Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PAK EJIM (Pt 3..)


Super Member

Status: Offline
Posts: 850
Date:
PAK EJIM (Pt 3..)


Selesai sahaja sembahyang Maghrib, Pak Amat terus angkat kaki balik ke rumah. Badannya terasa seram sejuk, hati bagai dilanda resah, berdebar-debar. Apakah yang akan terjadi? Soalnya dalam hati. Ditengah jalan lagi sekali Pak Amat terserempak dengan Pak Ejim. Kali ini Pak Amat tidak lagi menegur malah mempercepatkan kayuhan basikalnya. Pak Ejim pula yg termangu-mangu bila melihat Pak Amat seperti orang dikejar hantu.

 

Tiba di rumah, Pak Amat diserang demam. Terpekik2 beliau memanggil isterinya. Kelam kabut isteri Pak Amat bila Pak Amat mula meracau2. Apakan daya terpaksalah Mak Timah memanggil Pak Busu untuk memulihkan semangat Pak Amat. Tapi tetap juga Pak Amat meracau2 hingga ke tengah malam. Jiran2 mula berdatangan untuk melihat Pak Amat yg tiba2 meracau dan menjerit2. Begitulah keadaan Pak Amat hingga ke pagi.

 

Ada juga yang berbisik2 mengatakan Pak Amat disakat oleh Pak Ejim. Tetapi orang kampong tidak berdaya melakukan apa2. Hanya sekadar memandang dan menghulurkan simpati saja kepada isteri Pak Amat. Esoknya sakit Pak Amat bertambah parah. Pak Amat hanya menjerit2 dan badan Pak Amat pula kelihatan membengkak. Dari bengkak itu pula keluar darah dan nanah. Sakitnya tidak terkira. Kalau dilihat, siapalah yang dapat bersabar dengan kesakitan seperti itu.

 

Tiba2 Badrul, anak sulung Pak Amat terlihat kelibat Pak Ejim di belakang rumah Pak Amat. Pak Ejim memandang Badrul dengan pandangan mata yg bersinar. Apa yg dibuat oleh Pak Ejim dimalam2 buta di belakang umah Pak Amat tu? Bisik Badrul dalam hati namun beliau takut untuk menegur Pak Ejim. Dibiarnya saja soalan itu tidak berjawab. Begitulah keadaan Pak Amat selama seminggu hinggalah pada satu malam Pak Amat menghembus nafas terakhir kerana tidak tahan lagi menanggung derita dan kesakitan.

 

Keesokkannya orang2 kampung bergotong royong dimajlis pengkebumian Pak Amat. Pak Amat memang disenangi oleh orang kampong kerana seorang yang baik hati dan suka menolong. Tidak hairanlah kenapa kematian Pak Amat amat dirasai oleh penduduk kampong. Semasa tiba di tanah perkuburan, terlihat kelibat Pak Ejim tapi orang kampong hanya membiarkan saja tanpa menegur Pak Ejim. Masing2 takut kerana ada yg mengatakan Pak Ejimlah punca kematian Pak Amat. Pak Ejim pula seakan tidak mahu bersama orang2 kampung. Dia cuma mengikuti jauh dari belakang semasa keranda Pak Amat diusung ke tanah perkuburan...kenapa Pak Ejim begitu, entahlah, tidak siapapun yg tahu maksud sebenar Pak Ejim..kesian Pak Ejim………

 

(bersambung lagi……..)



__________________
PaStiKan KiSah SeMalam berLalu tanPa kESan


Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

adus zeeta ko nie asyik kontinue je bile part 4 plak

__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..



Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

alah zee..k0 nie.~!
dah lah hari nie aku pindah..e0sk tak dapat online sampai bebile..
k0 nie..dera jiwa aku lew..aduhssss~!!


__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Super Member

Status: Offline
Posts: 850
Date:

adehhh,...bob, aweks terdera tu..ntah sapalah yg bertanggungjawab mendera beliau tu...sian dia bob..tolong r dia bob..nko kan biasa bab2 talidera ni..

__________________
PaStiKan KiSah SeMalam berLalu tanPa kESan


Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

wahai zeeta aku rase dah masuk tujuh purnama dah nie namun pak ejim part4 tidak lagi kuar2 atau keluaran pak ejim ni x der sponsor nie

__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..



Super Member

Status: Offline
Posts: 1257
Date:

ape citer tak kesudahan ni? Bulu roma aku baru je nak start meremang dah kucup balik.....ko ni potong stim tul la.

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 850
Date:

isk isk..dah kuncup balik eh...xpe222...xlama lagi part 4 kuar...tungguuuuuuuuuuu

__________________
PaStiKan KiSah SeMalam berLalu tanPa kESan


Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

hem zeeta nie nak kene ketok nie dah dua kali dah raya haji tapi pak ejim part4 x kuar lagi2 aku nka saman ko zeeta tunggu surat saman sampai depan umah....

__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..



Senior Member

Status: Offline
Posts: 303
Date:

aar le zeeta..nape nko lambat sgt sambung citer nih..nko tengok tu dah ramai yg bertanya.. alamat meletup le nko kali ni..bek nko pk bebaik..nko nak meletup jadi penulis ke atau nko nak meletup sbb kena saman..cepat r siapkan citer tu...akupun dah x sabar ni...

__________________
wulan dah dewasa.. wulan dah pandai bawak keta..awak nak jadi kawan wulan? meh le kawan ngan wulan..nak tak..?
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard