Bahan-Bahan100 gm ketam goreng80 gm sengkuang80 gm timun80 gm nanas80 gm betik muda80 gm jambu batu80 gm jambu air80 gm mangga muda0 gm buah kedondong80 gm sotong goreng50 cm cucur udang30 gm kacang (ditumbuk)10 gm bijan1 liter sos rojak2 biji telur rebusCara1. Susunkan kesemua bahan ke dalam pinggan besar.2. Gaulkan kesemua bahan apabila sedia dimakan.3. Campurkan kacang dan bijan yang digoreng tanpa minyak.4. Sedia untuk dimakan. _________________________________________________________
Rojak
Sumber : Masakan Idaman Melayu 1977 Bahan-bahan1 biji sedang timun (dibuang empulurnya & dipotong dadu)1 biji sengkuang( dipotong dadu)2 keping tauhu (digoreng & dipotong dadu)5 batang kacang panjang (dipotong sepanjang ½ inci125 gm kacang tanah (digoreng & dibuang kulitnya)1 camca bijan1 cawan air asam jawa½ cawan airBahan Giling60 gm lada kering (direndam & ditoskan)1 camca penuh gula pasir1 camca garamCara Membuatnya1. Gaulkan bahan giling dengan air asam jawa & air dalam sebuah periuk.2. Jerang di atas api hingga mendidih & biarkan mendidih selama 15 minit.Turunkan dari api. 3. Masukkan bahan-bahan lain & biarkan bertutup selama 15 minit. 4. Isikan ke dalam pingan & hisdangkan samaada sebagai makanan ringan atau sebagai sajian tambahan kepada hidangan utama.
Sumber : kia kia <kia5933@yahoo.com>Bahan ASeekor sotong kembang - kerat 3cm x 1cm- rebus agak2 masak1/2 biji timun - potong mcm saiz buat tauhu sumbat (ikut suka)Kangkung air - potong mengikut citarasa -dicelur20 sen taugeh -dibersihkan-dicelur2 keping tauhu putih -digoreng (jgn garing sgt) - dipotong nipisKacang tanah -digoreng dan dimesin (jgn terlalu halus)2 camca besar bijan yang digoreng tanpa minyakBahan B-kuah3 camca besar pis udang1/2 buku gula melaka1 sudu cili mesin (klau nak pedas tambah lagi)1 camca besar gula pasir1 cawan air Cara Membuatnya1. Campurkan semua bahan A kecuali kacang tanah & bijan-ketepikan.2. Tenggek dlm periuk bahan B hingga mendidih-sejukkan.
3. Tuang kuah di atas bahan A dan taburkan bijan & kacang tanah. Siap dihidangkan. Sesuai utk minum petang.
Sumber : NorazieIni dia rojak 4T - boss saya bagi nama..3T - timun, taugeh, tahu.Saya tambah lagi Tempe..jadi rojak 4T atau sebenarnya rojak tahu...boleh try..simple saja.Bahan-bahanKacang tanah RM1 - goreng dan kisar tanpa airGula Pasir 2 sudu besarKicap Manis agak2 1/2 cwn (ikut rasa dan warna hitam kuah nanti)Garam 1 suduCuka 2 sudu besar (boleh ganti air limau kasturi 5 biji)Air masak 1/4 cawan.Cili padi 10 biji - tumbuk/kisar halusTimun - dipotong nipisTaugeh - celurTahu & Tempe - goreng dan dipotong 4 segi kecilCara bancuh kuah1. Masukkan air dan gula, kacau hingga agak larut, masukkan separuh dulu kacang yg di blender, kicap, cuka, garam dan cili padi (ikut suka pedas).Kacau sebati dan rasa.2. Kiranya kurang pekat, tambah kacang..begitu juga kicap.Kuah yang pekat lebih sedap.3. Susun bahan2 4T dlm pinggan, curah kuah dan hidang segera.Kalau tidak, letak kuah berasingan.
Saya suka simpan kacang yg dikisar dan cili padi kisar yg lebih.Bila2 nak makan, bancuh sahaja...sedap juga dimakan dgn sengkuang
Sumber: Majalah Sajian Jelita Bil:63Bahan-bahan1 biji jambu batu, dibuang biji½ biji nanas3 biji belimbing1 biji timun1 biji sengkuang sederhana besar3 biji mangga mudaBahan Kuah1 cawan petis udang3 camca besar kicap pekat10 biji cili padi, ditumbuk3 camca sedang gula2 camca teh bijan1 cawan kacang tanah, digoreng dan dikisarCara Membuatnya1. Hiris kasar semua buah-buahan dan sayut-sayuran. Masukkan ke dalam mangkuk. 2. Gaul rata semua bahan kuah. Tuang kuah ke dalam mangkuk tadi dan kacau rata. Hias dan hidangkan.
Sumber : Keluarga - Masakan dan Kuih Traditional Malaysia Bahan-Bahan2 ekor sotong yang telah kembang1 biji timun1 ikat kangkung½ mangkuk kecil kacang tanah yang telah ditumbuk halus½ mangkuk sos tomato2 sudu besar petis2 sudu besar bijan goreng2 keping tauhu½ mangkuk cili boh1 cawan airGaram, gula dan serbuk perasa secukupnyaCara1. Sotong dan kangkung dicelur hingga empuk. 2. Kemudian diangkat, toskan airnya dan dipotong-potong. 3. Tauhu digoreng kemudian dipotong kecil. 4. Tomato sos, cili boh dan petis disatukan dalam periuk kemudian tambah air 1 cawan dan biarkan mendidih. 5. Bila mendidih masukkan separuh dari kacang tumbuk dan bijan kemudian dikacau hingga rata dan mendidih. 6. Masukkan sotong, kangkung, tauhu dan timun di dalam pinggan sesudah itu tuangkan kuah di atasnya dan hidangkan.