namun malam ini dia nekad.. walaupun keseoragan, dia ingin cuba membelah keheningan malam itu.. biar apapun yang terjadi, dia pasrah. dengan duit gajinya yang bekerja sebagai pencuci pinggan dan dengan sebuah beg lusuh.. dia memulakan langkah. tepat jam 4.oo pagi.
selamat tinggal Pak Samad, Mak Esah, Hana dan Kamal... mungkinkah kita akan berjumpa lagi... namun jauh disudut hatinya, biarlah ini yang terakhir..baju kurung yang dipakai habis basah lencun dek terkena air hujan.. sama lebat seperti hatinya yng kini berlagu pilu.. alia nekad. dari Terengganu biarlah dia berhijrah ke Negeri Sembilan. tempat umi dan abah bersemadi.. tiket di genggaman di pegang erat.. tanda semangatnya yang berkobar-kobar..
pemandangan di tepi tingkap itu dihayat dan diselami.. sudah 5 jam alia berada di dalam bas itu.. apakah masih lama lagi? di mana dia akan tinggal dia sendiri pun tak tahu...
namun masih adakah secebis harapan untuknya? benarlah kata pujangga bahawa penantian adalah satu penyeksaan... sedangkan hatinya sudah layu umpama bunga perindu. aduhai hati, tabahkanlah dirimu... alia, adakah dengan berbicara begini mampu mengusir resah yang bertamu di hatimu itu... walaupun pahit. alia tetap tersenyum..tawar.
kini sudah satu jam dia menjadi penunggu setia di stesen bas itu. ke manakah hala tujunya. hatinya mula mengakui bahawa perasaan gusar dan takut kian bersemi di tamu hatinya itu. apakah dia ingin berpatah balik. TIDAK!!! untuk kembali ke lembah penderitaan itu tidak sekali-kali. walau apapun yang terjadi. alia hanya mampu melihat panaroma di sekelilingnya.. melihat insan-insan yang kehulu dan ke hilir... dan dia juga tetap keseorangan tanpa hala tuju dan basah dek tempias oleh hujan. semakin lama gigilan di tubuhnya semakin ketara. alia harus bertenang ketika ini... sebelum langkah diatur, sebelum lembaran hidupnya yang baru terbentang... agar tidak tersilap langkah, jika tidak buruk padahnya.
alia tidak mahu percaturan hidupnya kali ini silap lagi. cukup sekali. sedang dia mengalamun, memikirkan nasib diri...
'aduh!!'
alia berpaling. mencari arahnya suara itu. alia pantas menuju ke arah suara itu, setelah melihat empunya. tidak tega untuk alia melihat mak cik itu mengaduh keseorangan apatah lagi tiada seorangpun yang ingin membantu makcik itu.
'makcik, makcik ok ke?'
pantas alia mengutip kembali buah limau yang bergolek. hatinya berdetik geram kerana orang ramai yang berada di situ hanya melihat makcik itu yang nyata memerlukan pertolongan.
mak cik limah mendongakkan kepala ke arah satu suara gemersik yang menyapanya. entah siapa yang silap. sama ada dia yang cuai ataupun.. entahlah. mungkin keadaan lantai stesen bas itu yang licin kerana hujan ataupun dia telah ditolak. tapi hingga kini dia hilang bicara... siapakah gadis kecil yang bertudung litup di hadapannya kini???
'makcik? 'makcik ok?'
baru kali itu makcik limah mampu bersuara.
'makcik tak ada apa2 nak. terima kasih sebab tolong makcik. agaknya makcik yang cuai sangat kut'
'sama-sama' alia kembali mengatur langkah di mana barang-barangnya ditinggalkan.
siapakah gerangan gadis itu? bertudung litup... benar lebih ramai yang lebih cantik. tapi... aduh, damainya hati melihat sekeping wajah itu. tetap tenang sehingga ke lubuk hatinya. apakah tujuan gadis ke mari hingga terdampar di sini?
makcik limah menyembunyikan diri di suatu sudut. hampir sejam dia melihat gadis itu. sesekali menyeka wajahnya yang tenang itu kerana tempias dek hujan. perlukah dia.... arggghhhh... walaupun akan di marah oleh Datin Salmah. dia nekad.
alia tersentak. apabila bahunya terasa seperti diramas lembut oleh seseorang... mak cik tadi????
*****insan perindu******* andai benar sekeping hati ini milikNya, apakah aku sanggup menghadapi dugaanNya...'makcik? kenapa ni? ada apa-apa yang boleh saya tolong?'
maka segalanya bermula episod baru dalam hidup alia.kini alia tinggal bersama makcik limah dan juga sebagai pembantu rumah untuk Datuk Amran dan Datin Aminah sedikit sebanyak telah mengubah hidupnya.
pada waktu pagi, alia akan menolong mak limah menyediakan sarapan pagi untukkeluarga itu. begitu juga untuk makan tengahari dan makan malam. walaupun hampir seminggu berada di villa fantasi itu, namun alia tidak pernah melihat kelibat insan lain di rumah tu selain Datuk Amran, Datin Aminah, mak limah dan dirinya sendiri. tapi jika dilihat villa itu mempunyai banyak ruang bilik yang tersergam indah. apakah benar tiada insan lain selain mereka di villa itu? sejenak kemudian minda alia bermain-main. sudah 2 hari, lewat pukul 2 pagi, alia mendengar seperti deruman enjin motor besar berlabuh diperkarangan villa itu.
siapakah yang pulang lewat malam itu? anak Datuk Amran dan Datin Aminahkah? hendak ditanyakan pada Mak Limah, segan menghantui diri. takut dikatakan sebagai penyibuk. sedangkan dirinya masih baru di situ. alia tidak tahu apakah penerimaan Datin Aminah terhadap dirinya.
namun begitu, alia berharap, Datuk Amran dan Datin Aminah menerima dirinya dengan sedanya.
'Ya Allah....' hanya itu yang terluah di bibir Mak Limah sejurus menerima khbar berita melalui corong telefon. Tuan Muda Imran kemalangan dan kini berada di ICU! bagaimana ni? mesti Datuk Amran mengamuk lagi!
'Pak Mat, cepat kita ke hospital sekarang... alia. kamu tunggu di rumah ye?'
jantung Mak Limah berdegup laju. berita ini telah diberitahu kepada Datuk Amran dan Datin Aminah. Mak Limah hanya mampu menundukkan pandangan sejurus melihat Datuk Amran dan Datin Aminah. Mak Limah rasa bersalah yang amat sangat. selain ditugaskan untuk menjaga kebajikan seisi villa fantasi, Mak Limah juga bertanggungjawab mengawasi dan mendidik Tuan Muda Imran. sebelum inipun, Tuan Muda Imran sudah acapkali mengalami kemalangan. kadangkala terpaksa berehat selama 3bulan dan yanng terbaru pula selama 6 bulan. selama itu jugalah Mak Limah yang menjaga segala keperluan Tuan Muda Imran.
sungguhpun begitu, Datuk Amran dan Datin Aminah hanya menyuruh Mak Limah memanggil Tuan Muda Imran dengan panggilan Imran sahaja. katanya mereka lagi, jangan dimanajakan sangat budak itu.
namun, sanak saudara dan sahabat handai yang datang ke villa itu tetap menggunakan panggilan 'Tuna Muda Imran' sewaktu mencarinya di villa. mungkin kerana menganggap Mak Limah sebagai pembantu rumah. Mak Limah tidak kisah semua itu malahan dia sedar siapa kedudukannya di villa yang tersergam indah itu. lagipun Datuk Amran bukanlah sebarangan orang.
&&&&&&
mungkin segalanya telah ditetapkan oleh Ilahi. akibat kemalangan itu, Imran di dapati buta dan kakinya patah. inilah agaknya balasan dari asyik berlumba motor dan terlalu mengejar perempuan.
Datuk Amran sudah kehilangan kata. bukan tidak dinasihatkan permata hatinya yang satu itu. bukan tidak diingatkan tentang mainan duniawi pada ratu hatinya nan satu itu... sudah berbuih... cuma kali ini...
kelukaannya yang dialami paling teruk. BUTA... tidak terfikir oleh Datuk Amran sehingga ke tahap itu.. sungguh dia tidak sangka. namun Datuk Amran yakin dengan ketentuan dan janji-janjiNya. pasti ada hikmah di sebalik ini semua. Datuk Amran juga tidak membuang masa lagi. segala pakar yang dikenali yang berada di dalam mahupun luar negara pantas dihubungi.. diterangkan keadaan anaknya itu...
Datin Aminah juga sudah kehilangan kata mahupun rentak bicaranya... sudah banyak air mata yangmengalir meratapi keadaan anaknya... anak tunggalnya.. itulah padah kerana terlalu menegjar perempuan..
malunya pada Mak Limah juga semakin menebal. manal\kan tidak, setiap kali Imran kemalangan... Mak Limah yang terpaksa berhempas pulas menjaga segala keperluan Imran. dia sendiri sibuk apatah lagi suaminya yang terlibat dengan dunia korporat... kali ini lagi teruk! Imran telah buta! puas dipujuk oleh suaminya yang mengatakan mereka mengusahakan perubatan yang terbaik untuk Imran... Datin Aminah hanya mengangguk... sungguh dia tahu kesungguhan Datuk Amran dalam merawati anak mereka. satu-satunya anak mereka...
**************************
copied from alia kartina.. p/s: cite ni lom abes ag..
perasaan kesal itu mulamenyelubungi dirinya... namun dirasakan sudah tidak berguna lagi... kini dia terdampar keseorangan di dalam biliknya itu. biarpun segalanya lengkap dengan tv, radia, segala permainan namun itu sedah tidak berguna lagi... DIA SUDAH TIDAK DAPAT MELIHAT LAGI!!! dia hanya dapat mendengar lagu sahaja untuk menghilangkan kebosannannya itu. bergerak pun dengan hanya bantuan Mak Limah.
bila menyebut Mak Limah, hatinya berlagu bimbang. Mak Limah sekrang bukan seperti Mak Limah yang dulu lagi... benarkah ianya Mak Limah ataupun orang la...??? kalaulah benar ianya orang lain, apabila dipanggil Mak Limah, di jawabnya hmmm..... ada orang ingin bermain dengannyakah??? huh... kita tgk nanti... Imran merengus geram...
alia sendiri terkeju apabila sekembalinya Mak Limah dari hospital, Mak Limah memapah erat seorang jejaka... seorang jejaka???? istilah itu membuatkan alia tersenyum keseorangan... seorang lelaki jelah panggil dia...
tapi lelaki itu... BUTA!!!
aduh, kesiannya wajah sekacak itu buta. kacak? aduh kenapa hati ini sih? sekejap memanggilnya jejaka... sekepjap tadi pula memuji lelaki itu kacak... waduh-waduh mana bisa begini dong... alia berseloroh dengan diri sendiri.
pantas alia membantu Mak Limah membawa ke kamar di atas. buat kali pertamanya alia melangkah masuk ke kamar itu. tidak diketahui kewujudan bilik itu di villa ini. sumpah! SUBHANALLAH... pintu biliknya pakai remote. mewah betul! tidak berkelip alia dibuatnya...
alia terus melangkah keluar dari kamar itu. tidak boleh lama-lama nanti dia juga yang susah. sungguh dia terpesona dengan kamar itu. sekali lagi alia ulang ye? dengan kamarnya bukannya dengan empunyanya! he..he..
melihat keindahan bilik itu.. membuatkan dia sedar bahawa hanya dia yang tidak biasa melihat itu semua. dia sedar, kedhaifan hidupnya selama ini yang membuatkan dia begitu terpesona dengan segala-galanya di villa itu.
'ha, alia itulah anak tunggal Datuk Amran dan Datin Aminah. Tuan Muda Imran. tapi alia panggil ajela Imran' kata Mak Limah yang tiba-tiba muncul dari arah pintu dapur. sungguh terkejut alia dibuat Mak Limah.
'Tuan Muda Imran' alia cuba menyebut nama itu perlahan-lahan.
'iye...' balas Mak Limah yang masih lagi berdiri di tepi alia.
'mulai sekarang alia akan membantu Mak Limah menjaga Tuan Muda Imran. senang sikit hati Mak Limah sebab dah ada alia sekarang. macam tula setiap kali Tuan Muda Imran kemalangan. Mak Limah yang akan menjaganya' sambung Mak Limah lagi.
macam tula setiap kali dia kemlangan? kata-kata Mak Limah itu menjadi tanda tanya buat alia. kenapa? dah banyak kali ke Tuan Muda Imran kemalangan. alia hanya mampu menggelangkan kepalanya. alia nekad. dia sanggup buat apa sahaja untuk membalas jasa Mak Limah, Datuk Amran dan juga Datin Aminah.
alia sedar bahawa dia telah banyak terhutang budi pada penghuni villa itu.
perlahan-lahan alia meniti anak tangga villa itu. dulang yang penuh berisikan makanan di bawa dengan penuh berhati-hati. sudah tiba masanya Tuan Muda Imran makan malam. kalau nak diikutkan, memang sudah lewat. tapi Tuan Muda Imran katanya tiada selera. diturutkan oleh alia segala kerenahnya. mula-mula alia merengus geram. banyak songeh pulak Tuan Muda Imran ini.
seketika kemudian di beristighfar. dah memang orang sakit macam tu agaknya. lagipun mesti Tuan Muda Imran masih bersedih. apalah alia ni! alia cuba menenangkan hatinya sendiri...
pintu yang indah itu diketuk perlahan. sekali. dua kali. dan pintu masih belum terbuka. dicubanya alia sekali lagi. nah! barula pintu itu terbuka sendiri.
begitulah Tuan Muda Imran... sejak seminggu yang lalu, masih memanggilnya 'Mak Limah'
alia tidak menjawab apa-apa apabila Tuan Muda Imran bertanya begitu. alia hanya mampu menggelengkan kepala.
sedangkan pada masa ini, di dalam benak fikiran Imran, dia sendiri berfikir, kenapa Mak Limah begitu pendiam, dan hanya menurut segala kerenahnya. sedangkan Mak Limah yang dikenalinya selama ini, betuk-betul tegas menjaganya termasukla waktu makan, terutamanya masa makan ubat. tapi kali ini Mak Limah hanya menjadi mak turut pulak. tapi seingatnya, sewaktu perjalanan balik ke villa, Mak Limah masih banyak cakap seperti dulu. seperti biasa Mak Limah meleterinya kerana mensia-siakam hidupnya kerana seorang wanita.
memang diakui, sejak putus tunang dengan Tengku Maisarah, Imran menjadi semakin liar. mungkin hatinya masih terluka.
masih? memang hatinya masih terluka!!!!Huh! Mengenangkan kisah sedihnya, Imran yang sememangnya sakit, kini bertambah sakit. Jiwa dan raganya. Tunangnya meninggalkanya dengan alasan yang tidak munasabah sekali. Sungguh Tengku Imran tidak boleh menerima alasan itu. Tiada lagi cinta di hati. Mudahnya berkata-kata! Dirinya umpama kain buruk yang dicampak ke dalam tong sampah. Dirinya terasa begitu terhina sekali.
Sejak pertunangan itu diputuskan…tiada lagi sinar di Villa Fantasi. Datuk Amran dan Datin Aminah tidak mampu untuk berkata-kata. Sekadar nasihat yang mengiringi setiap perbuatan putera tunggal. Dalam diam mereka akur. Mungkin begitu caranyaTengku Imran melepaskan apa yang terbeku di lubuk hatiya. Siapa sangka bertahun menyemai kasih, begini kesudahannya.
Seketika kemudian. Fikiran Imran menjengah kepada ‘Mak Limah’.
‘My new Mak Limah’ desis hatiya.
Imran tahu ‘Mak Limah’nya tu seorang perempuan. Imran tahupun sebab terhidu badan ‘Mak Limah’nya itu sewaktu disuapkan makanan. Muda lagikah? Hatinya bertanya.
adeshh bz sket lately..manyak repot nk kene watt..waaa
ni org smbg sket..
Seketika kemudian. Fikiran Imran menjengah kepada ‘Mak Limah’.
‘My new Mak Limah’ desis hatiya.
Imran tahu ‘Mak Limah’nya tu seorang perempuan. Imran tahupun sebab terhidu badan ‘Mak Limah’nya itu sewaktu disuapkan makanan. Muda lagikah? Hatinya bertanya.
Wah, wah dah ada hati nak ngurat anak orang. Entah-entah dah berpangkat makcik kut. Tapi hati kecilnya yakin ‘Mak Limah’ nya itu masih muda. Malahan mungkin lebih muda darinya. Nantila dia akan paksa his sweety ‘Mak Limah’ bersuara dengannya. Sekaligus…
Sekaligus apa yerk? Apa niat di hatinya yang sebenar???? Kini sudah 2 minggu dia terlantar di kamarnya. Usahkan hendak keluar dari villa, malahan keluar dari kamarnya pun belum.
Bagi alia sendiri pula… dia berhasrat ingin menyambungkan pelajarannya. Namun layakkkah dia? Alia juga bercita-cita seperti remaja yang lain. Ingin berjaya dalam hidup. Dan menjejakkan kaki ke alam universiti seterusnya mempunyai kerja. Tapi bukakah dia juga sedang bekerja? Setiap bulan Datin Aminah akan memberinya sejumlah wang yang pada mulanya… alia sendiri tidak sangka. Baginya diberi makan dan tumpang berteduh di sebuah villa sebegitu mewah telah lebih dari apa yang diperlukan. Tapi selamanyakah alia akan di sana,
Dengan hati yang senang alia meneruskan kerjanya menyiram pokok lili yang tersergam dan teratur di perkarangan villa itu. Alia sukakan bunga lili. Lambing kesucian. Itulah kata hatinya. Dia dengan rela melakukan segala kerja rumah di villa itu. Baginya, hanya itulah caranya dia hendak membalas jasa keluarga di villa itu.
Seketika kemudian alia meletakkan bekas air itu di tempat asalnya. Ringan sahaja langkah alia melangkah ke dapur untuk menyediakan makanan tengahari untuk Tuan Muda. Mak Limah pula pulang ke kampung lantaran anak saudaranya yang sakit.
Sup ayam dan teh tarik yang suam. Itulah hidangan yang diketahuinya jika di masakkan untuk Tuan Muda villa itu pasti habis. Dan tanpa segan silu diminta tambahkan hidangannya itu. Alia hanya mendengar Tuan Mudanya berceloteh. Alia masih takut-takut dengan Tuan Muda Imran. Siapalah dia jika hendak dibandingkan dengan orang yang berkedudukan, berharta, dan berkelulusan luar Negara. Sedangkan dirinya sekolah rendah pun tak habis. Namun alia sangat suka membaca kamus bahasa Inggeris. Hanya itu sahaja yang mempu dilakukan untuk memajukan dirinya. Semestinya Tuan Muda Imran akan memandang rendah terhadapnya. Sudah pasti! Desis hatinnya lagi.
Ditekan butan di tepi pintu. Seketika pintu terbuka. Dilihat Tuan Muda Imran sudah bangun dari tidurnya. Kesian… apa lagi yang mampu dilakukan olehnya yang patah kaki dan buta? Namun kakinya sudah hampir sembuh, dan alia yakin Tuan Mudanya itu akan mampu berjalan jika sanggup berlatih untuk kembali berjalan. Wah!!! Tuan Mudanya?? Bila pulak Tuan Muda Imran menjadi miliknya?? Biarlah sekadar di hati, tiada siapa yang tahu…
‘Wah!!! Sedapnya bau, mesti sup ayamkan???’ ‘hmmm..’ Aikkk!!! Sepatah aje jawab? Dari dulu sampai sekarang, tak pernah ‘ his sweety Mak Limah’ bercakap lebih dari 10 perkataan dengannya! Nak kena ni! ‘Mak Limahl’LAH satu-satunya teman yang dia ada sekarang. Kini sejak dia mengalami kemalangan tiada lagi ‘teman-teman sejatinya’ yang sering menghabiskan masa di disko dan pub-pub di kota raya.
‘Im tak nak makan lagi. Sudahlah, awak boleh keluar!’ ‘tapi…” kata-katanya tak dapat diaturkan. Tuan Muda Imran tidak menyentuh makanan dari sejak pagi lagi. Walaupun Tuan Muda Imran tidak bercakap dengan kasar, dia tetap berharap makanan tengahari itu disentuhnya.
Biarlah dalam masa sejam lagi, dia akan membawa naik balik hidangan itu.
‘aduh…’ Alia bepaling. Langkah kembali di atur ke arah katil itu. Pantas sekali. Kenapa???
‘Tuan Muda… ‘ pantas alia menggamit sekujur tubuh itu. He..he.. taktiknya menjadi. Berpura-pura sakit perut. Dia tahu haruman lili itu semakin menghampirinya.
‘sakit perut ye?’
Alia semakin cemas. Dipegangnya bahu Tuan Muda Imran. Diakah yang bersalah?
‘kenapa ni? Ada apa2 yang boleh saya Bantu Tuan Muda? Sakit sangat ke?’
Wah, dah berapa patah perkataan yang terkeluar! Desis hati Imran. Ini sudah bagus.
‘kan bagus kalau macam ni? Taklah saya sunyi sangat. Asyik cakap sorang-sorang je. Tak kesian ke dekat saya ke? Dahla buta?’
‘Tuan Muda memang cakap dengan Mak Limah macam ni ke?’
Alia terlepas kata apabila menyedari dirinya hanya ingin diumpan supaya berkata-kata dengan Tuan Muda Imran.
‘DIAM!!!! Jangan nak tipu saya lak! Saya tahula awak bukan Mak Limah! Mak Limah pun panggil saya Imran aje! Saya benci orang tipu saya, tahu!!!’
Alia terkedu. Itulah kali pertama Tuan Muda Imran memarahinya. Alia takut. Kalau lama-lama nanti, Tuan Muda menyuruhnya di halau macam mana? Pada siapa lagi yang mampu dijadikan tempat bergantung? Sungguh hatinya sedih tatkala ini. Dahla Mak Limah belum pulang dari kampong. Alia hanya diam membisu. Kelak sepatah yang keluar, seribu yang kembali.
‘saya lapar….’
Tersentak alia dari lamunan. Dilihatnya sekilas pada hidangan yang belum terusik.
‘saya suapkan ye…’
‘habis sapa lagi… untuk hari esok dan seterusnya memang awak yang kena suapkan saya! Itupun tak faham-faham ke?
‘dahla… cepat suapkan saya. Saya dah tak tahan lapar ni…’
‘bismillahirahmanirahim’ Perlahan alia menyebut kebesaran nama Ilahi. Namun segalanya masih mampu didengari oleh Imran sedikit hatinya tersentuh. Begitukah tatatertib gadis itu? Sungguh sopan? Bagaimana pula rupanya nanti? Cantikkah?ayukah?
Arghhh!!! Pedulikan itu semua! Kecantikan tidak penting! Tunangnya dulupun cantik, tapi langsung tak berhati perut. Namun segalanya Imran diamkan di sudut hati kelak tiada siapa yang tahu hatta gadis yang menyuapkannya makanan.
Sesekali alia terpaksa menyapu lembut sisa-sisa makanan yang berada di bibir Tuan Muda Imran. Terkedu Imran. Dia hanya mampu menelan perlahan-lahan. Hmmm… tambah 10 markah lagi. Tapi kalau macam ni hari-hari memang dapat 100% punye!
Sedangkan alia sekarang ni hanya mampu menahan hati. Diteruskan suapan yang terakhir.
‘Tuan Muda Imran, dah habis…’
‘dah habis? Cepatnya! Errrr… ada lagi tak? Saya nak lagila. Sekali dengan jus oren”
Alia hanya mampu menurut. Mujurlah dia memasak lebih sedikit daripada biasa.
Imran hanya tersenyum. Memang diakui sup ayam ittu sangat sedap dan memang dia sangat lapar, tapi jauh di sudut hati, Imran hanya inginkan kehadiran gadis itu lebih lama di sisinya.
……………………………………………………………………………………………
‘Nah, saya dah jumpa doktor yang sanggup mencuba untuk mengubati mata anak kita tapi dekat Zurich…’
‘tapi apa bang…’
‘ awak pun tahu Nah, kita masing-masing terlalu sibuk. Dahla dekat Zurich tu kita tak da saudara-mara. Takut jugak takda yang nak tengok makan minum dan pakaian anak kita kat sana tu. Tak sanggup saya nak serahka bulat-bulat dekat nurse kat sana’ kata Datuk Amran dengan nada yang sedih.
Datin Aminah yang mendengar turut mendiamkan diri. Mendengar setiap patah bicara suaminya. Memang benar, sesiapapun dapat melihat kasih sayang yang melimpah ruah yang diberikan oleh Datuk Amran kepada putera tunggalnya, satu-satunya waris yang akan mewarisi segala harta dan empayar perniagaan mereka nanti. Besar harapan mereka berdua terhadap Imran. Tiba-tiba…
‘bangnya, saya teringatkan budak alia tu…’
‘maksud awak Nah?
‘iyela. Saya maknya. Saya tahula kerenah anak saya tu. Biasanya dia susah nak terima orang yang jaga dia. Iyela, abang pun tahukan berapa kali dia kemalangan? Berapa kali kita terpaksa tukar orang untuk tolong Mak Limah jaga dia? Tapi kali ni, saya tak dengar sebarang rungutan pun… abangnya tak perasan ke?
Datuk Amran hanya mengangguk perlahan-lahan. Dia seolah-olah baru menyedari hakikat yang satu itu. Dalam masa yang sama, Datuk Amran berharap masih ada sinar untuk anaknya itu.
Sedangkan di dalam sebuah bilik di tingkat bawah villa itu…
Alia masih termenung. Tadi dia baru sudah menunaikan sembahyang isyak dan bacaan Yaasin. Sungguh hatinya pilu. Hatinya rawan teringatkan arawah ayahanda dan bonda. Semoga aman mereka di sana. Itulah doanya setiap kali seusai solat. Sesekali fikirannya menjengah keada mak saudaranya dan juga sepupu-sepupunya yang banyak mewarnakan hampir separuh hidupnya. Hampir semuanya warna hitam. Kalau diizinkan olehNya, ingin sahaja dia memadamkan sejarah hidupnya. Bukan dia pinta hidup begitu.
Apabila harta pusaka yang sepatut diwarisi olehnya, dibolot dan dihabiskan oleh pak saudara tirinya untuk berjudi, dia hanya mampu mengalirkan air mata berseorang di atas katil usang. Bila dia diberi sisa makanan oleh mereka sekeluarga… dia hanya mampu membisu seribu bahasa. Silap hari bulan dia dilimpahi dengan kata nista. Sungguh pilu hatinya? Apa yang mampu dilakukan oleh anak kecil di seusia itu? Tanpa menamatkan sekolah? Adakah dia anak yang malang? Masih ada sinar kebahagiaan dalam perjalanan hidupnya?
Seketika kemudian, alia tidak mampu untuk lari dari mengingati peristiwa seminggu yang lalu. Apabila Tuan Muda Imran menaikkan suara terhadapnya. Entah mengapa, dia berasa kecil hati. Seketika kemudian, dia menyedari, apa haknya untuk merasa kecik hati? Siapa dan apa kedudukannya di villa ini? Semuanya mengingatkan kembali siapa dirinya yang sebenar.
YA ALLAH, aku bersyukur dengan kehidupanku sekarang ini. Terima kasih YA ALLAH!
Sudah seminggu alia memberi cadangan kepada Tuan Muda Imran supaya membuat latihan untuk kakinya memandangkan bahawa kakinya itu telah sembuh. Cuma perlu digerakkan aje lagi.
Imran hanya membisu mengenai cadangan orang gajinya itu. Bukan tidak diingatkan. Malahan setiap kali waktu makan, dia sendiri menjadi resah. Bagaimana harus dikatakan? Dia tiada keyakinan!!! Mampukah dia untuk mengatur langkah kembali? Setiap kali itu juga, dia hanya membiarkan persoalan itu berlalu sepi tanpa jawapan. Membuatkan orang gajinya termangu-mangu. Gadis inilah orang gaji yang paling bertahan dengannya.imran sendiri akui, bahawa dia senang sekali dengan gadis ini. Imran hargai niat suci dan ikhlas orang gajinya itu untuk membantunya.
Sedangkan alia sendiri hampir putus asa. Hanya itu sahaja yang mampu dia lakukan untuk membalas jasa segala pengorbanan yang telah banyak berjasa kepadanya.
Perlahan diatur langkah. Hatinya seolah-olah tawar. Tangan yang membawa dulang terasa lemah. Belum sempat, melangkah anak tangga dilihatnya kelibat Hasana yang juga sepertinya, iaitu orang gaji di rumah itu. Villa ini mempunyai ramai pekerja, tetapi mereka tinggal di luar. Hanya alia dan Mak Limah yang tinggal di villa itu.
‘ana, boleh tolong lia?’
‘apa tu?’
‘boleh tolong bawakan makanan ini kepada ‘Tuan Muda Imran?”
Hanya anggukan menjadi petanda kepada jawapan yang menggembirakannya. Entahla, alia merasakan gusar untuk beberapa hari ini. Tiba-tiba alia berasa kesal dengan mengatakan cadangannya kepada Tuan Muda Imran. Mungkinkah aku patut tidak masuk campur. Diatur kembali langkah ke arah dapur. Tekaknya berasa haus.
Belumpun sempat air melalui salur kerongkongnya terdengar suara… ‘lia, cepat Tuan Muda Imran dah marah-marah. Tuan Muda Imran suruh lia naik cepat!!’
‘ana, maafkan lia ye? Lia tak tahu jadi macam ni pulak.’ ‘tak apela. Cepatla, nanti dibalingnya barang-barang dalam bilik tu!’
Di dalam hati, alia sangat bersyukur kerana Ana tidak berdendam dan marah-marah kepadanya. Bergegas alia menuju ke tingkat atas. Kenapa jadi macam ni??? Itulah soalan yang tidak boleh terlepas dari benak fikirannya hinggalah ke saat dia bernafas. Kenapa bilik itu bersepah? Macm tongkang pecah? Mana pulak Tuan Muda Imran?
Oleh kerana pintu kamar itu memang sedia terbuka, alia hanya melangkah masuk dengan perasaan yang gusar.
‘pergi! Pergi! Pergi!’ Tidak perlu bertanya lagi milik siapakah suara itu. Bergegas alia melihat empunya suara itu.
Tuan Muda terbaring di tepi katil dengan keadaan yang seperti yang sudah tidak terkawal lagi.
Alia kaget. Perlahan dia menyentuh lengan sasa itu. Alia cuba untuk menolong mengangkat tubuh yang tegap itu ke atas katil.
Imran ingin menepis tangan yang cuba menyentuhnya. Namun seketika hidungnya dapat menangkap bau haruman lili itu. Perlahan dia cuba menangkap pergelangan tangan yang halus itu. Pada masa yang sama, alia tersentak. Di cubanya tarik, namun tidak berdaya. Cengkaman tangan sasa itu menyakitkan lengannya.
‘Tuan Muda…’
‘kenapa orang lain yang hantarkan makanan untuk saya tadi, ha??! Kenapa tidak awak? Ke mana awak pergi!
Alia hanya membisu. Tidak sanggup untuk dia mengangkat mukanya. Walaupun Tuan Muda Imran buta sekalipun.
‘kenapa tak jawab hah!’ dikuatkan cengkaman di tanganya. Tidak dihiraukan rayuan gadis itu yang kesakitan. Sungguh hatinya digigit amarah tatkala itu. Kenapa mesti orang lain yang menghantar makanannya? Habis dihembur kata nista kepada orang gajinya yang memasuki biliknya tadi.
‘saya banyak kerja!’ alia menjawab dengan nada teresak. Hanya itu yang terkeluar spontan dari mulutnya.
Imran mengetap bibirnya. Sungguh dia geram dan tidak dapat menerima alasan itu. Ke mana pekerja-pekerja villa? Mak Limah dan gadis itu hanya ditugaskan dengan tugas-tugas khas sahaja.
Perlahan imran lepaskan cengkaman tangannya. Itupun selepas terasa seperti manik air mata menyentuh jemarinya.
‘esok kita keluar jalan-jalan. Saya nak berlatih dengan awak. Bukannya dengan orang lain faham! Jangan pandai-pandai nak suruh orang lain pulak. Lagi satu, jangan nak elak daripada saya. Nanti saya ikat awak seumur hidup baru tahu!
Imran merasakan yang malam merangkak begitu lambat sekali. Puas ditunggunya bonda dan ayahanda yang tersayang. Mungkinkah mereka ada majlis lagi yang perlu dihadiri lagi?
Imran sedia maklum kesibukan mereka berdua. Imran sudh biasa dengan itu semua. Namun begitu Datuk Amran dan Datin Aminah tidak pernah mengabaikan dirinya apatah lagi semenjak dia putus tuning.
Seketika kemudian Imran terdengan pintu pagar villa dibuka dengan remote. Tahula dia bahawa Datuk Amran dan Datin Aminah telah pulang. Dirabanya telefon bimbit yang sentiasa berada di sisinnya. Satu panggilan dilakukan ke arah telefon Datin Aminah.
Dan seketika hatinya mula senyum dan berlagu riang.
………………………………………………………………………………………….
Datin Aminah terdiam. Begitu juga dengan Datuk Amran. Masing-masing berfikir sejenak setelah mendengar rungutan anak teruna mereka. Benarkah apa yang mereka fikirkan?
‘’ abang semakin yakin untuk memilih alia untuk mengiringi Im ke Zurich. Apa pendapat Nah?’’
‘’Nah ikut aje apa yang patut. Lagipun alia tu budak yang baik dan jujur. Saya suka tengok air mukanya. Terrpancar sinar kejujuran’’ tulus Datin Aminah meluahkan apa yan terbuku di hati.
Masih terbayang-bayang lagi di benak fikirannya apabila Imran meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya mengapa alia diberika tugas lain selain daripada menjaganya? Im cukup berang dengan perkara itu. Sebagai ibu, dia dapat mengesan semua itu. Namun begitu, Imran masih mengawal suaranya apabila bercakap. Itu yang membuatkan dia begitu bangga dengan anak tunggalnya yang tahu hormat dan menjaga hati orang tuanya. Datin Aminah tahu, dalam diam-diam Imran merungut dengannya… pasti mengharapkan si ibu melakukan sesuatu. Dia mengerti.
Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan, namun si ibu tetap terkesan dengan perubahan Tuan Muda itu. Dia yakin, Datuk Amran juga dapat mengesan perubahan putera tunggal mereka itu,…mungkin hanya menunggu masa yang sesuai untuk meluahkannya.
‘’ umi, Im nak tanya sikit boleh? ‘’
‘’kenapa Im?’’
‘’ kenapa alia buat kerja lain selain dari menjaga Im? Im tak suka macam tu!’’
‘’kenapa pulak ni Im? Alia tak bawakan makanan untuk Im ke? Dia biarkan anak umi kebuluran ke?’’
Imran tersentak! Ke situ pula uminya berfikir. Imran gusar, apakah alia akan dimarahi uminya?
‘’tak adalah umi!!! Cuma tengahari tadi ada orang lain yang bawakan makanan untuk Im! Im tak suka macam tu. Bila tanya alia, alia cakap alia banyak kerja kat dapur, sebab tu orang lain yang bawakan makanan untuk Im’’
Nah! Apalagi yang hendak dikatakan lagi oleh Datin Aminah? Sudah terang lagi bersuluh! Adakah Imran terpaut hati pada alia? Setelah sekian lama putus tunangnya dulu? Adakah alia yang telah berjaya melembutkan hati Imran? Hatinya berbunga… secerah mentari hari esok. Insya-Allah.
………………………………………………………………………………………………
Hatinya sudah tidak sabar-sabar menanti kedatangan gadis berharumankan lili itu. Seketika kemudian terdengar suis pintu ditekan dari luar. Imran berpura-pura masih tidur lagi.
‘’ Tuan Muda.. Tuan Muda bangunla! Kata nak berlatih.’’ Disentuhnya perlahan tangan sasa itu.
Tiada reaksi yang kelihatan. Tidur matikah?
Macam mana nak kejutkan Tuan Muda ni? Desis hati alia…
Tiba-tiba kerana tidak tahu untuk berbuat apa, alia duduk bersimpuh di sisi Tuan Muda Imran, di tepi katil. Direnungnya wajah kacak itu, alangkah indah jika juga dihiasi dengan akhlak yang indah nan jua.
Sedangkan dalam hati Imran gelisah sudah bertandang. Hanya sekalikah percubaan gadis itu untuk mengejutkan dirinya? Kemana menghilangnya gadis itu? Tapi suis pintu belumpun berbunyi lagi!!!!!!
‘’awak..awak!!!’’ Imran mula memanggil gadis itu.
Alia tersentak!
‘’Tuan Muda, saya di sini!! Tadikan Tuan Muda Imran belum bangun dari tidur? Dirinya dipermainkah??? Ini yang alia tak suka ni!!!!
‘’sekali aje kejutkan saya? Langsung tak nak berusaha lebih sikit ke? Jomla.. saya dah sedia ni…’’
Selepas dibersihkan badan oleh alia pada waktu subuh tadi… alia menyuruhnya tidur kembali supaya tenaganya akan bertambah banyak.
‘’iye..iye.. jom kita mulakan. Ini tongkat Tuan Muda’’ alia masih terkilan dengan sikap Tuan Muda Imran yang bersahaja itu. Tanpa rasa sedikit rasa bersalahpun?
‘’ aik! Hari pertama dah pakai tongkat ke? Teruk betul la awak ni? Kalau saya jatuh macam mana? Sapa yang nak tanggung sakit? Saya jugakkan?’’
‘’habis tu macam mana kita nak berlatih berjalan, kalau tak da tongkat?’’
‘’awak, bukan awak yang kena berlatih berjalan, tapi sayala…’’ Imran hanya ingin mengusik gadis itu. Bagaimana agaknya rupa gadis itu sekarang? He..he.. hatinya mula ketawa nakal seiring dengan tawanya di bibirnya.
Raut wajah alia mula berubah. Ini kali kedua dia dipermainkan. Sungguh hatinya tidak gemar dengan situasi ini…
‘’awak, sinila…” Imran mula menyedari bahawa gadis itu sudah tidak bercakap banyak dengannya sejak mula masuk lagi. Berkecil hatikah dia. Ooohhh tidak! Sungguh dia tak sanggup menghadapi situasi ini. Macam mana dia nak memujuk? Sedangkan untuk melihat gadis itu pun dia tidak mampu. Imran mula memarahi diri sendiri.
Alia hanya menurut perintah Tuan Muda Imran itu. Sedar akan siapa dirinya di villa itu. Lebih dari itu, dia sangat bersyukur…
‘’saya kat sini..’’ hanya beberapa patah perkataan jua yang dijawab oleh alia. Memang hatinya tersinggung, tapi dia tak boleh salahkan Tuan Muda Imran. Mungkin dia yang bersalah?
Begitulah mulianya hati seorang wanita yang bernama alia. Cuba membahagiakan orang lain, walaupun hatinya terluka… tapi sampai bila? Tidak berhakkah dia untuk mengecapi sinar bahagia?
‘’ jom kita mulakan… awak papahkanlah saya.’’ Tahu hati gadis kesayangannya yang sekaligus mendapat tempat di hatinya itu terluka. Nantilah di carinya jalan untuk mengubat sekeping hati itu.
Papah? Alia hanya mampu mengeluh di hati. Ini yang dia tak suka ni. Bersentuh-sentuhan dengan yang bukan muhrimnya. Tapi alia janji, setelah Tuan Muda Imran pulih dari menjalani pembedahan matannya, alia akan cuba untuk menghilangkan dirinya di villa itu. Pasti di saat itu, wang simpanannya telah mencukupi.
Perlahan-lahan alia meletakkan tangan Tuan Muda Imran di bahunya. Subahanallah ! terkeluar perkataan itu di bibirnya. Beratnya tubuh lelaki ini. Hanya itu yang terkeluar di benak fikirannya.
‘’kenapa?’’ terpacul soalan itu. Bukannnya dia tidak sempat menangkap apa yang terkeluar dari bibir gadis itu. Tubuh mereka begitu dekat pasti dia mampu mendengar apa jua sekalipun walaupun gadis itu sedang mengeluh.
‘’tak dala.. tak sangka berat juga tubuh Tuan Muda ni.’’ Alia berkata jujur.
Serentak dengan itu, Imran ketawa besar. Sayang…sayang. . itu belum lagi ‘kena’ dengannya di atas katil. Namun semua kata-katanya itu hanya bersarang jauh di luuk hatinya.
‘’saya buat lawak ke Tuan Muda?’’ Mati ketawa Imran. Lupa yang sedari dari tadi dia hanya menyakiti hati gadis itu.
‘’saya nak bawa Tuan Muda ke koridor dulu’’ Imran hanya mengangguk. Hampir sepuluh minit barulah mereka sampai di koridor itu. Memang penat yang teramat sangat. Itupun belum kira untuk patah balik ke katil. Imran menyedari kemengahan gadis itu.
Tiba-tiba… alia tersentak. Terasa seperti ada sesuatu di pinggangnya. Ingin dia menjerit, namun apabila matanya menangkap tangan sasa itu. Jeritan itu mati dengan sendiri. Dasar lelaki! Memang suka mengambil kesempatan.
Alia cuba mengalih tangan itu. Tapi gagal. Alia tak mampu untuk melawan tenaga lelaki itu. Tak padan dengan buta! Astaghfirullahala’zim! Hatinya cepat-cepat menyebut kalimah kebesaran Ilahi itu apabila meneydari dirinya telah mengatakan sesuatu yang tidak elok kepada lelaki itu, sekaligus seolah-olah menolak ketentuanNya…
‘’Tuan Muda… janganla macamni… tak elok.’’
Namun, Imran hanya membisu. Dikemas pautannya di pinggang ramping itu. Tahu gadis itu tidak selesa. Tahu yang gadis itu tidak akan menolak dirinya begitu sahaja. Masakan gadis itu akan membiarkan dia jatuh lebih-lebih lagi di tepi koridor itu?
Sedangkan alia sendiri masih berusaha untuk melepaskan tangan lelaki itu. Hatinya sudah tidak tahan lagi diperlakukan sebegitu rupa. Dalam masa terdekat 3 kali hatinya disakiti. Tidakkah Tuan Muda Imran menyedari itu semua?
Air matanya mula mengalir, hatinya tidak rela diperlakukan sebegitu rupa. Esakannya mula kedengaran dan semakin kuat.imran tersentak! Gadis kesayangannya menangis? Tapi salahkah dia untuk bermanja dengan gadis itu. Oh, tahu gadis itu tidak suka dengan perlakuannya… perlahan-lahan dilepaskan pautan di pinggang dan beralih semula ke bahu gadis itu.
Setelah menyelimutkan kaki Tuan Muda Imran, alia mula mengatur langkah untuk keluar dari bilik itu. Hatinya rawan sekali. Walaupun dia hanyalah orang gaji, tapi tidakkah dia juga punya hati dan perasaan?
‘’awak,saya minta maaf ye? Maafkan saya. Saya …’’ Belumpun sempat Imran menutur kata tanda menyesali perbuatan diri…pintu telah ditutup.
Adakah pintu hati gadis itu akan tertutup jua seperti pintu biliknya itu?????
********************
sungguh penantian adalah suatu penyeksaan...alia menutup pintu kamar itu perlahan. seperti hatinya yang telah lama tertutup. sungguh dia berkecil hati dengan apa yang telah dilakukan oleh Tuan Muda Imran. apakah kerana hanya dia anak yatim piatu dan hidup menumpang maka dia berhak diperlakukan sebegitu rupa???? aduh, hina sangatkah dirinya?
alia hanya duduk bersandar di belakang pintu kamarnya. air matanya menitis lagi.
umi oh umi, ibu oh ibu... beginikah nasib anakmu? mampukah dia bertahan lagi. YA ALLAH, tolonglah hambamu ini... air mata yang mengalir disekanya perlahan. alangkah indahnya jika dirinya masih punya ibu dan ayah lagi.
alia riang bebas berteriak mengacau unggas di sawah padi untuk menghilangkan penat setelah membantu ibu dan ayahnya seharian di sawah...
pasti tidak lama kemudian umi akan memanggilnya untuk pulang-pulang bersama-sama. katanya hari sudah lewat.
mata yang terpejam... tanpa dipinta keluarnya celahan air mata tidak henti-henti. sungguh hatinya sayu dan pilu mengenangkan itu semua. pada siapa hendak alia mengadu? siapa yang sudi mendengar rintihan hatinya itu?
'' kan saya dah kata! saya tak nak orang lain yang hantarkan makanan saya kecuali budak perempuan tu! awak tak faham-faham ke ha????''
''budak perempuan mana Tuan Muda? apa namanya''
hishh!!! asyik panggil budak perempuan tu, budak perempuan tu! apa ingat alia tak da nama ke? geramnya aku! ingat bukannya aku tak tahu sebab diala alia menangis masa keluar dari kamar ni semalam. ingat alia tak da perasaan ke? huh, baru dia tahu!!!
eh, apa nama gadis haruman lili tu ha? baru imran perasaan. itulah! asyik berawak-awak dan bersaya-saya aje!
''maaf Tuan Muda, alia tak da seminggu''
"tak da!!!'' Alia hanya termenung. Keindahan pantai itu tidak mampu mendamaikan hatinya. Tapi tetap menghiburkan hatinya. Dengan deruan ombak dan kicauan burung, dan pandangan matahari yang tenggelam, semuanya menimbulkan satu perasaan kagum terhadap kebesaran ILAHI. Sungguh hatinya terasa insaf. Berkali-kali hatinya terusik dan terluka dengan perbuatan Tengku Imran. Apakah disebabkan dia hanya orang gaji, maka dia dapat diperlakukan sebegitu?
Esok genaplah seminggu alia bercuti. Alia akan kembali ke villa itu esok. Apapun sesungguhnya villa itu adalah seribu kali lebih baik daripada rumah ibu saudaranya. Se
Sang mentari telahpun tenggelam menyorokkan diri daripada sang rembulan. Adakah sama seperti yang dilakukan oleh dirinya?
Ke mana menghilangnya gadis lili itu! Bencinya! Pandai aje nak nyorokkan diri! Siapla nanti! Tapi macam mana lepas ni kalau dia tak balik-balik? Imran mengambil kesempatan selama hampir seminggu ini juga untuk memikirkan tentang itu. Adakah dia telah membuat kesilapan besar? Walau apapun yang terjadi, dia nekad.
…………………………………………………………………………………………….
Datuk Amran dan Datin Aminah saling berpandangan. Masih berfikir. Seolah-olah dia tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Tengku Imran. Adakah Imran masih tidak dapat menghilangkan rasa dukanya akibat putus tunangnya dulu? Adakah itu puncanya yang sebenar? Adakah anaknya sedar apa yang diperkatakan olehnya sebentar tadi?
“ bolehkan umi? Im nak abah dan umi pinangkan gadis tu untuk im. Im serius. Kalau tak…”
Siti Aminah dan Tengku Imran masih setia menanti setiap patah bicara Tengku Imran. Sungguh, perasaan terkejut mereka belum hilng lagi.
“…lupakan saja pasal Zurich!!! Biar Tuan Muda kepada Villa Fantasi buta seumur hidup!!!!!!!!”
Mak Limah, duduk bertentangan dengan Datin Aminah dan Datuk Amran. Sungguh Mak Limah gembira dengan perkaran yang disampaikan oleh majikannya. Terbela dan terjaminlah nasib anak yatim piatu. Bahagialah nanti menjadi Cik Puan Muda kepada Villa Fantasi. Mak Limah tahu sifat Tuan Mudanya itu. Bertuahlah siapa yang menjadi pilihannya.
Namun sedetik kemudin Mak Limah terfikir. Apakah alia sanggu menerimanya? Dan jika alia menolak, apakah yang mampu dikatakannya kepada Datuk Amran dan Datin Aminah? Mak Limah sedar kini semuanya bergantung pada dirinya untuk memujuk alia. Esok alia akan pulang dari bercuti. Mak Limah sendiri pun tak tahu kemana alia membawa diri. Atau lebih tepat ke mana alia mengubati luka di hati? Mak Limah berdoa semoga segalanya berjalan dengan lancar.
Di kamar mereka, Datuk Amran dan Datin Aminah hanya mendiamkan diri… Sebagai soeang ibu, Siti Aminah sedar akan kehendak anaknya itu. Sejak kecil Tengku Imran akan mendapat apa sahaja apa yang dihajati walau semahal manapun termasuklah kereta Ferrari yang diimport. Tapi sedarkah Imran bahawa kali ini yang dihajati adalah benda yang tak boleh dibeli? Bukan juga boleh dimiliki sebegitu sahaja… sedarkah anaknya itu!
Perlahan diatur langkah memasuki perkarangan villa itu.hilang rasa rindunya kepada tempat dirinya bergantung hidup.
Orang yang pertama alia jumpa adalah orang yang paling banyak berjasa kepadanya, Mak Limah.
“ke mana lia pergi?”
“saja,lia dah lama tak bercuti”
“ yeke? Atau pergi membawa diri?”
Alia mendongakkan kepalanya. Memandang tepat kea rah raut wajah yang tua sudah mencapai umur separuh dekad itu.
Alia berasa bersalah. Sememangnya alia telah membuatkan Mak Limah risau tentang dirinya tiada. Maskan tidak, pulang sahaja dari kampong, dirinya telah hilang? Apa yang telah lakukan ni? Hatinya berdetik menyesal untuk sesaat yang berlalu.
Tiada kata-kata yang mampu diberi, lantaran hakikatnya adalah sebegitu!
“pergilah rehat dalam kamar. Malam nanti Mak Limah ada benda nak cakap”
Dipandngnya Mak Limah. Apakah perkara yang ingin diperkatakan oleh Mak Limah? Namun dalam diam alia akur. Kakinya di atur longlai kea rah tangga memasuki kamar yang telah ditinggal selama seminggu.
Alia terpaku. Tidak disangka malam itu akan mengubah seluruh hidupnya. Tidak disangka berita yang dibawa oleh Mak Limah merupakan satu lamaran. Masih teringat kata-kata Mak Limah, Tuan Muda Imran mengatakan lupa saja tentang Zurich kalau lamaran itu tidak diterima. Rela dalam paksa atau pasrah dalam seksa? Sejak menjejakkan kaki di Villa, alia langsung tidak menjejakkan kaki ke dalam kamar Tuan Muda Villa itu. Sungguh dia takut selepas apa yang terjadi. Langsung tidak diarahkan kaki kea rah kamar itu.
Apakah alia telah mengetahui tentang lamarannya itu? Adakah alia akan menerimanya? Sejak semalam haruman lili itu belum menjengah lagi di kamarnya. Sungguh dia sangat merindui haruman lili itu. Sehingga kini pekerjanya yang lain yang menghantarkan makan minumnya. Imran benci. Dia inginkan alia di sisinya untuk disayangi dan juga untuk dilindungi… bukan untuk disakiti mahupan dilukai… Itu niat sucinya… sesuci embun di dinihari…
Alhamdulillah! Hanya kalimah itu sahaja yang lahir di bibirnya sebaik sahaja umi dan abah menyampaikan berita gembira itu. Bukankah itu yang diharapkan dari gadis haruman lili itu. Walaupun bersyarat, tiada majlis persandingan di kedua-dua belah pihak, namun Tengku Imran akur. Katanya lagi, biarlah itu semua selepas pembedahan matanya nanti.
Tempoh yang diberikan adalah seminggu… Hanya seminggu…
haha sape nk mkn hati nih...isk3... nih da name pon bas mini..tu yg angkot sket2 jer citer nih..hehe.. neway..enjoyyy =)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Dari kecil lagi, alia telah melakukan pelbagai pengorbanan demi orang kesayangan dan sekelilingnya. Walaupun disakiti, walaupun dicerca, itulah dirinya.
Namun adakah ini pengorbanan yang paling besar dilakukannya? Empat hari dari tempoh seminggu yang diberikan telah berlalu… namun alia masih belum menjejakkan kakinya ke kamar itu. Sejak persetujuan diberi, seolah-olah cahaya bersinar menerangi villa itu. Senyuman sentiasa meniti di bibir setiap penghuni villa itu. Andai itu berpanjangan, alia tega melakukan pengorbanan sebegitu rupa… dia rela..
Dalam hidupnya, ada tiga perkara yang paling dikesali… tidak sempat membalas jasa kedua ibu bapanya, tidak sempat menggengam segulung kejayaan dan yang terakhir… Terpaksa melepaskan dia… tapi benarkah dia yang terpaksa?
Sekarang ini, alia banyak membuat kerja-kerja dapur daripada menjaga Tengku Imran. Biarlah… dia belum bersedia sebenarnya. Tapi sampai bila?
Adakah selamanya dia bergelar isteri kepada lelaki itu? Sedetik hatinya bermain kata. Bukankah lelaki itu ada segalanya? Harta mahupun rupa? Memang lelaki itu lelaki yang cukup segalanya… tapi bagaimana pula dengan dirinya? Adakah dia sesuai dengan lelaki itu? Adakah Tengku Imran akan menerima dirinya seadanya selepas pembedahan itu Berjaya nanti? Apa katanya nanti apabila melihat dirinya? Tipikal gadis kampong?
Saat itu nanti… ke mana pula akan dibawa dirinya?Sebentar tadi sewaktu tangannya menggoncangtangan tuk kadi, barulah dia mengetahui sebaris nama gadis haruman lili itu yang kini sah menjadi isterinya. Isterinya, Alia Kartina Mohd Noor.
‘Tuan Muda nak bersihkan badan dulu ke?’ Alia terpaksa memulakan bicara apabila dilihatnya lelaki yang telah bergelar suaminya hanya mendiamkan diri. Apakah yang bermain di benak fikirannya ketika itu?
Imran tersentak. Masih meniti di bibir gadis panggilan ‘Tuan Muda’
‘awak.. ’ Alia hanya sabar menanti apabila lelaki itu memulakan bicara.
‘ datang dekat saya sekejap. ’
Alia hanya menurut walaupun hakikatnya dia sendiri gementar… Alia duduk bersimpuh di atas permaidani manakala Tengku Imran duduk di tepi katil. Disambutnya huluran tangan lelaki itu.
Imran hanya menggenggam erat tangan itu lagi. Sejuk. Gementarkah gadis itu?
‘pertamanya, saya ingin ucapkan terima kasih kerana menerima saya… Keduanya, awak akan belajar untuk mencintai saya..’
Alia tersentak. apa maknanya tu?
‘… kerana saya teramat menyintai awak?’
‘Walau siapapun saya?’ pantas kata-kata itu meluncur dari bibir alia. Seketika dia menyesalinya kerana terlanjur kata apatah lagi sewaktu Tengku Imran belum lagi menghabiskan bicaranya.
Tengku Imran menarik nafas. Tidak menyangka itu yang akan ditanya oleh Alia. Apakah gadis itu tahu cintanya sesuci embun dinihari? Tahukah gadis itu bahawa bekas tunangnya itu dahulu tidak mampu memberikan kebahagiaan yang diimpikan walaupun pernah dinobatkan yang tercantik di kalangan rakan-rakannya? Imran menarik nafas yang dalam.
‘…sayang, walau siapapun awak, saya sanggup terima awak kerana saya menyintai awak. Asalkan awak sanggup untuk belajar menyintai saya dan setia pada saya dengan setulus hati awak, saya tak akan minta apa-apa lagi dari awak. Faham sayang? Ketiganya, saya tak nak awak panggil saya Tuan Muda lagi. Saya dah jadi suami awak, dan awak dah jadi isteri saya. Awak dah jadi ‘Cik Muda’ Mungkin awak malu nak panggil saya abang atau hubby, tapi kita boleh ‘bersaya’ dan ‘berawak’ dulu untuk sementara ini. Tapi sementara je t au…’
Merona wajahnya ketika Tengku Imran memanggilnya sayang. Apatah lagi sewaktu Tengku Imran menegurnya mengenai panggilan seorang isteri terhadap seorang suaminya.
‘maafkan saya…’ alia menyedari kesilapannya. ‘maaf diterima sayang…’
‘jom, kita turun, mungkin dah sampai waktunya untuk kita ke airport… Awak akan temankan saya semasa saya menjalani pembedahan itukan, sayang?’
‘saya akan temankan awak semasa pembedahan itu dan juga seumur hidup saya jika diizinkan olehNya. Jom saya bawa awak ke bawah.’
Alia pantas mengambil tangan Tengku Imran dan meletaknya di atas bahu untuk dipapah ke bawah. Alia tak mahu terlewat. Motifnya, nekadnya, matlamatnya, dan semuanyalah… hanya satu! Mata ‘suaminya’ mesti pulih dengan segera! Pembedahan itu mesti Berjaya dilaksanakan walau apa dan siapapun yang menghalang..
seketika langkah mereka berhenti. Alia menoleh kea rah Tengku Imran. Apa yang tak kena. Perlahan-lahan tangan sasa itu beralih ke pinggangnya. Alia terkejut. Sungguh dia tak suka. Sejujurnya alia tidak sedia lagi untuk itu semua. Peristiwa lalu menggamit di layar matanya kembali.
‘awak…’ alia cuba bersuara. ‘kenapa? Tak suka? Tak selesa? Sayang, awak kena biasakan diri sekarang. Awak dah jadi milik saya. Semuanya. Sorry ye awak, kali ni saya tak nak mengalah. Hari awak merajuk dulu, hari terakhir saya akan ikut cakap awak. Lagipun ni baru sikit, awak… jom kita turun. Nanti umi dan abah tertunggu-tunggu pulak!’
Alia hanya mengeluh. Sedikit rasa marah mula bersarang di hatinya. Tengku Imran pantas mengemas pelukan eratnya sekaligus mendorong tubuh isterinya supaya berjalan. Imran tahu, alia tidak biasa dengan semua itu. Tapi itu haknya. Alia kena sedar dan belajar akan hal itu.
‘alia. Terima kasih kerana sudi menerima anak umi dan abah.’ Datin Aminah dan Datuk Amran sendiri tak tahu nak ucapkan terima kasih yang macam mana lagi apatah lagi untuk menggambarkan kegembiraan dan keterharuannya terhadap kesudian dan di atas pengorbanan gadis itu.
‘alia… ‘ sambung Datin Aminah lagi.
‘…imran anak umi. Umi kenal hati budinya. Im Nampak sahaja keras di luar, tapi hakikatnya hatinya seperti seorang bayi yang sangat perlukan perhatian dan sensitif’ Sambung Puan Aminah lagi sewaktu alia dan dirinya sahaja yang berada di dapur.
Alia cuba menyematkan segala kata-kata itu di dalam benak fikirannya. Perihal seorang lelaki yang bergelar suaminya. Suaminya.
Setelah bersalaman dengan seisi villa itu. Mereka bertolak ke KLIA.
Paling syahdu di hatinya ialah untuk berpisah dengan Mak Limah. Setelah Datuk Amran dan Datin Aminah pulang, alia masih tidak percaya dengan keputusannya sendiri.
‘engkau gila alia’ desis hatinya sendiri.
‘awak…’ alia mula bersuara. Alia masih ada setengah jam untuk ke tandas.
‘ada apa sayang…’ Tengku Imran segera menyahut sambil menghulurkan tangannya. Begitulah Tengku Imran selesa memanggil isterinya dengan panggilan ‘sayang’ dan kadangkala ‘berawak’
Alia pantas menyambut tangan Tengku Imran. Tengku Imran memang begitu, apabila mula bercakap pasti mahu tangannnya diraih. Pasti tangannya digenggam erat. Mungkin kerana matanya yang tidak dapat melihat. Mungkin.
‘saya..saya nak ke tandas’ ‘la.. saya ingatkan apa. Pergila. Tandas ada sebelah kiri pintu masuk, ke dalam sedikit.. hati-hati awak. Saya tunggu sini, atau sayang nak saya temankan masuk sekali?’ sempat lagi Imran mengusik jiwa isterinya.
‘awak..’ hanya itu mampu dibalas usikan suaminya itu. Perlahan dilepaskan genggaman tangannya. Namun alia sendiri tidak tahu apatah lagi untuk menyangka sesuatu yang bukan di luar kuasa dan dugaannya. Saat itu genggaman dilepaskan, bermulalah episode duka dalam hidupnya.
Dia yang ingin melangkah beredar dari tempat duduk itu berhenti melangkah. Bencinya apabila mengetahui penerbangannya ditangguhkan selama 2 jam.
Jejaka itu. Yang bermain di layer matanya kini. Setelah 2 tahun tidak ketemu, atau lebih tepat sejak 2 tahun mereka berpisah, bagaimana keadaan lelaki itu? Kali terakhirnya diketahui dari kenalan mereka, lelaki itu kemalangan teruk dan masih buta sehingga kini. Dia langsung tidak menjengahkan muka untuk melawat lelaki itu. Kini lelaki yang banyak mengajar erti pelbagai perkara kepadanya itu berada tidak jauh darinya. Apa khabar dirimu, sayang? Aduh, ingin menitis air matanya…silapnya jua. Itu adalah kesalahan yang paling besar dilakukan seumur hidupnya. Diakuinya, seluruh jiwa dan raga. Namun mengenangkan sikap lelaki itu yang suka mengongkong hidupnya, membuatkan dia tidak teragak-agak memberi kata putus, ya, meninggalkan jejaka yang menjadi idaman gadis melaya.
namun selepas sekian lamanya, dia akui lelaki itu adalah lelaki yang pernah terbaik dimilikinya. Dia masih terbayang-bayang bagaimana caranya, bagaimana kejamnya dia mengguriskan sekeping hati milik lelaki itu. Sungguh, lelaki itu pencinta yang setia. Bukannya dia tidak tahu, lelaki itu mengalami kemurungan dan terpaksa berjumpa pakar psikitri. Sungguh dia tidak dapat terima sikap lelaki itu.
Perlahan-lahan kakinya diaturkan ke arah lelaki itu. Hati tidak dapat ditahan-tahan lagi untuk bersua dan menyapa lelaki itu.
Sah! Lelaki itu masih buta! Tapi dia yakin Datin Aminah, apatah lagi Datuk Amran tidak akan membiarkan selamanya putera tunggal mereka begitu. Wang bukan menjadi persoalannya lagi.
‘im…’
Imran tersentak. Satu suara. Yang dikenali. Yang pernah menjadi kecintaannya dahulu. Benarkan dia?
‘you apa khabar?’
Jadi benarlah dia! Kelu lidahnya untuk berbicara!
‘maafkan I kerana selama ini I tak pernah melawat you. Im, apakah you sudah mempunyai pengganti I ?’
‘terima kasih. Alhamdulillah I masih hidup sekarang ni? You sendiri apa khabar? Joe sihat? Oh…lupa I nak cakap, untuk pengetahuan you I dah berkahwin. Dan sekarang ni I tengah tunggu flight ke Zurich untuk proses pembedahan sekaligus untuk honeymoon I 1’
Imran rasa lega sekaligus hatinya puas. Hatinya seolah pedih kembali. Terasa seperti peristiwa semalam baru terjadi semalam Masih lagi mampu untuk berkata-kata setenang itu. dari manakah datangnya kekuatan itu?
Sudah berkahwin? Honeymoon? Hatinya berdegup kencang! Siapa gadis itu? yang Berjaya menggantikan tempatnya? Tidak tahu kenapa, tapi hatinya, jiwanya terasa seperti melayang, kosong.
‘im, I terpaksa pergi dulu, flight I dah hamper waktunya. Bye!’ tidak sanggup untuk dia berdiri di hadapan lelaki itu lagi.
‘bye……… jaga diri’
Hatinya tersentak! Sucinya hati lelaki itu, sesuci cintanya. Masih sempat berpesan pada dirinya supaya menjaga diri. Apakah masih ada cinta lelaki itu untuk dirinya? Mustahil! Sebentar tadi lelaki itu mengatakan dia baru sahaja melangkah kea lam perkahwinan dan sedang menunggu flight untuk berhoneymoon. Mungkinkah ucapan itu sekadar daripada seorang sahabat kepada sahabatnya? Ikhlas.
Longlai langkahnya, namun tetap diaturkan. Sebenarnya dia hanya menipu bahawa sudah tiba masanya untuk ke US. Kali pertama dia terasa seperti mengenal erti apa itu kehilangan. Setitis air matanya menitis jua. Mengertilah dia kini. Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik. Mungkin sudah takdir yang dia melakukan kesilapan sebegitu rupa. Gagal untuk membezakan antara intan dan permata. Namun nasi sudah menjadi bubur.
Bergegas alia melangkah keluar dari tandas. Bimbang. Suami yang ditinggalkan masih tidak mampu untuk melihat.
‘awak…awak tak apa-apa?’ ditegurnya suaminya apabila melihat lelaki itu seperti gelisah.
Pantas kelibat tangan suamiya dicapai.
‘ha..sayang dah sudah? Lamanya awak. Guna tandas ke buat tandas? Saya dah nak masuk cari awak tau!’ Imran sendiri tersentak dengan kehadiran alia. Sebentar tadi dia dikejutkan dengan kehadiran bekas kekasih, kini si isteri pula. Imran tahu pautan di tangannya itu kini yang memberi kekuatan yang ada padanya sekarang ini.
Akhirnya mereka terbang jua dengan seribu harapan.
‘saya rasa pening.’ Mungkin itu adalah disebabkan kali pertama dia merasai kecanggihan teknologi itu.
‘ini kali pertama awak naik kapal terbang?’ imran hanya mengagak.
‘ya… pening dan rasa takut.’
‘awak, saya kan ada kat sini? Imran berusaha untuk duduk menghadap isterinya. Mujur mereka berada di kelas pertama. Memeberi sedikit kelebihan dan keselesaan kepada alia, isterinya.
‘saya picitkan kepala awak ya?’ imran simpati. Sebab dirinya, alia terpaksa menempuhi semua ini.
‘terima kasih awak’ mujurlah alia ada membawa minyak angina. Alia meletakkan tangan imran di kepalanya. Lega rasanya. Diletakkan tangannya ke atas paha suaminya. Sungguh dia takut untuk ‘terbang’.
Imran merasakan tangan alia yang sejuk. Dia hanya membiarkan tangan itu di pahanya. Pada masa yang sama, imran tekun memicit kepala isterinya. Niat di hati ingin menawan sekeping hati wanita itu, tahu yang alia sedang menilainya, sedang belajar untuk menerimanya, belajar mencintainya. Dan dia …amat menghargainya.
‘sayang…’ Namun tiada sahutan. Didekatkan wajahnya lagi. terdengar dengkuran halus. Dah tidur rupanya isterinya.
Perjalanan berjam-jam itu dilaluinya dengan harapan hidupnya masih ada sinar bahagia pada masa depan..
Bersama isteri yang dipilih, dikahwini atas dasar naluri hatinya…ya, naluri hatiya.
Peningnya belum betul-betul hilang lagi. namun kewajipan sebagai isteri tetap dijalankan. Mujurlah suaminya sudah biasa dengan semua ini. Dia hanya terkebil-kebil apabila Tengku Imran bercakap bahasa Inggeris bertanyakan mengenai tempahan bilik mereka yang dilakukan oleh Datuk Amran beberapa hari yang lalu.
Tengku Imran dimandikan dan dibaringkan di atas katil. Pasti Tengku Imran merasakan lebih penat lagi. mereka baru sahaja selesai makan malam. Tengku Imran makan dengan berselera apatah lagi alia yang menyuapkannya. Alia turut berbaring sebelahnya.
‘pening lagi?' Suara itu lembut menyapa di telinganya.
‘hmmm…’ hanya itu yang mampu dijawab.
‘tidurla…’ imran tahu pastinya alia kepenatan dan masih lagi berasa pening. Dia faham dengan itu semua.
Malam itu Tengku Imran melelapkan mata sambil tangannya melingkari pinggang isterinya dengan harapan mereka akan hidup bahagia selamanya. Dengkuran halus si isteri sudah kedengaran dan dia… hanya tersenyum keseorangan. Si isteri terlalu kepenatan, kalau tidak, tidak merasa la dia untuk memeluk pinggang isterinya waktu-waktu sebegini.
Datuk Amran hanya duduk termenung di kerusi pejabatnya itu. sebagai CEO dia harus memastikan segalanya berjalan lancer. Dahulu bebannnya tidaklah berat sebegini. Namun semenjak Tenku Imran putus tuning, segalanya kucar-kacir. Apatah lagi Tengku Iran terpaksa menerima rawatan psikitri. Kemurungan yang dialami oleh anak tunggalnya menjadi semakin teruk. Itulah perangai dan sifat Tuan Muda Villa Fantasi yang terlalu kecewa bila cintanya dikhianati.
Kini sudah dua hari Tengku Imran dan Alia berada di Zurich. Kalau hedak diikutkan jadualnya, malam ini Tengku Imran akan menjalani pembedahan itu. Kata Doktor Rahim, yang kini berkhidmat di negara kangaroo itu,peluang untuk Tengku Imran amat cerah memandangkan teknologi canggih yang lengkap berada di negara itu. Sungguh dia panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.
Alia tersentak! Lenanya terganggu lagi seperti malam sebelumnya. Apakah dia tersilap pandang Tuan Muda Imran mengigau lagi! aduh sesekali hatinya tersasul menyebut ‘Tuan Muda’. Pasti suaminya akan berkecil hati jika mengetahui hal ini.
Jangan tinggalkan im. Im sayangkan……. Tolong jangan tinggalkan im lagi. im cintakan…
Itulah juga yang disebut-sebut oleh Tengku Imran malam sebelumnya. Dan ini kali kedua. Aduh, runtun hatinya. Terbayang-bayang di matanya akan peristiwa di KLIA. Semasa dia baru keluar dari tandas, dia melihat kelibat seorang wanita anggun bercakap dengan Tengku Imran. Apa yang dilihatnya, Tengku Imran juga membalas kata-kata wanita itu. kenalan lama Tengku Imrankah? Maklumlah, seperti yang diketahui daripada Mak Limah, Tengku Imran menghabiskan masa hamper 6 tahun dari hidupnya di negara orang putih. Tapi jika benar, benarkah mereka sekadar kenalan biasa? Tiada kisah diantara mereka?
Bagaimana jika ada kisah disebalik mereka berdua? Mengapa perkahwinan ini terjadi jua? Adakah dia tertipu yang mengatakan bahawa Tengku Imran yang menginginkan perkahwinan ini? Adakah Datuk Amran dan Datin Aminah yang memaksa perkahwinan ini terjadi? Apakah Tengku Imran juga terpaksa menerimannya? Aduh, ya Allah, ampunilah hambaMu ini, jika benar perkahwinan ini satu kesilapan…satu kesalahn.
Adakah wanita itu namanya yang disebut oleh Tengku Imran dalam lenanya? Apatah lagi dalam jaga? Dalam hatinya jua pasti?
Diusapnya kepala lelaki yang telah bergelar suaminya dengan penuh kasih. Mengenangkan yang pada mulanya yang dia bagaikan terpaksa menerima perkahwinan itu, namun kini dia redha dan ikhlas…. Hasrat di hatinya hanya satu… terbang sejauh ini, hanya untuk memastikan Tengku Imran memasuki bilik pembedahan di hospital terkemuka di negara itu.
Hari ini Tengku Imran membawanya ke sebuah tempat membeli belah. Kata Tengku Imran lagi, suaminya hanya ingin melihatnya gembira sepanjang berada di situ. Bukannya terasa terbeban dengan dirinya. Pantas sekali dia menyangkal kata-kata Tengku Imran itu. katanya lagi, dia telah berjanji untuk sehidup dan semati bersama Tengku Imran hanya tersenyum, memohon maaf darinya dan berjanji tidak akan mengulangi lagi kata-katanya itu.
Tapi kini, pada keheningan malam ini pula, Tengku Imran termimpi-mimpikan wanita lain. mengaku menyayanginya. Mengaku mencintainya. Lalu siapa dia di hati lelaki itu? redup di hatinya cuba disembunyikan. Tengku Imran yang tidur berbantalkan lengannya dipandang sayu. Sudah timbulkah kasih untuk lelaki ini. Jika tidak kenapa hatinya terasa seperti ditusuk sembilu? Kenapa hatinya terasa sayu sebegini rupa? Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Siapa sangka, malam ini malam yang terakhir dia menemani Tengku Imran.
Pagi itu, imran bangun dengan satu perasaan yang asing. Dia sedar, malam itu dia akan menjalani pembedahan matanya. Dia tidak gentar asalkan si isteri bersamanya. Dia yakin alia akan bersamanya. Sama-sama menanti saat bahagia itu.
Pagi itu mereka bersarapan seperti biasa. Tengku Imran dan alia hanya berada di bilik, berbual-bual, cuba mengenali dengan lebih dekat lagi… antara satu sama lain. Alia tidak membenarkan dirinya keluar. Katanya perlu rehat banyak-banyak memandangkan dia akan menjalani pembedahan pada malam ini.
‘awak..’ ‘hmm…’ alia menyahut. Tengku Imran yang berbaring di ribaanya diusap perlahan.
‘saya tahu, awak tak boleh terima saya sepenuh hati lagikan? Saya tahu…’
Pantas alia menekup bibir suaminya itu. kata-kata Tengku Imran terhenti di situ.
‘awak jangan cakap macam tu. Saya…saya sendiri macam tak percaya yang awak sayangkan saya. Saya ikhlas belajar untuk menyayangi awak,mencintai awak. Berikan saya sedikit masa. Saya bukannya tidak sayangkan awak sepenuh hati kerana ada orang lain yang ada di hati saya, tapi saya perlukan masa untuk sesuaikan diri saya dengan semua ini. Saya berasal dari keluarga papa kedana, tiba-tiba menjadi Cik Puan Muda dan isteri kepada seorang lelaki seperti awak. Seorang lelaki yang baik macam awak hanya satu dalam seribu. Kiranya saya yang bertuah teramat memiliki awak….’
Tengku Imran hanya membiarkan alia meluahkan rasa di hati. Perlahan-lahan di atur bicara…
‘saya tak kisah siapa awak, sayang. Saya tak kisah siapa keluarga awak… saya tak kisah apa-apapun. Saya hanya nakkan awak temankan saya sepanjang hidup ini…’
Aduh, benarkah kata-kata yang dilafazkan itu? bukan sekadar hiasan Cuma? Namun dia tidak membantah apa-apa. Baginya malam ini adalah penentu. Hati Tengku Imran perlu dijaga.
‘awak… dalam bilik pembedahan tu nanti, awak jangan sekali-kali berputus asa. Kena kuatkan semangat. Saya doakan awak Berjaya. Ingat, saya tunggu awak …’
Imran semakin bertambah semangat. Dia juga ingin pulih dengan segera…
‘awak, ingat ya, walau di mana saya berada, saya akan sentiasa ingatkan awak. Awak, walau apa pun kesalahan saya kelak, jangan sekali-kali awak putuskan hubungan ini… saya rayu pada awak. Di dunia ini saya hanya ada awak sahaja… tapi kelak jika awak dah ada pengganti saya…’ Imran segera bangkit dari paha alia. Tidak suka kata-kata itu dilafazkan. Pantas di benamkan mukanya ke dada wanita itu, memeluk erat, tanda kasih sayangnya yang tidak mampu untuk dibayangkan. Adakah alia tahu kisah lalunya dulu? Adakah alia Nampak …… bertemu dengannya di airport beberapa hari yang lalu?
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
‘doktor, saya isteri kepada pesakit yang bakal doctor lakukan pembedahan sebentar nanti..’
‘Tengku Imran bin Datuk Tengku Datuk Amran?’
‘ya… doctor saya ada benda yang hendak diminta tolong dengan doctor. Saya… saya akan ke airport pada malam ni. Maksud saya, setelah suami saya melangkah masuk ke bilik pembedahan. Saya mohon pada doctor, jika pembedahan ini Berjaya, hubungilah saya…’ alia berkata dengan deru nafasnya yang tidak menentu. Sambil menghulurkan sehelai kertas kecil yang tertera satu nombor.
‘…tapi…jika pembedahan ini gagal, saya pohon kepada doctor, hubungi saya dengan segera, kerana saya ingin berada di sisinya..’
Dia tercengang. Sepanjang kariernya sebagai seorang doctor, inilah kali pertama kejadian seperti ini berlaku. Resah hatinya. Benarkah apa yang bakala dilakukan?
‘tapi kenapa?’ akhirnya Berjaya jua dilontarkan suara itu.
‘saya isterinya. Maka wajar saya untuk berada di sisnya sewaktu dia kesusahan. Bukanlah sesuatu yang pelik doctor?’
‘memang wajar seorang isteri berada di sisi suaminya apabila suaminya dalam kesusahan, apatah lagi jika buta. Tapi yang menghairankan saya kenapa jika pembedahan ini Berjaya dilakukan mengapa pula awak hendak pergi meninggalkan dia? Bukankah itu yang awak inginkan?
‘anggap ajelah saya yang tak bernasib baik dalam hal ini doctor. Ucapan ribuan terima kasih, saya ucapkan kepada doctor. Jika diizinkan olehNya, ingin sekali saya membalas jasa doctor suatu hari nanti. Saya pergi dulu…assalamualaikum.’
‘waalaikumusslam… ‘ hanya itu yang mampu dijawab sambil anak matanya mengiringi setiap langkah wanita yang kian hilang dipandangan mata.
Perlahan-lahan langkah diatur ke arah bilik pembedahan. Sungguh tidak sangka seorang anak kaya-raya dan ternama di tanah airnya sendiri beristerikan gadis yang polos dan berhati murni serta masih kekal dengan pegangan agama dan budaya. Sungguh bertuah lelaki itu, Tengku Imran bin Datuk Tengku Amran.
6 jam berlalu…
Sayu hatinya. Kini telah nyata dia berada di bumi Malaysia. Sedangkan suaminya sendiri berada di Zurich. Setelah menerima satu panggilan daripada doctor, dia memulakan langkah…
Namun ke mana akan di bawa dirinya yang memang telah sedia ada sebatang kara…
*************************************************************** 2 be continued
"lalink...org da smbung nih..ihik" kate alia kpd tuan mude imran~
Sungguh dia tidak tahu. Di manakah hendak diaturkan langkah. Dan akhirnya malam itu, dia tidur di dalam sebuah masjid. Pagi esoknya, hanya Mak Limah yang bermain di fikirannya. Pantas diatur langkah kea rah villa itu. Setelah dilihatnya sebuah kereta membawa ‘umi dan abahnya’ pergi, alia memberanikan diri, mengatur langkah, dimana tempatnya, di mana hidupnya diangkat hingga menjadi seorang insane yang punya harga diri dan jua dihormati. Namun setelah ini semua yang terjadi, apakah dirinya masih diterima?
‘Mak Limah…’ ‘alia…’ Hanya itu yang mampu terkeluar dari bibirnya. Alia terduduk , terkulai layu di lantai. Menyembah Mak Limah. Jika itu yang mampu meredakan resah dihatinya, dia rela.
‘maafkan alia, Mak Limah’
Alia pantas menceritakan semuanya. Tidak menyembunyikan apa-apa pun walaupun satu. Sudah tidak tertanggung rasa bersalahnya sewaktu ini. Mak Limah tersentak. Kenapa alia tidak berfikir panjang sebelum melakukan tindakan itu.
‘maafkan alia, Mak Limah. Alia hanya inginkan Tuan Muda gembira selalu. Sumpah, kalau doctor tu megatakan pembedahan itu gagal, alia tidak akan meninggalkan Tuan Muda sorang-sorang. Alia sanggup menemaninya seumur hidup. Alia Cuma takut Tuan Muda tak dapat terima alia setelah dia pulih. Alia anak kampung, Mak Limah. Lagipun perempuan yang alia Nampak tu, jauh lebih cantik daripada alia. Dia yang lebih layak daripad alia. Alia tak nak lukakan hati Tuan Muda lagi. Tuan Muda sungguh baik terhadap alia. Alia dah banyak terhutang budi pada keluarga ini Mak Limah. Maafkan alia Mak Limah… tidak terniat di hati untuk mengkhianati kepercayaan yang diberi.’
Mak Limah hanya termangu. Memikirkan setiap patah yang terkeluar daripada gadis yang dianggap sudah seperti anaknya sendiri.
‘ Mak Limah, alia… apa semua ni!!!’ Keduanya berpaling dan tersentak! Tidak sangka Datuk Amran dan Datin Aminah mendengar segala-galanya. Keduanya pulang kerana terlupa untuk mengambil sesuatu yang penting. Namun tudak disangka halwa telinga mereka dihidangkan dengan sebegitu rupa.
Sedangkan alia sudah pucat wajahnya. Mak limah pula tiada sepatah bicara yang mampu keluar dari bibirnya.
Hanya satu yang terfikir di dalam kepalanya sewaktu ini. Dia ingin menghilangkan diri di hadapan insane-insan yang telah banyak menabur budi kepadanya sekarang juga.. Lantas dia berlari keluar melalui pintu dari mana dirinya datang. Adakah itu yang kali terakhir dia menjejakkan kakinya disitu?
Datuk Amran, Datin Aminah, dan Mak Limah tersentak dan terkejut yang teramat sangat apabila melihat alia melarikan diri sebegitu rupa.
Datuk Amran dan Datin Aminah pula terkejut untuk sekian kalinya apabila melihat Mak limah pula meluru keluar.
‘alia, tunggu dulu nak, dengar dulu apa yang hendak Mak Limah katakan’ Alia berpaling. Tidak sanggup untuk menidakkan hak wanita itu ke atas dirinya.
‘alia, sementara ni, alia pergola dulu tinggal di rumah anak perempuan Mak Limah. Ni alamatnya. Pantas Mak Limah mengingatkan alia kedudukan rumah anak perempuannya. Mujurlah Mak Limah pernah menunjukkan rumah anak perempuannya sewaktu mereka berdua keluar ke pasar untuk membeli keperluan villa yang telah hamper habis waktu itu.
Mak Limah kembali masuk ke dalam villa. Sedangkan Datuk Amran dan Datin Aminah masih setia menanti di situ. Apa yang harus diperkatakan kepada majikannya itu.
‘apa semuanya ini Mak Limah?’
Malam itu, Mak Limah, Datuk Amran dan Datin Aminah berbincang. Mak Limah hanya mampu mengulang kembali kata-kata alia. Tiada satupun yng tertinggal. Ketiga-tiganya termenung untuk seketika. Di sudut hati mereka… bukan ini yang dipinta.
Di sudut hati mereka…kesal menyelubungi segalanya. ‘alia berhak untuk mengetahui kisah silam im… kerana dia telah mengorbankan seluruh hidupnya untuk im. Lantaran itu, belum kukuh lagikah alas an itu? mungkinkah kita yang bersalah? Satu suara dari seorang ayah yang inginkan kebahagiaan anak dan menantunya.
‘jangan salahkan diri, datuk. Kita sendiri tidak menyangka perkara seperti ini akan terjadi. Belum pun sempat im sembuh. Agaknya apa perasaan im sekarang? Mungkinkah dia masih tidak dapat melupakan………. Itu yang terbawa-bawa sehingga ke dalam tidur. Itu yang membuatkan alia nekad untuk mengundur diri..’
‘kita akan berlaku adil dan jujur kepada im. Bang, esok, hantar orang kita untuk bawa im pulang untuk rawatan selanjutnya. Lagipun pembedaha tu dah selesai. Tak guna juga berada di sana jika hati dan nyawanya di bumi Malaysia. Bawalah dia pulang. Kita akan berterus terang dengannya… lebih baik daripada dia tahu daripada orang lain… kita akan sentiasa bersama-samanya…’
Jika suatu waktu dahulu, dia putus tuning. Kini ditinggal pula oleh si isteri. Imran kesal. Disebabkan kesalahan yang tidak sengaja dilakukan, dia kehilangan orang yang tersayang…
Sayang, maafkan saya. Saya tak tahu apa yang telah saya perkatakan selama dua malam tu. Tapi saya tahu, saya telah sakitkan hati awak. Lukakan hati awak. Tapi saya tak sengaja. Dia hanyalah bekas tuning saya. Kini tiada mengena dengan saya lagi. tidakkah awak tahu, saya hamper gila disebabkan dia. Mungkin sebab dah lama tak berjumpa… dan tiba-tiba jadi begini. Kenapa awak tak Tanya saya siapa dia? Padahal awak dah Nampak dia di lapangan terbang hari tu.
Maafkan aku sayang… kembalilah pada saya. Saya rayu pada awak. Kalau dulu saya hamper jadi gila, tapi kini saya hamper melayang nyawa dibuatnya. Apa gunanya saya dapat melihat jika awak tak dapat menemani saya seumur hidup ini… Pulanglah ke sisi saya.. saya akan maafkan awak dan yang penting sekali saya ingin pohon seribu kemaafan daripada awak kerana telah menyakiti sekeping hati itu… Sayang, saya tak ada gamabar awak, malah saya tak tahu macam mana wajah awak… tapi saya tetap terima dan sayang awak yang terhingga..
Malam itu seperti malam-malam yang sebelumnya. Tengku Imran kembali menjadi seorang yang penyepi. Cuma di dalam kamarnya sahaja. Tidak di hadapan ayahanda dan bondanya yang dikasihi. Imran cukup sedar yang ayahnya cukup kecewa dan sedih apabila melihat keadaannya yang mengalami kemurungan selepas utus tuning. Tengku Imran juga kini telah mengambil alih tempat Datuk Amran. Direnungnya bulan…juga bintang. Apakah hidupnya masih ada sinar seperti itu? Isteri yang mampu menenangkan dan mendamaikan hatinya… yang juga menambat hati dan perasaaannya. Kemanakah kau menghilang pergi sayangku…Setelah seminggu tinggal bersama anak perempuan Mak Limah, hati, jiwa dan dirinya tidak betah lagi. masakan mahu tinggal disitu selamanya? Percuma? Walaupun diketahui izan pasti tidak meminta-minta darinya. Izan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan yang agak besar sebagai penyambut tetamu, itulah katanya memandangkan tahap pendidikan yag kurang memberangsangkan. Alia ingin keluar untuk mencari kerja. Namun siapa pula yang akan menjaga rumah itu? apa pula kata izan nanti? Alia bercadang hendak berbincang tentang hal itu denga izan selepas izan pulang dari kerja. Tu pun jika dilihatnya izan tidak kelihatan terlalu letih, kadangkala izan balik lewat kerana terlepas bas. Alia sedia maklum tentang kehidupan di kota.
Alia tidak kisah jika setiap hari dia menolong untuk mengemas rumah itu. apa lagi yang mampu dilakukan jika tidak menolong izan? Malu untuk dirinya hidup goyang kaki di rumah sewa itu. benarlah izan amat baik, sebaik ibunya, Mak Limah
Penat serta kerana sudah tidak tahu untuk buat apa lagi, menuntut alia untuk melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk di beranda rumah itu. angina yang menyapa membuatkan dirinya terbuai untuk seketika, tanpa dipaksa, mahupun dipinta matanya ringan sahaja menutup sepasang kelopak mata itu. sepantas itu juga, kenangan yang lalu datang menyapa… Kenanngan…
Kenangan pada ibu saudaranya yang bertindak kejam terhadapnya, Kenangan pada bekas kekasihnya yang hanya tinggal sejarah, Kenanangan pada insane yang bernama suaminya… yang kini menjadi insane yang paliang disayanginya, paling dicintainya… Semuanya kembali bermain-main di benak fikirannya. Seolah-olah baru semalam ia terjadi. Serentak itu juga, perlahan-lahan air jernih itu kembali menitis jua… Sampai bila dia harus begini? Kesunyian yang dialaminya jiga membuatkan dia lebih terleka…
Izan hanya mengeluh. Begitulah keadaan alia. Hamper setiap petang alia akan berada di beranda itu. kadang-kadang dia masih sempat melihat air mata itu mengalir. Kadangk-kala hatinya sendiri pilu melihat keadaan alia. Apa yang membebani hati dan perasaan gadis itu? Salam yang diberi pasti akan berlalu sepi. Mungkin terjawb di dalam hati? Harapannya biarlah berita yang akan dikhabarkan akan merupakan berita gembira buat alia. Biarlah, mala mini akan diberitahu alia akan berita itu.
‘terima kasih izan…’ hanya itu yang mamu dikatakan buat sahabat yang sudah dianggap sebagai adik-beradiknya sendiri, mereka hamper sebaya.
‘tapi betul ke alia tak kisah walaupun hanya bekerja sebagai pembuat air dan kerja pembersihan di syarikat tu?
‘betul, takpe, alia tak kisah. Daripada alia tak buat apa-apa. Lagipun tu bukannya kerja yang hinakan? Buat apa alia nak malu pulak?
‘mulai esok, kita pergi kerja sama-sama ye?’ Alhamdulillah, terpancar sedikit cahaya kegembiraan dari wajah itu. itulah yang diharapkan oleh izan. Kenapa, bagaimana dan mengapa, dia ingin sangat mengetahui segalanya. Alia, hatinya putih seputih salju, namun cukup dingin dan membeku seperti salju jua apabila bercakap mengenai dirinya. Selalu mengelak. Kenapa perlu ditutup rapat pintu hati itu. perlukah bersembunyi selamanya?
Alia menunaikan solat syukur pada malam itu. tanda ucapan terima kasihnya kepada Ilahi yang tidak pernah membiarkan dia keseorangan dalam mengharungi dan menongkah arus kehidupan. Mungkinkah esok masih ada sinar bahagia untuk dirinya? Malam itu, dia tidur dalam keadaan tenang…
Berdebar hatinya… Keruan jiwanya… Apabila dia menghadap wajah lelaki itu… Datuk Sufyan…andainya ditakdirkan abahnya tidak dijemput Ilahi, pasti mereka adalah sebaya. Hamper menitis air matanya. Hati, tabahkan dirimu.
‘selamat datang alia. Tugas awak tak banyak. Tugas utama awak adalah untuk menyediakan air minuman untuk sesiapa sahaja yang duduk di kerusi ini. Selain itu, awak juga bertanggungjawab untuk menyediakan minuman setiap kali bilik mesyuarat itu digunakan. Means, setiap kali mesyuarat adala… lagi, awak kena kemas bilik ini selepas saya balik. Oh ya, saya nak segelas air teh setiap pagi ya…’
Alia hanya mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulur Datuk Sufyan. Empayar holdings, telah lama bertapak dalam industri periklanan. Sudah gah berdiri di arena ini. Namun syarikat ini tetap kosong. Itulah yang dirasakan oleh pengarah dan sekaligus pemilik Empayar holdings. Permata hati dan satu-satunya zuriat yang diharapkan tidak menjadi. Sedtik di hatinya berkata, pasti ali hamper sebaya dengan anak perempuannya yang kini berada di Amerika Syarikat. Entah apa yang dicarinya di sana. Kemewahan? Kekayaan? Semua itu bukannya suatu persoalan lagi. tidakkah anak gadisnya itu tidak Nampak apa yang diharapkan dan disandarkan kepadanya? Melihat alia, pekerja barunya itu, terbayang anak perempuannya sendiri. Terubatkah sedikit rindunya?
Namun jika dilihat, alia dan elin Dua gadis yang berbeza… Alia anak gadis yang dilihatnya bersopan-santun…ada siar ketenangan di wajahnya walaupu tidak sehebat secantik model yang ternama… Namun cukuplah nur itu… Tetapi elinnya... Hari pertama bekerja di situ, alia memanjatkan rasa syukurnya kepada Allah sekali lagi, segalanya berjalan lancer. Alia juga mendapat ramai kawan…aishah, yaya, ain dan husna. Mereka semuanya peramah dan menerima dirinya dengan seadanya.
Mungkinkah ini satu permulaan yang bahagia?
Hari ini hari kedua alia bekerja. Pagi ini dan hari-hari seterusnya, permulaan hidupnya akan ditemani oleh izan. Namun selama mana izan akan sudi menemani hidupnya? Bukankah izan juga pasti punyai kehidupan yang sendiri nanti? Pasti suatu hari nanti pudin akan menjemput izan untuk menjadi suri dalam hidupnya nanti…
Pagi itu, kali pertama alia memulakan tugas secara rasmi. Secara jujurnya,alia senang melakukan tugas ini…
Kadang-kadang sifat nakalnya yang suka termenung juga tidak terlepas ketika di pejabat. Namun bagi izan ianya bukanlah sesuatu yang luar biasa lagi.
Sebentar tadi alia telah membuat da menghantar secawan teh yang panas kepada semua staf. Untuk pengarah seperti yang diarahkan jua.
Ini kali pertama alia memasuki bilik ini. Dua belah dari bilik pengarah. Tertera di situ CEO of Empayar. Sebelahnya pula, bilik kosong, sebuah bilik yang cantik terhias. Bilik ini adalah antara bilik Tuan Pengarah dan bilik CEO. Siapakah gerangan empunya bilik ini. Seseorang yang istimewakah? Pastinyakan?
Bilik CEO itu berdindingkn biru lembut, warna kegemaranya. Sungguh damai dan tenang suasana bilik itu. Alia sukakan keadaan bilik itu. Tidak bersepah. Di atas meja tertulis MOHD EDDIE DANIEL.
Sedap nama itu. Bagaimana pula tuannya? Apapun, pasti Tuan Mudanya mengatasi segala-galanya. Pasti tiada sesiapapun mampu menandingi lelaki yang bergelar suaminya itu.
Diletak cawan yang masih beraroma itu di atas meja. Perlahan-lahan. Biarlah, suatu hari nanti pasti dia sendiri akan bertentang empat mata dengan tuan punya bilik itu. Besar harapannya, namun belum menandingi besar lagi harapanya untuk bertemu dengan insane yang bergelar suaminya… biarpun dari kejauhan. Cukuplah untuk seketika… Cukuplah untuk mengetahui suaminya bahagia…setelah melalui beberapa jam penerbangan, akhirnya dia sampai jua di tanah air. tidak disangka setelah 4 bulan, akhirnya dia kembali jua ke tanah kelahiran ini.
dia melewati lagi tempat duduk itu. hampir setengah jam dia duduk dibelakang tempat duduk itu. pertemuannya yang terakhir dengan bekas tunanngannya seolah-oleh baru semalam. apa khabar dia kini? adakah pembedahan itu berjaya?
4 bulan yang lalu, pemergiannya dari bumi Malaysia, dengan alasan ingin mencari pengalaman dan mengisi kekosongan. itulah yang dikatakan kepada papa. bukanlah kemewahanatau kesenangan yang ingin dicari seperti ditebak oleh papa. dia mengakui kebenaran kata-kata papanya. hanya menunggu kata putus daripadanya. maka syarikat itu akan berada di bawah pimpinannnya. ternyata Empayar holdings*** mampu memberikan lebih daripada apa yang dia inginkan.
namun setelah sekian lamanya berada di perantauan orang, apa yang dicari tidak ketemu jua. lantaran itu dia mengambil keputusan untuk pulang ke bumi bertuah ini dan memberi khanbar gembira kepada papanya. dia telah bersedia untuk menerajui Empayar holdings***. apakah papa akan gembira dengan perkhabaran itu?
sebelum melangkah pergi, dia menyentuh lembut tempat duduk itu... perlahan langkah diatur keluar dari airport... kainnya yang terbelah dibelakang turut terbuai dengan mainan angin... apakah keputusannya untuk kembali adalah keputusan yang paling tepat pernah dibuat dalam seumur hidupnya?
_______________________________________________________________Sungguh dia gembira menerima perkhabaran itu. anak tunggalnya telah kembali dengan satu keputusan yang paling tepat yang pernah dibuat dalam hidupnya. Sebagai hadiah untuk puteri sayang… Kondominium itu tempat percutian mereka menjadi milik elin… Kelak, jika terjadi sesuatu terhadap Empayar holdings*** elin boleh bergantung pada kondominium itu. Bilik di antara biliknya dan bilik Daniel, memang telah lama kosong. Memang bilik itu dihias khas untuk elin. Baginya, kesilapan yang paling besar yang pernah dilakukan oleh elin ialah memutuskan pertunangan dengan anak sahabat baiknya, Datuk Amran. Bukannya dia tidak tahu, Tengku Imran menyayangi anaknya dengan setulus ikhlas hati. Wang? Harta? Pangkat? Bukan merupakan satu persoalan mahupun pertikaian. Mereka berdua adalah sahabat baik dari kecil hinggalah ke tua. Mereka sama-sama berpangkat, ternama dan berharta. Dia juga tahu, bagaimana menderitanya imran, natijah daripada perbuatan anaknya. Ikhlas hatinya mengatakan bahawa dia berasa amat malu, bersalah dan yang paling terkilan kerana tidak dapat bermenantukan seorang jejaka yang berbudi pekerti seperti imran. Atau anaknya yang tidak tahu membezakan antara kaca dan permata? Mungkinkah tidak sempat merasai kasih sayang daripada seorang ibu menyebabkan dia tidak mampu untuk menghargai lelaki itu? dia tahu ramai lelaki yang hadir dalam hidup anaknya, namun dia tetap merasakan imran adalah yang terbaik. Kali yang terakhir diketahuinya daripada amran, imran telah berkahwin dengan seorang gadis I pejabat tuk kadi sebelum berlepas ke Zurich untuk menjalani pembedahan mata. Doanya, moga-moga elin akan berubah pada suatu hari nanti.
Pagi itu alia dan izan terlambat bangun. Semalam kedua-duanya berborak-borak tentang banyak perkara. Namun, bagi izan semuanya masih kabur. Alia masih lagi ingin berahsia. Apa maknanya? Terasa lif yang ditunggu begitu lambat. Dan sewaktu mereka menapak keluar dari lif…
“aduh…”
Izan dan alia berpaling.
“maaf puan…”
“maaf cik…”
Keduanya hamper serentak. Hamper tercekik melihat jelingan yang dihadiahkan oleh si gadis. Si gadis itu berlalu begitu sahaja.
Alia memandang kea rah izan. Dengan penuh tanda Tanya. Hamper pitam wajahnya sewaktu bebola matanya menyapu seluruh wajah itu. seperti dunianya sudah sampai ke penghujungnya.
“kalau alia nak tahu, itulah anak tunggal bos kita, Tengku Nur Elin binti…. Habislah. Huru-hara balik syarikat dibuatnya.”
Rawan di hatinya siapa yang tahu. Bukankah itu gerangannya si gadis yang bercakap denga suaminya di airport dulu? Aduh… berapa lamakah hati dan jiwa raganya tidak menyebut kalimah suami itu? sesaat itu, rindu kembali menggamit rasa kalbu. Apakah nasib hidupnya kini? Apakah hubungan gadis itu dengan Tengku Imran? Bermadukah dia?
“single and avalu…”
Seolah-olah tahu apa yang berman di fikiran sahabatnya itu, izan menyambung kata. Dan sesaat mendengar butir bicara izan, alia terasa seolah dunianya begitu kelam. Mampukah untuk dia bertahan.
Akhirnya mereka berdua melangkah masuk ke ruang pejabat dan terus melakukan kerja masing-masing yang mana dalam fikiran mereka berdua memeikirkan pelbagai perkara yang berbeza. Namun begitu masing-masing mampu berharap pada perkara yang sama. Semoga hari esok masih ada sinar buat mereka.
Itu pertemuannya yang pertama setelah mata pulihnya dengan bekas tunanngnya, elin. Sengaja dia datang lebih awal setengah jam. Sengaja dia hendak mengambil masa. Bukannya senang untuk dia berjumpa dengan elin. Kalau bukan disebabkan urusan perniagaan, mati hhidup pertemuan tidak diatur. Hatinya masih terluka. Namun seketika, dia tersenyum. Seolah kesakitan yang ditanggung selama ini hilang begitu sahaja. Alia_kartina, sebaris nama, pemilik kepada seorang gadis yang telah bergelar kepada isterinya. Penguat dan pengubat jiwa dan raganya kini. Dia yakin sayangnya akan kembali.
Seketika matanya sempat menangkap lenggok seorang wanita yang bergayakan eksekutif… Itulah elin…
“hi im…”
“hi…jemput duduk” imran masih lagi bernada formal. Tidak tahu untuk mengembalikan lenggok bahasanya. Mungkinkah situasi ini akan berpanjangan? Siapa tahu? Tapi sungguh dia tidak selesa dengan suasana ini
“ apa khabar im? You Nampak sihat sekarang. Baguslah kalau pembedahan itu Berjaya. I tumpang gembira. You Nampak lebih gembira sekarang.”
“alhamdulillah… betul kata you. I lebih gembira sekarang . mungkinkah ini hikmahnya perkahwinan I. isteri I pilihan I sendiri. Yang pasti I gembira dengan pilihan I sendiri. So, shall we continue our discussion?” Pertemuan pertama itu hanya berlangsung selama 1 jam. Masing-masing masih lagi di peringkat perbincangan. Tiada kata persetujuan yang dicapai. Masing-masing berpisah dan membawa haluan masing-masing.
Begitulah pertemuan yang pertama berakhir…
Hatinya menyumpah-nyumpah. Kenapa jadi begini? Adakah imran langsung tidak mengingati saat-saat mereka berdua dulu? Tiadakah kenangan yang manis di antara mereka yang diingat olehnya? Discussion pasal business itu memang membosankan.
pantas dia menekan butang interkom...kenapa lambat sangat nie hah! Banyak sangat ke kerja awak ha? Buatkan aku sirappp…yang sejuk! Letak banyak-banyak ais tu! Hati aku tengah panas menggelegak ni! Ni semuanya pasal laki tu! Cepat la! Yang kau duk tercegat lagi tu buat apa?
“ baik cik… saya pergi dulu”
Begitulah sikap elin terhadap pekerjanya. Langsung tak tahu nak bercakap lemah lembut. Lebih-lebih lagi alia. Satu pejabat perasan, yang alia sentiasa kena tengking lebih teruk daripada orang lain. Yang menghairankan mereka semua, entah apa silap yang telah alia lakukan. Ataupun elin cemburukan pembuat airnya yang punyai ramai peminat tu?
Siapa yang tak cemburu pada si alia, gadis yang tahu menjaga nama baik diri sendiri, apatah lagi menjaga mahkotanya, mahupun sentiasa bersikap lemah lembut. Kumbang mana yang tidak tertawan? Jangan cuba hendak dibandingkan rama-rama dengan lebah.
Perlahan alia mengatur langkah. Air yang dipesan oleh cik elin mesti dibuat cepat.kalau tidak ada aje habuan yang akan diterima. Selagi dirinya mampu bertahan, dia akan bertahan. Mengenangkan yang dia kesempitan wang… untuk membayar sewa rumah, dan simpanannya sendiri sahaja dia ada RM 245. macam mana dia nak hidup di kota raya dengan duit sebanyak tu?
Sejak pulangnya dari zurich, imran tidak membenarkan seorang pekerja pun memasuki kamarnya. Bimbang haruman lili itu akan pudar. Walapun itu adalah satu hakikat yang tak boleh dinafikan? Puas di cari, di kedai minyak wangi, shopping complex hatta setiapkali dia berkursus di luar negara pun… namun, tidak dijumpai.
Hari ini, dia akan menyambung perbincngannya dengan elin. Projek hari itu telah dicapai kata sepakatnya. Tapi kali ini Datuk Sufyan memintanya memberi tunjuk ajar dan sama-sama terlibat dan memberi pandangan dalam projek elin tu. Kiranya dia menjadi tutor? Tersenyum keseorangan. Perkataan tutor, sama seperti mentor-mentee, terasa seperti di alam persekolahan pula.
Ini kali pertama Tengku Imran menjejakkan kaki di syarikat itu. setelah memperkenalkan diri kepada penyambut tetamu, Tengku Imran memulakan langkah.
Elin sangat gembira apabila tetamu yang ditunggu sejak dari tadi telah tiba.. dilihat dirinya dalam cermin untuk seketika. Dah seksi pun. Namun cukupkah untuk meraih sedikit perhatian daripada bekas kekasihnya itu?
Pintu diketuk. Dan dia mengerti akan siapa yang menanti.
“masuk!” Imran hanya tenang melangkah masuk. Ini adalah kali pertama… dan harapannya jua ianya adalah yang terakhir. Namun imran tahu bahawa ianya adalah sesuatu yang mustahil.
“ jemput duduk im…terima kasih kerana sudi datang. I tahu, kalau tak kerana father I , you tak kan datang im?”
Imran tersentak. Apakah alia cuba membuka kisah lalu mereka? Cukuplah!
“ you pun tahu, kalau tak kerana Datuk Sufyan… Hmmm… I dah anggap Datuk Sufyan tu macam father I sendiri. Tak sanggup nakmenolak permintaannya. Apa I nak jawab dekat father I balik nanti?
“ I dah agak im! Anyway, apa-apapun, sebelum kita teruskan perbincangan ini, apa kata kita pesan air dulu, soft drink?
“ina, sediakan 2 airteh…hmmm sejuklah ye” ________________________________________________________________________ Alia segera berhenti daripada mengelap tingkap. Pantas tangannya dibasuh. Apabila intercom yang di atas meja, yang terletak jauh di suatu sudut itu berbunyi, mengertilah ia… khidmatnya diperlukan segera.
Air yang dibuat dirasa terlebih dahulu. Dia sendiri tak faham. Dah terasa sejuk dalam aircond pun masih nak air sejuk juga? Gaya orang korporat agaknya… Siapakah tetamu bosnya itu? bukannya dia tidak terdengar aishah, ain dan ramai lagi teman sekerjanya memuji-muji, kekacakan tetamu bosnya itu. Seketika wajah yang satu itulah yang bertamu di ruang matanya. Apakah ia standing dengan suaminya. Sesaat itu juga, alia teringat, sewaktu Tengku Imran masih belum mampu untuk berjalan, apa sahaja hasil daripada air tangannya pasti dipuji. Terutamnya jika minuman yang bersusu. Sedap katanya. Kena sekali dengan selera anak tekaknya…
Perlahan-lahan langkah diatur. Pintu itu diketuk. Lafaz yang Maha Esa bermain di bibir dan dihatinya. Moga bosnya tidak marah-marah dan moodnya elok, dan harap-harap dia tidak melakukan kesalahan jua… Setelah mendengar arahan masuk.
Pintu dibuka. Langkah di atur. Nafas ditarik.
“airnya cik elin… ” Segelas teh sejuk diletakkan di atas meja, berhampiran dengan cik elin. Dan segelas lagi untuk tetamu cik elin. Tapi…
Elin berang melihat kecuaian alia. Gelas yang jatuh disepaknya ke arah alia, ditolaknya alia sewaktu alia cuba menghampiri imran untuk mengelap air yang tumpah… Malunya dia kerana jatuh terduduk dengan kainnya yang basah… Dan yang paling malunya… DIHADAPAN SUAMINYA sendiri!!!!! YA ALLAH!!!Alia bingkas keluar dari bilik itu. malunya tidak terkira. Saat yang tidak ingin dihadapinya dan paling ditakutinya telah tiba. Suaminya telah berada di hadapannya. Dia menangis semahu-mahunya di dalam tandas. Malu. Sungguh dia malu. ________________________________________________________________________ “sorry im, pekerja I yang satu tu memang macam tu. Selalu cuai! ”
“takpe, tak banyak pun. I balik dulu la. Kita tangguhkan dulu perbincangan kita kali ni ye? I nak balik dulu. Malu la macam ni. You cakap dengan dia elok-elok macam mana nak layan tetamu lain kali. Jangan malukan you pulak!”
“ok…ok.. sorry for this time. Ok, we will continue our discussion later.”
Imran merengus geram. Bukannya dia tidak perasan ada mata-mata yang memandangnya sinis. Aduh, malunya… Sempat dijeling pada si gadis yang menyebabkan bajunya kotor. Baju kesayangannya. Baju tu, isterinya pilihkan untuknya sewaktu mereka bersiar-siar di zurich. Mana dia tidak sayang? Dahla tidak sempat untuk menikmati kehidupan yang sebenar dengan isterinya…
Pantas dia mengatur langkah dari syarikat itu. dengan rasa 1001 rasa yang berbekam di hati.
Alia malu dan resah. Ini baru kali pertama. Macam mana ni? Pasti Tengku Imran akan datang lagi. pasti, kerana urusan mereka tergendala hari tu…
Malam itu alia masak lauk kegemaran izan. Ayam merah! Setelah selesai makan dan berborak seketika dengan izan, alia masuk kebiliknya. Perlahan dibuka laci meja solek dibuka. Ditatapnya sekeping gambar itu. gambar tu dicurinya dari album Tengku Imran. Mohonnya dihalalkan hasil ‘pencuriannya’ yang satu itu….
“alia, masuk bilik aku sekejap!”
“ lain kali kau jangan nak cuba malukan aku depan tetamu aku! Kenapa kau tumpahkan air tadi ha? Kau terkejut tengok dia tu handsome ye? Jangan kau mimpi nak goda dia lak! Jangan pernah terlintas di benak fikiran kau tu pun! Kau tahu siapa aku? Aku insane yang paling dicintainya. Dia hamper gila dan di beri rawatan psikologi kerana kemurungan! Disebabkan aku. Malangnya, selepas sekian lamanya, dia berkahwin dengan seorang gadis yang tak pernah dilihat wajahnya, yang kolot! Huh, berani betul imran tanggung risiko.”
Tanpa sempat alia meluahkan sepatah kata. Laju kata-kata itu dilontarkan dari mulut elin, lajunya seperti peluru berpandu…
________________________________________________________________ Untuk makan malam hari itu, alia memasak lauk kegemaran izan iaitu ayam merah. Selepas menyelesaikan segala urusan di dapur, mereka duduk bersantai di hadapn t. sambil berborak seketika. Berkongsi cerita, rasa dan pengalaman masing-masing untuk hari tu…\
Lantaran itu… mana ada rahsia di antara mereka? Setelah itu… mereka masuk ke bilik masing-masing untuk merehatkan diri, bersedia untuk menghadapi hari esok yang mungkin hadir 1001 halangan…
Lamunannya pecah dengan sendiri apabila mendengar ringtone nokia, menandakan message masuk.
“sudahlatu…jangan asyik duk termenung jer… macamla kita tak tau dia tu. nama je masuk bilik awal, tapi tidurnya…”
Alia tersenyum keseorangan. Macam mana izan tahu dia duduk termenung…. Izan ada kuasa psyikikkah?he..he..
Malam itu, sebelum melelapkan diri… alia menunaikan solat sunat hajat… memohon pada Ilahi, agar perjalann hidupnya tidak terlalu diuji, bukan tidak percaya dengan diri sendiri…namun ianya 1 hakikat… alia takut dia tidak dapat melalui segala rintangan dan onak duri dan ranjau hidup di dunia ini. Siapa tahu…
“ ya Allah ya Tuhanku…ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu-bapaku, dosa-dosa saudaraku, sahabatku, guru-gurku dan juga seluruh umat Islam… Tunjukkanlah kami jalan yang benar… semoga kami dimasukkan ke syurga dan bukannya ke neraka… Ya Allah ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu bapaku, kasihilah mereka, sayangilah, berkatilah mereka melebihi Engkau mengasihi, menyayangi dan memberkati diriku… Ya Allah aku mengucapkan syukur dan terima kasih kepadaMu ya Allah … atas segala nikmat yang kurniakan… atas segala pemberianMu…jua atas segala pinjamanMu ya Allah… Ya Allah ya Tuhanku… lindungilah aku daripada fitnah dunia dan juga akhirat… kurniakanlah aku kesihatn yang baik.. Perelokkanlah hatiku, wajahku, sifatku, kata-kataku dan tubuhku…
Ya Rasulullah duhai Kekasih Allah… salam dan selawat ke atas mu jua. Berbahagialah Khadijah bersuamikan dirimu ya Nabi Allah… bergembiralah Fatimah berayahkan dirimu Ya Rasulullah… Dan aku…cemburukan itu semua… Namun aku juga tetap berbangga… bukankah aku, sebagai umatmu… sebagai umat yang paling dikasihi olehNya di padangmasyar kelak?
Selawat ke atasmu wahai Kekasih Allah… Amin..
Moodnya sudah rosak. Sekembali ke villa, dia bertembung dengan Mak Limah, wanita yang setia berada di sisinya… dari kecil hingga kini… Wanita yang setia merawat dan menjaganya… Pertanyaan Mak Limah mengenai bajunya… dibiarkan sepi dibawa angina yang lalu. Pantas kakinya diatur ke kamar… baju dibuang dicampakkan di tepi katil… Imran sudah tidak ada mood untuk menyambug kerjanya di pejabat. Pantas telefon di capai… dihubunginya setiausaha yang baru bekerja dengannya selama 3 bulan. Mengenai ketidakhadirannya selepas ini. Sally, wanita yang sentiasa bergaya, menjaga penampilannya dan kelihatan seksi…mampu menjalankan kerjanya dengan baik. Sebab itulah imran sendiri tidak pernah menghiraukan personality setiausahanya itu. bahkan kadang-kadang ianya 1 kelebihan untuk syarikat.
Di baringnya di atas katil. Fikirannya menerawang ke sekitar peristiwa tadi. Seketika kasihannya timbul di sudut hatinya… sempat dia melihat elin menolak perempuan tu dengan keras tatkala perempuan iitu ingi menghampirinya untuk mengelap bajunya dan memohon maaf barangkali…
Entahla dia penat. Penat dengan keadaan dirinya sendiri, dengan memikirkan motif datuk sufyan dan datuk amran dalam kerjasama mereka kali ini… dan yang paling memeningkannya…dimana isterinya menghilang, kemana isterinya membawa diri? Kenapa isterinya tidak tunggu untuk mendengar penjelasannya? Semenjak dia sedar, semenjak isterinya membawa rjuk di hati… dia mula membenci pertemuannya yang pertama setelah sekian lamanya dengan elin. Jika tidak semua ini tidak akan berlaku.
Penat. Sungguh dia penat dengan ini semua. Lantas, matanya perlahan dipejam tanpa dipinta. Lenanya juga turut bertamu. Dan dia mula tenggelam dengan dunianya sendiri..
Terasa seolah-olah isterinya berada bersama-samanya. Lebih dekat dengannya… dan di dalam hati pula… sudah lama sebaris nama itu dekat dan lekat di hatinya. Sungguh, dia tidak menipu…
Imran terjaga dari tidurnya.. terkejut apabila dilihatnya jam sudah menunjukkan pukul 5. hamper 4 jam dia tertidur. Sudah lama dia tidak tidur lama sebegitu dan tidurnya sungguh lena. Seketika imran melihat baju kemeja di dalam pelukannya. Kehairanan menyelebungi dirinya. Seingatnya bajunya diletakkan di hujung katilnya. Bila masa pula dia mendakap baju tu? Seketika lagi dia mencium baju yang hamper dipakai sehariannya itu. pantas dia bangkit dari pembarigannya. Haruman lili itu!!!!!! seolah masih segar lagi. dia sudah duduk tegak kini…
Imran mula merenung balik perjalanan kehidupannya kini. Ke mana dia pergi hari ni? Kenapa dia tidak mampu mengecam bau sedari waktu itu? Mungkinkah sewaktu dia singgah makan di restoran tu? Adakah sayangnya bekerja di situ? Atau sayangnya itu bekerja di pejabatnya sendiri? Mungkinkah isterinya itu cik faizah? Sebab dia ada lunch bussines dengannya? Tapi namapun dah lain. He..he..teruk betul dia… Dari mana datangnya bau tu!!!!!!!! Arggggggghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!
Terlalu lama tidur, memikirkan yang bukan-bukan dan dengan accidentnya hari ni… Membuatkan perutnya terasa sangat lapar… Pantas diaturkan langkahnya ke bawah, mencari Mak Limah yang kini mengambil alih balik tugas makan minumnya…kesihatan dan pakaiannnya…
Oh.. isteriku di manakah dirimu.. Jangan biakan aku mati dalam kelemasan dalam merenanngi lautan kernduan padamu.. Tolonglah hambamu ini Ya Allah…
‘baru terasa lapar ke im? Mak Limah tengok kamu tidur tadi. Nampak macam penat sangat. Banyak sangat ke kerja hari ni? Muka tu kenapa Nampak macam semacam sahaja?”
“ banyaknya Mak Limah Tanya…he..he.. macam mana im nak jawab ni?”
Imran suka dapat menyakat his sweety Mak Limah.. “kamu ni tak usik Mak Limah untuk sehari xleh ke…Mak Limah Tanya betul2 ni….”
“im gurau aje Mak Limah… tak kan itu pu tak leh…he..he.. hari nak takla banyak sangat kerja…Cuma penat dengan …penat sangat dengan kereta-kereta atas jalan raya tu… banyak sangat.. macam-macam yang ada… terperangkap dalam jammmm memang teruk…pulak tu sampai-sampai je..accident lak..begitulah nak dijadikan cerita…Mak Limah” imran masih lagi ingin megusik his sweeety Mak Limah…
“ hari ni Mak Limah masak bubur ayam…kamu nak ke?” “mestila..lapar ni”
Imran pantas mengambil tempat di hujung sekali.. Mak Limah mengambil tempat di sebelah imran. Begitulah kehidupa Tengku Imran.. Mak Limahnya sentiasa disisi..
“sedap im?”
“sedap…nak lagi..”
“ tapi tak sesedap macam alia masakkan?”
Imran tersentak. Pantas sudu di tangan perlahan-lahan dilepaskan. Tatkala itu Mak Limah sedar bahawa dia telah tersalah cakap. Mak Limah tahu… imran masih tidak mampu melupakan seorang gadis yang pada dasarnya hanya diketahui dengan sebaris nama… Tidak mampu mengusir bayang seorang gadis yang tidak pernah dilihatnya… Tidak mampu menahan perasaan rindu pada yang dikasihi…
Dan yang paling penting….
Tengku Imran masih belum mampu untuk menghalau perasaan cinta yang telah terbenam kukuh di sudut hatinya…terhadap seorang gadis yang bergelar isterinya.. yang sentiasa membawa nama baiknya..
“Mak Limah minta maaf im…” “Mak Limah tak sengaja..”
Alia teringat bahawa stok ‘pewanginya’ hamper habis. Apatah lagi kini dia bekerja. Alia meminta diri daripada Mak Limah sekejap dan menerangkan tujuannya. Mak limah hanya membenarkan alia pergi. Biarlah. Elok juga jika alia berjalan sorang-sorang, supaya dapat membiasakn diri. Mak Limah berfikir sampai bila dia ada dan mampu untuk melindungi dan menjaga alia. Apalah yang ada pada kudrat tuanya.
Sudah hamper sejam berlalu. Imran sendiri pun tak pasti. Apa yang hendak dibelinya? Tapi yang pasti dia benar-benar inginkan dan selesa berjalan seorang. Imran tidak mahu mana-mana wanita menemaninya pada saat dan ketika waktu ini…. Dia mengambil keputusan untuk duduk dibangku kayu yang ada di situ…
Matanya diliarkan kea rah sekitar… dilihatnya seorang kanak-kanak membawa satu berkas belon. Tiba-tiba budak itu jatuh. Apalagi…meraung budak tu. Belon di tangannya terlepas…
Alia cemas. Kanak-kanak itu jatuh di hadapannya. Tidak jauh darinya. Pantas alia berlari kea rah kanak-kanak itu. belonnya yang mula berterbangan dicapai. Mujurlah ianya diikat. Mujur belon itu tidak terbang tinggi lagi. dan kanak-kanak itu masih kecil lagi. ditangkapnya belon itu.
Alia berlutut. Kenapa kanak-kanak sekecil itu dibiarkan keseorangan? Aduhnya, cmelnya… anak itu. Harapannya yang tulus ikhlas… alia inginkan anaknya secomel itu . Anak…sebagai tanda kasih dan cintanya pada seorang lelaki bergelar suami. Sebagai zuriat keturunannya… sebagi bekalan untuk mendoakannnya di alam barzakh nanti…
Tiba-tiba kanak-kanak itu berhenti menangis. Kepalanya didongakkan. Pantas dia bangun dan memeluk perempuan dihadapannya. Walaupun tidak dikenali. Dia mengongoi dalam pelukan perempuan itu. Dia gembira… sakit yang dialami tidak dihiraukn… Pantas alia menyerahkan belon ditangannya…kanak-kanak itu tersenyum.
….Tengku Imran bin Datuk Amran tergamam melihat suasana itu dan apa yang membuatkan dia terkejut itu bukannya kanak-kanak itu, tapi PEREMPUAN ITU!!!!!!!!!!
Imran masih lagi kaget. Apakah itu perempuan yang sama? Perempuan yang menumpahkan air pada baju kemejanya?
Apabila perempuan itu mula membuka langkah, imran cemas…kaget… hendak ditahan, tapi apakah haknya…
Imran juga mula mengangkat kaki. Tak tahu kenapa… tapi tidak mahu gadis itu hilang dari pandangannya… pantas dia juga mula membuka langkah seribu.
Huh… tidak pernah seumur hidup Tngku Imran bin Tengku Amran mengekori seseorang gadis sebegini rupa…imran sendiri tidak menyedari tindakannya itu. biarpun apa yang terjadi biarlah gadis itu hilang dari pandangannya bukan disebabkan dirinya… biarlah gadis itu hilang kerana hilang di sebalik orang ramai bukannya hilang kerana dirinya yang tidak mengambil tindakan… tapi hari ini, dia mengaku , dia tewas!!!
Belum sempat dia mengekori gadis itu memasuki sebuah kedai kain, imran terlihat kalibat Mak Limah bersama anak perempuannya. Pantas Imran bersembunyi. Tidak mahu dilihat oleh Mak Limah. Mak Limah orang yang membesarkannya… pasti tahu setiap apa yang tersembunyi di hatinya… Pantas imran terpaksa melepaskan gadis itu hilang dari pandangan matanya… Imran menyorok di sebuah kedai yang berhampiran…. Apa yang tahu… dia masih dapat berjumpa gadis itudi pejabat elin esok hari!...
Imran termenung di sebalik jendela kamarnya itu. bulan dan bintang menjadi temannya yang akrab kini. Kadang-kadang imran bercakap-cakap dengan bintang dan bulan. Huh..lama-lama dia boleh jadi gila begini…
Pantas benak fikirannya kembali melayari peristiwa petang tadi. Benarkah apa yang dilihatnya sebentar tadi… perempuan itu dan Mak Limah pulang bersama-sama ke rumah anak perempuan Mak Limah. Apa hubungan mereka selama ini? Setahunya Mak Limah hanya mempunyai seorang anak perempuan. Mereka hanya berdua di dunia ini. Jadi apa hubungan mereka bertiga? Ingin ditanya pada Mak Limah dia segan… Nanti apa pula kata Mak Limah…
Argggghhhhhhhh!!!!!!! Kacau betul. Kenapa dia fikirkan gadis itu sekarang?
Imran pasti elin akan terkejut jika dia muncul secara tiba-tiba. Dia tidak mahu elin mengesyaki dirinya pula.
Punggungnya dah berasap duduk didalam kereta. Walaupun pendingin hawa dibuka pada tahap yang paling maksimum, namun masih belum mampu menghilangkan rasa panas dan resah di hatinya…
Mana perempuan tu…? Tak kan tak pergi rehat kut? Dah pukul berapa ni ? 1.20 tengah hari ni!!!! Ishhh geramnya dia. Tidak! Dia sudah hilang kesabarannya kini…
Ditekannya burang lif… Wah ramainya orang. Dia menyelitkan diri di celah-celahnya.. hingga ke belakang. Imran suka menyandar pada dinding..
Tatkala dia hendak mendongak ke atas… Sekeping wajah itu berada di matanya… sedang kelesuan dan menyandar pada di dinding. Terhimpit di celahan orang. Pantas imran meloloskan diri menuju kea rah gadis itu. matanya terpejam rapat…
Ishhh budak ni memang kena agknya! Kenapa ditutupnya mata tu… Buat orng tergoda aje. Kalau ye pun penat sangat nak tidur pergola tidur dekat bilik rehat ke…surau ke.. namun semuanya itu hanya terlontardii sudut hatinya…
terdetik belas di hatinya melihat keletihan yang terpamer di sekeping wajah itu… pantas imran mendekatkan diri, berdiri betul-betul di hadapan gadis itu… gadis yang sedang tertutup matanya!!!
Sewaktu dia mendekatkan lagi tubuhnya… imran tersentak! Dia betul-betul terasa terganggu dengan bau tu…!!! Sungguh di a tidak tipu.!!!!!!!
Dia kembali menjarakkan diri. Bau yang sama… Dia berfikir.. benarkah apa yang dirasa kini…. Atau hanya khayalan Cuma?
Perlahan-lahan imran kembali memboloskan dirinya dari lif itu sebaik sahaja lif itu berhenti. Dia ke mari hanya ingin melihat sekeping wajah yang telah mula menganggu benak fikirannya sejak semalam. Tapi kini? Apa yang dia jumpa? Mungkinkah ini hanya kebetulan… biasala kalau pakai perfium sama? Biasa? Sudah jenuh dia mencari di pusat membeli belah namun tiada satu yang dijumpai sama. Bukannya imran tidak tahu pelbagai jenis perfium.. malahan dia tahu hamper kesemua jenis perfim yang dipakai oleh teman-teman wanitanya… huh!
Hari ini imran mengambil cuti lagi. termasuk hari ini… sudah dua hari. Imran hanya bersarang di kamarnya. Pada siapa harus dia temui untuk meleraikan segala persoalan di hati ini? Mak Limah? Dia benci dengan keadaannya kini! Kenapalah isterinya itu sangat sensitif… Sayang maafkan saya…
Esok pasti gadis itu akan ditemui lagi untuk mencari jawapn kepada segala persoalan yang bersarang di benak fikirannya ini…
Ini kali kedua dia menunggu gadis itu di dalam keretanya…hingga berasap panas punggungnya. Kenapala dia ni selalu aje turun lambat… sengaja nak buat dia marah… Baru imran hendak melangkah keluar, matanya menangkap kelibat gadis yang ditunggu Sekian lamanya… Lamanya…baru nak turun. Hatinya berbisik lagi…keretanya dikunci. Imran senang mengekori gadis itu dengan berjalan kaki, memandangkan gadis itu juga berjalan kaki… Ke mana ye gadis ini biasa pergi pada waktu rehat? Apakah dia isteriku?
Alia terasa perutnya sangat sakit. Gastriknya datang kembalikah? Dia ingin ke gerai Kak Nora. Alia suka makan mee teow goring hasil tangan Kak Nora. Tapi perutnya kini… aduh….!!! alia mula berjalan kea rah dinding bangunan yang berada di tepi-tepinya. Alia mula berjalan dengan berpaut pada dinding itu. kenapalah hari ni lak sakit perut ni datang? Inilah padahnya kalau tak menjaga kesihatan perut. Pandangannya mula menjadi kelam. Entah mengapa dunianya mula menjadi kabur.
“ishhh, kenapa pula dengan perempuan ni?”
Belum sempat tubuh perempuan itu menyembah bumi, pantas imran menyambarnya terlebih dahulu. Imran mula cemas. Apa yang harus dia lakukan. Macam mana ni?
Imran segera mengangkat gadis itu ke dalam keretanya. Mujurlah gadis itu tidaklah berat sangat. Keretanya dipandu menuju kea rah banglo persendiriannya di mana tempatnya menghabiskn waktu tatkala ingin bersendirian dan dalam keadaan resah. Banglo itu juga adalah pemberian Datuk Amran sewaktu dia baru sahaja menamatkan pengajiannya di luar negara.
Dibawanya gadis itu memasuki kamar utama. Pada siapa dia harus meminta tolong? Jarak yang memisahkan mereka sudah cukup untuk membuatkan imran terganggu. Bau yang sama tapi macam mana hendak dipastikan supaya gadis ini adalah isterinya? Bagaimana jika dia tersilap orang…
Perlahan-lahan imran menepuk pipi gadis itu… ‘awak, awak, bangunla…’ ‘awak, janganla macam ni. Janganla takutkan saya…bangunla.’ Kenapa dia tidak bangun lagi ni? Imran cemas. Pantas dicapainya telifon…
‘jangan bimbang imran, pesakit ni Cuma pengsan. Mak lang dah bagi satu suntikan dekat dia. Mak lang rasa dia ada peyakit gastrik. Jangan bagi dia rehat dan makan lewat sangat. Im sangat bimbangkan dia ye? Padanla, diakan yang jaga im waktu im sakit dulu… Mak lang sendiri tengok betapa dia sangat menjaga im dengan penuh keikhlasan… sampai satu masa, sewaktu Mak lang datang nak berikan rawatan selanjutnya…dia dah tertidur berlapikkan lengan im. Penat sangat agaknya…’
‘berapa lama dia akan tidur Mak lang?’ ‘Mak lang dah bagi satu suntikan dekat dia. Mungkin dekat 8 jam lagi baru dia terjaga. Sengaja Mak lang bagi suntikan itu, supaya dia dapat berehat lebih lama. Kenapa? Im nak dera dia lagi ke? He..he.. takdala Mak lang gurau aje. Mak lang ingatkan sapala yang sakit, sampai im cemas macam ni…’
Imran duduk di tepi katil. Tangannya mengusap perlahan wajah yang kelihatan pucat itu. benarkah apa yang baru didengar oleh Mak langnya? Tengku Zarifah merupakan adik angkat ibunya. Maknanya ibu saudara angkatnya. Masakan ibu saudaranya ingin membohongi darah dagingnya sendiri?
Terima kasih sayang kerana awak telah menjaga saya selama ini. Direnungnya setiap inci wajah itu. inikah gadis yang telah dinikahi sekian lamanya. Inikah gadis yang mendukung gelaran isteri kepadanya. Inikah dia gadis yang telah berjanji untuk sehidup dan semati dengannya? Inikah dia gadis yang dikahwini dengan naluri hatinya.
Yang penting. Inikah gadisnya yang telah membawa rajuk di hatinya kerananya? Inikah gadisnya yang pergi sebelum sempat dia memberi penjelasan?
Dan yang paling dia benci selama ini… adakah ini gadisnya yang membuatkan dia DERITA selama ini?
Perlahan dikucupnya bibir itu. kali pertama dia menyentuh isterinya sebegitu rupa. Itupun sebab dia tertidur lena. Masih ada lebih kurang empat jam lagi untuk alia tersedar.
Tapi mengapa elin panggil dia ina? Ya…alia kartina, itulah nama isterinya. Itulah nama yang disebut sewaktu menggoncang tangan tuk kadi suatu masa dahulu. Jika elin memanggilnya dengan nama alia, pasti imran lebih cepat terkesan akan isterinya yang satu ini.
Kenapala awak cepat sangat merajuk sayang? Awak memang macam ni ke? Tak sayangkan saya ke? Nasib baikla saya yang ‘angkut’ awak, kalau tak.. Perlahan diungkai tudung yang melilit kepala isterinya. Cantiknya rambut sayangnya. Tersanggul kemas. Tidak puas dia menatap keindahan itu. perlahan diangkat kepala isterinya, untuk mencabut sanggul itu. Tudung itu entah ke mana dicampaknya… Perlahan rambut alia melurut hampir ke pinggang. Imran lebih suka melihat rambut alia yang berkeadaan begitu. Imran ingin membawa alia pergi jauh dari situ. Apa yang bermain di benak fikirannya? Menculik isterinya sendiri?
Imran ingin bercuti panjang. Tapi sebelum itu dia harus menyelesaikan beberapa urusan penting di pejabatnya. Tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja urusan pejabat. Buruk padahnya.
Sebelum meninggalkan villa itu, imran menyelimut badan alia. Perlahan dikucupnya dahi isterinya.
Sekejap ya sayang, saya ada benda yang nak diuruskan…
Izan resah. Kemana alia menghilang? Sejak alia keluar waktu rehat, bayangnya pun tidak kelihatan. Sudahnya alia pula tiada talifon bimbit. Kini jam sudah beranjak ke pukul 8 malam… Apa yang akan dijawabnya pada ibunya? Pasti Mak Limah gusar kalau dia tahu akan hal ini..
Alia mula membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya masih terasa berat. Perlahan-lahan jua disentuh kepalanya.
Alia tersentak! Di mana dia berada kini? Di mana tudung di kepalanya? Alia mula bangun dari pembaringannya. Apa yang bermain dikepalanya yang terakhir ialah dia mula keluar dari pejabat pada waktu rehat semata-mata untuk mengisi perutnya yang telah berbunyi. Dan dalam waktu itu… mungkin gastriknya telah datang menyerangnya lagi…dan dia sudah tidak terdaya lagi untuk mengatur langkah… dan pandangannya juga semakin kelam pada waktu itu…
Alia ingin keluar dari rumah itu. rumah ke apa ni ha? Besarnya mak oiii? Siapala yang baik hati yang menjaganya? Alia pantas mengenakan kembali tudung yang terdampar di tepi katil itu.
Alia ingin segera pulang ke rumah izan. Izan pasti bimbang akan dirinya. Ke mana semua penghuni rumah ini pergi. Alia menuruni anak tangga satu persatu. Tetapi suasana rumah itu sunyi. Ke mana semuanya menghilang. Di mana sebenarnya dia berada kini? Tidakpernah dilihat rumah ini sebelumnya.
Nampaknya dia harus beredar dengan segera. Mungkin lain kali sahaja akan disampaikannya ucapan jutaan terima kasih pada empunya rumah ini. Rumah ini ternyata cantik dan tersusun kemas dan dijaga begitu rapi sekali. Seperti Villa Fantasi keadaannya.
Perlahan-lahan diatur langkah kea rah pintu utama rumah itu.
TERKUNCI!!!! Macam mana ni? Hari semakin lewat larut malam. Macam mana nak buka pintu ni? Tuan rumah tak tinggalkan kunci ke? Dicubanya untuk sekian kalinya. Dan untuk kali ini … Pintu itu terbuka!!!!! Pelik betul pintu ini…
Tapi sebenarnya alia yang tersilap. Pintu itu dibuka dari luar.
Alia tersentak. Nafasnya kian tidak teratur. Imran hanya kaku menyandar di hadapan pintu. Terus setia berdiri di hadapan pintu merenung sekeping wajah yang terus kaku dan terpaku melihat dirinya.
Kedua-duanya masih berdiri di situ. Alia menelan air liurnya. Terasa pahit yang teramat. Alia tiada pilihan. Tuan Muda masih menghalang laluannya. Alia benar-benar terdesak.
Seperti waktu kembali berdetik alia cuba merempuh Tengku Imran untuk keluar dari rumah itu. imran sendiri tersentak apabila alia bertinak menolaknya dan meluru keluar.
Imran cuba untuk menghalang dan merangkul alia. Tapi alia lebih berkeras. Dan imran juga tidak punya pilihan lain. Kekuatan lelakinya mengatasi cubaan alia untuk lari. Cukuplah sayang… sampai bila awak nak larikan diri daripada saya.
‘lepaskan saya… saya tak kenal awak. Saya rayu pada awak. Terima kasih sebab selamatkan saya…tapi..tolonglah lepaskan saya’
‘awak sayang, jangan paksa saya berkeras dengan awak. Jom massuk dulu. Awak nak kemana malam-malam ni.’
‘taknak!!! Saya tak kenal awak…tolonglah lepaskan saya…’
Alia sudah tidak mampu untuk bergerak lagi apabila Tengku Imran memaut pinggangnya dari belakang. Puas alia meronta-ronta. Apakan dayanya untuk berlawan dengan Tengku Imran lagi.
Tengku Imran sudah nekad untuk berkeras dengan isterinya. Di pautnya pinggang itu dan ditarik supaya masuk kembali ke dalam villa itu pantas pintu utama dikuncinya. Pantas dilepaskan pautan pada alia.
Mereka saling berpandangan. Alia sungguh takut. Yang berdiri di hadapannya kini bukanlah rakan seperniagaan elin, bukan pula seorang pengarah kepada syarikat gergasi, bukan pula Tuan Muda Villa Fantasi, tapi yng berdiri di hadapnnya kini ialah seorang lelaki yang bergelar suaminya!!!!
Alia bergerak berundur ke belakang. Tidak disedari diri sendiri terperangkap. Imran sudah memerangkapnya ke dinding.
‘awak nak ke mana? Nak larikan diri lagi ke? Tak kesian dekat saya ke? Kenapa awak tak tunggu penjelasan dari saya dulu? Saya betul-betul tak tahu dan tak sedar apa yang saya katakan pada malam tu…maafkan saya. Saya tahu saya telah sakitkan hati awak pada 2 malam tu…’
‘macam mana awak yakin sangat yang saya ni isteri awak?’
‘awak..awak tak nak ngaku lagi? yang awak ni isteri kepada Tengku Imran bin Datuk Amran. Yang awak ni Cik Puan Muda kepada Villa Fantasi? Awak nak main tarik tali lagi? baik! Cukupla awak saya seksa selama ini… saya nak tengok ke mana lagi awak nak lari selepas ni! Jangan harap awak dapat lari walau seincipun dari hidup saya lagi!!!’
Imran memegang erat tangan alia. Awal pagilagi mereka telah bertolak untuk ke Villa fantasi. Imran bimbang jika Datuk Amran dan Datin Aminah keluar kerana ada urusan. Adakah umi dan abahnya juga terlibat dalam hal ini? Imran tidak pasti akan hal ini. Imran tidak pernah bertanya kepada mereka kerana dia tidak ingin wajah sesiapapun dalam villa kembali redup hanya kerana hal itu. bukannya imran tidak perasaan wajah pekerjanya yang selama ini muram. Bukannya imran tidak perasan bahawa Villa itu seperti terkena satu sumpahan yang dikenakan olehnya sendiri.
Alia yang berada disebelahnya hanya diam membisu. Nyata Tengku Imran sangat marah padanya semalam. Alia langsung tidak dibenarkan bersuara.
Mereka telah sampai ke Villa Fantasi.
‘Assalamualaikummmmm…..’
Serentak dengan itu Datuk Amran, Datin Aminah dan Mak Limah yang kebetulan menyediakan sarapan pagi pada pagi itu serentak mendongak kea rah suara yang tidak asing lagi bagi mereka selama ini. Tuan Muda Villa Fantasi!!!!!! Apa yang telah terjadi?????? Bagaimana dan daripada siapa imran tahu semua ni…. Hanya itulah yang bermain di kepala mereka bertiga sekarang ini…
Tengku Imran, alia,Datuk Amran, Datin Aminah dan Mak Limah…lima pasang mata bertentang mata….
Dan semuanya terungkap di situ jua…
30 oktober 2006
Syukur ke hadratMu Ya Ilahi… segalanya terungkap sudah jua. Penderitaannya kini telah tamat. Segalanya sudah diterangkan pada kekasih hati bahawa hanya dia yang memiliki hati ini. Bukannya elin, atau fara, Linda, atau sesiapa jua teman-teman wanitanya sebelum ini…bukan mereka. Itu yang pasti. Lenanya pada waktu malam kini sudah tidak terganggu lagi. tiada lagi mimpi-mimpi buruk yang bertandang
Sayang… Terima kasih kerana sudi hadirdalam hidupku… Menjadi suri pada taman yang tiada serinya… Menjadi haruman pada bunga yang telah hilang harumannya…
Sayang… Kau adalah seorang wanita yang aku pilih menjadi ratu di hati… Berdasarkan naluri hati.. Bukannya pada wajah… Mahupun harta… Apatah lagi pada nama…
Sayang, Kau adalah wanita, Yang mendukung namaku… Yang dicipta dari tulang rusukku.. Dan kini telah nyata bahawa sememangnya engkau tercipta untukku…
3.30 pagi…
Perlahan Tengku Imran menutup diarinya. Dilihat alia yang berada di sebelahnya. Alia telah lena dibuai mimpi malam. Dikucupnya dahi isteri tercinta itu perlahan-lahan. Iaitu anugerah yang diberikan olehNya kepada dirinya.
Benarlah… walaupun dia adalah antara pewaris kepada 10 keluarga teratas yang paling kaya dibumi Malaysia ini… namun kekayaannya itu belum lagi mampu untuk membeli sekeping hati seorang gadis. Dia faham, hati alia terluka teruk dengan peristiwa itu…dan mungkin parutnya masih ada…
Dan untuk kembali memiliki hati gadis itu kembali… dia telah banyak menderita dan banyak ranjau yang telah dilaluinya…mungkinkah ini semua adalah harga pada sekeping hati itu? Kalau benar…memanglah ia HARGA SEKEPING HATI…