Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: jembalang atok botak baik ati suka garu

Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:
jembalang atok botak baik ati suka garu

Sepupu aku tuh ada awek sekarang oiii. Kata datang nak lepak tapi lebih kepada aku duk tenung dia main henset sambil tersengih-sengih. Rasa nak ambil straw cucuk kat mata tuh biar tersembul. Aku sempat sekeh kepala dia, wei dahiku, ko nak lepak ke nak main tepon? Nak main tepon sila berambus, meluat aku tengok tersengih-sengih. Dia jawab, at least aku ada awek, kau ada?

Lepas aku belasah dahiku kat kedai makan, aku ajak jalan tengok tudung. Sempat pulak dia tanya, wei kau takde orang ngorat kan, kesian kau, nasib la jadi wanita hodoh. Pastu dia jalan belek tudung sambil tawar menawar nak beli untuk awek dia. Lepas tu aku karate dahiku sambil heret telinga keluar dari kedai tudung tu.

Biasalah bila acara sepupu sepapat keluar, acara makan tu otometik akan jadi berkali-kali. Memula lunch, jalan sikit beli coolblog ke air apa-apa lah. Jalan sikit beli cupcakes, jalan lagi entah apa yang masuk lam perut aku ni. Last sekali lepak lah starbuck. Aku kan memang tak suka minum menatang air yang bersangkut paut dengan kopi ni. Dah la mahal. Tapi disebabkan dahiku belanja, jadi aku belasah je lah. Itu pon jenuh aku mikir nak minum air apa. Last sekali order caramel. Dahiku kutuk, huh air kanak-kanak ni ko minum. Tak remaja betul.

Budak bangang ni, besar kecik besar kecik je aku tengok. Berlagak je, orang ada aweks kans.

So, pedulik pulak aku ko ada awek ke tak, setakat awek miskin buat apa, perabiskan duit kau je. Begitu lah ayat aku, ayat orang cover sebab jeles.

Lepak situ berjam-jam, maka terbukak la story pasal jembalang. Cita ni berlaku kat apartment awek dia. Biasalah sebagai jantan macho kena la teman aweks sampai depan pintu.

Kau mesti tak pernah ada laki buat macam tu kan? Eh lupa kau kan tak laku, haha! Weh nak sikit air kau, macam sedap je. Dia ambik sedut sampai separuh.

 Vavi punya sepupu! Aku pon pulas kepala dia sampai terteleng, lepas tu tojol kepala dia sampai terpusing. Kau nak suruh aku panggil hantu sawah padi sunatkan kau ke? Aku ugut. Dia pon tersengih, heeee taknak-taknak. Yang tu aku surrender, kata dahiku.

Ko tau tak, rumah awek aku tu celaka betul dia punya jembalang. Aku dah buat sesi dialog dengan dia, dahiku start cerita bersungguh-sungguh sambil selang seli minum air dia dan rembat air aku sekali. Aku cakap, kata tak remaja minum air kanak-kanak der. Dia balas, air ni aku bayar ke kau bayar? Aku kan?

Last sekali aku tolak dia suruh beli air lain yang takde kopi. Dia kata bawak budak jakun mana la ni, minum air pon air caramel, air coklat. Tak remaja langsung.

Ewah-ewah, kau tu umur dah ada kepala 2 kat depan, takpayah nak remaja sangat lah kan, aku bidas. Eh penat lah keluar ngan kau ni! Aku pon merajuk 3 minit, tau pulak cepat-cepat pergi beli air lain untuk aku. Haha!

Hari tu kan, lepas hantar awek aku depan pintu, perghhh jahanam wei jahanam, cerita dahiku sambil gelengkan kepala. Kenapa dia geleng, suka ati dia lah nak geleng ke apa. Dahiku sambung, dah la duk tingkat 14, seram-seram sejuk je aku rasa. Lepas say goodbye sebanyak doblas kali, aku pon dengan gaya macho chow pergi ke lif. Tunggu kemain lama, asyik berbunyi je pintu lif. Tapi bila sampai tingkat 14, pintu lif tak terbukak pon. Ade lah dalam 10 minit gua tunggu, kalo rasa nak terberak memang cirit jugak kat situ. Last sekali aku fedup, aku ingat nak pakai tangga je. Yelah, takkan aku nak terjun kot. Tangga je lah satu-satunya option yang ada. Aku pusing badan aku nak melangkah ke tangga. Pastu tetiba pintu lif terbukak, perghh lega lega. Tak payah aku susah-susah turun 14 anak tangga. Maka dengan senyuman di bibir aku pon masuk dalam lif, tetiba ada sorang pompuan ni datang sekat pintu lif.

Terkejut beruk aku, nasib baik ah cun. Dia pon tetiba cakap sori-sori. Aku pon angguk je lah dah dia say sori. Aku pon tak paham jugak dia saya sori untuk apa, hari raya lambat lagi. Kot laa nak bermaaf-maafan zahir dan batin.

Lepas aje pintu lif tertutup, aku ngan dia ajelah dalam lif tu. pompuan tu muka pon tercungap-cungap macam kena kejar hantu je. Sekali lampu lif malap-malap. Aihh candle light dinner ke apa ni. Pompuan tu tetiba kata, ah sudah, not againnnnn.

Cakap omputihhhh bakhangggg, aku pon steady lagi la. Dalam hati berdoa jangan la lif ni mampos sudah. Tetiba lif ni macam menjunam jatuh ke bawah, macam nak terhempas. Ko penah tengok tak cita omputih yang tersekat dalam lif tu? dahiku soal.

Belum sempat aku nak jawab, dia laju je tolong jawab, mesti tak pernah kan. Kau kan takde kawan nak pergi tengok wayang, haha!

Vangang budak dahi jendul ni, nak karate ke nak tendang? Dua benda tu je aku pikir sekarang ni. Dia yang soal aku, dia jawabkan. Baik hati betul.

Dahiku sambung.....lepas tu kan, tetiba lif ni berhenti. Tekan-tekan butang emergency tu macam tak berfungsi pon. Pompuan tu pon cakap, tak payah tekan la, i dah pernah kena dua kali. Kejap lagi u tunggu lah. Baca ayat qursi banyak-banyak.

Aku pon pandang dia lain macam, dia ni manusia ke hantu? Aku pon intai kaki dia, kot laa tak cecah tanah. Ok, kaki dia cecah tanah. Fuh lega.

Lif tu tak bergerak-gerak, aku pon call awek aku. Ciskek, tak angkat-angkat. Takkan dah mampos kot. Tetiba lampu padam. aku pon bukak torchlight kat henset aku, budak pompuan tu pon.

Aku dah cuak. Aku call jugak awek aku, sampai ke sudah tak angkat. Minah ni macam pelik je. Tak call sapa-sapa. Sekali tu, dalam samar-samar cahaya henset aku yang serba canggih ni, aku macam nampak ada orang tua belakang budak pompuan ni. Aikk, tadi aku berdua je ngan dia. Orang tua ni botak separuh, baju lusuh. Aku cek kaki, tak cecah tanah doe!

Pompuan tu cakap, u kenapa? U jangan buat i takut. Aku tak tergamak nak cakap nampak orang tua botak duk berdiri belakang lu. Aku cakap tak de apa-apa. Aku dah start berpeluh-peluh sebab panas. Budak pompuan tu pulak pergi dekat pintu lif, ketuk-ketuk pintu sambil jerit, ada sapa-sapa kat luar tak?

Memang tak ada lah, dah pukul 3 pagi. Yang minah ni nak pergi mana la pukul 3 pagi macam ni. Yang part dia nak pergi mana tu, suka ati lah. Tapi part yang dia ketuk-ketuk pintu lif tu yang takleh bla. Bila dia bergerak ke pintu lif, aku nampak orang tua tu memang betul-betul depan aku. Jahanam jahanam. Takkan aku nak cakap, boleh tak lu tak payah gerak kat mana-mana? Tak pasal gua kena hadap hantu orang tua botak ni?

