Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sihir


Newbie

Status: Offline
Posts: 2
Date:
Sihir


Assalamualaikum

nama aku dotdot (bukan nama sebetul)

aku ni lahir kat terengganu tapi membesar kat selangor. mak aku asal dr sana.

balik terengganu pun jarang la setahun sekali dua mcm tu.

family belah mak aku ni lain mcm sikit bab makhluk halus.

tapi kehidupan tu mcm biasa lah mcm org lain. cuma ada sikit lain la 

cuma family2 je tahu tp aku cerita ni sekadar berkongsi.

 

benda ni jadi berapa tahun lepas.

aku ada tiga beradik. semua perempuan. kebetulan time tu mak aku balik kampung dgn adik bongsu aku naik bas

aku tinggal kt rumah dgn abah aku dgn adik no dua aku

tgh syok tgk cerita shin chan pukul 7ptg tiba2 bapak aku masuk rumah dia balik dr mana ntah

"kemas barang kita balik kampung sekarang adik demam"

aku pun apa lagi "ek eleh demam je pun" tapi aku jawab dlm hati la mampos jwb depan2 muka bapak aku tgh serius gila

aku dgn adik no dua aku pun siap2 lah 

dlm perjalanan tu mak aku call bapak aku. aku pun jawab la dah hp masa tu kat aku. 

"panggil abah jap"

"kenapa dgn adik? tu laaa sombong lagi tanak ckp dgn akak"

"panggil abah!!!!"
sentap kauuuuu mak aku marah aku. 

siang tu mak aku ada call aku tanya dah makan ke belum buat apa 

aku nk ckp la dgn adik aku tp mak aku ckp adik dah jumpa sepupu asyik dok main ja

dah tu teruskan lah perjalanan. dah sampai tu aku pelik

aik kenapa abah tak terus p rumah tok. asal abah terus p rumah maksu ni

rumah tok dgn rumah maksu jarak perjalanan dlm 15minit gak la kalau jalan kaki

then aku masuk ja rumah maksu aku aku tgk adik aku tgh baring berbungkus dgn selimut baring atas toto

aku p la kt adik aku. bapak aku tgk adik aku apa semua. dia tgh tidur

bapak aku pun blah la p sembang dgn pakcik aku mak aku tok aku

aku dok sebelah adik bongsu aku ni. aku pandang la dia kesian demam.

"panasnya badan adik" kata aku dalam hati. haha skema la pulekkk

dah tu tgh dok tatap adik aku tu tiba2 mata dia terbeliak pandang aku tajam gila

tapi badan tak gerak pun. terloncat aku kebelakang. dah tu mata dia dok terbeliak pandang atas syiling

betul2 syiling atas aku dia pandang, aku panggil la mak aku

"mama!!!!!!!!!!"

kabut mak aku dtg dok pelok adik aku. masa tu dia dah mcm cacing kepanasan tp selimut still berbungkus

mak aku pelok dia mak aku baca something celup tgn kat air dlm mngkuk atas kepala adik aku tu

then sapu kt mak dia. aku terdiam ja terkejut terus aku blah p tidur dalam bilik

nak dijadikan cerita adik aku jadi mcm tu sebab

ptg tu adik aku ada main kt kolam ikan keli belakang rumah tok aku. kolam tu dah kosong dah

kolam ikan keli pak lang aku. adik aku main dgn sepupu2 dia. sepupu aku lah cerita tgh main tu ttba tgk adik aku terduduk kt tepi kolam

(adik aku cerita dia tgh main dia pegang la kepala paip kolam tu terus dia tersentap then dia terduduk, itu je dia ingat)

sepupu aku angkt lah dia bawak masuk rumah dah nak mghrb dah

masuk dalam rumah mak aku suruh adik aku mandi sementara nak makan

dah siap semua tu mak aku suap adik aku. adik aku umur dlm darjah 1 ke 2 ntah ke darjah 3 ke darjah 4 aku lupa la

makan bersuap tu sbb mak aku ni jenis manjakan anak2 jugak lah termasuk aku and adik no 2 aku tu

tgh suap nasi tu adik aku muntah. suap lagi muntah lagi. bukan muntah isi dlm perut tp muntahkan nasi tu la

adik aku nangis2. mak aku mcm eh kenapa budak ni. adik aku pegang leher dia

dia ckp dia tercekik nasi tp nasi takda dlm mlut tu. lagipun budak dah besar tercekik nasi apa

dok nangis2 tu mak aku call lah abg dia kt kerteh tu. abg mak aku ni pandai berubat sikit. 

org pandai berubat kan dia tahu la kot terus dia suruh mak aku cari itu ini daun pkok jambu la

limau la apa benda lagi ntah

berlari mak aku turun cari daun bagai tu semua sambil nangis2 sementara tok aku prepare lah barang2 semua

semua org dlm rumah terkejut gak lah tgk adik aku mcm tu. patutnya malam tu mak dgn adik aku balik kl

dah beli dah pun tiket bas. pastu dah cari apa semua tak tahu la mak aku buat mcm mana

masa tu abg mak aku tu dah gerak dr kerteh nak balik rumah tok nak berubat adik aku

bini abg mak aku tu merangkap makcik aku la kan dia cerita masa pakcik aku tgh drive tu pakcik aku dok nangis2 bebel dlm bahasa siam

keturunan aku ni ada keturunan siam. then salah satu ckp siam sbb org yg menghantar tu pakai bomoh siam

makcik aku lah cakap. dah pakcik aku dok berubat tu pakcik aku nak p lah balik rumah tok jap

rumah tok mmg kosong semua tunggu kt rumah maksu aku. pakcik aku nak baling telur ke apa ntah kt bawah rumah

aku tak tahu la benda ni khurafat ke syirik ke aku tak tahu. dah tu pakcik aku cerita

masa sampai rumah tok ada dgr suara kucing tgh bergaduh dlm rumah. terus pakcik aku campak telur bawah rumah then bunyi kucing tu senyap

tok aku mana ada bela kucing. pakcik aku ckp benda tu gaduh sbb nak kena kat pak lang aku tapi yg terkenanya adik aku

dah tu malam tu maksu aku lak jadi tak sedar diri. adik beradik mak aku mmg cmni. jadi tak sedar diri tu mcm kebiasaan la bagi family

aku sbbnya benda ni start dr maksu aku reject ada laki minang dia. dia jadi tak sedar diri cm bersilat, nangis2 gelak2

mlm tu maksu aku nangis sambil pangku adik aku. dok la ulang2 ayat

"kenapa buat anak sedara aku mcmni hah"

"siapa yang buat ni apa kau nak" dalam loghat terengganu la aku bukan reti sgt speaking terengganu

dah tu tiba2 maksu aku lepaskan adik aku dia mula la jalan mcm org berlagak

tgn kt pinggang belakang bdn bongkok sikit jalan keliling dlm rumah gelak2

lepastu dia ckp something aku lupa dia ckp apa tapi suara lain la bukan suara dia

terus tok aku nangis. tok aku cakap dia kenal suara ni. masa benda ni jadi aku tak sampai lagi rumah tok

aku tgh dlm perjalanan lah sbb adik aku kena ptg tu nak mghrb dah kena tu mak aku call bapak aku

kira masa aku sampai mcm pagi mcm tu la semua dah settle. ok sambung balik

dah lama dah ok psl adik aku tu dok sembang la adik beradik mak aku dgn tok aku ni tanya siapa buat

rupanya yang buat rumah sebelah je. rumah kampung kan sebuah2 tp jarak tak lah jauh sgt dlm 10 langkah jela

rumah sebelah tu pulak abg sulong tok aku. tu tok aku sedih sgt tu tapi tak rapat sgt pun dgn dorang

rupanya adik aku jadi mcm tu sbb tgh main2 tu dia pegang kepala paip kolam ikan keli tu

pakcik aku cerita, abg tok aku tu nak buat kat paklang aku. tapi ditakdirkan kena kat adik aku sbb adik aku org pertama pegang

maybe abg tok aku letak benda tu kt kepala paip tu. aku pun tak tahu sgt lah bab ni

tp ptg lepas dorang main tu paklang aku pergi tutup pili air tu pulas la kepala paip tu

dia demam. dia org kedua pegang. tp sbb dia pun org pandai berubat so tak jadi apa la

pakcik aku cakap kalau mak aku balik gak dgn adik aku malam tu mmg adik aku mati lah dlm bas

abg tok aku pun mmg pendengki sikit. dia dengki sbb anak2 tok aku berjaya slalu je jenguk tok aku kt kmpung

kira mcm keluarga bahagia la hiks hiks hiks (gelak gedik)

lagipun abg tok aku ni pernah je buat kat anak cucu dia sendiri. salah sorang anak dia cerita kt tok aku

yela apa2 pun hubungan mak sedara anak sedara mmg takleh putus kan

abg tok aku ni sembahyang mmg tak tinggal. 10 minit sebelum azan dah naik basikal slow2 pergi surau. 

kebetulan kalau nak ke surau mmg kena lalu dpn rumah tok aku. dia tua uzur dah tp naik basikal kuat

kudrat mcm org muda walaupun slow ja bawak. sebenarnya sambil dia bawak basikal slow2 tu dia tabur something dpn

rumah tok sepanjang perjalanan ke surau. aku ckp ni bukan main tibai eh pakcik aku yg pandai berubat tu nampak.

tapi pakcik aku tak buat apa lah just buang balik benda tu 

berbalik cerita adik aku tu pagi esoknya tu abg tok aku dok la cangkul tanah dpn rumah dia

mak aku entah mcm mana mak aku ckp nak pergi tegur abg tok aku

mak aku pergi la tegur sembang2 mcm biasa lah tanya sihat ke tidak. yelakan pakcik dia jugak

mak aku ckp biar dia serba salah sikit dah buat anak mama hahaha

tp family aku bukan jenis berdendam. tak pernah la menghantar balik ke apa ke

malam tu balik selangor.  mak aku dok pangku adik aku kat seat belakang

aku dok depan. dlm perjalanan balik tu aku rasa seram sejuk 

aku pandang la belakang. adik aku dok tenung ja aku. tajam gila pandangan mata dia

aku tanya lah mak aku "ma, hantu tu ikut kita balik ke?" soalan bangang kan

mak aku jawab "ada lah sikit saki baki dia". tak tahu lah mak aku gurau ke apa

aku pandang adik aku dia dok senyum kat aku. terus aku pandang depan eeee seriauuu

hah ada lagi satu, mak aku cerita masa pakcik aku tgh berubat adik aku pakcik aku ckp kena bawak p jumpa org lain gak ni tolong berubat skali 

sbb bomoh dr siam kan kuat

then bawak lah adik aku ni p rumah kawan pakcik aku. dah sampai kt area rumah tu benti kete semua dah turun. adik aku tanak turun

dia dok buat lembik tak larat dia dlm kete. pakcik aku baca apa ntah ttba dia bangun dia keluar kete tak pakai selipar

dia terus berlari p dpn rumah yg nak berubat tu. mak aku ckp la dia yang dr tak larat terus bangun then dia sendiri tnjuk rumah yang nak berubat tu

padahal adik aku bukan kenal pun rumah yang nak bawak p berubat, sampai ja depan pintu rumah org tu adik aku lembik balik

nasib baik mak aku kt belakang dia ja sempat pangku dia

 

hehe sorry eh kalau tunggang terbalik sikit ayat. aku cerita tak pakai ayat sastera pun 

aku cerita ni pakai ayat yang bilamana seolah aku cerita kat kawan aku la

 



-- Edited by Unknown on Monday 15th of December 2014 07:45:32 PM



-- Edited by Unknown on Monday 15th of December 2014 07:46:30 PM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 618
Date:

manusia.. hummmm.. lebih kurang mcm family aku juga laa ni..abg atuk aku pun x tentu suka dgn atuk aku,sebab mak cik pak cik aku semua pndai cr duit,bg belanja utk atuk dgn nenek kat kpg. cucu2 pun bnyk dah berjaya...

abg atuk aku ni ada ilmu juga.. bnyk juga ilmu yg dia ada.. ada juga dia simpan minyak utk berubat. minyak tu dia dpt dr kubur. itu pun orang dalam mimpi dia yg suruh pergi kubur,gali,cari botol minyak tu.

tapi,abg atuk aku setakat yg aku tahu xda guna2 fmly kami. cuma dia suka laga-lagakan mak cik pak cik aku je..

bomoh siam,bomoh indon memamg kuat. klau kat srwk,bomoh iban boleh tahan kuat juga..

so skrg adk ko mcm mana laaa?

__________________

Aku Begini,Bukan begitu.

Itulah aku,ika syg!

 



Newbie

Status: Offline
Posts: 2
Date:

CC: ika syg

kan? apa salahnya buat lah baik. sah2 dapat tumpang senang jugak. kebanyakkannya orang kampung ramai sikap macamni.
adik aku sejak kes tu dah ok dah. takda apa dah.
adik beradik mak aku semua pakai tangkal ikat kat perut.
bila tanya ni apa mak aku jawab pelindung je.
haih tak tahu la aku tak campur bab2 ni
abg kepada tok aku tu dah arwah sekarang. itu pun jatuh telaga.
dengar cerita kalau tak jatuh telaga memang tak mati lagi.
sbb dia ada bela kan. aku dengar je tak nak la percaya ke apa
kang jadi khurafat pulak. tapi benda2 ni mmg wujud kan. tak leh nak sangkal lagi dah

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 618
Date:

x fhm sungguh aku.. mungkin org tu jaga kita,tapi,kan benda tu pun nk mkn. tp bg dia mkn guna apa? tambah lg,aku dgr2 benda tu ikutttt mna2 kita pergi.

jd kita mndk pun dia ikut juga kn? adoiii,x dpt aku imagine org SPY time mndk..

kwn rapat aku pnh bg nasihat. hati2 cr kawan,takut org tu bela benda,x pasal2 ko SIAP..



__________________

Aku Begini,Bukan begitu.

Itulah aku,ika syg!

 

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard