Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: utk remaja yg mengalami masalah JERAWAT


Super Member

Status: Offline
Posts: 1613
Date:
utk remaja yg mengalami masalah JERAWAT



Petua 1

Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. Insya-Allah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 2

Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa . Kemudian sapukan ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk . hasilnya , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.

Petua 3

Giling beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya , titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan ubi kentang .

Petua 4

Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan . Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini , memadailah dengan dua jenis sahaja . Semua akar ini diasah di buntut pasu dengan sedikit air . Sapukan ke muka sebagai bedak sejuk . Jika anda suka , boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir daun lidah buaya . Selain diasah , ia boleh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi .

Petua 5

Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati , kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang telah diberikan .

Petua 6

Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 7

Parut jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .

Petua 8

Basuh muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak . Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam .

Petua 9


Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .

Petua 10

Giling sedikit ibu kunyit , daun pegaga , pucuk daun asam jawa , beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam . Apabila halus , bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering . Jika hendak digunakan , hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan .

Petua 11

Tumbuk lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan . Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini . Buat begini setiap pagi dan malam . Kesannya tentu memuaskan hati anda . Insya-Allah .

Petua 12


Amalkan memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selalu diamalkan jerawat akan kering dan pupus .

Petua 13


Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu , gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi (jika mahu) .

Petua 14


Jerawat sering menimbulkan banyak masalah kulit terutama pada kulit muka. Jeragat pula kalau tak dijaga boleh merebak dan menampakkan kulit kita menjadi hitam. Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan resdung yang teruk. Kita atasi masalah ini dengan mengurang/membersihkan jerawat. Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Bedak sejuk yang elok dibeli dari Langkawi buatan pribumi itu sendiri. Memang baik dan berkualiti. Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Anda duduk senyap2 dan jangan bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Kalau yang tempat ada jerawat ianya akan menjadi kering. Lebih kurang 30minit cuci dengan air suam. Lihatlah kesannya muka akan berasa licin dan bersih. Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akbit kesan dari penggunaan daun penggaga itu. Lakukan
3x seminggu insyaAllah muka anda tidak akan ada masalah lagi.

Petua 15

Gunakan uncang Teh -Teh herba memang baik untuk kesihatan. Selepas kita minum air rendaman teh ini, uncang nyer jangan dibuang. -Ambil uncang teh ini, pastikan kelembapannya tidak terlalu berair dan tekapkan ke jerawat. -Biarkan lebih kurang 10 minit, kemudian basuh ler muka tu. -Amalkan sebelum tidur dan InsyaAllah, bila bangun dari tidur kita akan dapat melihat kesannya di mana jerawat ini akan kecut dan jika diamalkan selalu, jerawat akan hilang. InsyaAllah....

__________________
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



aSya was here ..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 108
Date:

ko amalkan ke petua2 ni semua aisyah..?? wahh...guna alam semulajadi je ek..bagus gak nih...tapi aku pun ada gak 1 petua utk ilangkan jerawat...pergi ke pusat kecantikan,gi beli sabun & krim malam jenama Natasya...RM37.90 aje..eh,terpromosi plak...

p/s : aku rasa aku kenal la dgn ko ni aisyah...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1114
Date:

huhu..basuh muka 5 kali sari pun salah satu cara gak....


 


uittt cik abila..ko pakai natasya ke....natasya tu jenama cik asya ke...konpius gak aku...saspek dak asya ni gi cari daun kayu dalam utan wat tempek kat muka...patut la mister rie sanggup tinggal yg lain..huhu....



__________________
~~~~melurr harum di hujung halaman....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 108
Date:

iye cik melurr...basuh muka 5x sehari bkn saja mampu mengatasi mslh kulit muka,malah mampu menaikkan seri wajah seseorg itu....

aku mmg p'guna produk natasya...tp x tau la pulak produk ni ada ker kaitan dgn cik asya kita yg jelita ni....asya,aper kata ko kuarkan produk 'Aisyah' plak...nak juga aku cuba...tp biar melurr cuba dulu ah....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1114
Date:

aku guna bedak sejuk je tempek2 kat muka....tok wan aku kata ia elok utk pengaliran darah dan pembukaan pori2 di malam ari..erkk...betul ke nih....hihihi....

__________________
~~~~melurr harum di hujung halaman....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 108
Date:

aper kata ko pakai bedak panas plak...?? bkn setakat membuka pori2 tapi membesarkan pori2...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1114
Date:

bedak panas...? elok gak dicuba....nnti tggu tgh malam sket jin cek am masuk..jin dia suka sgt la mekap2 nih...bio dia try dulu...

__________________
~~~~melurr harum di hujung halaman....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 108
Date:

cek am masuk waktu mlm ye..?? skrg ni dia tgh tido la ek..??

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1114
Date:

sekarang ni dia tgh bagi makan cicak n lipas takde pala tu....sudah karang ada la dia mjelma ngan jin pala botaknya tu....jgn tak tau cik abila cek am tu pencinte aiwan...sume aiwan leh btapa dalam umahnya teman dia merapu malam2...


 


 


p/s cek am....aku tepu..



__________________
~~~~melurr harum di hujung halaman....


Super Member

Status: Offline
Posts: 783
Date:

er...aku kalau ada jerawat gune kertas pasir...licin terus tak de lagi..bajet pun bajet

__________________
sweet november 2006-


Senior Member

Status: Offline
Posts: 233
Date:

arr kalau rase nak lagi bajet..tak payah nak beli2 kertas pasir membazir je..


pijam jer underware si rei..sure jerawat tak nak tumbuh pade muke tu...


arr cuber lar..



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 783
Date:

yaaaaawwww...leh mati aku menahan nafas...uiss...dengar je pun dah wat aku tersekat napas...huhuhuhu oksigeeeennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

__________________
sweet november 2006-


Senior Member

Status: Offline
Posts: 233
Date:

klu nak ble..kene tempah..sbb byak permintaan..tak yah nak guna2 natasya lah safi balkis la nv la..


kan sonang gituuu...



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 108
Date:

takut tol tgk gambar wes....toyol ke tu encik wes..??

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1203
Date:


wes8054 wrote:

er...aku kalau ada jerawat gune kertas pasir...licin terus tak de lagi..bajet pun bajet


hoh?...kertas pasir?...patut ler lain macam jer aku nengok encik wes nih......

__________________
Copyright © Cik Datt Sendirian Berhad. 2006. All Rights Reserved.


Senior Member

Status: Offline
Posts: 108
Date:

2 la psl...bkn takat muka,kepala nya pun licin abis....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1613
Date:


aBiLa wrote:

ko amalkan ke petua2 ni semua aisyah..?? wahh...guna alam semulajadi je ek..bagus gak nih...tapi aku pun ada gak 1 petua utk ilangkan jerawat...pergi ke pusat kecantikan,gi beli sabun & krim malam jenama Natasya...RM37.90 aje..eh,terpromosi plak...

p/s : aku rasa aku kenal la dgn ko ni aisyah...




aku x amalkan petua ni...kan aku tulis tadi ''petua utk mereka yg alami masalah jerawat''....aku x der jerawat jadi x payah la amal...keh keh...angkat bakul plak aku ni..

p/s : ko kenal aku yer..?? aku pun kenal ko...wahaha...abila ni cengeng tau klau korg nak tau...oppppsss...tercakap dah..

__________________
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



aSya was here ..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 108
Date:

dah bertukar jadik rerama plak asya nih...ah,apa cengeng2...mana ada aku cengeng..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1745
Date:

tak baik cik melor ngko ngumpat aku... kang aku antar jin santau ngko baru kau tau.... aku ada hal tadi,,emergensi tau...

__________________
the_gas_bee.gif Apa hal tengok aku kencing!!?


Super Member

Status: Offline
Posts: 1114
Date:

alololo cek am....sedih la pulok aku ngko kata gitu....meleleh leleh airmata ni....tu bukan ngumpat...tu namanya kutuk2 manja....bukan ke aku puji tu kata ngko pencite aiwan....tu kan sipat terpuji lagi murni....dah mbiak ke aiwan2 kat umah ngko tu..leh la dibagi2 kan pada kekawan kita kat sini eh...


 


 


p/s...emejensi napa...



__________________
~~~~melurr harum di hujung halaman....


Super Member

Status: Offline
Posts: 1745
Date:

tak aihh... aku gurau jer..mana aku sampai ati nak santau member sendiri..nati takder la orang nak teman aku ngumpat mister rie...

__________________
the_gas_bee.gif Apa hal tengok aku kencing!!?


Super Member

Status: Offline
Posts: 1114
Date:

huhu cek am...aku pasni dah takleh teman ngko dah...ngko ngan asya je la malam2...aku doakan ngko slamat mengasah minda merapu...kalo tepu tgh2 malam ngko baca la post2 aku yg kutuk ngko tu....mesti datang baliknya idea....slamat jalan romeo....biar saja ku sendiri...huhu...



__________________
~~~~melurr harum di hujung halaman....


Super Member

Status: Offline
Posts: 1745
Date:

ai...ai..merajuk nampak...asya bukan slalu pun ada... lagi pun tak der chemistry la aku ngan dia...tak serasi nak ngutuk...(asya jgn mara aaa...nak pujuk si melurr nie, kn la gunakan ayat power skeet)...

__________________
the_gas_bee.gif Apa hal tengok aku kencing!!?


Super Member

Status: Offline
Posts: 1114
Date:

am...maap le aku tersepak pasu kat umah ko ritu...kalo retak meh ambik gam gajah ni tampal balik...baru bseri ruang tamu ngko nnti....huhu....


ehekkss...dengo lagu serasi ingat la kat aku...huhu...tak yah la pujuk...aku tak majuk ngan ngko.....ngko mmg kawan merapu yg serasi ....tapi takpe la...biar la aku bawa hati yg rawan ni.....



__________________
~~~~melurr harum di hujung halaman....


Super Member

Status: Offline
Posts: 1613
Date:

jgn guna nama aku free2 je am...nak ke cas gak nih..

__________________
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



aSya was here ..


Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:

melur jagnlah merajuk tak baik untuk kesihatan nati cepat lak muka tu naik jerawat dan berkedut....ko pun satu am ko kan tau melur nie manja dan sensitif orgnye jadi jaga lah hati beliau tu baik2

__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1114
Date:

uikss cik biskut...jgn kata gitu....huhu...cik melurr takmo tanggung risiko...hihi...biarlah ku sendiri...

__________________
~~~~melurr harum di hujung halaman....


Super Member

Status: Offline
Posts: 1745
Date:

eleee...aku taip 2 kali jer nama ngko asya..takkan nak kena cas gak kut... kalu nak beli buah pun tokey kedai suruh try dulu dua tigak bijik...ngko nie 'kemut' tul laa..


aku memang tau melurr tu sensitip cik bizkut... tapi aku tak tau apa punyanya beliau jd begitu...dtg bulan kut....?



__________________
the_gas_bee.gif Apa hal tengok aku kencing!!?


Super Member

Status: Offline
Posts: 1114
Date:

takde punca apa...wat pening je ngko pk am....


cik asya.....biarlah rahsia.....ct nyanyi...



__________________
~~~~melurr harum di hujung halaman....


Super Member

Status: Offline
Posts: 1613
Date:


chek_am8848 wrote:

eleee...aku taip 2 kali jer nama ngko asya..takkan nak kena cas gak kut... kalu nak beli buah pun tokey kedai suruh try dulu dua tigak bijik...ngko nie 'kemut' tul laa..
aku memang tau melurr tu sensitip cik bizkut... tapi aku tak tau apa punyanya beliau jd begitu...dtg bulan kut....?




kalau kat sarawak,ko jgn sebut sbrg2 tau perkataan 'kemut' tu...

__________________
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



aSya was here ..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard