Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Di rindu arwah


Senior Member

Status: Offline
Posts: 302
Date:
Di rindu arwah


bismillah.jpg

Alhamdullilah berkat kesabaran dan usaha gigih Shah,dia telah berjaya menawan hati aku...bila terkenang masa dulu aku sungguh2 punya tak mau dekat Shah atas dua sebab pertama dia dah tua sangat buat aku dan kedua dia tak berapa hensem..huhu tu..tu dulu masa tu aku akal tak berapa cerdik lagi.Bila dah kian besar kian matang ni soal tu semua dah tak penting yang paling penting dia sentiasa ada untuk aku,saat suka duka..aku sentiasa dapat sokongan dari dia.

Tapi biasa la hubungan manusia ni ada pasang surut ada keruh jernih dia kan..sepanjang usia hubungan kami ni aku memang menangkan Shah bab mengalah ni,kita yang muda2 ni memang cukup suka la kan bergaduh pasai benda remeh temeh ni kan...tapi bagi Shah dia hadap benda ni semua dengan steady ja sekali pun dia tak pernah melatah.

Bila dok saja2 tu ramai setan dok lepak sekali mula la terasa bosan la tu la bla..bla..bla..laaa,mulut aku dengan perkataan putus ni memang serasi dah tapi Shah..urmmmm..steady ja dia handle perangai aku yang kadang2 macam tah apa2..aku sendiri pun meluat..hoho

Aku ingat Shah hadap perangai aku tu sebab dia terlalu sayang dan tak sanggup hilang aku tapi aku silap,aku meletakan keyakinan yang dia akan setia pada aku melebihi dari rasa risau yang dia mungkin akan tinggaikan aku.Aku tak sangka malam dia ajak aku jumpa berdepan dengan aku dan dengan tenangnya dia kata dia lepaskan aku.Macam2 dia kata..dia keluarkan semua dia yang buruk untuk pengetahuan aku.Dia kata dia jahat,dia tipu aku selama ni,dia ambik dadah la dia main perempuan la macam2 yang tak elok aku dengaq malam tu.

Kepala hotak aku tak boleh nak proses dengan cepat semua kenyataan dia,seketoi perkataan pun tak terkeluar..aku terasa tiba2 aku telah di tendang keluar dari dunia dan aku ada kat mana pun tak tau la masa tu.Last sebelum Shah blah tinggai aku terkontang kanting kat situ dia cium tangan aku dan aku rasa ada titisan air yang menitis dekat tangan aku yang dia kucup.Nasib baik la kami mai berasingan kalau tak,tak pasai2 kena tahan rapid aku malam tu..

Aku terduduk dekat situ lebih kurang 30 minit jugak dengan harapan yang Shah akan patah balik dan pujuk aku..tapi harapan aku meleset..masa tu la baru otak aku dapat proses sesuatu..tanpa di suruh2 air mata aku mengalir dengan lajunya..aku salahkan diri aku masa tu,apa yang aku dah buat selama ni ada doa2 yang lani dah jadi kenyataan.

Shah dah tinggai aku,padan muka aku.Dekat seminggu aku memaksa diri untuk tenang terima kenyataan dan pura2 macam aku ni kuat..tapi bila malam aku menangis depan tuhan macam gila,tak dak kawan yang serasi tuhan yang mampu menghilangkan rasa sedih yang aku tanggung..

Lepas tiga minggu baru kawan baik aku Umi tau pasai berakhirnya hubungan aku dengan Shah,tapi bukan dari mulut aku..dari sms Shah,dia suruh Umi tengok2 kan aku..Shah balik dan reja terus dekat kampung dia,sebelum ni dia memang duduk 1 negeri dengan aku,dan kali ni aku nangis dengan gilanya depan Umi..nangis,nangis,nangis tu jala yang aku mampu.

Aku yakin yang Shah tekad dengan keputusan dia dan dah tak dak harapan lagi dah..apa yang aku perlu buat adalah berhenti berharap.Hari berganti hari,minggu berganti minggu bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun aku masih lagi single..huhu sadis sangat,Umi pun dah nak bertunang..

Kadang aku mengacum depan tuhan kenapa hidup aku ni tak seindah hidup orang lain,aku pertikaikan segala yang tuhan rancang untuk aku sedangkan perancangkan tuhan adalah yang terbaik.Aku buta soal tu..aku salah,aku berdosa...

Lagi 2 bulan ja kita dah nak puasa,aku tak sabaq rasa nak jumpa ramadhan lagi,aku nak perbanyakan ibadah aku nak lebih fokus dengan ibadat aku..dok seronok terkenangan ramadhan tiba2 aku terima system pesanan ringkas dari 1 number yang aku macam familiar tapi aku tak ingat.Dia bagi salam..so apa yang aku buat,aku save number tu dan aku try cari kat whatapps kot2 dia ada letak gambar dia,tapi malangnya dia tak dah whatapps aku rasa.

Sekali lagi masej masuk,abang ni..Idah sihat? Ya Allah ya tuhanku berderau darah aku..Shah ja yang taip nama aku Idah,yang lain taip Ida jaa..lepas aku dapat mesej yang kedua tu aku tiba2 sedih sangat,happy sangat aku tak tau pasai pa...aku tak terus jawap mesej dari Shah..keesokan hari tu baru aku reply dengan tak dan sat Shah reply balik aku..

Kami berbual seolah2 tak pernah terjadi apa2 antara kami.

'Abang sihat?'

'Abang macam ni la Idah kena dok hadap hukuman dari tuhan,kadang kena sengat kadang kena patuk,kadang kena lilit'

Aku tersentak dengan jawapan dia bagi pertanyaan aku tadi,aku pelik dia ni melawak apa semacam ja bunyi tu.Tapi aku tak persoalkan sebab aku menganggap yang Shah hanya niat nak bergurau ja dengan aku.

Aku dah mula selesa dengan Shah,dekat 2 minggu kami mesej tapi yang aku pelik Shah lansung tak pernah call aku sepanjang kami mula berhubung balik..tak macam dia yang dulu selalu call nak cakap dengan aku.Kadang aku mula rasa was2 dengan dia tapi aku kenai Shah lama dah..cara dia mesej aku tu aku percaya yang tu dia.

Kami tak pernah cakap pasai dulu2 kami banyak sembang pasai hidup kami yang lani.

Satu malam tu Shah ajak nak jumpa aku,walaupun aku segan nak jumpa dia tapi aku setuju,Shah ajak jumpa dia dekat parking lot rumah sewa dia yang dulu.Aku pelik jugak punya lama tak jumpa tu ja ka tempat yang sesuai?Aku cuma iakan saja la..tak pala lagi pun tempat tu luas dan cerah..aku masih ingat lagi kat mana dia park reta dia,setibanya aku kat situ aku tengok reta dan moto dia terletak berdekatan..yang aku pelik keadaan reta dan moto dia tu seolah2 macam dah lama tak bergerak atau mungkin sebab tayar moto dan reta dia dah pecah sebab tu dia biarkan tersadai?Ya Allah macam2 yang bermain dalam permikiran aku.

Kata nak jumpa pukul 11pam tapi dah nak dekat pukul 12pm dia tak muncul2 lagi..mesej2 aku pun dia tak reply,last aku dah tak boleh tahan lagi terasa macam sengaja di permainkan so aku decide nak bagitau dia yang aku dah tak boleh nak tunggu dah dan aku nak balik.

Tiba2 aku nampak Shah keluar dari dalam reta dia,tapi tadi masa aku tinjau2 aku tak nampak pun dia dalam reta?Aku mula rasa pelik dengan Shah.

'Maaf la lambat tadi turun p beli makan untuk tom(kucing yang Shah bela)'

'Abang turun dengan reta ka?'aku cuba bertanya,tapi Shah hanya tersenyum melihat aku.

'Lama abang tak tengok Idah'sambil Shah menyentuh lengan aku,aku sempat mengelak tapi masih dapat merasa suhu sejuk yang melampau dari tangan Shah.

'Abang tak sihat ka?nampak muka abang pucat semacam ja?'

'Ermm,maaf la abang memang tak berapa sihat'

'Kalau abang tak sihat tak pala lain kali kita boleh jumpa kan'

'Abang risau kalau tak ada peluang untuk lain kali'kata Shah sambil dia menunduk ke bawah seolah2 dia menyembunyikan sesuatu.

'Abang sebenarnya nak jemput Idah mai kenduri,mak dengan ayah ada buat kenduri arwah sikit dekat kampung..sambil2 tu boleh la Idah kenai2 mak dengan ayah kan'

'In syaa ALLAH,kalau tak ada halangan Idah p la bawak mak sekali boleh nah?'

'Boleh,Idah bawak mak dengan abah sekali pun boleh..ni alamat rumah abang,abang tak boleh nak tunggu p sekali dengan Idah sebab nak kena tolong2 sikit apa yang patut kan'

'Tak pala,Idah paham..ni alamat dengan peta ni dah ada senang la sikit..kalau Idah sesat Idah call la abang k'

'Boleh..apa2 Idah call abang'

Lepas ja malam yang kami jumpa tu,Shah dah tak mesej aku.Aku berasa pelik jugak..dan aku pun tak rasa nak mesej atau call dia pun..sampai la hari kenduri arwah kat rumah dia tu sebelum bertolak aku ada mesej dia.

'Idah dah nak bertolak ke rumah abang'aku mesej dia dan macam biasa tak dan sat dia reply mesej aku.

'Baik,Idah hati2 bawak reta..abang tunggu Idah abang nak jumpa Idah kat kampung'

Lepas aku dapat mesej dia tu aku rasa lega,dan aku mulakan perjalanan ke kampung Shah dengan perasaan yang bahgia 1 macam.Perjalanan yang lancar dan sangat menabjukkan bahawasanya aku tak sesat dan aku selamat sampai kampung Shah,memang ada kenduri sebab aku tengok ramai orang kat rumah dia.

Shah tunggu aku dekat pintu pagar rumah sebelum masuk kedalam perkarangan rumah dia,sayu dia pandang aku

'Sampai jugak sayang nah'kata Shah sambil dia senyum pandang aku.

Aku tersentak,dekat lebih 2 tahun aku tak dengar perkataan tu dan hari ni saat ni aku dengar balik dari mulut Shah,dan aku yakin aku mampu hadiahkan Shah peluang yang kedua.Aku tersenyum malu depan Shah.

'Abang nak mintak maaf,abang tinggaikan sayang macam tu saja..abang buat sayang sedih,abang buat sayang merana..tapi lepas hari ni sayang akan tau punca kenapa abang buat macam tu,abang tak dak niat pun sayang..abang mintak maaf..abang nak tengok sayang bahagia macam orang lain jugak'

Tanpa aku sangka air mata laju membasahi pipi aku,aku mula rasa Shah jodoh aku..sejauh mana selama mana kami terpisah akhirnya kami bersatu jugak.

'Sayang maafkan abang dari dulu lagi,jauh dari sudut hati sayang2 sangat2 merindui abang..sayang akan bagi abang peluang yang kedua,sayang akan bagi abang peluang untuk tawan hati sayang lagi sebab sayang terlalu cintakan abang'aku tak dapat mengawal air mata aku2 tak dapat mengawal perasaan aku..walaupun banyak pasang mata yang memandang aku namun aku tak peduli.

'Sayang..dunia kita berbeza..abang tunggu sayang dalam syurga nanti in syaa ALLAH sayang..abang sayang sayang'

Tiba2 pandangan aku menjadi kelam..dan aku jatuh pengsan..

Aku keliru dengan ungkapan terakhir Shah tapi aku yakin ada penjelasan di sebalik semua kekeliruan ni.Aku terjaga dalam pangkuan mak..aku nampak ramai manusia mengelilingi aku..tapi wajah yang ingin aku lihat tu tak dak..memusing aku cari tapi tak dak..

'Abangg.....abangg...'dengan kudrat yang ada aku cuba panggil Shah.

'Adik cari sapa sebenarnya?'

'Saya cari Shah mak cik'mak cik tu tiba2 tersentak dan air mata dia mengalir

'Anak ni Idah ka?'mak cik tu pula menyoal aku..

'Aaaa..saya Idah'

 



-- Edited by cesilia on Monday 11th of July 2016 07:00:40 PM

Attachments
__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 302
Date:

'Malam tu Shah tiba2 balik kampung..dia kata nak bincang pasai nak masuk merisik Idah,katanya semua dah cukup dan dah bersedia nak pikul tanggungjawab jaga Idah keluarga dan anak2 yang bakal Idah lahirkan untuk dia..sekian lama mak cik tak tengok Shah seronok sungguh rancang masa depan dia..dan mak cik sebagai ibu restu dan sentiasa doakan yang terbaik untuk dia'

Air mata aku sentiasa mengalir tanpa disuruh2.

'Malam tu malam bahagia disulam malam derita,kami semua dapat tahu pasai penyakit yang Shah hidap selama ni,lepas dia tiba2 mengadu sakit kepala sangat dan jatuh pengsan'

'Mak cik redha dengan dugaan dan ketentuan tuhan ni,Shah mengidap barah otak'

'Mak cik kata apa yang dah kita rancang kita teruskan saja kita kena percaya yang ajal maut ni dekat tangan tuhan'

'Lepas dia balik sana mak cik dapat panggilan dari dia..dia kata Idah tak boleh terima dia'

'Tak,tak..mak cik abang Shah terus putuskan hubungan kami tanpa Idah tau sebab dan punca dia..dia tak terus terang pun dekat Idah'

'Mak cik tau..sebelum dia hembuskan nafas dia yang terakhir dia ada berterus terang dengan mak cik,mak cik cuba2 jugak cari Idah tapi tak dapat jumpa'

'Hari ni mak cik dapat jugak jumpa Idah,hari ni jugak Shah dah 44 hari pergi meninggalkan mak cik'tiba giliran aku memelok dan menenangkan mak abang Shah aku..aku redha dengan pertemuan singkat antara aku dengan 'abang Shah'.

Aku sentiasa rindukan abang Shah,walaupun jasad kami tak bersatu di bumi tapi jiwa,kasih dan sayang aku sentiasa dekat dan mengiringi abang..aku semakin rapat dengan ibu(mak arwah abang Shah) walau tak dak ikatan kekeluargaan tapi ibu dan ayah menganggap aku macam anak depa ja..dan aku seronok dapat mengembirakan hati kedua ibu dan ayah abang Shah aku..



-- Edited by cesilia on Monday 11th of July 2016 07:02:40 PM

__________________

aNAK maK abAH akU

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard