Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ABANG TAK NAK MARAH SAYA LAGI...?


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:
ABANG TAK NAK MARAH SAYA LAGI...?


Salam semua...

Cerita kali ni pasal pengalaman aku di tempat kerja pulak ya...Cerita ni ada unsur seram.Tapi pada aku pengalaman ni bercampur dengan unsur keinsafan untuk diri aku jugak supaya jangan bersikap sombong.

Masa cerita ni berlaku,aku dah berpindah ke negeri asal aku di selatan tanah air...Tempat?Tak payahlah detail sangat.Cukup kalau aku cakap sebuah hospital daerah.Masa tu,suami aku selalu kena out station ke luar daerah.Hmm...memang  agak susah bagi aku yang kerja syif ni.So dengan penuh rasa sayu + muka sedih aku memohon pada matron hosp nak tukar ke department yang kerja office hour.Muka sedih ni kena buat hari2..Sampailah dia x lalu kot nak pandang muka aku,last2 dia pun bagilah aku duduk kat klinik.Tapi nak duduk kat klinik ni,aku kena pe kursus dulu selama 6 bulan.Sebab aku duduk kat klinik yg jaga kuman.So,otomatiknya aku mmg kena kenallah dengan segala makneka kuman yg merapu meraban namanya tu.

Ok.Dipendekkan cerita,lepas tamat kursus 6 bulan tu,rasmilah aku bergelar misi kuman....Aku ditempatkan di sebuah klinik yang letak duduknya terceruk kat bangunan lama.Hospital aku ni hospital lama sebenarnya.Dah menjangkau 100 tahun.Bangunan pun paham2 lah..Cuma dah ditambah dengan bangunan baru 4 tingkat.Lokasi klinik aku ni terletak bersebelahan dengan klinik methadone(klinik terapi gantian dadah bagi mat pit2)Tetapi masih di dalam bangunan yang sama.Jadiknya,kalau aku nak masuk dalam bilik aku,kenalah melintasi pesakit2 methadone yang tengah tunggu giliran ambik ubat.Sebab dah hari2 bertembung dengan pesakit2 ni,aku pun dah kenal mesra dengan diorang..Masing2 ada kisah dan masa silam masing2.Aku bukan tuhan nak judge diorang atas perbuatan diorang masa lampau.So aku pun baik dengan diorang macam biasa.Cuma yang x bestnya,ada sorang staff methadone ni yang agak kerek..Dia ni bertugas sebagai PPP.Dulunya disebut sbg MA.Atau orang kampung aku panggil dressar.Klinik Methadone ni cuma ada sorang PPP dan sorang attendant je.Disebabkan PPP ni sangat kerek dan berlagak x tentu arah,biarlah aku namakan dia sebagai mangkuk.Mangkuk ni kalau berurusan dengan pesakit2 methadone ni,akan terserlahlah aura musibatnya.Habis semua orang di pekik2 dan dimarah2 sesuka hati.Sebenarnya,selain memberi ubat,tugas si mangkuk ni tadi adalah menjadi kaunselor dan pendengar kepada masalah2 pesakit2 dia ni.Emosi diorang ni nak kena jaga.Kalau x,dikhuatiri pesakit2 nya akan kembali mengambil dadah al terkutuk tu.Tapi kalau dah garangnya mengalahkan singa liar di hutan,ko rasa ada ke makhluk yang nak datang luahkan masalah diorang kat si mangkuk ni?noTapi,cuba dia berurusan ngan misi2 kat wad yang cantik2 tu..hilang segala musibat...jadik pulak ulat bulu..poyo nauzubillah.

Satu hari,aku datang kerja lewat sikit sebab dapat perlepasan untuk ambik report card anak aku kat sekolah.Masa aku sampai,hujan tgh lebat sangat.Makanya,ramailah pesakit2 ni yang x blh balik dan tersadai kat klinik.Maklumlah,kebanyakan diorang datang naik moto atau bas aje.Kenalah tunggu hujan berhenti dulu.Lagipun,guruh tengah berdentam dentum.Masuk je kat klinik,aku dah dengar suara si mangkuk sama kuat dengan suara petir kat luar.Issyy..budak mangkuk ni ada kene dipanah dek petir kang..Aku pasang telinga perbualan diorang.

"Ni apa x balik lagi ni?Ubat korang dah dapat kan ?Tunggu apa lagi?"

"Bang,hujan lebat sangat ni.Macam mana kitorg nak balik.Nanti dah reda kitorang baliklah"

"Itu masalah korang.Aku sakit mata tengok korang ramai2 kat sini.x blh nak fokus buat keja tau tak?'

Ok...Sampai sini darah aku dah mendidih.Kuang hajau sangat si mangkuk ni..Aku terus tarik si mangkuk ni masuk bilik aku(bilik pejabat aku.jgn nak menguningkan kaler otak korang).

"Wei,mangkuk,ko ni dah kenapa?Halau orang x tentu pasal.Tu..kau x nampak macam mana lebat hujan.Dengan petir segala.Kalau aku suruh kau balik naik motor sekarang,apa kau rasa?"

"Ala...rileklah...yg ko emo x tentu pasal ni kenapa?Ko jangan bagi muka sgt kat diorang tu.Cakap nak kena tegas.kalau x dipijaknya kepala ko nanti.."

"Ko jangan,kuk..Diorang tu manusia,tau.Pesakit kita lagi.Sepanjang aku kat sini,x de plak aku nampak diorang pijak kepala bagai.Jadik apa2 kat diorang karang,sapa nak jawab?"

"Haaa...yang tu ko jgn susah.Aku tanggung.Ko jaga je kuman2 ko tu"

Si mangkuk tu boleh berlenggang keluar dari bilik aku.Aku jenguk kat luar,Cuma tinggal sorang pesakit je lagi yang tunggu kat klinik. Habis yang lain aku x tau pegi mana.Ya Allah....Kesiannya kat diorang..Hujan masih melebat..Aku pergi kat pesakit yang tinggal tu.

"Sudin,mana kawan2 awak yang lain?"

"Haa?oh..diorang malas nak dengar abang tu bisisng.Diorang pergi berteduh kat kantin,misi."Jawab pesakit ni sambil aku tgk tangan dia terketar2.

"Awak ok x?sejuk ke?Napa gigil2 tu?"

"demam,misi.Tadi saya dah mintak ubat ngan abang tu tapi dia x kasik.X pelah.Saya dah biasa mcm ni.Nanti ok latu"

Nak nangis aku dibuatnya.Aku masuk balik bilik,ambik panadol sepapan,(misi mmg biasa simpan panadol sendiri)aku bagi kat Si Sudin kat luar.

"Nah sudin.makan 2 bijik je.Yg lebih awak simpan kalau demam lagi kat rumah nanti"

Sumpah!!Aku x leh lupa muka Sudin masa tu.Dengan mata yang berkaca,dia ambik ubat yang aku bagi.Bibirnya menuturkan terima kasih tapi x de suara yang aku dengar..Perlahan2,Sudin bangun dan keluar klinik.Kebetulan hujan dah makin mereda.

Keesokan harinya,hari minggu.Tapi aku kena gak datang kerja.Biasalah,banyak data2 yg belum sempat key in.Hujan hari ni makin lebat.Jam baru pukul 9 pagi tapi langit dan suasana sekeliling dah macam pukul 7.30 malam.Bagi klinik methadone,dibuka setiap hari.Cuma hari minggu sampai pukul 12 tgh hari je.Masa aku sampai,x de sorang pun pesakit masa tu.Letak beg,aku terus kusyuk menaip sampai aku tengok jam dah pukul 11.30 pagi.Untuk meredakan pinggang yg lenguh,aku berjalan keluar dari bilik aku.Sampai kat muka pintu,aku nampak sorang lelaki tgh berdiri.Dia pakai baju hujan dan kepala bertutup hud.Kepalanya menunduk sahaja.Aku kenal pesakit ni.Dah biasa aku tengok Sudin pakai baju hujan ni.Tapi agak samar2 sebab kat luar langit masih gelap.Hujan masih belum menunjukkan tanda nak berhenti.

"Sudin,awak buat apa berdiri kat luar ni?Dah makan ubat ke belum?"

Sudin menggelengkan kepalanya.Tetapi masih menunduk.Tiba2 dia menyeluk poket baju hujannya dan menghulurkan padaku sepapan panadol yang telah luak 4 biji

"X pelah misi.Saya datang ni nak pulang balik panadol yang misi bagi.Tapi saya dah makan 4 biji"

"Laa...yang awak pulang balik kenapa?Kan saya suruh awak simpan kat rumah"

"Tak pelah misi.Saya dah x perlukan panadol ni lagi.Terima kasih misi sebab baik pada saya.Saya cuma nak jumpa dgn abang mangkuk kejap"

Sebab si Sudin ni x berenti menghulur panadol tu,aku pun ambik la.Aku masuk balik bilik aku nak siapkan kerja yg sikit lagi nak habis.Panadol tu aku letak atas meja.Lebih kurang stengah jam kemudian,tiba2 aku dengar suara lelaki menjerit ketakutan.Terkejut aku lantas aku berlari nak tengok sapa pulak yg menjerit x tentu hala ni.Kat kaki lima klinik,aku tengok si mangkuk terduduk atas lantai yang basah dengan hujan.Matanya terbeliak dan dia menggoyang2 kan tangannya ke satu arah.Tapi aku x nampak sapa2 pun kat situ.

"Wei,mangkuk,ko dah kenapa ni?"

Mangkuk x leh nak bercakap apa2.Muka dia pucat lesi.Tangan dan satu badan dia menggeletar.Macam tersampuk hantu pun ya si mangkuk ni.Aku nak pegang pun x kena gaya.Bukan muhrim kau...Nasib baik Mail(Attendent) keluar dari dalam klinik.

"Ehh.kenapa pulak ngan si mangkuk ni?"

"Ntahlah mail.saya dengar suara orrg mnjerit.tgk2 si mangkuk ni dah mcm ni".

pasal dah x tau nak buuat apa,mail membacakan ayat kursi dtelinga mangkuk.Beransur2 si mangkuk kembali tenang.tapi dia masih x maampu bcakap.muka pucat mcm kena deemam kepialu.last2 mail tpaksa hantar dia balik rumah sbb si mangkuk dh mcm patung cendana.x. respon apa2 bila dtanya.Aku pun tetiba rrasa seram. sejuk.Darripada dok sensorg kt sini,aku packing barang2 terus balik rumah.

Seminggu jugak mangkuk MC.Naik kerja je,aku terus interview si mangkuk apahal yg dia pegi buat breakdance kat kaki lima klinik ari tu.Mulanya si mangkuk x nak cakap.poyo la mamat ni...pastu tiba2 dia nangis.Ah bala...nak jadik lagi ke ni.?

"shan...sbenanya ari tu aku tgh tgk fb.pesakit aku smua dah datang makan ubat.cuma tinggal sudin je yg belum datangg.so aku tunggu dialah tu.pastu tiba2 ada orang ketuk pintu bilik aku.aku agak tu mesti sudin.aku dah ready nak marah pasal dia dtg lambat.Bila aku bukak pintu,aku tgk x de org.aku pegi kat pintu klinik.aku agak dia nak main2.aku tgk sudin ada beerdiri membelakangi aku.Belum seempat aku jerit..."mangkuk terberhenti bercakap.Dia main2 dgn jari2 nya.muka mangkuk makin pucat

"Apa dia,kuk?kau ni nak citer biar habis"

"sudin berpaling tgk muka aku.kau tau,shan...mata sudin putih semua.dia sengih.. mulut dia keluar ulat banyak sgt....dia cakap...dia cakap..."mangkuk dah tutup muka

"dia cakap apa,mangkukkk"aku pulak yg x sabar

"dia cakap..abang dah x nak marah saya lagi ke?"

aku tgk tangan mangkuk menggigil

"kau tau shan,masa aku tgh mc,mail call aku kat umah.dia bg tau sudin dah meninggal dunia.malam.dalam tidur.hari aku kena kacau tu dia mmg dah x de"

"haaa...kau biar betik,kuk"aku plak dah start gabra

"Betul,shan.x kan aku nk tipu"..

aku berlari ke bilik aku.memeriksa atas meja panadol yg dipulangkan oleh sudin hari tu.Tapi puas aku carik,x jumpa jugak..Adakah realiti?atau fantasi....

mangkuk telah memohon unttuk berpindah hospital.Dia x sanggup nak keja kt ctu lagi.tbayang2 muka arwah sudin.tulah....takut ngan dosa sendiri.Aku masih lag keja kat situ.Arwah x pernah ganggu aku pun.Mungkin ini satu pengajaran. yg sgt bermakna...

 

 

 

 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

walaikumusalam ...

wahhh ... best la cerita nko adik cik misi aaaa ..

lagi lagi lagi ..... biggrin



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:

badda2 wrote:

walaikumusalam ...

wahhh ... best la cerita nko adik cik misi aaaa ..

lagi lagi lagi ..... biggrin


 aku ni sampai skarang tau dok confuse nak cari mana panadol tu pegi,tau pak badda..no



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Assalammualaikum..

Apa khabar Cik Misi...
Bagus ceritanya..lebih kpd misteri...
Kesian si Sudin..

Kpd encik Mangkuk..mudah mudahan dia berubah sikap.. suruh dia telan baking soda banyak-banyak..biar lembut hatinya.. :)

Wak Badda..how are u? Kih kih kih..

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 218
Date:

Perghhhh seramm seyhh
Cerita cik misi best ah
Ehh pak badda
Lama tak bukak forum ni 🙈

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:

BondaDiana wrote:

Assalammualaikum..

Apa khabar Cik Misi...
Bagus ceritanya..lebih kpd misteri...
Kesian si Sudin..

Kpd encik Mangkuk..mudah mudahan dia berubah sikap.. suruh dia telan baking soda banyak-banyak..biar lembut hatinya.. :)

Wak Badda..how are u? Kih kih kih..


 wsalam..

begitulah bonda..kadang2 krn nila setitik busuk abis ssebelanga susu.padahnya,smua org cop orrg keja hosp ni mcm2...sedih,tau...



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

adik cik misi aaa .. panadol tu sebenornya ade kat umah aku laaa ...

x caya ... datang la cek ....leh lah cek tahap kesihatan aku sekali .. maklong la .. orang tua kan ..

kolo cik misi yang muda belia datang cek .. mekar isit bunga di taman ....

 

 

adindaku yang dikasihi bondaku diana danalele yang manis lagi anggun

wak .. Alhamdulillah .. senantiasa ada di sini ....

err .. sini tu maksudnya di johor laaa ...

er .. nape dinda? nak belanje wak yea .. belanje gambau gambau ... kat sini buleh?biggrin

 

adik soni kim

yang sebenornya lama x mai sini .. nko la dik ..

mementang   la da kawen ... lupa teros forum nie ye ...

 

kawen x jemput pong ...

 

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

assalammualaikum...

aduhai Wak...romantis seram2 gitu....hahaha
boleh saja....nak belanja kat mana? ajak la yg lelainnya sekali...

nak belanja gambau...segan la Wak...nanti ada yg tak selera nak makan apabila melihat penampakan misteri kat gambau Bonda...ngeri nanti tgk gambau Bonda
kang susah Cik Misi comel nak bagi ubat.... kui kui kui

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Kui2 maap Bonda
anaknda terangkat ni tumpang lalu
mencelah d tengah2 kebosanan dirembang nan sore

menahan kantuk bergayut di mata berspek nih
setelah berjaya melahap sepinggan cekodok bilis
lunch hour td...

__________________
Aku IBU si Comel...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 168
Date:

Nak tergelak je aku baca, kuk, mangkuk, kau nie bia betul kuk hahahahaahah

__________________

AKU BERCITA-CITA MAHU MENJADI ORANG KAYA

DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. INSYA ALLAH...

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard