Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Berbuat baiklah pada setiap mahkluk selagi sempat..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2362
Date:
Berbuat baiklah pada setiap mahkluk selagi sempat..


Assalamualaikum aku mulakan, lama rasanya tak menulis kat sini kan?... ..

 

Apa yg nak aku taipkan ni baru je jadi kat diri aku, semoga ada teladannya bagi sesiapa yg baca..

 

Sejak dua ke tiga hari lepas, ada la sekor anak kucing datang kat pejabat tempat aku kerja ni. Mungkin org buang. Anak kucing ni biarlah aku namakan tompok sebab warna putih ada tompok2 hitam sikit, nama dalam penceritaan ni je, betul2 aku panggil kucing je..

 

Tompok ni manja dgn semua org kut, yelah anak kucing, kecik lagi, cari makan pun tak pandai lagi, kat pejabat ni ada jugak dua tiga ekor kucing besar, pun org buang agaknya, tapi dah tak jinak dan pandai cari makan sendiri, tangkap burung pun aku pernah nampak.

 

Aku selalu carikan cicak, aku letak kat lantai biar tompok tangkap sendiri supaya dia belajar tangkap cicak, cari makanan sendiri. Baka kucing kampung, memang makan cicak, kucing baka mahal tak makan rasanya..entah.

 

Tapi tompok jadi manja dgn aku. Dia selalu tunggu bawah tayar kereta aku, kadang2 dia masuk melalui mana entah, dia tidur atas enjin kereta aku, bengang jugak la, takut tak pasal2 terlenyek ke apa ke. Pernah jugak aku nampak tompok duduk depan tayar lori sawit, nasib lori tu baru panaskan enjin masa tu.

 

Jadi... Semalam lepas tangkapkan cicak dua ekor bagi tompok, dia ikut la aku gi memana.. Aku marah pastu aku pukul sikit supaya dia takut dgn org, aku harap tompok boleh hidup tak terlalu manja, bergantung dgn manusia, dia kena tau bahaya utk ikut org gi mana2, pastu duduk bawah kereta bila org naik kereta. Tapi aku tak pukul kuat, cuma nak dia takut je..

 

Jadi semalam dia duduk jauh dari aku..

 

Tadi aku tengok tompok dah tak takut sgt, tapi tak manja sgt lah, ingat2 lupa agaknya.. Aku rasa menyesal pukul dia semalam.. Jadi hari ni aku layan dia baik2, aku salut dia. Manja balik tompok dgn aku.. Tadi aku balik makan kejap, ingat nak bawak sikit bekal utk tompok, aku bawak kepak ayam goreng nak bagi tompok, moga dosa aku pukul dia semalam, Allah ampunkan dgn aku nak bagi makan ni...

 

Tapi.. Tompok dah mati, kena langgar dgn am aku, dia pun tak perasan tompok duduk bawah tayar kereta dia..

 

Nasib baik tadi aku dah baik dgn tompok, aku dah tangkap cicak sekor bagi tompok.. Gelojoh dia makan. Dia suka main kejar2 sampai cicak tu lembik takleh lari lagi baru makan..

 

Aku rasa menyesal pukul tompok semalam, nasib baik aku dah layan dia baik2, salut2 dia tadi.. 

 

Berbuat baiklah pada makhluk yg bernyawa, walaupun kita tak suka padanya, walaupun ia tak cantik. Jangan menyesal berbuat buruk padanya bila kita dah tak dapat nak tebus atau minta maaf atas perbuatan buruk kita padanya. 

 

Di akhirat kelak, walaupun seekor anak kucing kecil akan dibangkitkan, Allah akan bertanya kenapa kita menganiayanya dgn sengaja di dunia ni..



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2362
Date:

Kucing atau apa2 haiwan peliharaan adalah teman kita yg paling jujur dan ikhlas walau ia tak boleh bercakap.

Sayangi kucing, ia akan sayang kita, manja dan nak selalu dekat dgn kita. Ia takkan nak dgn org lain walaupun yg datang tu org kaya, kacak cantik sempurna, kucing akan lari daripadanya dan kekal di sisi kita walau kita hodoh bodoh miskin, padahal kucing tak pun bagitau kita ia sayang kita.



-- Edited by Ijoi on Monday 30th of March 2015 08:58:23 AM

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2496
Date:

tu la yg satu benda yg aku tak suka ngan kucing...suka duk kat tayar n enjin...kucing yg kecik n comel tu....cuba la dduk kat tempat lain...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 945
Date:

cakap pasal mati ni entah kenapa dlm seminggu dua ni aku dok ingat pasal mati jer..

camne aku mati.. camne kat dlm kubur nanti.. terseksa kah aku? bahagia ke aku? berapa lama aku nak kena seksa sebelum kiamat? kat akhirat nanti aku cm ne.. sume2 yg related dgn mati & akhirat la..

hari jumaat pas balik keje ari tu jadi la satu bnde yg rarely kena kat aku. bukna bende baik tapi x la teruk sgt. kena minyak panas. sellu gak kena minyak panas percik kdg2 smpai kt muka tpi selalu tak teruk,paling2 teruk pun ada la bekas sikit cm taik cicak ke.. eh.... taik lalat ke..

hari tu terkena minyak masa tengah goreng ikan.. 2 ketul je pun tapi smbil dukung anak. dah jauhkan baby dari kuali tapi tetibe minyak meletup2 masa aku nk masuk ikan ke-2.. (2 ketul je pun aku goreng.. hahaa..buat tambah lauk..)

nak jauhkan baby ikan tu tercampak lak dlm kuali. ko bayang baling barang dlm air cm ne kocak dia.. tu yg ada gelembung sikit la kt tgn.. selalu tak smpai gelembung pun kalo kena percik minyak panas tu.

nak citer je, aku ni kalo jadi something yg x elok kat aku ada la bende tak baik bakal2 jadi kat org keliling aku yg related dgn aku.. famili ke kengkawan aku ke.. cuma kadang2 aku tak perasan je.

pagi sabtu pulak patut2 anak aku yg taska tu ada sukanm dah byr utk makanan parents tapi aku tak pegi sebab anak aku sume demam kecuali yg sulung. dengan aku sekali sakit kepala. so anak aku gi ngaji je la pagi tu. memang tiap minggu pagi sabtu ngaji tapi aku ingat nka bawak dorang pi sukan adik dia pagi tu. memandangkan takjadi pi sukan dorang pi la ngaji dengan yang demam2 tu skali.

tup2 dah tengahari sket aku dapat tau mak ngah aku meniggal. baru aku teringat citer semalam aku kena minyak tu dah petanda tu nk dapat berita buruk just aku tak tau berita pe je. arwah meninggal sebab jatuh dalam bilik air. abang aku cakap dia jatuh pas tu pengsan, then anak dia call ambulans. masa tengah tunggu ambulans tu arwah pergi.

alhamdulillah semua urusan jenazah berjalan lancar, petang pas solat asar di kebumi tapi tak pasti di kajang ke cheras. arwah duduk kat kajang. mak aku sama2 mandikan arwah, mak aku adik kepada arwah, arwah anak ke-dua, mak aku anak bongsu drpd 4 adik-beradik satu bapak, adik-beradik lain bapak ada lagi la bawah mak aku. mak cakap arwah lembut je badan, tenang muka mcm org tidur. tapi sayang aku tak sempat nak kucup arwah sebab masa dorang bg masa famili nk kucup arwah buat kali terakhir aku tgh solat dlm bilik arwah. arwah kat ruang tamu rumah.

terkilan jugak rasa tak sempat tatap wajah arwah puas2 tapi lebih terkilan anak dia sorg kat oversea hanya dpt tgk pengurusan arwah melalui skype je. ahad baru dorang smpai malaysia.

ape2 pun moga2 mak ngah aku ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh dan solehah.

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard