Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Misteri Pelajar Baru


Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:
Misteri Pelajar Baru


bismillah.jpg

Sara(bukan nama sebenar)nama tu memang sangat gah sangat terkenal,sangat digeruni dan sangat dibenci terutama sekali oleh pelajar2 junior kolej swasta yang agak terkenal disekitar Johor Bahru.Lisa,Mila dan Zila antara sahabat baik yang setiasa mengiringi setiap langkah Sara...Sara anak tunggal seorang usahawan yang sangat berjaya dan juga pemegang share terbesar kolej itu,dan menjadikan ianya satu faktor kenapa Sara sangat berani,besar kepala dan biadap.

Banyak sangat kejahatan Sara yang meninggalkan kesan terhadap mangsa2 dia.Sara juga mempunyai keinginan yang pelik iaitu berminat kepada perempuan2 yang cantik,tetapi yang peliknya perwatakan dia tidak menjurus kearah lelaki..raut wajahnya cantik dan juga menjadi keinginan setiap lelaki untuk didampingi.Tetapi sara sangat gemarkan gadis2 yang cantik.Kegemaran sara juga adalah mengenakan pelajar2 junior..

Nurul(Pelajar Junior Jurusan IT)

Pertama kali melangkah masok kolej tu Nurul mungkin tidak pernah membayangkan yang dia akan menjadi mangsa buli Sara.Sara tak tinggal diasrama kerana rumah besarnya berdekatan sangat dengan kolej,tetapi dia banyak menghabiskan masa di asrama kerana rakan2 dia yang lain tinggai di asrama.Ketika Nurul sedang mentelaah dimeja belajar tiba2 Sara menghampiri Nurul dan dengan tiba2 merentap tudung yang menutupi kepala Nurul,Nurul mengerang kesakitan kerana lehernya terluka sedikit akibat terkena kerongsang pada tudung yang direntap Sara.

Kegilaan Sara apabila dia gemar menuduh mangsa2 dia kerana ingin menjadikan perbuatan dia itu berpunca.

'Woi..sund**!!kau pehal r..yang sibok2 ngadu aku niru masa ujian baru2 ni??'herdik Sara.

'Kak,sumpah saya tak mengadu apa2 pown dan saya xtahu menahu..lagi pun kita bukan dalam kelas atau jurusan yang sama'jelas Nurul yang masih tidak sedar dia sedang diperbodohkan.

'Ewah..sund** kau memang kurang ajar kan,so sekarang ni kau nak kata aku saja2 nak fitnah kau ke apa haa..!!???jerit Sara sambil menghentak kepala Nurul keatas meja.Rayuan serta tangisan Nurul tidak sedikit pon membangkitkan rasa simpati dalam diri Sara.Sara berlaku sangat kejam apabila menampar serta menumbok perot Nurul yang akhirnya mengalah dan terkulai jatuh.

'Ada lagi x sapa2 yang nak jaga tepi kain akU???'pekik sara..semua pelajar2 yang sedari tadi memerhati hanya diam membatu.Sara menunduk dan membisikkan sesuatu di telinga Nurul.

'Kalu sampai orang lain tahu pasai ni,aku akan pasti kau keluar kolej ni tanpa kaki...kau paham kan??'bisik Sara..dengan kudrat yang ada Nurul mengangguk kepala tanda paham..

'Bagos..lain kali jangan masuk campur or buat pandai2 ok'kata Sara dan berlalu pergi.

Sejurus Sara pergi,rakan2 yang lain menghampiri dan membantu Nurul yang terok dikerjakan Sara.

Siti(Pelajar Junior Jurusan Culinary)

'Woi gemok..kau ni makan lembu sekor ka hari2 yang gemok sangat ni??'perli Sara kepada Siti sambil ketawa terbahak2,Siti yang sedia maklum tentang sikap Sara memilih untuk berdiam diri saja..Sara tiba2 marah dan memaki Siti apabila pertanyaan dia tadi tidak dibalas oleh Siti..

'Anak ha*** betoi!!woi ba** kau ingat aku cakap dengan tokong cina ka haa???!!!'marah Sara sejurus itu menampar muka Siti berulang kali..Siti yang sakit diperlakukan begitu mengiakan.

'Ya Sara aku makan lembu sekor hari2 sebab tu aku gemok'kata Siti sambil menangis...

'Patot la pon...hahahahah'gembira Sara apabila melakukan begitu.Begitulah sikap Sara yang sangat memberikan tekanan terhadap perlajar2 yang lain.Pelbagai tindakan susulan telah diambil berkenaan sikap Sara namun semua nya sia2 kerana papanya sendiri Tan Sri Rasdan sangat manjakan anaknya Sara.

Dikolej itu Sara ada meminati seorang pelajar senior jurusan MASSCOM,Julia..seorang gadis kacukkan belanda dan indonesia,raut wajah dan tubuh Julia yang mantap sangat memberi Sara ransangan sonsang yang hebat.Tetapi gadis ini amat sukar didekati.

Julia

Sejahat2 Sara apabila dia mendekati gadis idamannya itu dia seolah2 terpukau,mungkin dengan kecantikan luar biasa Julia yang membuatkan dia mengila.Suatu hari kolej Sara ada mengadakan aktiviti kolej iaitu aktiviti hari tanpa buku yang mana mereka melakukan aktiviti sihat mengikut kehendak masing2 bersama2 dipandang,cuaca pagi itu agak mendung dan menandakan yang hari akan hujan.

Dari jauh Sara memerhatikan Julia yang hanya memakai seluar pendek dan singlet putih.Oleh kerana kolej itu hanya menempatkan pelajar2 perempuan sebagai penuntut jadi peraturan permakaian agak longgar dan mengikut keselesaan pelajar.Tiba2 guruh berdentum hujan bakal menyembah bumi,ramai pelajar telah pun beransur meninggalkan padang,tetapi Julia,Sara dan beberapa pelajar masih ada dipadang..kesempatan itu Sara ambil dengan cuba mendekati Julia.

Ujan turun lebat dengan tidak disangka,Julia mahu berlari kearah kolej tetapi tangan dia ditarik Sara mereka bersama2 berlari menghampiri khemah tertutup yang sengaja dipasang dipadang sepanjang acara berlansung.Sara menerangkan tindakkan dia yang tiba2 menarik tangan Julia kerana hujan terlalu lebat dan kilat sabung menyabung ianya sangat bahaya.Julia hanya senyum memandang sara.

Senyuman yang amat mengilakan Sara,kesempatan itu Sara ambil dengan memerhati Julia yang sedang sejuk berpelok tubuh..dalam pikirannya membayangkan sesuatu yang luar biasa..tiba2 Sara dengan berani datang dari arah belakang Julia lalu memelok sambil mencium Julia.Julia yang terkejut dengan tindakkan Sara mengelak dan ingin berlalu pergi tetapi dihalang Sara.Julia mula merasakan ada yang tak kena dengan Sara mula berkeras dengan menampar muka Sara.

Sara marah diperlakukan begitu mencapai kayu baseball yang berada berdekatan ketika itu lalu menglibas kemuka Julia..darah bersemburan,Sara seolah2 hilang kewarasan apabila berkali2 memukul Julia sehinggakan gadis tu terkulai tidak bernyawa..

BERSAMBUNG

 



__________________

aNAK maK abAH akU



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 90
Date:

cepatlah sambung ye... xsaba nk baca...


__________________

semoga hidup akan sentiasa diberkati Allah swt yg maha esa... bermohonlah padaNYA kerana segala yg dimiliki kita di dunia ini adalah milikNYA... 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

INSYAALLAH sat cheq sambong nah...biggrin



__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Tak pasti syaitan apa yang merasuk Sara sehingga bertindak sekejam itu,dia seolah2 tidak takot dengan tindakkan undang2 kerana kesalahan dia.Now she is killer!!she kill Julia!!Sara dengan selamba mengeluarkan hp lalu memanggil ketiga2 sahabat setia dia kononnya..raut wajah Sara tidak sedikit pon menampakkan yang dia sedang ketakutan setelah dengan tidak sengaja membunuh Julia or maybe sengaja.Hampir menjerit ketiga2 sahabatnya apabila melihat sekujur tubuh manusia yang kaku tidak bernyawa,serta melihat sara berlumuran darah.

'Sara!!what the hell is going on???apa yang u dah buat ni Sara!!??'

'Tak payah nak cakap banyak ok,now you all semua tolong i kita angkat mayat ni and humban dalam juram'perintah Sara.Yes,she was so cruel..merancang sesuatu seakan2 seorang pembunuh yang professional.

'No..i xnak!!i takot!!jerit lisa kuat bagi melawan bunyi guruh yang berdentum..Lisa kelihatan sangat takot dan pucat muka dia.Sara menghampiri Lisa.

'Kalu u xnak xpa,sebab i'll make sure u akan join Julia dalam juram tu soon'Sara mengugut..mereka bertiga tiada pilihan selain mengikut kehendak Sara.

Sejam kemudian mereka selesai melakukan perkara terkutuk tu,dan yang paling sadis Sara telah melakukan kekejaman sekali lagi terhadap mayat Julia yang mana dia telah mencederakan bahagian intim Julia supaya menampakkan yang Julia dirogol sebelum dibunuh.dia melakukan tanpa rasa takot mahupun rasa bersalah.

Heboh,kecoh apabila kolej mendapat berita kehilangan Julia,keempat2 syaitan muda itu berlagak seolah2 tiada apa yang berlaku disamping itu mereka berpura2 sedih dengan kehilangan Julia.Pencarian Julia dilakukan oleh pihak polis dan juga pihat kolej,tiga hari berlalu..namun julia masih belum dijumpai.Pencarian masih diteruskan...hari ketujuh pon masih tiada berita..Hampir kesemua pelajar di soal siasat termasuk aku dan sahabat2 aku yang lain..namun kami mempunyai agenda tersendiri bagi mengelakkan dihidu oleh pihak polis.

Sebulan berlalu,aku dengar kata pihak polis dah tutup kes Julia sebab mereka still xjumpa Julia..aku sangat gembira dengan berita itu lalu aku merancang mengadakan private party memandangkan papa dan mama tiada dirumah pada malam itu.Dihidangi dengan arak,wine dan juga dadah mengkhayalkan party tu kelihatan sangat2 meriah..lelaki perempuan bergaul bebas.

Tiba2,mata Sara terpaku memandang seolah gadis yang meminggirkan diri jauh dari kemeriah party itu.Sara menghampiri gadis tersebut,apabila dekat Sara sedikit terkejut apabila dia merasakan wajah dan susuk tubuh gadis itu persis Julia cuma gadis ini agak gempal dan kulitnya sedikit gelap berbanding julia yang sangat gebu.

'Sorry i'am not guest who been invited to your private party..just drop by to meet my friend here'jelas gadis itu.

'Its ok,you are welcome here..by the way you are?'tanya Sara

'Im Carol,i new here..'jelas Carol sambil tersenyum..dalam hati Sara berkata yang senyuman itu sangat2 persis milik Julia yang dia gilai suatu ketika dulu,tetapi wajah Carol agak sedikit pucat.

'I go and get u some drink'Sara berlalu pergi meninggalkan Carol..dalam hati Sara berbunga2 kerana dia beranggapan yang Carol ni sangat mudah untuk didekati dan dia mula rasa minat terhadap Carol.Sekembalinya dia bersama segelas air,dia terkejut apabila melihat yang Carol sudah berlalu pergi dan hanya meninggalkan bau wangian dia.Sara menjadi rindu..seperti sudah angaukan Carol yang baru saja dia ketemu.

Di kolej dia masih terbayang2 kan carol serta bau haruman carol.Kelihatan dari jauh ketiga2 sahabat Sara menghampiri dia dan membawa berita yang menarik.

'Guess what??hari ni ada pelajar baru nak masuk'jelas Mila kepada Sara.Sara seolah2 tidak berminat dengan berita yang dibawa kawan2nya dalam fikiran dia hanya memikirkan Carol semata2.Mereka merasa sangat pelik dengan Sara seperti ada sesuatu yang xkena.Ketiga2 kawan Sara merancang sesuatu malam ni untuk pelajar2 baru.Sara hanya mengikut rancangan mereka.

Malam tu mereka kumpulkan kelima2 pelajar baru di dewan makan lama dihujung kolej yang mana sudah beberapa tahun tidak digunakan.Semangat Sara kembali apabila melihat Carol dikalangan pelajar2 baru itu..dia mula mengukir senyuman disamping itu juga dia siap warning lagi kawan2nya yang aktiviti malam ini jangan terlalu extrem memandangkan gadis idaman dia disitu.

'Ok dalam balang ni ada lima kertas kosong.....'

'Make it 6'cela Sara..Mila menulis kertas yang keenam dan memasukkan dalam balang.

'Ok,semua cabut satu no dan tunjukkan kepada kami'minta Mila..kelima2 pelajar itu mencabut satu no setiap orang dan menunjukkan angka kepada kami..tapi yang pelik number keenam tidak pown kelihatan disitu,mereka merasa pelik..yang Sara pula memandang satu sudut sedari tadi sambil tersenyum2.

BERSAMBUNG



__________________

aNAK maK abAH akU



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 90
Date:

olo bersambung lagi.. huhuhuhu... menarik cite ni.. cepat2 sambung ek...

__________________

semoga hidup akan sentiasa diberkati Allah swt yg maha esa... bermohonlah padaNYA kerana segala yg dimiliki kita di dunia ini adalah milikNYA... 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Mila mula mengarahkan setiap pelajar2 baru itu berdampingan dengan syaitan2 kecil itu.

'Mila u ambil pelajar yang kelima'arah Mila.

'No..i pick number 6'Sara meminta.

'Sara there is no number 6,they just 5peoples'terang Mila yang mula ragu dengan sikap Sara malam itu,tapi Sara tidak menghiraukan dan berlalu pergi ke arah yang sedari tadi asyik di perhatikan Sara sambil tersenyum2.Rakan2nya mula risau dan takot melihat reaksi Sara malam itu tapi mereka menyembunyikan kerana tidak mahu pelajar2 baru menganggap mereka juga takot dan tidak berani sebenarnya.

Mereka jalankan aktiviti pada malam itu seperti biasa walaupun dalam hati masing2 risaukan mana Sara pergi sorang2 tengah2 malam pulak.Kelima2 pelajar dibiarkan sendirian berasingan dalam kelas2 lama disamping itu mereka memasang surah2 al-quran bagi memecahkan kesunyian pada malam itu.Ada dikalang mereka menangis ketakotan dan ada yang perlahan2 mengikut membaca surah2 al-quran itu.

Setelah selesai menempatkan pelajar2 mereka berkumpul di satu sudut,tetapi kelihatan Lisa belom lagi datang..10 minit kemudian Lisa datang menghampiri mereka.

'Lis..i suruh u tinggalkan budak ni dalam kelas lama tu..yang u bawak dia datang sini buat apa??'marah Mila.Lisa kelihatan agak terkejut dengan apa yang dikata Mila sebentar tadi kerana dia dah pon tinggalkan budak junior tu dalam kelas tadi.Lisa terdiam sebentar sebelum dia bersuara..

'Guys..i'am here alone,i dah tinggalkan budak tu dalam kelas'Lisa bersuara dengan nada yang perlahan.Mereka bertiga agak terkejut apabila mendengar mengakuan Lisa sedangkan mereka masih lagi nampak budak junior tu dibelakang Lisa.Lisa sudah kelihatan menangis,mereka bertiga memejamkan mata kerana terlalu takot,Lisa dah pon terperosok dia atas Zila lututnya menjadi lembik..agak2 dalam 10-15minit mereka berpelokkan dengan mata tertutup akibat terlalu takot dengan apa yang disaksikan tadi.

Mila membuka matanya perlahan2,kelibat tu sudah pon hilang dari pandangan.Mila meminta rakan2nya lain turut membuka mata..mereka masih lagi kaget dan membisu,Mila memberi cadangan supaya mereka keluar dari situ.

'And then macam mana dengan junior2 tu semua?and how about Sara?'Zila menyoal..

'Lantak diaorang la..yang Sara tu pulak aku rasa dia dah blah lama dah..sengaja tinggalkan kita'Mila menduga.Mereka pon sepakat meninggalkan kolej itu dan balik keasrama..larian mereka tiba2 terhenti apabila melihat kelas yang mereka tempatkan pelajar2 junior tadi terang benderang dan yang paling pelik bila kelihatan ramai pelajar didalam kelas seperti sedang belajar pada waktu dan ketika ini yang menunjukkan sudah pon lewat malam..Lisa dengan tiba2 menjerit,serentak itu pelajar2 dalam kelas tadi memandang kearah mereka.Ya..mereka memandang dengan tidak berwajah,kesemua mereka menjerit dan terus berlari dengan kudrat yang ada..

BERSAMBUNG



__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Setibanya ditembok yang memisahkan asrama dengan kolej..

'Wei korang..my fon tertinggal dekat pondok tadi la'kata Zila

'Gosh..why u so careless'marah Mila..

'No way..don't expect that i going there again..weii sana ada hantu la!!!'jerit Lisa sambil menangis.

'Nevermind..Lis,u and the rest balik asrama dulu..biar i dengan Zila pergi'arah Mila.Zila nampak agak keberatan sebenarnya untuk berpatah balik,tapi memikirkan iPhone 5 yang baru dihadiahkan oleh parents dia..dia rasa sayang.Mereka berpatah balik tanpa menoleh kiri dan kanan.Hampir dengan pondok tu mereka perasan seolah2 kelibat Sara yang sedang duduk dipondok tu sambil bercakap dengan seseorang.Yes..memang betul tekaan mereka itu Sara,Sara masih lagi sedang bercakap dan tidak mempedulikan kehadiran kami ketika itu.Yang peliknya Sara cakap sorang2..tiada siapa pon disisi dia ketika itu.

Sara...jom kita balik,dah lewat malam ni..besok kita datang lagi'pujuk Mila..Zila membulatkan mata tanda terkejut dengan kenyataan Mila..nak datang balik besok??memang x la...jawab Zila dalam hati.

'Here i dah jumpa..lets go'ajak Zila..

'Sara..jom'pujuk Mila lagi..tetapi Sara buat bodoh ja seolah2 tidak menyedari kehadiran kami berdua,dengan tiba2 dia bangun dan jalan menuju ke tembok untuk balik ke asrama dan dia masih lagi kelihatan sedang bercakap dengan seseorang..tapi ketika tu kami x nampak sapa2 pon disamping dia..mereka berlari2 anak mengikut dari belakang Sara,sehingga la sampai depan pintu asrama dia masih lagi bercakap dan diakhiri dengan reaksi memelok.Memang Sara malam tu pelik sangat2..so kami bercadang bertanya  pada dia keesokkan hari.

Dari jauh Sara menghampiri kami,riak wajah dia ceria..

'Dahsyat korang kerjakan budak2 tu semalam..hahahah,siap suruh makan pasir lagi..salute la kat korang..macam ni la kawan2 aku..hahaha'kata Sara sambil ketawa gembira.Kita orang semua terkejut tapi semua mengiakan saja apa yang dikata Sara.

'Kau buat apa plak dengan pelajar yang kau pilih semalam tu?'sengaja Mila menyoal.Kelihatan Sara tersenyum malu..

'Yang ni special sikit la korang so aku xmau bertegas sangat dengan dia'jelas Sara

'Dia ambil course apa budak tu?'soal Mila lagi..

'MASS'jawab Sara ringkas..dalam hati Mila berfikir,dulu pon julia dari course yang sama..mungkin ini kebetulan,tapi mila masih lagi tak berpuas hati sebab tak nampak kewujudan budak perempuan yang digilai Sara tu.

Sedang mereka rancak berbual tiba2 junior yang semalam mereka kenakan tu lalu berhampiran mereka.Mila memanggil budak tu..

'Hey budak..semalam korang belah ka bila aku suruh korang stay dalam kelas lama tu??'soal Mila..junior tu kelihatan aneh..

'Sorry kak semalam saya xjoin pon sesi orentasi'terang junior tu..

'Kau jangan nak berseloroh la budak..habis yang lagi empat orang semalam tu???'Mila tak berpuas hati..

'Kak sumpah semalam kami semua ada kat asrama,kami tak kemana2 pon..'terang dia lagi..Mereka semua tergamam kecuali Sara yang hanya sibok bermain dengan fon dia.Masing2 memandang antara satu sama lain..Mata Lisa sudah kelihatan berair menandakan yang dia mahu menangis,tetapi ditegah Mila kerana takot sara perasan..

Makin menjadi misteri apa yang berlaku terhadap kami semua..

BERSAMBUNG



__________________

aNAK maK abAH akU



Member

Status: Offline
Posts: 5
Date:

Alah bersambung...best cita nie

__________________
Ciecie's love you


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 90
Date:

ala bersambung lg plak... huhuhu.. mmg best cite ni.. cepat2 sambung ye Cesilia..winkwinkwink



-- Edited by aerieqa on Sunday 24th of August 2014 04:32:40 PM

__________________

semoga hidup akan sentiasa diberkati Allah swt yg maha esa... bermohonlah padaNYA kerana segala yg dimiliki kita di dunia ini adalah milikNYA... 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Sekarang ni Sara dah jarang bersama kami,banyak aktiviti kami tertunda.Sara lebih gemar bersendirian tapi yang memelikkan kami Sara selalu senyum dan bercakap sorang2,sikap Sara sangat2 pelik sejak kebelakangan ni.

'Sara..hari ni u tolong hantarkan i balik boleh tak?my father kena outstation la..'minta Lisa.

'Alaa...Lis hari ni xboleh la,i dah janji dengan Carol nak hantarkan dia balik and singgah kejap rumah dia'terang Sara.Lisa tersentak..sapa carol ni sebenarnya??

'Owh..really?in that case xpe lah..i mintak Mila hantarkan i balik'mereka sebenarnya merencanakan sesuatu,mereka ingin tahu siapa sebenarnya Carol dan juga misteri2 yang yang melanda mereka.Mereka beranggapan bahawa carol sebenarnya bukan manusia??

'U...jangan la follow rapat sangat kantoi kita nanti'mereka bertiga mengekori Sara dari belakang.Mila yang sedang memandu kelihatan agak gelisah.

'Korang..ni bukan jalan belakang kolej kita ka?'kata Lisa,mereka memberhentikan kereta agak jauh dari kereta Sara kerana Sara tiba2 berhenti di hutan belakang kolej.Kelihatan Sara keluar dari kereta dan membuka pintu bahagian penumpang..guess what?dari jauh kami lihat seorang perempuan keluar dari kereta dia..sedangkan dari tadi mengekori Sara kami yakin kami pasti Sara hanya bersendirian.Walaupun dari jauh tapi kami dapat amati wajah perempuan itu yang sebenarnya agak familiar bagi kami.

'Owhh..god!!!!'teriak Lisa sambil menangis..

'Lis!!kau ni dah kenapa ha!!'marah Mila terkejut dengan tindakkan Lisa sebentar tadi.

'That's Julia'Lisa menunding jarinya kearah Julia yang berada di depan.Serentak kami berpaling kearah depan,masing2 tidak dapat mengawal perasaan kami menjerit dan menangis,dengan tiba2 Julia berpaling sambil menghadiahkan satu senyum kearah kami..kami terkaku tapi Mila mengumpulkan juga kekuatan untuk memandu keluar dari perkarangan hutan itu.

Kami masih lagi menangis kerana terlalu takot..Mila pula memandu dengan agak laju dan akhirnya mereka terbabas.Mila telah melanggar pembahagi jalan.Mereka dikejarkan ke hospital,keadaan mereka agak parah...terutama sekali Zila dam Mila..

4 hari berlalu Lisa bangun dari koma,Lisa mendapat perkhabaran yang Mila dan Zila sudah pon 3hari meninggal dunia..Lisa menangis sekuat hati tidak menyangka secepat itu kawan baiknya pergi meninggalkan dia,Lisa tiba2 teringatkan Sara.

'Mama..we have to go and save Sara dia dalam bahaya'pinta Lisa kepada mamanya.

'No dear let police do their work,she gonna be fine..by the way macam mana Lisa tahu yang Sara dah hilang?and one more thing apa maksud Lisa Sara dalam bahaya??mama Lisa mula mengajukan soalan bertubi2..

BERSAMBUNG



__________________

aNAK maK abAH akU



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 90
Date:

Alamak..! Bersambung lg.. hwaaaa...😭😭😭

__________________

semoga hidup akan sentiasa diberkati Allah swt yg maha esa... bermohonlah padaNYA kerana segala yg dimiliki kita di dunia ini adalah milikNYA... 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Lisa masih lagi lemah setelah 4hari terlantar..oleh itu mama nya tidak menekan dia lebih,tetapi mama nya dapat merasakan Lisa ada jawapan bagi setiap persoalan yang belom terungkai..misteri kehilangan Sara serta punca mereka kemalangan hingga meragut nyawa rakan mereka.

Seminggu berlalu,kehilangan Sara terus menjadi misteri,Lisa kehilang ketiga2 rakan nya dengan serentak membuatkan dia hilang semangat untuk belajar...masa dikolej banyak dihabiskan dengan temenung dan memingirkan diri.Tiba2 dalam kelas Lisa menjerit..

'What have u done to Sara!!!!u dan mati Julia!!!u dah mati!!!!'jerit Lisa sambil menangis..pelajar2 yang lain mula menjauhkan diri dari kerana Lisa bertindak dengan membaling kerusi di satu sudut sambil bercakap menjerit dan menangis..pensyarah cuba untuk memujuk Lisa tetapi tidak menjadi 10minit kemudian seorang pensyarah lelaki datang membantu.

Rupanya Julia memperlihatkan dirinya pada Lisa dengan membawa kaki nya yang dah bercerai dari badan.

'Lisa...apa yang dan jadi sebenarnya?'ibu Sara bertanya..hari tu ibu bapa Sara dan Lisa dipanggil ke kolej.

'Tell auntie Lisa..please..auntie dan tak sanggup nak tunggu lagi..auntie nak tau Sara tu masih hidup atau dia dah xdak Lisa???tolong la auntie'ibu Sara menangis meraung semacam orang gila.Tan Sri Rasdan papa kepada Sara bertindak dengan memujuk serta mententeramkan puan Sri Rosmah isterinya.Kelihatan Lisa disatu sudut didalam pelukkan mamanya.

'Lisa..kalu Lis tahu apa yang mama auntie n uncle tak tahu,Lis bagitahu mama..kongsi dengan mama..Lis xboleh berdiam macam ni saja mama risau tindakkan Lis ni akan memudaratkan kesihatan Lis..look at Sara parents,their both miss Sara..and i know u miss Sara to right...'mama Lisa memujuk..Lisa nampak agak tenang dan seperti sudah bersedia.

'Mama..auntie,uncle,daddy..Julia dead'mereka saling berpandangan dengan keliru mungkin mereka sudah lupa dengan kes Julia sebelum ini..lagipun memandangkan kolej ini sangat private jadi perkara2 sebegini tidak lah diheboh2kan..

'Sara....Sara...she kill julia'beritahu Lisa sambil menangis.

'Ya ALLAH!!!Lisa betul ka dengan apa yang Lisa cakap ni??Papa...anak kita papa!!'jerit puan sri..

'Sumpah auntie,Lisa sendiri yang ikot Sara..Mila dan Zila buang mayat Julia dalam jurang belakang kolej'jelas Lisa lagi.Sesungguhnya semua yang berada disitu sangat terkejut serta tergamam..bagaimana 4orang gadis sekecil secantik ni mampu merencanakan satu pembunuhan yang kejam dan sadis ini.Mama Sara terus menangis meraung macam orang gila..

'Sara why do this to mama???why sara??'sedih melihat keadaan puan sri..tidak cukup dengan kehilangan satu2nya  anak gadis dia..ditambah pula dengan cerita besar ini.

'Mama..Lisa takot..Julia ada saja dimana2 dia nak bunuh Lisa macam mana dia bunuh Zila dan Mila..masa sebelom kitaorang kemalangan hari tu kami nampak Julia mengesot tengah jalan sambil membawa kaki dia yang dah putus'Lisa buka cerita.Jadi itulah punca kemalangan yang mereka alami.Keadaanya menjadi haru biru,pengetua kolej telah pon memaklumkan kepada polis atas bukti yang dikemukakan oleh Lisa sebentar tadi.

Dengan diiringi anjing pengesan dan beberapa pegawai penyiasatan,lisa telah membawa kesemua mereka ke lokasi kejadian..hampir 1jam mencari disekeliling tempat kejadian yang tunjukkan lisa..sara or mayat julia masih belum dijumpai,menurut pergawai penyiasat berkemungkinan mayat telah diheret oleh anjing mengubah haluan dimana dia telah ditinggalkan.Pencarian hari tu tidak menemukan jawapan,lisa gelisah..dalam hatinya berbisik yang dia masih tidak selamat n julia akan menghantui dia lagi.

Sejak balik dari mencari mayat julia serta sara,lisa lebih banyak menghabiskan masa dalam bilik katanya dia takot julia datang untuk menbunuh dia.Ibu bapa lisa menemui jalan buntu mereka risau mengenangkan nasib serta keadaan lisa yang makin rumit.Sehingga lah opah lisa mencadangkan supaya sama2 mereka melakukan solat hajat dan bermohon kepada tuhan agar dipermudahkan segala urusan.

Sememangnya,mereka sekeluarga jarang bersujud..jarang berjemaah,lisa pula tidak pernah tahu erti solat kerana selama ni dia tidak didedahkan dengan ilmu agama,hanya kemewahan saja yang dilimpahkan memandangkan dia anak tunggal.

Pada malam tu juga mereka memanggil orang2 masjid dan kedua ibu bapa sara bagi sama2 berusaha bermohon kepada tuhan.Ternyata tiada keceriaan diwajah mereka,musibah yang menimpa sedikit sebanyak menyedarkan akan kelalaian mereka selama ini.Syukur semua berjalan dengan lancar..mereka merasa agak sedikit tenang dan terasa lapang

'Ibukk...tolong bukk!!nak lisa lagi kesurupan..tadinya aku ngelihat nak lisa didapur lagi minum air tiba2 saja dia ngambil pisau lalu ditoreh2 ditangannya bukk!!'

 



__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

'Ya Allah anak aku!!jerit puan sri sambil berlari masuk kedalam..tiba2 mereka terdengar bunyik terhempas diluar.. dalam kelam malam itu mereka lihat Lisa berlari keluar dengan memanjat dinding rumah besar itu dengan mudah,puan sri hampir rebah seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat sebentar tadi.Papa Sara dan tan sri cuba mengejar Lisa tapi lebih pantas Lisa berlari meninggalkan mereka.

'Ibu tahu mana dia pergi..sudah kamu masuk siap sekarang jugak kita pergi cari dia'arah opah Lisa.Puan sri dari tadi tak berhenti menangis kerana dia terlalu sedih mengenangkan nasib yang menimpa Lisa anak gadis yang dia sangat disayangi itu.Diver memandu seperti mana yang diarahkan oleh opah..20minit perjalanan kereta mewah itu berhenti diperkarangan sebuah rumah kampung yang bersih persekitarannya.

'Assalamualaikum ustaz'opah memberi salam.

'Waalaikumsalam..yahh..opah..silakan masuk'ustaz mempelawa kami masuk,lalu opah menceritakan musibah yang telah berlaku dalam family opah dan juga family Sara..opah juga berharap yang ustaz mampu menolong mereka menyelesaikan segala kekusutan yang telah berlaku..

'InsyaALLAH..sebaik2 perancangan hebat lagi ketentuan tuhan,adakalanya kekayaan sangat melalaikan sekiranya kita tidak menguruskan dengan kesyukuran,apabila kita tidak bersyukur kita menganggap duit adalah jalan penyelesaian sedangkan kita tidak tahu yang doa lebih tidak ternilai harganya..anak itu umpama kain dan dunia ni umpama colour pensil jangan biarkan dunia mencorak anak2 kita sebaiknya kita yang mencorak mereka dengan corakan yang cantik,halus dan suci..'ustaz memberi sedikit nasihat kepada mereka.

'InsyaALLAH,besok pagi selepas subuh saja kita akan kesana,lagipun sudah terlalu gelap kita tunggu agak cerah besok mencari dan mencuba menyelesaikan masalah ini..InsyaALLAH..'kata ustaz...mereka semua bersetuju dan berangkat pulang..

'Perbanyakkan doa..doa ibu bapa adalah senjata paling berbisa'ustaz menasihati mereka sebelum mereka pulang.

Keesokkan hari,selepas subuh..semua berkumpul di depan hutan belakang kolej.

'Kita cuba cari dekat sini dulu memandangkan ni tempat terakhir yang dia pernah datang'kata ustaz...semua setuju dan mengiakan,sebelum masuk ustaz mengangkat tangan dan berdoa dengan harapan semoga pencarian pagi ini dilindungi serta diberkati ALLAH..

'Bismillahirrahmanirrahim'dimulakan dengan melangkah kaki kanan.Mereka mulakan dengan menjerit2 memanggil nama Sara dan juga Lisa..

'Lisa....anak mama,mana Lisa sayang???'jerit mama Lisa sambil menangis kerana tidak dapat menahan sebak..

'Sara....come back,mama daddy rindu Sara....Saraaaa!!!'mama sara juga tidak dapat menahan sebak..sudah hampir sebulan Sara hilang tanpa jejak..Mereka masih meneruskan pencarian..tiba2 ustaz ternampak tompokkan darah pada daun,lalu mereka menjadikan tompokkan itu sebagai pemandu arah..agak kedalam mereka dalam hutan,tiba2 mereka terdengar suara rakus seolah2 sedang melahap sesuatu..

'Ya ALLAH Lisa'jerit mama Lisa..kelihatan Lisa sedang bertinggung dan melahap ayam hutan hidup2..darah pekat ayam hutan tu mercik dan memenuhi segenap wajah putih Lisa..habis baju dia dibasahi dengan darah..Ustaz memulakan dengan beberapa potong ayat..Lisa sudah pon dipegang oleh daddy dia dan juga tan sri.

'Ampunnn...jangan sakiti aku..aku udah enggak bisa menahan sakit lagi'Lisa bercakap dengan pelat indonesia.

'Siapa nama kau??'ustaz bertanya..

'Julia'Lisa menjawab ringkas..semua disekeliling terkejut

'Itu memang julia anak guey'tiba2 satu suara yang tidak dikenali kedengaran..seorang perempuan berdiri ditengah hutan itu sambil menangis

'Apa salah anakku??sehingga dia diperlakukan begitu??begitu kejam kamu semuanya!!'perempuan itu menjerit marah.

'Memang guey yang merencana semua ini..guey bangkitkan Julia agar dia bisa membalas dendam kepada orang yang mengkhianatinya!!'jerit ibu Julia.

'Astaghfirullah'ustas beristifar kerana terkejut dengan kenyataan ibu Julia yang telah bersekutu dengan ALLAH..tidak takotkah kamu akan dosa???tidak takotkah kamu akan azab api neraka??bertaubatlah..jangan disiksa roh si mata gara2 dendam amarah kamu!!'ustaz menasihati ibu Julia,kelihat air mata nya laju mengalir seperti sudah menyesal dengan tindakkan dia.

'Maafkan ibu nakkk..maafkan ibu!!'jerit ibu Julia lagi.

'Ibu...aku sakittttt bangat ibu..tolongin aku ibu!!!!!ustaz memicit ibu jari kaki kiri Lisa sambil dibacakan ayat suci al-quran..kelihatan Lisa meronta2 dan akhirnya terkulai layu tidak bermaya..tiba2 terlihat Julia disatu sudut berdiri memandang semua orang yang berada disitu terutama sekali ibunya.

'Julia..ini bukan dunia kamu..pulanglah kedunia kamu dimana kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu di sana'pinta ustaz..

'Ju..anak ibu yang ibu sayang...ibu minta maaf sama kamu,ibu sangat mementingkan diri ibu sehingga ibu tidak menghiraukan azab kamu,pergi lah nak..sejahtera lah keatas kamu anak'ibu julia menangis..

'Julia memandang dengan sayu..tiba2 julia mengangkat tangannya dan menunjukkan kearah juran dimana dia telah dibunuh lalu hilang dari pandangan..

'Saraaaaa!!!!!!!!Ya ALLAH,anak mama..kelihatan sara sangat2 lemah terbaring di atas batu2 yang pecah..disamping sara kami temui tulang temulang Julia...

Akhirnya semua persoalan sudah pon terjawab,Julia telah selamat dikebumikan manakala Lisa dan Sara telah mengaku kesalahan mereka dan dihadapkan ke muka pengadilan.

SEKIAN



__________________

aNAK maK abAH akU



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 90
Date:

ni cerita betul ke..?

__________________

semoga hidup akan sentiasa diberkati Allah swt yg maha esa... bermohonlah padaNYA kerana segala yg dimiliki kita di dunia ini adalah milikNYA... 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

aerieqa wrote:

ni cerita betul ke..?


 AERIEQA,cerita ni hanyalah rekaan semata2 tak dak kena mengena dengan yang hidup atau pon dan matibiggrin



__________________

aNAK maK abAH akU



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 90
Date:

ooo.. rekaan.. tp, mmg best... xkesahlah btl ke x.. asalkan best nk bc an.. huhuhu...

__________________

semoga hidup akan sentiasa diberkati Allah swt yg maha esa... bermohonlah padaNYA kerana segala yg dimiliki kita di dunia ini adalah milikNYA... 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

dh lame x on......rase best la ade citer baru

__________________

 someOne .....is..waiting..



Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

Wah best cerita nie

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard