Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: DAN AIR MATA PUN MENGALIR...


Super Member

Status: Offline
Posts: 945
Date:
DAN AIR MATA PUN MENGALIR...


merenung ke luar jendela.. lihat bulan di angkasa...

 

giler ke hape. siang2 buta ni mana nampak bulan. bukan tak de, bulan sentiasa ada, tapi mana nampak kat sini.

bosan menunggu waktu balik (dah malas nak buat keje sebenarnya..) aku merayap2 sekitar jiran2 blog yang aku sempat jumpa.

 

antara yang aku jumpa...

......"PROSES KEJADIAN BAYI...

Minggu ke-9 :

 
Telinga bagian luar mulai terbentuk, kaki dan tangan terus berkembang berikut jari kaki dan tangan mulai tampak. Ia mulai bergerak walaupun Anda tak merasakannya. Dengan Doppler, Anda boleh mendengar detak jantungnya. Minggu ini, panjangnya sekitar 22-30 mm dan beratnya sekitar 4 gram.
 
 
Minggu ke-10 :

Semua organ penting yang telah terbentuk mulai bekerjasama. Pertumbuhan otak meningkat dengan cepat, hampir 250.000 sel saraf baru diproduksi setiap minit. Ia mulai nampak seperti manusia kecil dengan panjang 32-43 mm dan berat 7 gram.

Minggu ke-11 :

Panjang tubuhnya mencapai sekitar 6,5 cm. Baik rambut, kuku jari tangan dan kakinya mulai tumbuh. Sesekali di usia ini janin sudah menguap. Gerakan demi gerakan kaki dan tangan, termasuk gerakan menggeliat, meluruskan tubuh dan menundukkan kepala, sudah boleh dirasakan ibu. Bahkan, janin kini sudah boleh mengubah posisinya dengan berputar, memanjang, bergelung, atau malah keadaan bayi yang sebigini akan mengakibatkan si ibu kerap terasa sakit akan tetapi sedikit sebanyak memberi rasa sensasi kebahagiaan tersendiri.

Minggu ke-12 :

Bentuk wajah bayi lengkap, ada dagu dan hidung kecil. Jari-jari tangan dan kaki yang mungil terpisah penuh. Usus bayi telah berada di dalam rongga perut. Akibat meningkatnya volume darah ibu, detak jantung janin boleh jadi meningkat. Panjangnya sekitar 63 mm dan beratnya 14 gram. Mulai proses penyempurnaan seluruh organ tubuh. Bayi membesar beberapa millimeter setiap hari. Jari kaki dan tangan mulai terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata.

*************************************************************************************************

secara tak sedar mata aku bergenang, tiba2 jadi kolam renang olimpik. mana kan tidaknyer, aku pernah merasa kehilangan. walaupun baru tersangat muda usianya, memang tak terasa sangat kehilangannya tapi selepas meredah halaman jiran blog aku baru aku sedar..

betapa aku sebenarnya telah melupakan sesuatu..

betapa aku terlupa untuk mendoakannya yang telah pernah membuat aku merasa gembiara walaupun hanya seketika..

betapa aku terlalu menyanjung yang aku ada hingga terlupa menghargai apa yang aku telah tiada..

betapa sebenarnya dia telah sempurna.. sebagai makhluk walaupun ciptaannya belum betul2 sempurna..

tapi dia telah ada apa yang aku ada..

dan pernah bernyawa...

mungkin pernah bertasbih..

dan berzikir..

melebihi aku yang telah lebih lama bernyawa berbanding dia..

cuma perjanjian dengan Penciptanya hanya seketika..

mungkin juga dia yang akan membantu aku di sana..

aku telah lupa segalanya..

tapi membaca nukilan jiran.. dan melihat tempelannya...

membuat aku terkesima..

tersedar..

bahawa dia juga telah ada.. menjadi sebentuk manusia..

seperti juga ini..

 

?ui=2&ik=54e8873331&view=fimg&th=14dae4e1dbbe8757&attid=0.1&disp=inline&realattid=1502765622463823872-local0&safe=1&attbid=ANGjdJ-muQhhntVGfmpDpAezoWDkPXawF85O1zf8Wn_5Mne6YucGJSa6vRepgDSVn7QcoH-rzp2wt4Bo4Yzu_o6PT186rGKbirdHnlSSvLEt0hpdbnMpD_pNxR3xni8&ats=1433148823014&rm=14dae4e1dbbe8757&zw&sz=w1246-h735

 

yang teah dianugerahkan sebelumnya..

dan juga pengubat duka ini..

?ui=2&ik=54e8873331&view=fimg&th=14dae4f394f0c3f3&attid=0.1&disp=inline&realattid=1502765695428984832-local0&safe=1&attbid=ANGjdJ-OSjj9SrZAuNXjxhG80YBeBNCaBX8_n-KKvk0EJqRWmO_7hW9O818FxcK82C1TE0TWNLd7_sboHC48BM7lw81-e6EZrk19cTqZD_MwXGGTt-sau2YXkH1C3jo&ats=1433148822996&rm=14dae4f394f0c3f3&zw&sz=w1246-h735

(ko tengok nakal tak nakal budak ni.. aku sebok nak packing barang nak balik kampung dia pun nak join masuk bagasi..)

selain diubati dengan wajah secomel ini..

?ui=2&ik=54e8873331&view=fimg&th=14dae531f6e99ac7&attid=0.1&disp=inline&realattid=1502765968196108288-local0&safe=1&attbid=ANGjdJ8bpcd-2DJJWdkUo5FE-NFpIFskFwuUMtrzz2js4MWHFCMj2eBq7yC3OYSPNJrtYLGIlaKNMOOGmLJuKYL2aPvymHNj5P_ZeIG93ntfscAzRafe3JqcC682RAw&ats=1433148822978&rm=14dae531f6e99ac7&zw&sz=w1246-h735

(budak yang sama..)

setelah 2 kali kehilangan..

pada usia 9 minggu..

dan lebih kurang 5 bln lepas tu..

pada usia 12 minggu..

(aktip jugak yer.. hehee)

dia sebenarnya dah ada...

dia dah ada... aku  yang tak perasan..

sebab cuma nampak gumpalan merah..

kalau la aku tahu lebih awal..

mungkin aku akan lebih hargai..

mungkin aku akan minta kuburannya di tanda..

supaya aku boleh sentiasa melawat..

untuk mendoakannya di hadapan rumahnya..

untuk bercakap dengannya..

untuk memastikan dia sentiasa tahu..

aku sayangkan dia..

aku namakannya iman...

dan ilham..

dan sekarang aku tetap sayangkannya..

malah makin bertambah sayang...

 

p/s: aku post gambaq anak2 aku kat sini je.. kat fb pun ade la satu dua je kot..



__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2363
Date:

Image ni takdelah puan Cengkodok Puteh.. . atau hp aku yg takleh bukak image ni. Image janin tu boleh.

Walaupun perpisahan menyedihkan, mata bergenang air dan hati berduka, sebenarnya puan Cengkodok termasuk antara org yg beruntung.

Anak anak yg meninggal sebelum baligh, pasti syurga baginya. Beruntung juga bagi si anak sebab dah ada roh, tak perlu melalui dunia yg hina dan penuh manusia zalim ni, tapi terus ke taman taman syurga.

Si ibu ayah pun beruntung, nanti anak tu akan tunggu dipintu syurga, dia akan minta pada Allah supaya ibu dan ayahnya masuk syurga bersamanya.

Permintaan yg takkan ditolak Allah sebab dia, anak yg meninggal masa kecik adlh manusia yg tak pernah buat dosa.



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard