Pemakanan Tambahan Kesihatan Misteri yang baru terungkap Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelantan Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia,New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".
Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah
kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarekronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi
kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap
100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk
menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian
yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat padatempe lebih mudah untuk dicernakan.
Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tghari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.
Oleh Sebab Itu Kementerian Kesihatan Mengesyorkan Pemakanan Tambahan Budu Untuk Kesihatan Anda
__________________
carilah diri sendiri,,,jika kenal diri kita sendiri pasti selamat dunia dan akhirat.....
jgn pandang remeh kat budu tu.... jgn menghakimi bau ngan warnanya... lom cuba lom tau... kalu pekene nasi panas, ikan goreng tambah ulam cicah budu, makan plak kat tepi air terjun secara beramai-ramai...gerenti slurrpppp.... mawi pun sanggup jadi duta BUDU
Utk menghasilkan budu ianya diperam lama (spt arak juga) sehingga berbuih dan berulat ,kemudian ianya diproses melalui proses penapaian dan ditapis. Tak tau la tapi ulat itu memberikan kebaikan dlm khasiat pada budu tersebut.... aku pun konpius (setelah melawat kilang budu di Kelantan)
Tiung wrote: aisey..ko jangan le membocorkan rahsia proses pembuatan budu di khalayak ramai..nanti aku punya eksport budu ke negara Amerika terjejas laa..
Ya ampun, apsal ko tak kasik tau aku yg ko eksport ke US budu2 cap kajang ni burung tiung oii? kebetulan aku pon eksport ke situ gak iaitu daerah Pandamaran, Lukut dan tanjung lumpur.
Errrr tu suma part of US ke hah? Aiseymen.... sekali buta peta daaaaa
Tiung wrote: aisey..ko jangan le membocorkan rahsia proses pembuatan budu di khalayak ramai..nanti aku punya eksport budu ke negara Amerika terjejas laa..
Ya ampun, apsal ko tak kasik tau aku yg ko eksport ke US budu2 cap kajang ni burung tiung oii? kebetulan aku pon eksport ke situ gak iaitu daerah Pandamaran, Lukut dan tanjung lumpur.
Errrr tu suma part of US ke hah? Aiseymen.... sekali buta peta daaaaa
hoh..ko pun eksport budu gaksss... (camne ko bley tau tanjung lumpur ni..dekat ngan tanah jajahan aku dah nih,,)
peram la mcm maner pon ikan bilis tuh.. kalo benda ni x memabukkan.. maknernyer still halal n berkhasiat laa.. walaupon cara pembuatan nyer nampak kotor.. but khasitnyer x semestinyer bergantung pada cara pembuatan yg bersih kan???
adik pitri; cekgu Samsiah Haji Long kelas 2 mempelam yg ajor ko suma ni ye? Bagus...bagus...ada peningkatan pd oblongata ko yg sediakala lembam tu. Teruskan baca nota ye adikku?
ayie skywalker wrote: hehehe...jenuh baca statement panjang gile....tapi btol tu....tambah power dicampur ngan tempoyak....pergh....enak sehingga menjilat ibu jari kaki....
pergh.. ngerinya aku tengok si ayie sakaiwalker ni makan budu sambil menjilat ibu jari kakinyer yang bercagu tuh..