Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: CINTA SEEKOR JIN


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:
CINTA SEEKOR JIN


Assalamualaikum..

Cerita kali ni pasal makcik aku yang bongsu pulak..Cerita ni diceritakan sendiri oleh nenek aku sebab aku masa ni belum lahir lagi...Aku ceritakan dalam bentuk cerita supaya lagi sedap baca,key.

Aku punya makcik yang bongsu ni,biar aku namakan Laila.Laila orangnya sangat cantik.Nenek aku sebenarnya orang cina.Dalam 9 orang anak dia,Laila yang paling cantik.Kulit putih melepak,tinggi lampai,mata bulat dan macam2 lagilah.Pastu Laila ni orangnya pandai masak dan pandai mengaji.Kalau dia baca Quran,boleh hilang sakit kepala dengar dia punya suara.Makanya ramailah pemuda2 kampung dok lalu lalang depan umah nenek  sebab nak usha Laila.Tu belum lagi orang2 tua yang nak ambik Laila jadik menantu..blankstareLaila berkawan baik dengan tiga orang anak gadis di kampung mereka.Panggil mereka Ita,Mai dan Som.Mereka berempat bekerja di sebuah kilang yang sama di pekan S.Bezanya,Laila sebagai kerani sementara rakannya yang lain cuma operator biasa.Setiap pagi,mereka akan menunggu van kilang bersama2 di simpang jalan.

Pagi tu,sesampai di kilang,suasana agak rancak dengan perbualan pekerja2 di kilang.Masing2 riuh memperkatakan tentang pengurus kilang yang baru bertukar bertugas di kilang tersebut.Hensemlah,mudalah,kayalah dan macam2 lagi.Laila cuma tersenyum nipis melihat gelagat Som,Ita dan Mai yang turut sama menunjukkan minat terhadap pengurus baru itu.Tepat seperti jangkaan,pagi itu mereka diperkenalkan dengan pengurus baru yang tampan dan bergaya.Namanya Azhan.Tersenyum2 semua pekerja wanitanya di kilang tersebut.Namun sayang,Azhan menunjukkan minat yang mendalam terhadap Laila.Matanya tidak lepas memandang Laila.Ibarat cinta pandang pertama.Keadaan ini disedari oleh pekerja2 yang lain.Ramai yang mendengus dan menjeling cemburu terhadap Laila.Pada mulanya,Laila tidak melayan semua ajakan dan perlawaan Azhan.Namun lama kelamaan,Laila terpaut juga dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Azhan.Dipendekkan cerita,akhirnya Laila berkahwin dengan Azhan.Majlis mereka diadakan dengan meriah kerana Azhan merupakan anak tunggal dalam keluarga.Tambahan ula Azhan berasal dari keluarga yang berada.Setelah berkahwin,Laila telah berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa.

Semenjak berkahwin,Laila merasakan perubahan yang mendadak pada dirinya.Tubuhnya sering lemah dan lesu.Wajah Laila juga semakin kusam.Laila seolah2 hilang minat terhadap semuanya.Selera makan hilang,Tubuhnya menjadi kurus kering.Rambut Laila yang cantik beralun sebelum ini pun menjadi keras dan kasar.Tidur malam Laila sering dihantui dengan mimpi yang pelik2 .Yang nyata,(ni agak lucah skit.Harap blh open minded ya).Laila sering bermimpikan seorang lelaki yang sangat kacak dan romantis di dalam mimpinya.Lelaki ini sering memujuk rayu Laila hingga mereka terlanjur mengadakan hubungan intim di dalam mimpi.Anehnya,meskipun cuma mimpi,Laila merasakan kepuasan sehinggakan dia tidak lagi mahu memenuhi permintaan suaminya.Laila merasakan dia telah jatuh cinta kepada lelaki itu yang dipanggil Uda.Azhan pula tiba-tiba merasa bosan terhadap Laila.Laila dilihat seperti wanita tua yang sangat selekeh dan tidak pandai menguruskan diri sendiri.Ditambah dengan sikap Laila yang sering menolak ajakan dan kehendak Azhan.Hubungan mereka semakin tegang.Azhan dan Laila ibarat tidak bole bertemu.Pasti akan bertengkar hebat.Keadaan ini berlarutan sehingga 6 bulan.Selama itu,Azhan semakin jarang pulang ke rumah.Desas desus mengatakan Azhan ada affair dengan pekerja di kilangnya.Laila pula semakin hanyut dalam dunia cintanya bersama Uda meskipun hanya dalam mimpi.Laila tidak lagi membaca Al Quran dan bersembahyang seperti dulu.Dia ibarat ketagih dengan hubungan intim bersama Uda.Sehinggalah suatu hari,ibunya datang ke rumah Laila bersama ayahnya untuk menjenguknya kerana Laila tidak pernah pulang ke kampung setelah berkahwin.Setelah 3 kali salam tidak bersahut,ibunya membuka pintu yang tidak berkunci.Kelihatan rumah yang bersepah dan tunggang langgang.Ibunya terkejut kerana Laila seorang yang sangat pembersih.Mana mungkin dia membiarkan rumah tidak terurus seperti ini.Mereka melangkah ke tingkat atas rumah.Sampai di satu bilik,apabila dibuka,alangkah terperanjatnya mereka apabila melihat Laila terbaring di atas tilam dengan tubuh yang diselaputi najis.Melihat Laila yang kurus kering seperti mayat hidup,rambut mengerbang seperti perempuan gila.

'Laila...Laila...bangun nak..kenapa ni Laila...Ya Allah.."

Laila cuma membuka matanya.Apabila dilihat wajah ibu dan ayahnya,terus Laila duduk dan menepis tangan ibunya..

"Hei...kenapa kau masuk rumah aku?pergi!Jangan ganggu aku.Abang Uda aku nak datang kejap lagi.Dia x suka tgk korang ada kat sini"..

"Heh..apa kau melalut ni Laila?Uda mana pulak ni?Laki kau mana?knapa dia biar kau macam ni?"Marah ayahnya pula.Laila merungut2 tidak tentu butir.Dia cuba menolak ibu dan ayahnya keluar tapi kudratnya terbatas.

"Bang,saya rasa ada yang tak kena dengan budak2 ni.Apa kita nak buat sekarang ni?Abang cuba telefon Azhan.Suruh dia balik tengok bini dia ni"

Ayah Laila cuba menghubungi kilang tempat Azhan bekerja.Waktu tu penggunaan telefon bimbit masih belum meluas.Namun Azhan x dapat dhubungi.Menurut kerani kilang ,Azhan dah seminggu x masuk kerja.Mereka juga x dapat mengesan di mana Azhan berada.Akhirnya,Ayah Laila terpaksa pulang semula ke kampung bagi meminta bantuan dari jiran2 untuk membawa pulang Laila.Mereka datang ke rumah Laila menaiki bas.Jadi dia terpaksa meminjam kereta jirannya untuk membawa Laila.Tinggallah ibu Laila yang menunggu anaknya di rumah itu.Semasa ketiadaan ayahnya,Laila mula meracau.Ibu yang cuba menenangkan dimaki hamun sesuka hati

"Aku kata pergi dari sini!Kejap lagi abang Uda nak datang.Dia X suka kalau ada orang lain masa dia datang.."

"Ya Allah Laila...Mengucap,nak mana ada orang nak datang Kejap lagi ayah datang ambik kita ya,Laila.."

Tiba2 mata Laila mengecil.Senyuman terukir di bibirnya..Ketawa kecil kedengaran dari bibirnya.

"Aku dah suruh kau berambus awal2 kau x nak.Sekarang abang Uda dah sampai.Nasib kaulah lepas ni apa nak jadi"

Seluruh bilik tiba2 berbau wangi.Ibu Laila melingas memerhati sekeliling bilik.Mencari punca bau tersebut.Apabila di berpaling semula kearah Laila,kelihatan Laila tiba2 berpakaian seperti seorang puteri purbakala.Laila berubah dari kurus kering tidak terurus kepada wajah asalnya yang cantik.Senyuman Laila kelihatan sungguh menawan.Ibu Laila terkejut dan beristughfar sendiri.Tiba2 dia merasakan angin panas melingkari dirinya dan bammmm!!!Ibunya terhumban keluar dari bilik.Sebaik dihumban keluar,pintu bilik terus tertutup.Sayup2 ibunya mendengar suara Laila ketawa dan mengerang manja seperti orang yang sedang berhubungan intim.Kemuadian dia terus pengsan.

"Esah..Esah...bangun.Kenapi ni?Laila mana?"Terasa pipi ditepuk2.

Makcik Esah membuka mata dan melihat kelibat suaminya bersama jiran mereka,Pak Mahat.

"Bang,cepat selamatkan Laila.Saya kena sendiri,bang.Benda tu lempar saya keluar bilik.Cepat bang"..Mak Esah menangis sambil menggoncang tangan suaminya,Pak Samad.

Pak Samad cepat2 membuka pintu bilik Laila dan masuk sambil diikuti oleh Pak Mahat.Suasana sejuk terasa mencengkam tulang.Bau busuk menusuk hidung.Apabila suis lampu dihidupkan,kelihatan kelibat seperti bayang keluar melalui tingkap bilik yang terbuka.Pak Mahat yang melihat perkata itu hanya mendiamkan diri dan membaca ayat2 suci al Quran.Keadaan Laila sangat menyayat hati.Tubuhnya diselaputi dengan najis baru yang sangat busuk.Bibirnya terketar2 dan meracau seorang diri.Nama Uda tidak lepas meniti bibirnya.Cepat2 Pak Samad mengangkat tubuh Laila yang kurus kering sambil dibantu oleh Pak Mahat.Di luar rumah,Sayup2 suara lolongan anjing memecah kesunyian malam.Perjalanan pulang ke kampung terasa sangat lama.Kereta yang diopandu Pak Mahat bergerak terlalu perlahan.Bau wangi terasa mengiringi perjalanan mereka.X putus2 CD ayat Al Quran dipasang oleh Pak Mahat.

Setibanya di rumah,ketika mahu mengangkat Laila ke rumah,kelihatan seekor kucing hitam duduk di tangga rumah.Bulu kucing itu kembang seperti ingin menerkam Pak Samad.Meski sudah dihalau oleh Pak Mahat,kucing hitam itu tetap tidak mahu berganjak.Lantas Pak Mahat membacakan ayat kursi dan 4 Kul dan dihembus kearah kucing hitam itu.Tiba2 kucing hitam itu mengiau kuat dan menerpa ke arah Pak Mahat.Sempat tangan kiri Pak Mahat dicakar dan kucing itu menghilangkan diri.

TO BE CONTINUE

 



__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 3
Date:

Alaaa.... tgh syok2, to be continue la plak..!! mcm citer drama la kan. time best2 tu msti bersambung hahahaha...


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

mandangkan aku suka cerita misteri ...

makanya ... aku mintak adik cik misi aaa ...

menyambung dengan segeera cerita niiii ......biggrinbiggrinbiggrin



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:

dabu77 wrote:

Alaaa.... tgh syok2, to be continue la plak..!! mcm citer drama la kan. time best2 tu msti bersambung hahahaha...


 Yolah2...den sambung.Sibuk sikit ni..Musim hujan cenggini.semput la..batuk la...jatuh pokok la...tersepit pintu la...disbelief



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:

Pak Mahat memegang tangannya yang dicakar kucing itu.Sakitnya menusuk ke tulang.Tangannya mula membengkak dan menghitam.Pelik,,takkan baru kena cakar dah bengkak dan hitam?

"X boleh jadi,Samad.Aku ke rumah Lebai Hamid dulu.Kau bawak anak bini kau masuk.Bacalah apa yang patut.Nanti aku balik."

Pah Mahat tergesa2 berlari anak ke rumah Lebai Hamid yang terletak lima buah berselang dari rumah Pak Samad.Tangannya semakin berat dan panas.Berdenyut2 hingga mengalir air matanya menahan sakit.Baru saja dia melepasi 3 buah rumah,Pak Mahat terserempak dengan Lebai Hamid bersama seorang pemuda berjubah putih dan berserban yang sangat bersih air mukanya.Lelaki itu berusia lingkungan 30 an.Dia menyandang sebuah beg sederhana besar.

"Haa...nak kemana kamu Mahat?Marilah kita terus ke rumah Samad.Teruk budak Laila tu kalau dibiar lama2"...Lebai Hamid seperti sudah tahu tujuan mahat yang tergesa2 itu

"Kejap,bang.Ada yang x kena dengan Pak Mahat ni"..Lelaki muda itu menyentuh bahu Pak Mahat sambil tersenyum.

"Pak Mahat,cuba tengok tangan Pak Mahat ni"

Kelihatan seekor kucing hitam bergayut di tangan Pak Mahat yang sakit.Terkejut,Pak Mahat cuba meleraikan kucing itu tetapi terasa kucing itu semakin kuat berpaut.Pak Mahat menyeringai kesakitan.

"Jangan,Pak Mahat.Nanti makin kuat syaitan ni berpaut."Lelaki itu menanggalkan seban di kepalanya dan melibas kucing itu menggunakan kain serbannya.Sekelip mata,kucing itu lenyap dan Pak Mahat merasa tangannya ringan dan tiada bengkak dan luka seperti sediakala.Pak Mahat memandang lelaki itu seperti tidak percaya

"X payahlah kau hairan,Mahat.Itu semua atas izin Allah jugak.Ni,aku kenalkan adik bongsu aku.Halim namanya.Baru habis belajar agama kat Indonesia tu.Bujang tran tang tang lagi ni.."Sempat Lebai Hamid bergurau.

Mereka bertiga meneruskan langkah ke rumah Pak Samad.Apabila sampai,terasa suasana sunyi sepi.Lebai Hamid memberi salam.Agak lama juga baru pintu rumah dibuka dari dalam.Halim melarang Lebai Hamid memberi salam ke empat setelah 3 kali berturut2 salam mereka tidak dijawab.Kelihatan Pak Samad dan Mak Esah menuruni anak tangga dengan tergopoh gapah.Mereka kelihatan serba salah dan runsing.

"Kenapa Samad?Lain macam saja aku tgk kau ni?Laila baik2 aje ke?"tanya Lebai Hamid

"Itulah,Lebai.Saya pun x tau nak cakap mcmmana.Saya rasa Laila dah kerasukan.Dia koyakkan semua pakaian di badan dia.Dah Bertelanjang bulat dia kat atas tu"Pak Samad menggeleng2 kan kepalanya.Manakala Mak Esah x henti2 mengesat hidung menggunakan selendang yang dipakai.

"X pelah Samad.Inya Allah kita cuba atasi masalah ni dengan izin Allah.Ni adik aku,Halim.Kita sama2 usahakan perkara ni".Lebai Hamid menepuk2 bahu Pak Samad.

"Pak Samad,Jangan lah takut.Ini semua permainan sihir yang ingin memalukan Pak Samad sekeluarga.Saya mintak kalau blh Pak Samad ambil kain selimut yang biasa di pakai oleh Laila semasa dia di rumah ini.Bacakan alfatiha 3 x dan selimutkan dia.Jangan risau,dia x akan dapat mengapa2kan Pak Samad.Saya akan bantu dari sini"Halim memberi arahan kepada Pak Samad.Pak Samad naik ke rumah diikuti oleh Mak Esah.Sementara itu,Halim menyeluk beg sandangnya dan mengeluarkan sehelai daun sirih dan diurut perlahan daun itu.Mulutnya terkumat kamit membaca ayat2 suci Al Quran.Tiba2 terdengar suara Laila yang nyaring menjerit kesakitan.Selang 5 minit kemudian,Pak Samad keluar dan menjemput mereka semua masuk ke rumah.Masuk sahaja ke dalam rumah,suasana sejuk terasa mencengkam tulang.Kelihatan di ruang tamu,Laila duduk bersila dalam keadaan beratib.Tubuhnya bergoyang ke kiri dan ke kanan.Terlenggok2 kepalanya mengikut irama ratib.Rambut panjang Laila terbuai2 dan menutupi sebahagian besar wajahnya.Halim mengarahkan mereka semua duduk agak jauh sikit di belakangnya.Halim bersila rapat di hadapan Laila.Dia tersenyum dan hanya melihat kelakuan Laila.Sedar diri diperhati,Perlahan2 laila mengangkat wajahnya.Masya Allah..Rupa Laila telah bertukar menjadi sangat huduh.Kulit mukanya tersiat dan bersopak mengalirkan air jernih yang berbau sangat busuk.Matanya bulat terpelohong ke dalam.Bibirnya hitam merekah terkelupas.Laila tersengih menampakkan tunggul2 gigi yang berwarna hitam dan berlendir.Mak Esah semakin kuat tersedu melihat anaknya bertukar sedemikian rupa.

"Assalamualaikum,Makhluk Allah"Halim memulakan perbualan

"Celaka,kau.Aku bukan makhluk Allah"..Laila meludah Halim.Suaranya juga dah bertukar menjadi garau persis seorang lelaki.

"Dari mana kau datang?Mengapa kau ganggu wanita ini?"

"Aku diarahkan oleh tuan aku untuk menyiksa wanita ini.Tuan ku telah diupah oleh seorang perempuan untuk merosakkan wanita ini"

"Siapa yang mengupah tuan kau?"

"Celaka,kau..aku makhluk yang menepati janji..."Sekali lagi Laila meludah Halim.Halim tersenyum sinis mendengar kata2 makhluk tersebut

"Bagaimana cara kau menyiksa wanita ini?"

"Aku bersetubuh dengannya...tiap kali aku bersatu dengannya,akan ku hirup segala tenaga dan kecantikan yang ada padanya.Sampai lama kelamaan dia akan mati..Aku merupai seorang lelaki yang kacak agar dia jatuh cinta padaku.Dia juga akan melupakan semua orang di sekelilingnya termasuk suaminya.Perempuan itu juga telah mengupah tuan ku untuk menyihir suami wanita ini agar membencinya"

"Baiklah..Sekarang,aku minta dengan baik agar kau melepaskan wanita ini.Cukuplah kau menyiksa dia .Sekarang kau tinggalkan tubuh hamba Allah ini.."

Laila ketawa kecil.Tertahan2 tawanya sampai menggigil tubuhnya.Tiba2 tawanya terhenti.Serentak itu dia duduk tegak dan jarinya menunding tepat ke muka Halim.

"Celaka,kau.Aku hanya menurut perintah tuan ku.Bukan kau!Nyah kau!Aku x kan berpisah dengan wanita ini.Dia cintakan aku.dan aku juga sayangkan dia.Dia dan aku adalah satu!"Serentak Laila menepuk lantai rumah menyebabkan rumah seakan bergegar.

"Baiklah..kalau itu kata kau.."Halim mengisyaratkan Lebai Hamid agar mengambil beg sandangnya yang diletak  di tepi pintu.Dikeluarkan sebilah rotan nipis yang panjangnya kira2 1 setengah hasta.Laila kelihatan takut apabila melihat rotan itu.dia berganjak ke belakang.

"Marilah..ini rotan songsang bertemu ruas.Rotan saga untk makhluk terkutuk seperti kau"...Halim melibas perlahan rotan di tangannya ke tubuh laila.Pukulannya perlahan sahaja.Tetapi meninggalkan parut selaran yang panjang dan menghitam.Laila menjerit kesakitan..

"X guna kau pukul aku..aku tidak boleh keluar dari tubuh wanita ini.Aku telah berjandi darah dengan wanita ini.Hanya tuan ku saja yang boleh memisahkan kami.."Rayu Laila sayu..Halim lantas menyeluk beg sandangnya dan mengeluarkan sebuku ibu garam(Garam yang berbuku besar).Garam itu dihempas dengan kuat ke lantai hingga berkecai.Serpihan garam itu kemudiannya dilempar ke arah Laila.Laila menggelupur hebat dan akhirnya diam kaku.Dari mulutnya keluar lendiran berwarna hitam.Laila tidak sedarkan diri.Mak Esah yang ingin mendapatkan anaknya dihalang oleh Halim.

"Nanti,Makcik.Belum selesai lagi.Kita nak terima tetamu ni.Tolong masing2 baca ayat kursi sebanyak yang mungkin di dalam hati.Jangan tinggalkan zikir"..Arah halim.Suasana menjadi sangat sunyi dan hening sehingga menyakitkan telinga.Lebih kurang 10 minit kemudian,masuk seorang lelaki yang tidak mereka kenali.Berusia lingkungan 60 an,bertanjak dan berpakaian serba hitam.Lelaki itu berjalan masuk dengan selamba dan terus duduk bersila di hadapan Halim tanpa mempedulikan mereka yang lain di belakangnya.

"Huh...budak mentah rupanya...baru setahun jagung udah berani mengganggu urusanku.."Lelaki itu mencebik ke arah Halim.Halim diam tidak menjawab.Dalam hatinya dipenuhi zikir yang tidak putus2.Lelaki itu ketawa memperlekehkan Halim.Dia bersiul2 mengejek.

"Aku meminta dengan cara yang baik.Bawa pergi syaitan kau dari wanita ini.Apa salah dan silap dia pada kau,maafkanlah.Dia masih budak yang tidak mengerti"Tenang Halim memulakan bicara

"Kau silap,bangsat!Dia mmg tidak ada apa2 salah denganku.Aku melakukan ini kerana upah.Aku hanya butuh wang.Dan perempuan itu sanggup membayar kerja ku ini.Dia mahu wanita ini mampus dengan hina sekali..."

"Tapi itu bertentangan dengan ajaran Allah.Syirik!dan aku di sini untuk menghalang kemungkaran atas izin Allah"Semakin kuat lelaki itu ketawa..Tiba2 dia menghembus sesuatu ke arah Halim.Halim yang tidak bersedia tak mampu mengelak.Dia batuk dengan kuat.Halim kelihatan goyah.Melihatkan keadaan itu,Lebai Hamid tampil membantu.Ditepuknya belakang halim sambil ditiupkan sesuatu.Halim lantas memuntakhan darah beku yang berbau busuk.

"ha..ha...baguss sekali..ada yang tampil membantu"Ejek lelaki itu sambil bertepuk tangan.Halim bangkit mengemaskan sila.Mulutnya terkumat kamit membacakan ayat kursi sebanyak 17 kali.Pada mulanya lelaki itu hanya tertawa.Apabila selesai ayat yang terakhir,dia mula panik apabila rumah bergegar hebat.Lelaki itu terumbang ambing tanpa kawalan.Halim pantas menyelukkan tangannya ke dalam seplastik garam kasar di dalam begnya.Mulutnya membacakan ayat2 suci AlQuran dan melemparkan garam itu kearah lelaki tersebut.Lelaki itu menggelupur hebat sambil menggaru2 badannya.Dia menggaru dengan kuat hingga kulit dan isinya terkopek hingga berdarah.Kulit mukanya ibarai cair disimbah air panas.Halim berpaling ke belakang

"Rumah ni ada pokok limau purut tak?"

"Ada.Dibelakang rumah"Jawab Pak Samad

"Pak Samad,tolong ambilkan saya sebatang duri limau purut.Tapi pastikan durinya x tercucuk tangan sendiri.Baca Fatihah 3x sebelum cabut duri tu.Cepat Pak Samad!"Pak Samad berlari ke pintu belakang rumah.Halim memerintahkan lebai Hamid dan Pak Mahat supaya azan di setiap penjuru rumah.Serentak itu,suasana di luar rumah ibarat dilanda ribut.Sampai tercabut atap reban ayam di belakang rumah Pak Samad.Lelaki itu pula masih berguling2 di lantai.Penangan garam kasar itu benar2 memakan diri.Tambahan pula azan yang dilaung menyebabkan dia tdk boleh berbuat apa2.Seketika kemudian,Pak Samad masuk sambil membawa sebatang duri limau purut di tangannya.Halim membawa duri tersebut ke arah Laila yang masih tidak sedarkan diri.Dia mencucuk ibu jari kaki kanan Laila dengan duri tersebut sehingga keluar setitis darah.Melihatkan perlakuan Halim,lelaki itu terus bangun dan menyembah Halim

"Jangan..jangan..tolonglah.jangan buat aku macam ni.Aku buat apa saja tapi tolong jangan buat aku macam ni"

"Bangun!Aku x suruh kau sembah aku.Allah yang patut disembah.Sekarang aku nak kau ambil semula syaitan yang kau hantar dalam tubuh wanita ini."Halim mengacah hendak mencucuk lelaki tersebut menggunakan duri pokok limau purut itu tadi.

"Baik..baik..aku ambil sekarang"

"Nanti dulu!Aku nak tahu siapa yang aniaya anak aku sampai jadi macam ni.."Pak Samad tidak dapat mengawal perasaan

"Nanti dia akan datang jumpa kau di sini"Lelaki itu bangun menuju ke arah Laila.Ditepuk dahi Laila beberapa kali.Pada tepukan kelima,keluar satu gumpalan asap hitam dari mulut Laila.Asap itu keluar melalui tingkap dan sayup kedengaran suara seorang lelaki yang meratap dan menangis hiba.Lelaki itu menunduk ke arah Halim dan lantas keluar dari rumah dalam keadaan yang tergesa2.Laila tiba2 bangun dari pengsannya.Dia seperti mamai dan memandang sekeliling.Wajahnya telah kembali seperti asal cuma masih kurus kering bahana tragedi yang menimpa dirinya.Dia memandang satu persatu yang berada di situ.Apabila terpandang ibunya,Laila mula menangis..

"Mak..Mak...Kenapa ni mak?Apa yang dah jadi pada diri Laila?Mak Esah lantas memeluk anaknya.Ditenangkan Laila..

"Panjang ceritanya Laila.Sabarlah.Nanti Mak ceritakan."Halim menyuruh Mak Esah memandikan Laila menggunakan 3 biji air limau purut.Laila tertidur lena setelah selesai dimandikan.Malam itu,mereka semua tidur di rumah Pak Samad.

 

Pagi itu,selesai bersarapan pagi,mereka semua dikejutkan dengan kehadiran seorang perempuan berkelubung hitam dan seorang lelaki yang sangat mereka kenali.Perempuan itu adalah kawan baik Laila sendiri iaitu Som.Manakala lelaki itu tak lain tak bukan adalah Azhan,suami Laila.Mereka datang untuk memohon maaf dan menceritakan hal yang sebenar terjadi.Dada Pak Samad turun naik menahan kemarahan.Mujur ada Halim dan Lebai Hamid yang menenangkannya.Rupanya,Som cemburukan laila apabila Azhan mengambil keputusan untuk mengahwini Laila.Pada mulanya,dia hanya mengupah dukun Karim dari kampung seberang untuk menyihir Laila.Dalam ketegangan rumahtangga mereka,Som mula menggoda Azhan sehingga mereka terlanjur jauh dan tinggal bersama seperti suami isteri.Keluarga Azhan membantah keputusan anaknya untuk mengahwini Som.Azhan hampir mengikut kata2 keluarganya menyebabkan Som juga menyihir Azhan supaya mendengar kata2 nya seorang.

Laila menangis hiba apabila suaminya memeluk lututnya sambil memohon maaf.Hatinya sudah terlalu hancur dengan perbuatan suami dan sahabat baiknya sendiri.Laila setuju untuk memaafkan Azhan dengan syarat dirinya diceraikan.Hatinya telah tawar terhadap suaminya akibat perbuatan mereka.Ibu dan bapanya hanya berdiam diri dan menerima segala keputusan yang dibuat oleh Laila.

Hampir 3 tahun Laila hidup menjanda.Banyak lamaran yang datang ditolaknya begitu sahaja.Akhirnya, Laila telah mendirikan rumahtangga bersama Ustaz Halim dan hidup bahagia hingga ke hari ini bersama 5 orang cahaya mata mereka di Pontian,Johor.Begitulah kisah mak cik aku ni yang diceritakan sendiri oleh nenek aku iaitu Mak cik Esah dalam cerita ni.Aku yg dengar macam confused betul ke x.Tapi bila aku tanya Pak Lang aku(Ustaz Halim),dia cuma tersenyum.Jawabnya,syaitan mmg sumpahnya adalah untuk menyesatkan keturunan Adam.Penuhkanlah dada dengan ilmu Allah.Insya Allah,kita terpelihara....

 



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

Aww..romentik la plak

__________________
VB
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard