam 3 sudu besar kerisik daun limau purut/daun kunyit 1 biji kelapa (1 cawan santan pekat)
Cara-cara: 1. Potong dan bersihkan ayam. Seeloknya ayam tu dibersihkan dengan tepung gandum sikit, bagi hilang hanyirnya. 2. Blend bawang merah, putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit. 3. Blend cili kering. 4. Sediakan kuali, masukkan bahan blender tadi dan kacau sampai agak-agak kering 5. Masukkan ayam. Kacau sebati. Masukkan santan pulak. Kacau perlahan-lahan. 6. Biar sampai kering sikit, masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa. Bila dah agak kering masukkan daun limau purut atau daun kunyit. Siap.
Bahan-bahan1 kilo daging ( daging batang pinang lagi senang & cepat) - perapkan bersama kicap manis (1/2 cawan) - selama 10 minitBahan Tumis1 mangkuk kecil bawang besar dimayang1 mangkuk kecil cili boh ( kalau nak pedas lebihkan sikit)1 biji santanGaram dan gula secukup rasaKicap manis - untuk meghitamkan sedikit kuah rendangCara Membuatnya1. Tumiskan bawang besar sehingga kuning dan wangi.2. Masukkan cili boh. Masak hingga garing dan naik minyak.3. Masukkan daging yg diperap tadi- goreng seketika.4. Tambahkan santan kedalam daging - biarkan sehingga daging empuk.5. Tambahkan garam dan gula sesedap rasa.6. Kalau kuah rendang kelihatan pucat, tambahkan sedikit kicap manis.7. Biarkan seketika sehingga kuah agak pekat.
Sumber: Jurumasak Masakan Melayu, Hotel Grand Continental Kuala Lumpur, Chef Harun Mat Yusop
Bahan-bahan:1/2 cawan minyak masak1 1/2 itik, dipotong dan cuci dengan garam dan asam jawa3 hiris lengkuas2 keping asam gelugur4 cawan santan dari dua biji kelapa4 camca besar kerisik
Garam secukup rasa
Bahan disangrai dan dikisar halus10 tangkai cili kering1 camca kecil ketumbar 1 camca kecil jintan manis
1 camca kecil lada hitam
Bahan A (dikisar)5 biji bawang merah3 ulas bawang putih3 cm halia2 batang serai3 cm kunyit hidup
1 1/2 cm belacan Melaka
Cara membuatnya1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan disangrai dan dikisar sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan itik, bahan A, lengkuas, asam gelugur, santan dan kerisik. Masak sehingga kuah pekat dan itik empuk.
3. Selepas itu masukkan garam secukupnya, daun limau dan daun kunyit. Kecilkan api dan masak lagi sehingga kuah hampir kering. 4. Kemudian angkat daripada api.