20 April 2001 (Jumaat 1.30 Tgh) aku terlibat dalam kemalangan. Akibatnya kaki kanan aku patah tiga. Azabnyanya tak terhingga (kenapala aku tak pengsan masatu). Dada aku menghentak belakang van dan aku tak dapat bernafas dalam 20 saat. Waktu tu rasa menyesal tak terhingga sebab banyak dosa. Ye la mana tau Tuhan nak cabut nyawa aku masa tu.
Nasib baik van yg aku langgar tu hantar aku ke hospital terdekat. Sedih sangat rasanya, haritu birthday awek & last day aku praktikal. Dipendekkan crita aku clash dengan awek aku masa aku terlantar di wad. Aku asyik nangis je kat sana, yelah orang jantan mana bole nangis woo..kalau dah nangis tu kira teruk sangat lah tu. Aku ditakdirkan berkawan dengan sorang nurse dari Sarawak yang BETUL2 care dgan aku. Cantik, lembut & gebu (hehhehehe) buat aku terpikat dengan dia.Selama 56 hari, 5 kali operation, dia lah yang menjaga aku. Kaki kanan aku nyaris dipotong sebab urat utamanya dah rosak teruk so, oxigen cannot flow..aku juga baik dengan sorang lagi nurse. Dia ibarat consultant aku..baik,manis selalu bagi nasihat2..ye la aku kan baru je clash..isk..isk..
Setiap malam aku akan ber'wheel chair' ke luar hospital untuk berjumpa awek sarawak tu hingga pukal 11.00 malam. Begitulah rutin harian aku..siang dirawat, malam bertenet...hehehe..Buat pengetahuan semua, x awek aku selalu call tapi aku tak jawab(bengang gile). Kesian jugak kat dia, tapi aku terpaksa untuk kebaikan aku & dia. Bila dia datang kat hospital aku maki hamun dia baling barang kat dia, tapi dia sabar nak pujuk aku balik..aku tertekan sebab tak boleh nak lari kemana. Dia masakkan lauk kegemaran aku banyak2 tapi aku suruh dia bawak ke rumah balik. Sedih tau! Aku tau aku tak patut buat camtu tapi aku terpaksa buat mengenangkan keadaan aku yg parah waktu tu!
Setelah 56 hari aku dibenarkan keluar..kaki aku sembuh dengan magicnye ( doktor cakap aku dikategorikan bernasib baik sebab aku sepatutnya dipotong kaki ) Aku tinggalkan awek sarawak tu sebab mak aku tak suka aku berkawan dgn orang jauh..aku patuh..sekarang dah 5 tahun berlalu..aku masih teringatkan peristiwa dulu..tahun lepas aku dikejutkan dengan panggilan dari x awek aku! Terkejut aku dibuatnya! Aku rasa nak nangis bila dia perkenalkan dirinya...dia cuma nak mintak maaf setelah apa yang berlaku dulu..dia baru sahaja keguguran anak dalam kandungan berusia 8 bulan (kalau tak salah aku)..aku pun borak2 dengan dia sekejap..akupun mintak maaf kat dia jugak..
Aku masih teringat kat dia hingga harini...dulu aku ingat nak compile cerita ni untuk majalah Gila-Gila, tapi masih tak berpeluang hingga ke harini..so aku ceritala kat sini sedikit untuk renungan semua..Setiap 20 April mesti teringat cerita ni..oh ye! buat pengetahuan semua waktu masih tak boleh bergerak, aku berak atas katil je...fuhhh! punyala siksa, akibatnya aku akan berak sekali selepas tiga hari..kalau nak diikutkan, aku lebih rela operate 10 kali tapi jangan la berak atas katil..jumlah aku berak atas katil semuanya dalam 5 kali dicebokkan nurse pompuan..fuhhhh!!! azabbb...wassalam...