Pada satu tarikh dua bulan berlalu, Lin pergi ke sebuah jeti bersama-sama abang sepupu Lin yang terletak di Selatan Sabah. Hanya kami berdua saja yang pergi. Masa tu kononnya, Lin nak release tension sebab otak ni dah penuh sangat dengan work..work..work..
Mulanya Lin nak pergi pagi balik petang (naik ferry.. bukan jauh sangat Labuan ngan Sabah). Tapi ada satu peristiwa membuatkan Lin terpaksa stay satu malam kat sana sebab terlepas ferry. Jadi Lin duduk kat sebuah rumah rehat dengan abang sepupu Lin tu.
Entah kenapa Lin namapak rumah tu macam seram semacam jek. Dah tu, tak famous lagi tuh.. Tak ada orang pun Lin nampak. Ada pun, Cuma pekerja dan bberapa pelancong negara lain. Memandangkan tak ada pilihan lain, Lin dan abang sepupu Lin tempah dua bilik berlainan. Lin tak biasa tidur sorang-sorang, apatah lagi kat tempat yang Lin baru jejaki macam tempat ni. (Biarlah nama rumah rehat ni dirahsiakan). Mahu tak mahu terpaksalah, takkan Lin nak tidur dengan abang sepupu Lin tu pula. Hehe..
Lepas makan malam, kami terus masuk ke bilik masing-masing. Lin resah sangat. Macam tak boleh tidur jek walaupun bilik tu selesa. Yang buat Lin takut tu satu kawasan di hujung bilik tu terletak satu almari dengan cermin besar. 3 kali ganda badan Lin boleh muat besar cermin tu. Lepas tu dari langsir ke cadar, tilam dan bantal, tak lupa kerusi dia pula rona putih aje semua.
Tiba-tiba jam antik kat hujung bilik tu berdenting 1 kali maknanya dah jam 1 pagi. Ada beberapa pokok pinang melambai-lambai macam tangan hantu. Huish, seram… Tengok, dah meremang bulu tangan Lin. Tiba-tiba .. Voushhh… Pelik bunyi angin yang lalu tu. Memang Lin takut sangat. Lin tutup muka dengan selimut.
Rasa macam katil bergoyang hebat. Lin jerit dan buka selimut yang tutup muka Lin. Tanpa di sangka-sangka, depan Lin dah ada lembaga menyeringai. Macam Pon.. Pon.. Pontianak…
“Mak!!” Lin jerit. “Tutup la TV tu..” Hehehe.. Itu hanya rancangan TV kat TV 3. jangan marah a.. (Lin just buat lawak je. Mesti ada yang panas kan? Hot.. hot la..)
alahai, korang marah ar? alah, sorryle.. betulnya tak ada pun niat Lin nak bagi korang marah. dah korang marah apa nak buat kan? sorry ek.. geng-geng Lin sekalian.