Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: cepat masa berlalu


Warga GENG-CERITA

Status: Offline
Posts: 892
Date:
cepat masa berlalu


Tengah malam ni aku tak bole tido, tak tau  nak buat ape tetibe teringat ruangan forum seram lawak. Bukak forum mengingatkan aku kaitan forum ni dengan hidup aku. Dekat forum ni aku jumpe jodoh aku, walaupun tak kekal lama tapi itulah qada dan qadar jodoh aku, yang tertulis dalam kitab diari hidup aku. Perkahwinan yang penuh onak duri yang akhirnya karam. Allah nak uji aku iaitu hambanya supaya ingat siapa Maha Pencipta. Setiap kali aku bukak forum maka tiap tu jugak aku baca sejarah topik lama atau mesej peribadi antara aku dengan dia. Aku masih ingat masa tu forum tak macam sekarang ni yang kena register id, dulu id random dan bole ditukar bila bila masa. Gaduh, maki, gurau dan lawak memang menjadi hiasan topik yang dihantar. Pantang keluar topik baru makan berduyun duyun balasan dalam sekelip mata. Setiap saat dan minit tak menang tangan. Joe suparjo, walique, imaku sayang, papabear, penanggal, rie tengkorak dan lain lain apa khabar semua..hang semua mesti dah kawen dan mungkin dah beranak pinak. Macam tak percaya bila bukak post yang berumur hampir 12 tahun karya post memang tak masuk akal, mungkin masa tu umur muda remaja sesuai dengan masa ketika itu. Sekarang umurku mencecah 33tahun. Cepat betul masa beredar. Apa kabar ikie masane pemilik asal ni? Masih aktif lagikah? Ya Allah satu-satu memori aku rewind dan flashback. Nukilan aku ni tiada niat apa apa cuma luahan hati tengah malam dek kerana tak bole tido. Mengingatkan betapa agresifnya forum ni dulu. Mungkin kah forum ni telah menjangkal ke hujung hayat dan bila bila masa akan ditutup? Kalau benar jadi begitu kumohon 10 jari ampun maaf andaikata pertuturan dan bahasa postingku mengguris hati segelintir ahli lain.seperti aku katakan masa tu umurku muda. 

 

Sekadar nukilan kenangan lama

 



__________________
buduh cam lembuuu


Super Member

Status: Offline
Posts: 2363
Date:

Masa berlalu manusia berubah.. Hati memang macam tu, sentiasa berbolak balik hati manusia.. Setiap yg bermula mesti ada pengakhirannya, setiap yg pernah wujud mesti akan lenyap, sebab takde apa yg kekal selamanya selain Allah.



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Senior Member

Status: Offline
Posts: 387
Date:

sedih jugak nukilan ni......

__________________

https://www.facebook.com/one.izat



Super Member

Status: Offline
Posts: 1737
Date:

waaaaa... lama x dtg menjenguk

__________________

Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..



Super Member

Status: Offline
Posts: 2363
Date:

Cis forum ni takkan sampai sampai ke penghujung selagi gay dan nyah seperti ICU dan bob wahab masih belum insap.

Dan kalaupun diorg dah insap (alhamdulillah), dan tanak lagi bergelumang di forum paling bestest di dunia ni..

Haku selaku lelaki budiman lagik bersopan santun duduk bersimpuh akan tetap terus setia meng imarahkan forum ni.

Nak gi solat jap (Betapaku cinta padamu~~kataknlah kau cinta padaku~~ rington) eh eh abam ICU call I..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

aku dok malas la nak layan thread otai otai nii ....

terus terang ler aku cakap ....

bukan ler aku x respek kat otai otai ...

tapi diorang lebih kurang nubie yg jengah sekali teros ilang ...

jenoh jenih tunggu kemunculan diaorang .... jenuh jenuh jenuh .... tau x jenuh ...

 

(otai nak marah ku marah laaa ... apa aku pedulik .. bukan diaorang nampak pong lobang idong aku ...)



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 49
Date:

Ruangan ni tak kan luput selagi internet tak tak diharamkan. Kihkih..


__________________

BLUEEESSS FOREVER... AHAK..AHAK..

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard