Argh….. wajah itu lagi… muka itu lagi.... mengapa dan kenapa aku sendiri tidak pasti... bosan pun ada menyampah pun ada. Nasib badanlah... bak kata pepatah pandai makan pandailah simpan....apa kena-mengena dengan aku pulak...Soal hati tak siapa pun yang tahu. Hanya yang tersurat nampak jelas di raut wajah. Namun yang tersirat bagaimana? Siapa yang akan mengerti kalau bukan hati itu sendiri. Terlalu sukar untuk menilainya atau aku sendiri yang tak mahu faham dengan situasi sekarang.Degilkah aku? Keras kepala? Sehingga sukar untuk menerima pendapat orang lain. Tidaklah.... Aku masih boleh mendengar dan menerima pandangan sahabat-sahabatku... Mungkin cuma aku susah nak ikut nasihat mereka.. He... He... Asyik ikut kata hati saja. Bukan tak tahu, ikut hati mati, ikut nafsu lesu.... Tapi ikut juga...Bosan dan malas.. Manusia mana yang malas bila berbicara soal cinta. Gila mungkin kalau menolak fitrah kurniaan Illahi itu. Aku bagaimana? Menolak cinta? Mana mungkin...Kerna cinta seorang manusialah aku menjadi begini. Kerna cinta seorang lelaki aku menbawa diri sejauh ini.. Hanya kerana cinta... Hai... Kuat sungguh kuasa cinta ini sehingga aku tak bisa membuat keputusan yang sewajarnya... Tak bisa atau sendiri yang tak mahu....“Woi makcik... sampai kat sini pun ko nak menung-menung lagi. Kita ni datang nak bercuti bukan nak tengok kau termenung,” tempik Sarah sebaik sahaja melihat aku termenung.“Mana ada aku termenung. Aku teringat kat mak aku di kampung. Patutnya aku balik kampung cuti-cuti ni. Alih-alih kena ikut korang bercuti pulak... leceh tul...” sahut aku seolah-olah aku tak bersalah.“Iyelah tu... boleh percaya ke cakap ko tu... dengar boleh percaya jangan. Dah le tu Cik Syah oi... kelentong awak tak menjadi” ujar si As pula.“Kita datang nak bercuti so jangan ada benda lain pula yang timbul. Ko Syah, ingat. Jangan nak fikir sangat masalah yang ko sendiri gatal-gatal cipta tu...” ketua dah mula bagi amaran.
---------------------------Apsal pula air mata aku murah sangat jadinya sejak bertemu dengan mamat ni. Kejap-kejap tumpah. Kalau diorang tau mati aku. Comfirm dapat satu lagi kuliah tambahan.dah le kuliah yang dan ada pun tak tertanggung. Nasib baik diorang bukan satu universiti dengan aku. Kalau tak...mampus....Inilah agaknya yang diorang tu rasa yek... Ko sendiri yang gatal-gatal terjebak dalam masalah ini siapa yang suruh. Bersedia konon.... Bersedia apanya... Sikit-sikit nangis... pastu nangis lagi dan nangis lagi dan lagi....“Padanlah dengan kau. Nak sangat bercinta. Konon untuk masa depan. Sekarang apa yang dah jadi? Sendiri mau ingat le.” Aku pun tak pasti sebab dan musababnya aku marahkan diri aku sendiri..Orang lain bercinta, aku pun nak ikut sama. Bukan nak sangat cuma nak rasa camna jatuh cinta... he... he... Tapi akhirnya aku juga yang disalahkan. Semuanya kerana aku. Nasib baiklah sahabat-sahabat aku yang bertiga tu tak anggap aku camtu. Dioranglah tempat aku mengadu dah takde tempat lain lagi dah.
--------------------------“Syah I tak faham kenapa U nak putus dengan I. Kenapa sayang? Apa salah I pada U? CubaU jelaskan pada I,” Adam cuba mendapatkan penjelasan dari aku. Apa lagi le yang aku nak cakap kat mamat nie. Tak faham-faham ke aku kata nak putus.“I tak bermaksud nak lukakan hati U. Tapi U yang buat I jadi cam ni. Dan I tak akan salahkan U kalau dia yang U pilih dan bukannya I. I redha.” Ayat aku dah jiwang nie.“I dengan Lia tak ada apa-apa hubungan. Just friends. CamI dengan Sarah, As dan Yati. Tak lebih dari itu. Sayang dan cinta I hanya untuk U seorang. Please sayang..” rayu Adam. Tapi aku takkan tertipu lagi untuk kali kedua. Sori....“I minta maaf Dam. Keputusan I muktamat. Lia sendiri yang bagi tau pada I tentang hubungan U dan dia. Cuma I tak sangka that was U, Adam. I kecewa. Berat untuk I lepaskan U tapi untuk kebaikan U, I dan Lia, I sanggup berkorban,” kata ku dan segera beredar dari situ. Takut hujan akan turun. Hujan di langit pun belum ada tanda nak jadi tapi nanti bumi yang dulu banjir. Lega dan puas rasanya. Apa yang tersurat dan tersirat dah terurai. Pendam lama-lama pun tak boleh jugak. Rosakkan badan nanti.Keputusan aku tetap muktamat. Walau apapun yang berlaku. Iye ker. Sebenarnya aku pun tak pasti. Kenapa pulak? Ni yang susah ni. Soal hati susah nak cakap. Kat luar yelah aku boleh lepaskan dia tapi ati aku...
Walaupun mulanya aku just nak try bercouple tapi lama-lama aku mulai sayangkan Adam. Lelaki pertama yang berjaya mencuri hati aku. Tapi sekarang ada orang lain pula yang nak kacau line aku. Lia.. Aliah. siapa yang tak kenal dia. Lawa. Cun abis. Kalau dia lalu, semua mata budak lelaki terjojol. Termasuklah si Adam tu.Aku pula camna ni? Si Adam tu tiap-tiap hari call, antar sms nak pujuk aku. Kononnya hanya aku yang bertahta di hatinya. Boleh percaya ke dengan mamat ni?Mak tolong lah anak mak ni. Nak mampus kalau mak aku tau. Kena kuliah lagi le. Mak aku tu marah sangat kalau aku ada couple time study ni. Pantang dia. Berkawan tak pe tapi kalau dan over sangat kang lain jadinya. Mak nak aku berjaya dulu. Kalau dah jodoh takkan ke mana.
-------------------
Cuba jayalah kali ni. Last peluang aku bagi kat Adam. Kalau dia buat hal lagi siaplah dia. Teruk aku kerjakan dia...Ramai yang tak puas hati bila aku kembali bercouple dengan Adam. Lebih-lebih lagi Lia. Jumpa aku pun dah tak pandang lagi. Lantak kau lah Lia. Janji aku bahagia. Lagi satu bala yang aku cari sendiri. Sahabat aku merangkap tukang bagi ceramah free. Dah le time cuti mid sem. Tahan ajelah telinga ni.“Kau ni apsal? Kejap couple pastu putus. Alih-alih couple balik. Tak faham aku?”serang Sarah. Tak sempat aku nak bukak mulut cam bom aje...“Ingat sikit cik kak oi.. Dia tu playboya... Buaya tembaga tu.. Kang awak tu yang jadi mangsa,” sambung As pulak. Tunggu Yati nak kata apa pulak.“Kitorang bagi nasihat bukan kau nak dengar. Dah banyak cerita yang kami dengar. Walaupun kita tak sama U tapi member kita ramai satu U ngan ko tu....”
Kan dah kata.... “Ala.. aku sayang kat dia lah. Korang dah ada couple.. nanti aku yang dok sorang-sorang....sunyi tu,” selamber aje aku jawab.“Tu ajelah alasan ko. Malas lah kami ni nak tegur. Nanti apa-apa jadi ko tanggung sendiri. Jangan nak salahkan kami kalau ada masalah kemudian.” Amaran keras dari sahabat aku..... susah pulak....
--------------------------
Nak putus ke tak nak ni... Tapi aku rasa baik juga kalau aku putus ngan dia tu. Tapi kesian pulak aku kat dia. Pening-pening... Apa patut aku buat?Bercinta salah tak bercinta pun salah. Jadi apa yang tak ada masalah. Kawin.. Tu lagi banyak masalah. Argh.. Malas nak fikir. Kalau di layan menjadi-jadi. Baik tidur aje. Mana tau boleh jumpa price charming dalam mimpi nanti. Lagipun dah lewat ni. Dah pukul 2 pagi bukan petang. Room mate aku pun dah lama berlayar ke alam mimpi... Tutup lampu pejam mata. Moga esok pagi segalanya akan berubah..... Good nite merangkap good morning.Ni hantu mana pula lah yang rajin nak sms aku pagi-pagi buta ni. Baru pukul 4 pagi. Kacau aku tidur ajelah.. Tak leh tengok orang senang sikit. Eh.. mana budak ni tau aku senang ke tak.“I TUNGGU U KAT TEPI TASIK JAM 5 PETANG. JANGAN TAK DATANG. I MISS U. I LOVE U.JUMPA ESOK”
Lain macam aje sms nie. Adam pula tu. Rasanya aku tak de date ngan dia. Lantak lah. Layan tidur lagi baik. Ngantuk gile aku nie.Sms semalam. Mana pulak ni. Yang ni. Bukan. Yang ni pulak. Bukan jugak. Yang ni agaknya. Ha.. dah jumpa pun. Perempuan mana pulak lah si mamat ni buat hal. Tak pe. Kejap lagi siap lah kau.Bergegas aku ke tasik petang itu. Kusaksikan sepasang kekasih sedang asyik memadu kasih. Hancur hatiku. Lelaki yang selama ini aku agungkan. Lelaki yang selama ini aku pertahankan. Sehingga aku sanggup bertengkar dengan sahabat-sahabatku. Ini balasan yang aku terima. Terima kasih buatmu, seorang lelaki......Kali ini keputusanku adalah muktamat. Bukan seperti dahulu. Setelah bertentang mata dengan Adam dan kekasihnya. Aku tinggalkan lelaki itu dengan perasaan marah yang mendalam. Seolah-olah aku menbencinya. Tiada lagi perasaan sayang yang selama ini bertahta dihatiku.Cinta.... Argh... Akhirnya aku juga yang kecundang. Aku juga yang merana. Pergi sajalah kau cinta. Jangan pernah hadir dalam hidupku andai kau hanya ingin melihat aku sengsara. Biarlah aku sendiri tanpa cinta seorang lelaki...Biar betul aku ni....
----------------------
Akhirnya aku di sini. Semalam adalah kenangan dan hari ini adalah suratan. Esok aku tak pasti. Tak keruan. Yang pasti segalanya telah berakhir.Hari ini. Tika ini. Tanggal 5 Januari 2003 segalanya adalah penentu. Aku akan diijabkabulkan. Entah dengan siapa. ADAM... Satu nama yang hanya menjadi sejarah masa silamku. Di mana dia aku sendiri tak pasti. Akhirnya aku tinggalkan jua dia. Bukan kerna tak sayang. Kerna sayangkan diri, agama, maruah ku sebagai seorang perempuan merangkap wanita aku korbankan segalanya. Ala... Aku korbankan cintanya sahaja. Bebaloi juga....Kini aku di sini dengan penuh harapan. Siapa yang bakal bertahta di hatiku? Sudah pasti bakal suami ku yang tak pernah aku kenali. Apatah lagi bertemu. Cuma keluarganya sahaja yang pernah kutemui. Bukan tak mahu. Bukan tak nak kenal. Cuma aku kurang percaya dengan cinta lelaki lagi.. Biarlah cinta itu hadir selepas aku menjadi isterinya yang sah. Aku hanya mengikut kata ibuku. Lagi senang. Ibu mana yang ingin melihat anaknya hidup sengsara... ewah.... ewah...Anak mithali lah katakan...Alamak... Hati ku berdebar-debar. Ijab dan kabul telah terlaksana. Cuma tinggal membatalkan air sembahyang aje... Ala... nak sarung cincin ler tu.. Kali pertama aku akan bertentang mata dengannya. Suamiku pertama dan terakhir yang akan bertakhta di hatiku. Dia dah datang...Dengan tangan yang sejuk, aku hulur untuk disarungkan cincin ke jari manisku. Lantas aku menunduk dan mencium tangannya. Sedetik berlalu, kuangkat muka dan kupandang wajahnya....Wajah itu... Aku kenal akan wajah itu. Wajah yang pernah hadir dalam hidupku.. Tapi yang pasti bukan Adam....Kamarul Bahrain... Teman seuniversiti dahulu. Lelaki yang pernah aku berdoa untuk dijadikan teman hidupku.. Bersyukur ke hadrat Illahi.Betullah cinta akan hadir tepat pada masanya. Bercinta bukan bermakna akan memiliki. Namun aku pasti bahawa cinta kukali ini akan aku memilikinya. Dan tak akan aku lepaskannya lagi. Dan aku kini mempercayai cinta itu akan tetap hadir dalam diri setiap yang bernama insan.Aku yakin bahawa insan yang betul-betul dicintakan untuk menjadi teman hidup tak akan hadir selagi masanya belum tiba. Allah menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita belajar untuk menghargai insan yang diciptakan untuk kita selamanya. Dan aku bahagia dengan cinta yang dianugerahkan. Doakan aku bahagia hingga ke akhirnya, sahabatku. Nukilan, DaFi A’iSYaH