Ciri-ciri yakin: Kamu seorang yang praktikal, penuh hati-hati dan tenang dalam apa juga situasi yang mendesak kesabaran. Selain itu kamu juga seorang yang banyak bersabar dengan karenah orang lain dan sangat gemar mendampingi orang-orang yang boleh dipercayai dan jujur. Kamu juga suka merendah diri dan tak suka menonjol diri tak tentu pasal. Kamu juga seorang pendengar yang setia dan seorang yang mengambil berat tentang orang-orang yang disayanginya. Namun kamu tak gemar berada dalam suasana yang terlalu sesak dengan orang ramai.
Tambah keyakinan: Ingat! Orang lain juga punya rasa tak yakin dalam diri mereka. Sekiranya kamu berada dalam sesuatu majlis, cuba bertenang dan jangan berasa tertekan. Mungkin kamu rasa semua orang pandang kamu tapi sebenarnya tak! Jika kamu malu, orang lain tak akan menyedarinya asalkan kamu tetap berlagak selamba dan kelihatan tenang!
Tips tenang: Cuba mulakan perbualan ringkas dengan orang sekeliling. Sentiasa katakan ‘Aku yakin boleh!” pada diri kamu sendiri!
ELEMEN AIR Zodiak: Cancer, Scorpio dan Pisces.
Ciri-ciri yakin: Mereka ini dikatakan seorang yang bersifat romantis namun emosi serta sering menurut kata hatinya sendiri. Kadangkala mereka ini boleh menjadi terlalu sensitif dan emosi itu menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dengan logik. Mereka juga suka menolong orang atau mendengarmasalah orang lain. Kelemahan mereka ini, kurang selesa bila pertama kali bersua dengan orang yang baru dikenali.
Tambah keyakinan: Sentiasa memuji diri sendiri kerana diri kamu juga punya banyak kelebihan. Tak perlu tunggu orang lain yang memuji kamu! Pujian ini membantu kamu menjadi lebih yakin.
Tips tenang: Setkan satu matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh waktu tertentu. Namun jangan sekali kali menghukum atau menyalahkan diri sendiri jika melakukan kesilapan! Ingat, kamu pun hanya manusia biasa saja kan?
ELEMEN ANGIN Zodiak: Gemini, Libra dan Aquarius.
Ciri-ciri yakin: Kamu sentiasa beringat-ingat dalam apa jua perkara yang dilakukan, pandai berkomunikasi dengan orang lain dan tidak menghadapi masalah sangat bila pertama kali berurusan dengan orang baru. Kamu juga suka mencari kelebihan yang dimiliki oleh seseorang individu dan ini kadangkala mengecewakan kamu apabila mereka tidak mempunyai kualiti sikap yang kamu kehendaki daripada mereka. Oleh kerana kamu seorang yang pandai bercakap, berurusan dengan sesiapa saja tak pernah menjadi masalah besar bagi diri kamu. Sifat kamu yang kurang pasti membuatkan kamu sentiasa tertekan. Oleh kerana kamu seorang yang bijak, kamu tidak suka bila orang lain bersikap ‘kurang bijak’ atau sambil lewa dengan kamu!
~~ seperti yg korunk baca..aku libra.. korang lak apa??????
wuuhh.. saya scorpioo... the most powerful element!!water.. tanah nak lawan ngan aku.. jadi lumpur teruss.. angin nak lawan aku.. lutsinar terus.. api nak lawan aku... padam terus hbis.. xder yg bley hapuskan aku.. so.. yang berelemen kan air tu... bngga lah skett.... hehehehhehehehehe