Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisah Misteri di Sebuah Rumah Bujang (COPY&PASTE)


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:
Kisah Misteri di Sebuah Rumah Bujang (COPY&PASTE)


Just nak share ..tak la seram sangat ,kebanyakkan misteri je ..

Masa : September, Oktober, Disember 2011
Tempat : Rumah Bujang
Mangsa: Saya dan housemate
Suspek : Tak tau

Kisah September

Rumah sy dok tu, ada 4 bilik. Masa tu, ada 2 penghuni jek. Sy dan housemate sy. Dia dok bilik depan, sy lak dok bilik no 2. Membe sy ni, dia ske ketuk pintu bilik sy, nak check sy ok ke tak.Kadang2 berbual-bual la kejap. Hampir setiap malam dia wat camtu.

Adala satu malam ni, sy baru jek baring nak tdo dalam pukul 11. Setengah jam pastu, sy terdengar la ada bunyi ketukan kat pintu. Sy ingatkan housemate sy tu. Baru jek sy nak bangun bukak pintu, tetiba suara hati ni kata, Jangan bukak pintu tu, nanti ko takut... Berkali- kali suara tu cakap benda sama. Sy pun baring la balik, tak fikir pape sangat, pastu terus tertdo.

Esoknya, sy tanyala housemate sy tu, ada ketuk ke pintu bilik sy semalam. Dia kata takde. Dia tanyala pukul bape pintu kena ketuk. Sy jawabla 11.30pm. Dia pon kata, dia balik pukul 1 am. Sampai je umah dia terus masuk bilik dia, tdo.

Bila dia kata camtu, barula sy teringat sesuatu. Selalunya bila dia balik, sy leh dengar dari bilik sy (walaupun pintu bilik sy tutup) bunyi kunci2 dia, pastu bunyi dia bukak pintu bilik dia. Memang leh dengar jelas. Pastu, pas dia ketuk, dia akan panggil nama sy la.Tapi malam tu, memang takde bunyi pape pun. Lam hati, tertanya gak, klu bukak pintu masa tu, apela jadi..


Kisah Oktober

Masa ni, housemate sy bertukar dah. Housemate yang pertama tu, dah balik tempat asal dia. Kejadi an pertama bulan oktober ni, berlaku masa tengahari. Tetiba sy rasa nak tutup kipas, pastu mute kan laptop. Memang senyap sangat suasana masa tu. Tak lama lepas sy wat camtu, sy dengar nama sy dipanggil. Sekali jek, tapi cukup jelas. Suara pompuan. Sy pun pelik la, area ni, manada orang panggil sy dengan nama panggilan tu. Malas nak fikir pape, sy on kan kipas balik, pastu wat2 bz.

Kejadian kedua lak, tak lama pastu. Housemate baru ni nak balik bercuti lama, sebab dia nak kahwin. Seminggu pas dia balik, pukul 11 pm, sekali lagi pintu sy diketuk. Sy pun bukak la pintu. Masa bukak pintu tu, sempat gak terfikir, takkan cepat sangat dia balik. Bila bukak je, tengok- tengok takde orang pun!. Sy rasa tak puas ati, sy pergi check satu rumah. Memang takde orang pun. Lam hati masa tu, takdela takot, tapi rasa geram la. Apa kes nak ketuk-ketuk pintu. Sejak hal tu, sepanjang masa housemate sy takde, sy bukak je pintu bilik masa tdo. Haaa, amik ko, takle ketuk2 dah.. Syukurla, takde pape berlaku.


Kisah Disember

Ada 2 orang budak baru masuk rumah. Sorang melayu, sorang india. Dorang dua, dok bilik no 3. Sy sembang-sembang la ngan dorang dalam bilik no 3 tu. Tengah syok sembang, tetiba dengar bunyi ringtone handset. Membe sy yang melayu ni pun katala, Haa, hp sape bunyi tu... Pastu kami masing2 sibuk la check hp. Selalunya, membe india tu, charge hp dia luar bilik, tapi masa kejadian ni, hp tu ada kat sebelah dia. Bila sy ngan membe melayu sy tu sedar tentang hal tu, kami pun saling berpandangan sesama kami. Dua2 taknak komen pape. Sy pun terus bangun, dan pergi check keadaan kat luar bilik dan bilik sy. Masa tu, laptop sy tak on pun. Lam hati, ah sudah, pandai lak dia main ringtone dia..  Sy masuk bilik no 3 tu balik, dan cepat-cepat tukar topik lain. Taknak ungkit pasal hal ringtone tu.

Kejadian kedua, terjadi kat membe melayu tu pulak. Jam 2.30 am, dia baru jek pas keluar toilet. Tetiba dia dengar bunyi kerusi kat meja study kat ruang tamu depan kena tarik. Dia pon terus lompat atas katil dia, tutup pintu. Pukul 4 am baru dia boleh lelapkan mata balik. Membe yang india tu lak tak sedar pape, memang tdo lena jek sampai pagi.

* Masa kedua- dua kejadian ni berlaku, housemate yang kahwin tu memang tak balik lagi.



__________________

" don't wait for the perfect moment, take the moment and make it perfect "



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 49
Date:
Kisah Misteri di Sebuah Rumah Bujang (COPY&PASTE)


pastu... ada lg tak?

__________________

BLUEEESSS FOREVER... AHAK..AHAK..



Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

tak de dah misimaria , lepas tu i dah pindah ke tempat lain .. tak de dah gangguan semua ,nasib baik tak muncul depan mata ...setakat kacau buat bunyi je :D

__________________

" don't wait for the perfect moment, take the moment and make it perfect "

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard