Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: subjek astronomy sikit..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2362
Date:
subjek astronomy sikit..


Aku amat menyukai subjek astronomy.. Tiada sesuatu penyelidikan yg dilakukan manusia yg lebih menarik minat aku daripada kajian tentang angkasa, dan misteri disebalik titik titik bintang sebesar debu pada malam yg cerah.

 

Astronomer mengatakan, luas angkasa adlh sejauh 47 billion tahun cahaya, ada pula yg berkata ia seluas 100 billion tahun cahaya. Kalaupun manusia dapat mencipta kapal yg mampu bergerak pada kelajuan cahaya, ia akan mengambil 100 billion tahun utk sampai ke penghujung alam semesta.. Hmm.. Tapi itu pun masih jauh dgn teknologi manusia hari ini, roket paling laju cuma dapat bergerak sejauh 17 kilometer sesaat, sedangkan kelajuan cahaya adlh 300,000 kilometer sesaat, atau 186,000 batu sesaat..

 

Andailah.. Andailah manusia dapat mencipta roket yg mampu bergerak pada kelajuan cahaya dgn sumber tenaga yg takkan habis, (mustahil dgn bahan api fosil), siapakah yg dapat hidup selama 100 billion tahun utk perjalanan ini?

 

Tak mustahil, teori ni dah lama diterimapakai, malah, dalam komik doraemon, pernah diambil teori ini, mungkin peminat doraemon pernah terbaca, kisah pengembara yg mengembara di angkasa, sebaik ia balik ke bumi, 15 tahun dah berlalu, sedangkan baginya didalam roket, baru beberapa tahun yg berlalu..

 

Semakin kita menghampiri kelajuan cahaya, semakin aneh keadaannya. Masa semakin perlahan bagi orang yg berada didalam kapal yg menghampiri kelajuan cahaya, dan jarak, mengecil. Sebagai contoh, utk pergi ke bintang terdekat yg berjarak 4.5 tahun cahaya, didalam kapal angkasa sepanjang 200 meter panjang, ianya hanya memerlukan 1/3 tahun bagi crew kapal utk sampai dgn 95% kelajuan cahaya, lebih aneh, kapal angkasa itu sendiri akan mengecil ke saiz 85 meter semasa perjalanan.

 

Contoh yg lebih lagi, kita pergi ke Gliese 581, planet pertama yg ditemui menyerupai bumi, sejauh 20 tahun cahaya, ianya hanya mengambil masa 6 tahun bagi org yg berada didalam kapal yg bergerak pada 95% kelajuan cahaya.

 

Untuk pergi ke galaksi Andromeda, galaksi spiral paling dekat dgn kita, sejauh 2 juta tahun cahaya, hanya perlu 28 tahun cahaya bagi org yg bergerak pada 98% kelajuan cahaya. Malah, utk pergi ke hujung angkasa yg pernah dilihat manusia, iaitu sejauh 47 billion tahun cahaya hanya lebih kurang 100 tahun bagi org yg berada didalam kapal yg bergerak pada kelajuan cahaya.

 

Semua angka masa ni seperti tak mustahil utk dicapai bagi manusia kan? 

 

Masalahnya adalah, walaupun masa semakin perlahan, dan jarak mengecil bagi org yg berada didalam kapal yg bergerak dgn kelajuan cahaya.. Tapi bagi seluruh alam angkasa, masa bergerak seperti biasa, dan disebabkan pergerakan cosmic, tak dapat dipastikan jika mereka dapat sampai ke destinasi tersebut..

 

Jikakalau pun mereka sampai ke galaksi Andromeda, 28 tahun bagi mereka yg berada didalam kapal, 2juta tahun dah berlalu bagi angkasa, semua orang, atau apa apa yg pernah mereka kenal atau tahu, dah terlalu lama hilang kewujudannya..

 

Apa yg nak aku kongsikan pendapat tentang ini dgn ruangan cerita agama? Ini hanya pendapat aku, aku dan aku sahaja..

 

Mungkinkah, di luar sana, di sesuatu tempat, mungkin di galaksi yg berjarak beberapa billion tahun cahaya, ada mahkluk yg sama dgn manusia? Menyembah tuhan yg satu, tuhan sekalian alam, Allah Yang Maha Esa..? Mungkin bentuknya tak sama dgn manusia, tapi konsep ketuhanannya. Mungkin dikalangannya pun ada yg menyeru supaya menyembah tuhan yg satu, mungkin mereka pun mendapat tahu dari sesuatu petunjuk tuhan akan makhluk yg bernama Muhammad saw yg berada di bumi, ia rahmat utk sekalian alam?..

  

Bila melihat ke langit pada malam yg tak berawan.. Betapa takjubnya melihatkan langit yg sebegitu luasnya, teguh diatas sana, tidak bertongkat dan tak pula jatuh menimpa kita.. Hmm.. Subhanallah..

Betapa kecilnya kita manusia hamba Allah SWT, dan betapa pendeknya hayat kita nak dibandingkan dgn angkasa..

 

eso-summary_2357457k.jpg

 

 

Subhanallah..

 



Attachments
__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Senior Member

Status: Offline
Posts: 387
Date:

hurmmm entahlah ada makhluk lain lagi ke? sehebat manusia? manusia kan sebaik baik kejadian? yang aku tahu langit tu penguninya malaikat...entahlah

__________________

https://www.facebook.com/one.izat



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

Tula .. aku pon bab bab astronomi memang x berapa nak bagus .. kolo astro baguslah sangat la sangat aku nii

cumer .. aku teringat akanayat ayat dalam Al Quran .. ayat yg mana lupa la .. cuma maksudnya lebih kuranf begini ... segala kejadian  yang Allah cipta di langit dan di bumi dan dinatara keduanya .....  kolo x silap aku ....... maksud ayat tu begitulah ... kolo salah aku mohon maaf  ... cuma datri situlah ... apa yg Allah ciptakan samada  mahkluk atau bumi atau langit dan diantara keduanya .........

 andainya ada pentafsir di sini alangkah bagusnya untuk menerangkan .......

 

 

jadi aku x berani nak kata ada makhluk lain di angkasa atau di planet lain... atau x berani nak kata x ada makhluk lain .. cume yg jelas ... ditengkan dalam Al Quran ... makhluk yg Allah ciptakan .. malaikatt .. manusia ..... iblis dan syaitan serta sekutunya .....

 

 

 

Langit .. di mata kita srbagai manusia .. memang bersendiri tiada tiang atau pemegangnya... akan tetapi... Allah telah tugaskan para malaikat mengendali kangit bumi segala planet planet ... gunung ganang .. lautan .a. dan apabila Allah memerintahkan malaikat todak lagi menjalankan tugasnya .. maka dengan itu .. berlakunya kiamat ... tolonng carikan  adinda  Ijoi .. ayat dn maksud ayat dalam Al Quran ... mengenai perkara ini ...

 

 

 Lagi datu.. aku suka tnguk langit biru ..dan dihiasi sedikit awan putih .. yg memintal .... indah ... apabila kita berada dalam kapal terbang... dan kapal tefbang melanggar gumpalan awan ni ... rasanya macam kita nak bas atau kereta di jalan yang berbunggol bonggol a...... ohhhhh .. macam tu rupanya awan .....ingat macam asap jer ... hehehehe

 

 

 Adoiii penatnya akuuu ... lepak la dikk ... penat bila ujung minggu ..... adik dah kawen dan dah pi dah umah sewa... dulu dia yg bantu akh .. la ni .. bnyk la tuvasan di rumah yg kene aku kene selesaikan ... keje pon kekdang malam g opis ... kolo ade benda urgent .... adoiiiiii ... letihhhhh



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

Adoiiiiii... apa la aku tulis kat atas tu

Sebijik bahasa org tuaa ...

Typo pon bnykkkkk ..

Malunyyyaaaaaa ..

 

Waaaaaaaaaaa



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard