Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: cetak rompek homepage


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:
cetak rompek homepage


Cetak rompak homepage ini bermaksud mengambil hasil kerja orang lain dan mengaku sebagai hasil kerja sendiri.
Samada anda baru belajar atau sudah lama mempunyai laman web haruslah diingat internet ini sangat kecil. Sekejap sahaja hasil curian anda akan diketahui.

Bukan itu saja, jatidiri (credibility) anda sebagai webmaster malah sebagai manusia akan dipersoalkan kerana main kotor.

Antara perkara yang dikatakan sebagai merompak homepage ialah

Menggunakan frame untuk menyembunyikan laman orang lain.
Mengambil 'sebahagian' artikel dari laman lain tanpa izin dan tidak memberi penghargaan @ link ke laman asal.
Membuat 'direct link' kepada sebarang file/image laman orang lain
Mengambil image dari laman lain tanpa izin dan dimasukkan ke laman sendiri
Paling teruk mengambil hampir 100% laman lain dan diubahsuai nama/layout/tajuk dan mengaku sebagai hasil kerja sendiri.
Mengambil idea, konsep, tema atau layout dari laman lain masih boleh dimaafkan asalkan bukan mengambil isi kandungan bulat-bulat.
Kegiatan merompak ini adalah masalah sejagat tapi biasanya orang puteh merompak laman orang puteh lain dan orang melayu merompak laman bahasa melayu lain.

Bolehkan Cetak Rompak Ini Dicegah ?

Kalau seseorang tu memang mahu merompak tak kira rompak apapun, dia tetap merompak juga. Macam rumah atau kereta. Pasanglah kunci atau peralatan canggih sekalipun tak dapat elakkan dari dirompak sebab perompak tu memang kerjanya merompak !!!

Sesebuah laman web bila sudah berada dalam internet bermakna ia terdedah kepada sebarang bentuk penganyiaan internet (net abuse).

Ada yg berpendapat boleh menggunakan java script untuk mendisablekan klik kanan. Sebenarnya tidak. Semua image yg muncul pada pelayar web disimpan dalam browser cache bersama-sama file-file yang lain. Bagaimana pula dengan pengguna yang mematikan java script ?

Menggunakan http expire atau pragma no-cache juga bukan idea yang baik sebab file tersebut boleh disimpan dalam cakera keras.

Apa yang Harus Dibuat ?

Beberapa cadangan yang diambil dalam perbincangan dalam internet.

Jika kandungan laman / image anda dirompak dan anda boleh membuktikan ketulinan laman anda, ambil peguam saman perompak tersebut.
Kalau image anda menjadi mangsa direct link (steal bandwidth), tukarkan image tersebut kepada gambar lucah atau gambar monyet. Tentunya anda update laman anda dahulu !
Kalau file anda misalnya zip atau exe menjadi mangsa direct link dari laman lain, rename file tersebut kenama lain; uploadkan satu file lain dengan nama yang serupa dengan file tersebut tapi isinya hanyalah text file pemberitahu supaya pergi kelaman anda yang sebenar.
Ada lagi tapi kena fikirlah sendiri nak buat apa dengan perompak tersebut


 


sumber:jiwang.org



__________________
"nama saya Rain~"
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard