“Seutuh kasihmu sayang,adalah dambaan hatiku….syukur atas rahmat Tuhan Yang Satu…Assalamualaikum….. Ikhlas mencintaimu... Abang….
Air mataku mengalir lebat membasahi pipi…saya terkenang kembali nostalgia kisah suka dukaku bersama insan yang telah berjanji setia mengasihiku hingga ke akhir hayatnya...
Dalam debu-debu nipis yang membaluti sampul kecil tanda terakhir cintanya buatku, ada tersirat rasa kasih yang mendalam darinya untuk diriku ini dengan izin allah rabbul izzati….
Fikiranku kembali mengingati seraut wajahnya yang tenang setenang air di kali…tidak pernah hatiku di sakiti,jauh sekali menguji sedalam mana ikhlasnya cintaku dan setinggi mana kesabaranku menanti hadirnya sebagai raja dalam hidup ini….sentiasa dibibirnya mengungkap rasa rindu padaku sekalipun setelah kami berumah tangga…hidupku bahagia dengan hadirnya Hadi Hafis,suamiku dunia akhirat,insya allahu rabbi…
Bermulanya perkenalan kami di sebuah institusi pengajian tinggi luar negara…walaupun kami tidak sefakulti,namun jodoh menemukan hati ini…Hadi adalah kasih pertama yang hadir dalam hidupku….Bermula dengan sebuah sajak “Sesuci wajahmu Hawa”nukilannya, hatiku mula tertaut pada Hadi…sajak dalam risalah pelajar Muslim “an-Nas” itu kugunting dan kusematkan di dalam diari hijauku…(kebetulan warna kegemaran Hadi).Namun kusimpan rasa kasih itu dalam-dalam kerana kuyakin perasaan ini akan menjadi jahid yang tinggi nilainya di sisi seorang muslimah sepertiku…itu janji Tuhan buat insan bergelar perempuan dan saya tidak mahu ketinggalan merasai ganjaran itu walau saya akur,bukan mudah untuk menolak keinginan berterus-terang….Sesekali terdetik perasaan untuk saya memulakan perkenalan,namun imanku menepis rasa di hati dengan istighfarku kepada Allah….
Terkadang, apabila berselisih dengannya ,jantungku berdegup kencang…Ingin saja ku melemparkan senyuman yang paling manis buat insan yang telah menambat hati dan mewarnai hidup ini…namun maluku mengatasi segalanya…Alhamdulillah…sesekali saya diusik rakan-rakan,tapi saya tidak mengalah.Ego untuk membela akhlakku menyelamatkan diri ini dari terus menjadi usikan rakan-rakan….saya hanya membisu …Tidak mahu saya layani telatah rakan-rakanku,kerana saya tidak mahu nafsu amarah ini kalah dengan jihad yang sedang kubina atas dasar kasihku pada Allah Yang Maha Satu.
Dikala mindaku bercelaru,saya pasti merehatkan diriku di bangku taman universiti.Kehijauan taman itu membuatkan benakku berfikir tentang keesaan Allah sekali gus meleraikan kesedihan jiwa .Bertemankan sebuah buku bertajuk “Semanis Kesabaran”nukilan Syeikh Ahmad hadiah dari ayah sebelum saya berangkat ke sini. saya duduk bermuhasabah memikirkan betapa lemahnya jiwaku.Tidak setanding mujahadah yang berjuang membela Islam di serata dunia, berjuang dengan syahadah yang jitu dan matlamat yang satu…Bertunjangkan keimanan dan ketauhidan terhadap Allah... Pernah satu ketika,mindaku buntu memikirkan ujian Tuhan yang tidak pernah putus mendambakan kesabaranku menunaikan kifayah ini..Mengenang nasib ibu dan ayah di kampung yang semakin tua dimamah usia,dengan pendapatan yang tak seberapa menyara kehidupan kami 3 beradik…dan kerana ini jualah sebenarnya kubenamkan rasa cinta yang berputik buat Hadi.saya mahu menjadi seorang anak yang dapat membela masa depan keluarga dan membalas jasa orang tua yang telah mencurahkan sepenuh kasih sayang mereka buatku hingga ke hari ini…..
Tiba-tiba kedengaran ucapan salam dari seorang lelaki…lamunanku tersentak..Namun saya tidak mendongak…rasa malu sudah datang menerpa…Tapi mengapa??Ya,suaranya seperti pernah kudengar sebelum ini.Suara yang selalu menggamit mindaku untuk berpindah ke alam khayalan…Suara yang selalu datang dalam mimpiku…Suara yang sering mengimami jemaah solah di surau universiti…Ikhlas dan penuh rasa rendah diri…Kusambut salamnya dengan penuh debaran …Seketika itu saya terasa mahu lari dari tempat itu….Balik ke bilik dan menelekupkan mukaku ke bantal…saya tahu mukaku tidak merah,kerana kulitku bukannya putih ..Tapi,hitam manis…Hmmmm..satu advantage buatku…saya hanya menguntum senyum dibibir …Muncul satu perasaan yang sukar saya gambarkan… Senyumku berbalas.Bahagia….Cepat-cepat saya membetulkan posisiku,supaya saya tidak teus hanyut dalam perasaan itu…saya tunduk dan lelaki itu melabuhkan punggungnya di bangku kayu jati bersebelahan tempat rehlahku…Hadi…Namun dia tidak lama di situ…setelah menghulurkan sebuah bungkusan hijau kepadaku, Hadi berlalu pergi…Sekali lagi ucapan salamnya kedengaran….Beserta bungkusan itu ada sekeping kertas putih bercoret tinta biru…Mujur sebentar saja pertemuanku dengan hadi petang itu…saya tak mahu di salah erti…Dan saya tahu hadi juga begitu…
saya melangkah pulang kebilik….Kugenggam pemberian Hadi sekemas mungkin …Dengan penuh tanda tanya….
Setelah selesai menunaikan fardhuku kepada Allah dan memohon doa padaNya ,saya berbaring di katil…Segera kubuka warkah Hadi yang belum sempat kubaca….Hatiku terharu dengan warkahnya yang pertama buatku itu…..
“Assalamualaikum buat kenalanku Firdaus… Maaf sekiranya warkah ini mengganggu saudari ketika ini….Persoalan yang terbuku di minda membuatkan Hadi ingin sekali mengetahui apakah permasalahan di minda saudari yang sering Hadi lihat duduk berseorangan dan berduka dibangku taman universiti…Bukan sekali hadi lihat saudari di situ,tapi hampir setiap petang….Niat Hadi bukan untuk menyibuk tentang hal saudari,cuma mahu mengetahui mungkin ada sesuatu yang boleh Hadi bantu untuk meringankan beban di hati dan mengembalikan keriangan yang pernah Hadi lihat di wajah Firdaus ketika dulu…..Maaf sekali lagi andai warkah Hadi ini tiba pada waktu yang tidak sepatutnya ….Sekian dulu dari Hadi,maas salamah…”
saya melipat kemas warkah itu dan kusimpan di dalam diari hijauku….saya tahu bibirku sekali lagi menguntum senyuman yang paling manis…Kali ini,menampakkan baris gigiku yang putih bersih…Hasil pengamalan sunnah rasulullah untuk bersugi setiap kali sebelum solah….
saya menghela nafas panjang….Kuletakkan diariku disisi…Dan seketika itu saya di buai mimpi…..
Semenjak dari itu,saya semakin akrab dengan Hadi…Namun keakraban kami bukan seperti yang selalu digambarkan dalam kaca tv…Akrab yang saya maksudkan adalah dari segi peringatan yang selalu Hadi beri buatku,dalam bentuk sajak,cerpen dan puisi…Hadi memang pandai menulis…Hasil karangannya sungguh terkesan dihati ini…Setiap kali membaca coretan penanya,mindaku terasa ringan dari bebanan masalah…berpesan-pesan kepada kebenaran,dan berpesan-pesan pada kesabaran…Dengan firman Allah itulah,hatiku semakin yakin menundukkan rasa tekanan yang sering datang menggoyahkan sabarku terhadap cubaan yang diberiNya….
Pada setiap bulan puasa,Hadi tidak pernah lupa mengirimkan berkotak-kotak kurma buatku…Katanya berseloroh dalam warkah yang disertakan bersama sekotak kurma yang dikirimnya melalui Hafizah rakan sekuliahku ,“ Kurma ini ‘pemanis muka’ buat saudari Firdaus di sana.Segar Hadi petik dari tanah suci.Bila kita berumah tangga nanti, bolehlah kita menunaikan haji bersama-sama ya”…Dalam hatiku,saya mengaminkan selorohnya…Pernah jua Hadi mengirimkan nota-nota fotostat yang dikumpulnya dari rakan-rakan fakulti perubatan dan memberinya kepadaku…Dia berpesan supaya berusaha untuk menunaikan kifayah ini dengan sebaik-baiknya.Sudah pasti harapan itu tidak kuhampakan…Harapan dari seorang lelaki yang sungguh istimewa dalam hidupku, namun dia tidak pernah tahu.Hasilnya,Alhamdulillah, saya cemerlang dalam setiap peperiksaan tahunanku…….
Hadi selalu mengirimkanku doa-doa yang didapatinya dari kitab-kitab ulama terkemuka…katanya doa itu senjata umat Islam…usaha itu datang bersamanya dan tawakkal mengiringi setiap usaha yang tidak pernah mati…
6 tahun berlalu….akhirnya saya berjaya meraih ijazah yang kuidam-idamkan selama ini….Air mata kesyukuranku tumpah ke bumi …saya bergelar doktor kini….Cintaku Hadi(walau dia tidak pernah tahu sehingga kini) bergelar professor di salah sebuah universiti di tanah air..warkahnya yang hadir setiap bulan menemani hidupku dan membakar semangatku untuk terus berjaya ke akhirnya….Harapanku untuk menjadi insan yang istimewa dalam hidup hadi,tidak pernah padam,seawal tahun pertama kami disini….Ibu dan ayah tidak menyertaiku pada hari bahagia itu…Namun kutahu,doa merekalah yang menjadi tunggak kejayaan yang kuperoleh…Dalam hatiku,kupanjatkan kesyukuran yang teramat sangat kepada Allah…saya tidak mungkin dapat merasai kegembiraan ini tanpa izinNYa…
Kepulanganku disambut ibu dan ayah…Kedut-kedut di dahi ibu kucium sepuas-puasnya…Urat hijau yang timbul ditangan ayah kukucup dengan penuh kerinduan…Tidak sabar rasanya untuk saya berjumpa dengan adik-adik yang telah kutinggalkan 6 tahun dahulu…Pastinya mereka sedang menunggu kepulanganku dengan gembira…
Setibanya di rumah Ahmad berlari mendapatkankku,adikku yang paling kecil sekali…Sudah pasti dia mengenaliku dari gambar yang kukirimkan kepada keluarga setiap tahun sejak tahun pertama lagi…adikku Jannah menunggu di halaman rumah dengan senyuman yang penuh ceria…Masih kuingat lagi,sewaktu saya meninggalkannya,Jannah menangis mahu mengikutku bersama-sama…Kini jannah sudah remaja…berkain batik, anak dara sunti lagaknya….Dia menyambut tanganku lantas mengucupnya dengan titisan air mata…Dia memang tidak pernah berubah….Mudah sekali mengalirkan air mata..Memang dia manja denganku….Kehangatan inilah yang kutunggu selama 6 tahun ini,untuk bersama keluarga yang telah lama saya tinggalkan demi sebuah impian untuk menjadi doktor…
Malam itu ayah menyuarakan sesuatu yang mengejutkan saya…seseorang telah datang merisik diriku…Jannah menyiku sambil tersenyum simpul…”Hadi Hafis,” kata ayah…mahu saja saya menjerit kesyukuran ketika itu…tapi ku tahan…ku tahan perasaanku…kutundukkan muka dan tiba-tiba saja refleksku mengambil alih pergerakkanku…saya bingkas bangun dan meninggalkan ayah,ibu dan adik-adik di meja makan selepas meminta diri…terasa bodoh pula tindakanku ketika itu….saya berlari mendapatkan diari hijauku di bawah bantal.Kubuka surat hadi yang dikirimkan dalam bentuk sajak’Pabila tiba masanya’…
Aduhai Hawa, Pabila tba masanya. saya pasti berlari mendapatkanmu, Mendapatkan kasihmu yang seindah pelangi alam, Yang setenang air di muara kasih, Yang sesuci hamparan cinta kau simpan dalam ketaqwaan…
Wahai Hawa, Bila gerimis menyelimuti pawana, Petir menjalar di langit hitam, Dan bila sengsara datang bertandang, Bermunajatlah dengan penuh rasa kehambaan, Agar syahadahmu kukuh bertautan….
Bersabarlah Hawa, Kerana kesabaran itu seindah mutiara Tercipta didasar lautan, Walau sebesar mana gelombang mendatang, Sinarnya tetap gemilang, Dan begitulah hakikatnya sabar, Yang pasti menyelamatkan kewarasanmu dari hilang….
Sungguh wahai Hawa, Dihati ini ada perasaan yang sukar kuungkapkan kepadamu, Kerana wajahmu yang penuh rahsia, Kerana wajahmu yang membuatkan ingatanku pulang, Pada yang maha Esa, Menjadikan lidahku kelu berkata-kata…..
Kugenggam erat warkah itu dan ku baca berulang kali….Seolah-olah mimpi jadi kenyataan….Hadi bakal suamiku….Kedengaran pintu bilikku diketuk berulang kali….Emak masuk dan melemparkan senyuman yang selalu saya rindu suatu ketika dahulu….Kata emak,semuanya terpulang padaku….”Mahu atau tidak…emak tak kisah,asalkan anak emak gembira”……Kuberbisik di telinga emak tanda memberikan kata setuju….Kukucup jemari kurus emak lantas emak membalas dengan belaian yang penuh kasih …..Walau emak sudah semakin berusia….segar kasihnya masih lagi seperti dulu….
Hadi Hafis dan Ikhwatul Firdaus selamat diijab kabulkan……….
Banyak yang saya pelajari dari perkongsian hidupku dengan Hadi….rajukku di pujuk…lembut dan tenang….Sedihku di redakan dengan kemanisan wajahnya dan belaiannya cintanya padaku…Dan begitu juga saya,menyayanginya dengan sepenuh jiwa…Dialah lelaki pertama dan terakhir yang akan menjadi raja hidupku ini…saya cuba menjadi isteri yang solehah walau kelemahan ku tetap muncul di sana sini….Namun suamiku tidak pernah menyuarakan ketidak puasan hatinya…Tidak pernah sekalipun lakunya menampakkan kekuranganku…tidak pernah sekali,keluhan terhembus dari bibirnya ….Kelemahanku dibaikinya dan diganti dengan kekuatan…Ya,kekuatan sebagai seorang wanita Islam yang perlu berjuang menegakkan agama dalam setiap geraklakunya….
Begitulah pesan Hadi yang kini kupanggil’abang’….
Setiap kali selesai solat….Abang akan memberikan tazkirah buat peringatan kami dunia akhirat…Tidak pernah sekali abang terlepas dari menjadi imam solat fardhu ketika kami sama-sama dirumah…Tahajjud pun kami lakukan berjemaah…Sungguh saya rasa bahagia manisnya berumah tangga yang cintanya berlandaskan syiar Islam….Masih saya ingat lagi,sewaktu malam pertama saya dan abang,kami solat hajat dan sujud syukur bersama-sama…..Kata abang,biarlah landasan dan tapak masjid yang kami bina ini atas dasar ibadah ,bukan nafsu semata-mata……hingga ke hari ini….pesan abang bersemadi di hati….
Setelah 6 tahun berumah tangga,kami dianugerahkan 3 cahaya mata…Malam itu,abang hadi menyuarakan hasratnya padaku,tentang menunaikan rukun Islam yang kelima bersamaku dan anak-anak… Ya,seperti dalam selorohnya yang ku aminkan dulu….saya tersenyum sendirian ……..Pastinya saya setuju dengan cadangan itu…. Abang Hadi menanggung perbelanjaan ibadah itu…Hasil simpanan sejak di universiti lagi katanya…saya terharu…..Kata Abang Hadi, umrah dan haji biarlah dilakukan bersama-sama sementara waktu mengizinkan…seperti yang selalu diingatkannya….’hidup sebelum mati’…….
Setelah tamat kursus haji kami berangkat ke Tanah Suci….Ibadah yang kami lakukan berjalan lancar .Cuma abang Hadi kelihatan tidak begitu sihat seperti sebelumnya…Apabila ditanya…hanya kuntuman senyum yang diberikan kepadaku,seperti selalu….Di Tanah Suci kupanjatkan kesyukuran kepada Allah yang telah memakbulkan pinta hajatku selama ini…Hanya Dia yang tahu sedalam mana cintaku kepada abang Hadi ….Hanya Allahlah tempat saya bermohon selama ini…Hanya Dialah yang berkuasa memberi dan menarik balik rezeki………….saya bersujud kepada Allah malam itu dengan penuh rasa rendah diri….Kudoakan hidup dan mati kami sekeluarga serta keturunan kami dalam iman dan taqwa serta redhaNya…Biarlah hidup dan mati kami dalam limpah kurniaNya……………….
Malam itu abang Hadi batuk tidak berhenti-henti…..Badannya panas dan mukanya merah seperti menahan kesakitan…..Sebagai seorang doktor,bukan mudah bagiku memeriksa tubuh itu….Tambahan pula, itu suamiku…Cintaku…Kasihku…..Doktor yang bertugas memberi tahu bahawa abang Hadi diserang demam panas….abang Hadi mungkin tidak dapat mengikuti kami bertawaf keesokan hari….Jadi abang Hadi terpaksa tinggal di apartment….saya sebagai isteri tidak mungkin sanggup meninggalkan abang Hadi seorang diri….Sepanjang hari saya menemani suamiku…….saya hanya mengalirkan air mata di sisinya….saya fahami kesakitannya…Namun hanya dengan izin Allah abang Hadi akan sembuh semula…Segala medikasi yang disediakan ku berikan kepada Hadi dengan penuh harapan agar dia sihat seperti sedia kala….Pipiku diusapnya…lemah…tidak bermaya….namun,kehangatan kasihnya masih terasa…..Dalam nafasnya yang lemah,abang Hadi berpesan kepadaku….
“Sayang…..terima kasih abang ucapkan buat dirimu… Terima kasih atas kasih sayang yang tak pernah padam darimu buat abang…terima kasih kerana memberikan abang anak-anak yang soleh dan solehah,insya allah”…..Abang Hadi menarik nafas panjang dan menyambung kata-katanya…kulihat air mata kasihnya berjuraian disisi…Ini kali kedua kulihat abang menangis …kali pertama adalah sewaktu melihat saya melahirkan anak sulungku…Miftahus Solihin bin Hadi Hafis…..
“Sayang,ingatlah tautan kasih yang terjalin antara kita dengan izin Allah….Panjatkanlah syukurmu buatNya sayang…Jangan pernah lupa…Teruskan mendidik anak-anak kita mendalami Islam dan menjaga iman mereka dengan sepenuh jiwa….Berjuanglah membela Islam dan jangan berhenti sebelum menang….Buat dirimu sayang,abang sejak dulu tidak pernah lupa berdoa agar kau menjadi milik abang suatu hari nanti…Alhamdulillah,hajat abang termakbul……Maafkan kesalahan abang andai kata abang pernah melukan hatimu”……Dan saya lihat Abang terlena…….manik-manik putih dimatanya berjuraian lagi…kukucup pipi abang…Sendu semakin terpahat di hati ini…
Malam itu,abang memanggilku dan anak-anak supaya berada di sisinya….Abang berpesan kepada anak-anak kami supaya menjagaku sebaik-baiknya…Dan bersikap mengikut sunnah Rasululullah….Pesan abang,jadikanlah sabar itu sebagai asas perjuangan hidup kami dalam dunia yang semakin mencabar keimanan ini……Anak-anakku terus menerus membaca Al-fatihah….Itulah yang dipesan oleh Hadi kepada anak-anak kami…”Al-Fatihah itu sedekahkanlah kepada emak dan ayah…Tak kiralah dimana pun kamu semua berada…Utuhkanlah ikatan kekeluargaan kita dan tanggungjawab yang terpikul dengan iman di dada…Selesaikanlah semua permasalahan antara kita dengan merujuk kepada kitabNya”…. Anakku yang sulung membelai rambut ayahnya. Ku lihat anak-anakku membeningkan tangisan di mata mereka….. Abang memandangku dengan mata yang sayu …”Assalamualaikum”….kata abang....Walau matanya tak bersinar seperti dulu,namun keikhlasannya tetap kurasai…Tanganku digenggamnya seerat mungkin…Kubisikkan syahadah ditelinga abang….”asyhadu alla ilaa ha illallah”….Abang mengulangnya…perlahan-lahan,tetapi jelas….Hembusan terakhir nafas abang melepaskan perlahan tanganku dari genggamannya……Abang pergi menyambut panggilan Ilahi….Sebelum kuselimuti seraut wajah manis abang yang pernah menceriakan hidupku dulu,menepis segala kepahitan jiwaku,kukucup dahi abang sekali lagi dan kusedekahkan Fatihah buat dirinya….Walau hati ini tersayat luka….Namun saya gembira kerana pernah menjadi seorang isteri kepada lelaki yang soleh dan telah membimbingku kejalan bahagia ini…Terima kasih abang…..
Jenazah abang Hadi kami kuburkan di tanah suci….itulah harapan yang pernah disuarakannya satu ketika dulu…sebelum kami sampai disini..Sewaktu bermulanya perkenalan kami lagi…”Insya Allah,saya teringin sangat mengakhiri riwayat hidup saya di Tanah Suci” itulah jawapannya bila kuajukan soalan tentang impian hidupnya….. Warkah terakhir darinya kubuka dan kubaca sekali lagi…Warkah yang diminta supaya saya membacanya apabila kami selesai menunaikan ibadah haji dan pulang ke tanah air…..
Sayang, Bila bumi memanggilku kembali, Bila jasad ini tidak bernyawa lagi, Ketahuilah hanya engkau pernah menjadi permaisuri hati, Melengkapkan citaku selama ini….
Bila kita saling terleka, Atau semakin ditelan usia, Atau terpisah oleh ketentuanNya, Tetapkan hatimu pada kasih abadi, Kasih Allah Rabbul Izzati….
Sejak dulu wajahmu menjadi ratu hatiku, Doaku menginginkanmu, Kutahu doamu pun begitu, Tapi kau simpan suara hatimu demi jihad itu, Ini yang membuatkan hatiku semakin tertawan padamu…..
Syukran temanku,suriku,cahaya hidupku, Abadikanlah kenangan dan kasih kita bersama keakhirnya, Walau antara kita terpisah jasad dan nyawa…… Iman,amal dan taqwa tetap bersemi di hati selamanya….
Seutuh kasihmu sayang,adalah dambaan hatiku….syukur atas rahmat Tuhan yang satu… ….Assalamualaikum….
Ikhlas mencintaimu... Abang….
Kulipat kemas warkah abang dan kusimpan dalam diari hijaunya..Ya,warna kegemaran kami berdua…Ada lakaran wajahku pada muka terakhir diari itu….saya tersenyum…Kukucup wajah abang dalam gambar yang kulekatkan dalam diariku….Wajah manis itu seakan menyambut kucupanku…..
“Mak”….Lamunanku tersentak….Soleh menghampiriku…6 tahun berlalu….anak-anakku sudah membesar semuanya….Membesar dengan kasih sayang dan pesan ayah mereka supaya selalu menegakkan Islam walau dalam apa jua perkara….Bahagia inilah yang pernah kurasai dulu…”Mak,adik tanya,jihad tu apa maksudnya mak….”kata soleh menggaru-garu kepala…Kubelai rambut anakku dengan penuh kasih sayang,”Sekejap lagi mak datang”,balasku….Anakku mengangguk-ngangguk dan menyimpulkan senyuman..Seiras wajah ayahnya..Akan ku jelaskan maksud jihad sejelasnya kepada anak-anakku kerana ANUGERAH JIHAD INIlah yang telah membawa sinar kebahagiaan dalam kehidupan kami sekeluarga hingga ke detik ini….………………..Amin….
phia ko nie kalu becerita mesti sad ending kan aku tgh feel bace sampai habis je air mata mesti meleleh memang ko power r wat aku menangis dan sedar atas kehidupan di dunia ini...