Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ASB


Super Member

Status: Offline
Posts: 2362
Date:
ASB


FB_IMG_1482663443218.jpg

 

 Menurut Fatwa Negeri Selangor bahawa pelaburan di dalam ASB dan ASN adalah tidak halal kerana terdapat aktiviti pelaburan yang bercampur-campur yang patuh syariah dan juga yang tidak patuh syariah.

 

Keputusan fatwa tersebut adalah seperti berikut : 

 

"Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-    

 

Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Jafi daripada Ibnu Masud:

 

    Maksudnya : Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal .     

 

Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.  

 

Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.

 

Satu kenyataan dari ketua Islamic Capital Market Department, Mohd Radzuan Ahmad Tajuddin telah mengeluarkan surat kepada sebuah bank pada 12/2/2009 mengatakan bahawa ASB dan ASN telah tidak mematuhi garis panduan patuh syariah dalam Islamic Unit Trust Fund.

 

 

.......

 

 

Boleh kira balik berapa wang asal pelaburan kita, yg itu halal boleh di gunakan kerana ianya wang kita sendiri. Dividen daripada pelaburan yg tak patuh syariah seperti ASN/ASB maka dividennya di kira tak patuh syariah maka boleh kita berikan kepada fakir miskin atau buat kerja-kerja pembaikan jalan raya, longkang, pondok bas  atau tandas awam untuk kegunaan umum. Kita lakukan adalah untuk menyalurkan kepada tempat yg bermanfaat tetapi bukan niat sedekah.



Attachments
__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard