Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kuarters yg menyeramkan


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 49
Date:
Kuarters yg menyeramkan


Apakhabar kwn2 semua? Lama aku menyepikan diri dr blog ni.. Pak badar sht ke biggrin.

   Ni aku ada satu citer ni. Kejadian ni x berkaitan dgn citer rmh besar tu.

Citer ni jadi masa aku dpt 1st kenaikan pangkat dulu. Masa tu ank2 aku msh kecik lg. Memang adatla bila naik pangkat kami para misi2 sedunia ni kena tukar tmpt keja.. Dipendekkan citer aku dpt posting kt tmpt yg agak pedalaman. Nk cr rmh sewa pun susah so aku ambk keputusan utk menyewa kuarter hospital tmpt aku keja tu. 

 Bila dah dpt kunci aku terus pi tgk keadaan kuarters tu. Masyaallah. Keadaan kuarters tu agak teruk. Cat2,di dinding agkotor dan berconteng. Nmpk mmg tak terurus langsung. Sampah merata2 di tinggal oleh penghuni sebelumnya.

Aku ambik keputusan ambik cuti seminggu utk kemaskan kuarters itu. Aku request kt pejabat supaya pihak pengurusan cat kembali kuarters itu tp jawapan yg aku terima agak mengewakan. Tunggu pengarah lulus dulu br blh cat dan aku tau bila kerani tu jawab mcmtu dah sahla 2 3 bulan prosesnya. Aku tak blh tggu smp tempoh tu sbb aku akan mula kerja dlm masa seminggu dan aku perlu utk bawa anak2 aku tggal sekali sbb aku mmg tak boleh pisah ngan diaorang.

So aku pun ambik keputusan cat rumah tu sdr. Masa aku tengah mengecat rumah tu memang agak bising jgk suasana dengan bunyi orang menumbuk lesung, pintu ditutup agak kuat. Bunyi mcm orang atas tengah alih perabotla. Mcm2la. Dalam hati aku bersyukur jgkla sebab agak ramai jiran2 kt kuarters tuno. Akhirnya dlm masa 3 hari aku siap mengecat dan membersihkan rumah tu. Lps tu barulah aku pasang tikar getah dan membeli 2 3 barang perabot dan peti sejuk. Yang oenting2 aja aku beli sbb aku xmau susah payah nak mengangkut barang2 bila aku kena tukar plk nanti.

Untuk pengetahuan korang kuaters aku duduk tu tingkat 2. Lenguh jgkla kaki ni dok turun naik tangga. Aku tak kenal sapa2 lg kt tmpt tu.lgpun aku tak pernah terserempak dgn jiran sepanjang 4 5 hari aku kt situ. Semua benda aku buat sendiri. Husband pulak xdak sbb keja outstation utk beberapa bulan. Husband aku kerap keja luar. Jadi hanya aku saja yg menguruskan anak2 dan rumahtanggano.

Bila semua dah tersedia aku pun pindah masuk dgn anak2 aku yg dua org tu. Malam pertama tggl situ kami dah di duga dgn hujan ribut yg agak kuat smp bekalan elektrik terputus pada pukul 1 pagi. Bilik jadi agak panas so aku pun bukak tingkap sikit utk bg angin masuk. Utk pengetahuan korang bilik tidur aku n anak2 berhadapan dgn rumah mayat tapi jaraknya jauh jgkla dlm 200m tp kedudukan bilik dgn rumah mayat mmg xde halangan apa2 so aku blh nmpk dgn jelas rmh mayat tu. Mlm tu hujan smkn lebat dgn kilat sambar menyambar. Guruh berdentum dentam. Hati aku dah mula cuak. Dgn gelap bekalan lektrik xde. Aku smkn tak keruan. Ank aku yg kecik menangis takutkan guruh. Lepas tu aku teringat aku ada bawak lampu emergency. Tp lampu tu ada kt bilik depan. Aku mmg dah takut nk keluar. Aku panggil anak sulung aku utk teman aku. Dia ni klu tidur lempar bom kt dia pun xjaga. Tidur mati. Puas jgk aku memanggil dia baru dia jaga. Dalam mamai2 dia teman aku. Masa tu umo dia baru 12 thn. Adik plk 4 thn. Jauh beza umo diaorg. Dalam tergagau gagau pi cari lampu tiba2 terdengar anjing menyalak mendayu2. Ya tuhan aku hampir terduduk sbb takut sgt. Anak2 aku peluk aku terketar2. Kesian aku kt anak2 aku.

Aku gagahkan diri utk pi ambk lampu tu. Lps tu aku cepat2 maduk bilik dan kunci. Lama jgk bekalan lektrik terputus. Aku tak tido dok kipas anak2 tido. Lagipun aku takut jadi apa2 klu aku tido nanti. Anjing terus menyalak mendayu2. Seram aku sampai rasa mcm nk lari keluar je dari rumah tu. Tp aku nk pi mana. Xdak kenalan lagi dan hotel pun xdak kt situ... Maka terpaksala aku bertahan kt situ..

 

Nanti sambung lagi ye. Penat dah jari ni.biggrinbiggrin

 

 

 



__________________

BLUEEESSS FOREVER... AHAK..AHAK..



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 40
Date:

bukan ko jak yg menyepi diri misimaria.... sunyi sepi group ni confuseconfuseconfuse... mungkin masing2 pegi bertapa...... ambik feel kata urang putih biggrinbiggrinbiggrin hehehe

selalu juga Dang intai group ni, tapi xder citer baru.... dang logout lagi.....

nampaknya setakat ini hanya kita berdua yg mengetuk pintu bilik ini.....



__________________

Allah itu Ada...



Newbie

Status: Offline
Posts: 2
Date:

Mana smbungan ceritanye...???


__________________
TEPH
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard