> VIENNA:Mengorek hidung dan memakan sisanya ialah salah satu cara
terbaik
> menjaga kesihatan tubuh badan, dakwa seorang doktor terkenal di
> Austria.Pakar paru-paru yang beribu pejabat di Innsbruck, Prof Dr
> Friedrich
> Bischinger, berkata golongan yang mengorek hidung dengan jari mereka
lebih
> sihat, lebih gembira dan mungkin lebih sensitif kepada perubahan tubuh
> mereka.
>
> Dia berkata, masyarakat perlu menerima pendekatan baru untuk mengorek
> hidung
> dan menggalakkan kanak-kanak mengguna pakai kaedah itu."Dengan
menggunakan
> jari, anda dapat sampai ke tempat yang selama tidak dapat dicapai
dengan
> sapu tangan, ia menjadikan hidung anda lebih bersih.
> "Memakan sisanya pula ialah cara hebat untuk mengukuhkan sistem
imunisasi
> tubuh. Secara perubatan, ia memang baik dan perkara semula jadi
sempurna
> untuk dilakukan," katanya.Dalam kes sistem imunisasi, hidung ialah
penapis
> yang memerangkap bakteria dan apabila gabungan ini sampai kepada usus,
ia
> boleh menjadi seperti ubat, katanya.
> "Perubatan moden cuba melakukan perkara sama melalui kaedah lebih
rumit,
> sesiapa yang mengorek hidung dan memakannya dapat meningkatkan sistem
> imunisasi tubuh secara semula jadi dengan percuma," katanya.Dia
memberi
> contoh kanak-kanak gembira mengorek hidung mereka tetapi menghentikan
> perbuatan itu apabila dewasa disebabkan tekanan masyarakat yang
menganggap
> ia menjijikkan dan antisosial.
> "Saya suka mencadangkan pendekatan baru dengan kanak-kanak digalakkan
> mengorek hidung mereka. Ia tindak balas semula jadi sepenuhnya dan
secara
> perubatan, ia idea yang baik," katanya.Prof Bischinger juga
menyatakan,
> jika
> seseorang bimbang mengenai anggapan jiran, mereka masih boleh mengorek
> hidung di tempat sulit
SexyGirl 2 korek idung, pas tu makan tak taik idung tu ???
Kalau jadi kuat macam badang, leh gak aku nak try !