Pastu aku perasan yang kuku orang tua botak ni makin panjang, makin cecah ke lantai. Allahurobbi, aku dah tak tahu nak buat macam mana. Pompuan ni macam tak nampak apa-apa pon. Dengki betul aku, orang tua ni kalo nak bagi orang nampak dia, bagi ah pompuan ni pon nampak sama. Ni aku je yang nak kena hadap sorang-sorang. Tak aci betul hantu ni, this is not fair bai.

Pastu aku pon pejam ah mata, tak sanggup nak tengok kuku-kuku yang macam hantu tu. memang dia hantu pon. Pompuan tu macam perasan yang aku gelisah semacam. Dia cakap, u kenapa? Aku cakap ah takde apa-apa, panas je. Kau tak panas ke? dia kata i okay je, tapi panas jugak lah.

Ni yang aku tak paham pompuan ni, kata ok, pastu panas. Yang mana satu ni. Ah pedulik pulak aku. Lepas tu aku tengok mangkuk hayun si botak ni dah takde. Alaaa main hilang-hilang pulak. Lemah betul.

Sekali ada orang duk cuit bahu aku. Alaaa bergurau pulakkkk. Nak kata pompuan ni yang cuit, dia duk korek pintu lif tu. kejadah apa ntah, dah sah-sah takde hasil duk try bukak pintu tu. aku tepis-tepis bahu aku. Sekali dia main garu-garu tengkuk pulak. Tapi sedap doe dia garu. Aku pon cakap, atok bawah sikit tok. Haa kat tengah tu, kena-kena. Kuat sikit tok. Best r tok. Perghhh sedap-sedap. Masa tu aku macam lalok je kena garu. Sedap gila.

Aku gelak tahap petala kelapanblas. Bodoh suruh hantu garu si dahiku ni.

Jembalang tu ikut cakap aku doe, kau mesti tak caya kan mataku? Ahh peduli pulak aku kau caya ke tak. lepas tu aku saja ah test atok botak ni. aku cakap, atok kiri sikit, sikit je. Dia garu betul der! Aku pon gelak sorang-sorang, bodoh jugak hantu tu. pastu dia siap main urut-urut lagi. Sapa taknak massage free.Hahahaha, aku dah gelak macam syaiton dah, sebab dahiku siap demo muka lalok dia depan aku. Macam la tak perlu.

sekali tengah syok kena garu ngan syaitan, aku perasan yang dia punya garu lain macam. Pedih pun ada. Aku cakap, atok dah la tu. garu la tempat lain pulak. Dah pedih ni.

Tapi dia tetap garu kat tempat sama. Yang si minah depan aku ni pandang pelik je kat aku. Dia pon suluh muka aku kat tepon dia. Tetiba dia jerit ya allah, ya allah, ya allah!! Pastu tekup mata dia.

Aku pon pusing belakang tgk hantu botak tu tenung aku dengan minah ni. Dalam samar-samar tu aku nampak la atok botak ni tak ada mata. Kemain terkejut aku beb. Aku pon tarik minah tu duk hujung lif. Dia dah start nangis. Aku pon dalam hati, hak elehhh, masa ni pon nak nangis pompuan ni. Aku cepuk kang terteleng kepala kau. Aku cakap, diam lah gila, kau nak kena cekik dengan atok ni ke?

Minah ni pon diam, i takuttt, minah ni cakap. Habis kau ingat aku ni berani ke? Aku marah dia. Aku baca-baca la ayat qursi sikit. Aku pejam mata sambil baca-baca.

I dah lambat nak ambik adik i kat shah alam. Mesti bas dia dah sampai, minah ni cakap. Aku dalam hati, ada aku tanya? Takde kan? Jahat gila si dahiku ni, biarlah pompuan ni nak meluahkan perasaan dia. Tak gentleman langsung, kata ada aweks.

Dahiku sambung.....tetiba kan, aku angkat muka tengok hantu tu, dia macam berasap-asap pastu hilang. Sempat ah aku cakap, tengkiu r wei tolong garukan, baik gak ati atok. Hati-hati balik rumah. Bye bye.

Dipendekkan cerita, lepas satu jam terperangkap dalam lif yang hampir aku nak hilang nyawa tu, tetiba pintu lif tu pon terbukak. Perghhhhhh rasa macam dapat nyawa baru. Minah ni pon keluar cepat-cepat.

Aku tanya dahiku, habis kau keluar ke? Dahiku jeling,aku pon keluar gak la vangang.Takkan aku nak duduk dalam lif tunggu atok botak datang garu kot. Apa punya soalan ntah dia ni. Dahiku membebel.

Tapi kan mataku, aku balik tengok tempat yang atok tu garu berdarah kot, patut ah aku rasa pedih. Ada 3 kesan calar. Aku balik aku mandi pastu letak gamat. Tangan aku tak sampai nak letak gamat, jadi aku ambik senduk yang panjang tu, aku ikat kapas yang aku letak gamat kat hujung, aku hulur kat belakang aku ni. Kreatif tak gua?

Hahahahahahaha, aku gelak macam jahanam lagi sekali. Bergegar meja aku gelak sambil tepuk-tepuk meja. Adoilaaa senak perut! Punya lah kreatif malaun ni.

Begitu lah sepupu aku ni. Wei aku keluar dengan dia before puasa tau. Kang ada yang cakap aku keluar masa posa. Aku suruh atok botak datang garu otak korang nanti.

Masa nak balik dahiku cakap, kau tau tak aku kapel ngan sapa sekarang? Aku jawab, dengan atok botak suka garu. Dahiku tojol kepala aku, wak luuu, atok tu aku dah booking untuk kau, kau kan spesis hantu. Wei tanya la, tanya la. Dahiku paksa aku tanya. Nak jugak aku tanya, padahal boleh je dia bagitau siapakah gerangan minah malang tu.

Aku malas nak bertekak lelama dengan mangkuk tingkat ni, jadi aku dengan malas nya tanya, kau kapel ngan sapa? Sambil muka aku duk kira kerusi dalam kedai ni.

Ehem, disebabkan kau beria sangat nak tahu aku kapel ngan sapa, aku gitau lah, nanti kau cakap aku sorok aweks pulaks kans. Dahiku cakap dengan riaknya.

Hotak kau, bila masa aku beria? Kau yang paksa aku tanya kan? Aku sepak kang! Aku bengang gila.

Sebenarnya dengan awek yang aku hantar sampai pintu depan aku dah putus. Aku pon mengucapkan syukur, alhamdulillah aku dah nampak dah cerah sikit masa depan budak tu setelah putus dengan kau.

Mulut kau memang jahanam kan mataku, dahiku bengang, haha! Padan muka kau.

Sebenarnya aku kapel dengan minah dalam lif tu... aku macam defak man??? Wei bila masa pulak kau buat sesi perkenalan dengan minah lif tu? habis aweks kau tu?

Dahiku gelak, aku break dah. sebab awek lif ni lagi cun dari ex aku tuh. Dah la aku call tak jawab. Konon silentkan telefon, aku dah separuh mampos dalam lif tu. alasan tak leh terima, so break ah. Yang penting yang ni lagi cun. Lepas keluar lif tu, aku teman dia pergi shah alam ambik adik dia. Sebab dia takut nak drive pepagi buta. Masa nak blah aku mintak ah no tepon, dia bagi pulak. See? Nampak tak aura aku ni hebat tak hebat?

Aku tak larat nak layan budak ni dah, teruk sangat dah tahap ke-riak-kan dia ni.

Smalam baru chat ngan budak riak ni, dia kata ex dia dah tahu dia kapel ngan budak yang tinggal kat rumah dia. Kalo terserempak dalam lif je, ex dia macam nak telah je minah lif ni. Haha, apa-apalah dahiku, kau tanggung lah kalo minah 2 ekor ni gaduh tarik-tarik rambut.

__________________

Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Hehe amat neraka syekali cerita nko ni.. Tapi best gak la, kalau nak kira, best lagi cerita transformers 4 yg baru keluar tu.. Tapi boleh laa boleh laa.. (sambil haku gelak sorang2 macam org tgh wasap dgn boipreng.)

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?

Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

Ijoi wrote:

tak aci ah bandingkan cita gua ngan cita robot tu..

__________________

Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

wahhhh ... real la cerita sepupu nko .. si dahi jendul tu  ..... macam cerita Real Steel pulakkk ....

gelak gelak sorang aku memalam nii ... pasal aku baca malam .. x kan nak gelak siang ... atoiii ......

buleh pulakk dahiku jendul tu nampak antuu ... dia ni jenia x de hijab kat mata ke adinda mataku mataku jua ...

cek elehhh ... betol ke nko tu hodoh tahap boipreng pon x de .....

jangan lah macam tu dikkk ... x baek taw ..... boi boi tu memang x de mata kolo x mau ngurat nko mataku mataku  juaaa ...

x pe .. kang aku tenguk tenguk la kat opis .. kot kot ade boi boi yang lok kawen ... (memang x de pong ... oak dud pong x de .. nasib nko la dik mataku mataku jua )

apapong   .. aku bagik bintang .. 4 bintang tiga suku kat cerita ku ... sebab aku terhibur ... chakkkkk!!!!

__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Senior Member

Status: Offline
Posts: 428
Date:

Uih...lazat jugak la citer ngko ni mataku...smpai rsa mcm nak gelak syaitonnn skali tp memandangkan bulan puasa...aku tahankan niat tu

__________________

apa ponn x bolehhh!!!

Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

boleh la..boleh la...

sebab kan cite ko ni setakat boleh la....jadi ko kena up cite lain plak.....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi

aku bapa si comel

Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

badda2 wrote:

dia boleh nampak pasal hantu tu mmg suku kaum dia..

perangai pon macam hantu..

mentang2 ada aweks kannnn..

masa takde awek, aku la yang dia cari..

sampai nak cari stokin pon ajak aku..

macam aku mak dia pulak..

esok dia ajak gua bukak posa ngan awek dia sekali..

aku cadang nak bukak semua cerita jahanam pasal dia kat awek dia nanti..

muahhahha...

baru keje wak, tak nyempat cari sugar daddy..

nak cara ke diri sendiri pon tak lepas lagi ni..

daddy gua kata, daddy taknak menantu yang merokok..

mana nak cekau jantan tak merokok sekarang oiiiii...

tima kasih ler waknda sudi baca cita gua yang tak seberapa ni..

ni ingat kat waknda ler tertunggu2 gua update story..

jadi takut kempunan pulak posa2 ni..

hikhikhik

__________________

Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

Zaza Izzati wrote:

Uih...lazat jugak la citer ngko ni mataku...smpai rsa mcm nak gelak syaitonnn skali tp memandangkan bulan puasa...aku tahankan niat tu

takpe, ko baca la malam..

masa tu kan dah bukak posa..

boleh gelak syaitonnnnn...

__________________

Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

g_freedom wrote:

boleh la..boleh la...

sebab kan cite ko ni setakat boleh la....jadi ko kena up cite lain plak.....

amboi ko giperidommm..

aku belasah ko nanti..

xde cita nak up..

nnt aku tanya sepupu aku tu, kot dia ada suai kenal ngan hantu lain..

opis dia berhantu teruk baqhanggg...

__________________

Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

mataku wrote:
badda2 wrote:

wahhhh ... real la cerita sepupu nko .. si dahi jendul tu  ..... macam cerita Real Steel pulakkk ....

gelak gelak sorang aku memalam nii ... pasal aku baca malam .. x kan nak gelak siang ... atoiii ......

buleh pulakk dahiku jendul tu nampak antuu ... dia ni jenia x de hijab kat mata ke adinda mataku mataku jua ...

cek elehhh ... betol ke nko tu hodoh tahap boipreng pon x de .....

jangan lah macam tu dikkk ... x baek taw ..... boi boi tu memang x de mata kolo x mau ngurat nko mataku mataku  juaaa ...

x pe .. kang aku tenguk tenguk la kat opis .. kot kot ade boi boi yang lok kawen ... (memang x de pong ... oak dud pong x de .. nasib nko la dik mataku mataku jua )

apapong   .. aku bagik bintang .. 4 bintang tiga suku kat cerita ku ... sebab aku terhibur ... chakkkkk!!!!

dia boleh nampak pasal hantu tu mmg suku kaum dia..

perangai pon macam hantu..

mentang2 ada aweks kannnn..

masa takde awek, aku la yang dia cari..

sampai nak cari stokin pon ajak aku..

macam aku mak dia pulak..

esok dia ajak gua bukak posa ngan awek dia sekali..

aku cadang nak bukak semua cerita jahanam pasal dia kat awek dia nanti..

muahhahha...

baru keje wak, tak nyempat cari sugar daddy..

nak cara ke diri sendiri pon tak lepas lagi ni..

daddy gua kata, daddy taknak menantu yang merokok..

mana nak cekau jantan tak merokok sekarang oiiiii...

tima kasih ler waknda sudi baca cita gua yang tak seberapa ni..

ni ingat kat waknda ler tertunggu2 gua update story..

jadi takut kempunan pulak posa2 ni..

hikhikhik

atoiiii .... buat pe nko nak carik BAPAK GULA ..... kang dapat kencing manis .... sapa yg susah? akuuuuu .... jugakkk ...

apa pong ... terima kasih ler kerana anankonda ... ehhh .. anaknda....

x x x .... bila masa aku jadik orang tua nko plakk ..... aaa ..... adinda mataku mataku jua kerana teringat akan diri aku yang suci murni bak sabon cap kapak nii ....

berusahalah dengan gigih dan penuh komintmen mencarik lagik cerita cerita seram cerita antooo dari sepupu dahuku jendol yang dah ada awek tu yea ..

ehhh ... bunyik suara ... macam nko jeles je mataku? ia ke? ia ke?

x pe ... kang aku tolonglah habak kat dahiku jendol tu ... bahawa sanya nko suka dia ... buleh? ekekekekekek

(ade jugak kang aku kene lesing ngan budak yang x berapa nak betul nii .. kih kih kih ...)

bapak gula la senang, boleh buat stok gula..

hahahahahha...

woiiii tak ada makna nya, dahi ku dah macam abang sdiri daa..

lagi pon dia tak hensem, hodoh gila. pastu kata orang lain hodoh..

hari tu dia kenalkan kat kawan dia, tak berkenan aih..

tengok bibir dah tahu kuat isap rokok..

adoi laaa, ingat senang nak cari laki..

susah rupanya.. dah la aku jenis yang bukan lemah gemalai..

habis caner..

__________________

Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Ceitt apa quote panjang lebar2 ni, amat berat mataku (bukan nama nko yek) nak membaca satu2..

Eh kalau nko nak cari lelaki senang jer, nko carik jer kat memana asrama putera, hah ramai lelaki kat situ.. Tapi bebudak lagi lah, alah apa susah, ko bela dalam brapa tahun, bagi makan bebanyak, dah besar nanti boleh la ko bawak gi jumpa daddy nko tu..

Bernas kan idea aku..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?

Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

oiittt ..... abang Ijoii ensem bukan kepalang .....

x berapa nak bernas lah idea nko tuuuu ........

apa nak susah susah membela anak-anak lelaki orang yang kat asrama tu ...

buat perabeh boreh je .... (lainlah kolo bagik makan rumput ...diarang nak makan .. sinang keje .. free lagik ...)

lagik senang .... nko mataku mataku jua ... pegi jelaaa kat masjid .... (masjid yang besa besa kat bandar laa dinda ..)

kompem ... ade jek la anak lelaki insan mulia lagi suci murni sebersih sabon cap kapak ...

sebab apa aku kate begitu? kompemlah yg bujang tu ... alim lagi tomakninah ... untung la kolo buat suami ..

udah besa panjang ... dia yang bagik makan kat nko .. x payah sesusah nak membelanya ...

aaa .. lagik satu ... kompem yang nie bujang ....

sape lagikkk ..? abang Ijoiiii yang ensem bukan kepalang laaaaa ....

(larikkkkkkk ....... ade jugak kang aku kene baling ngan terompah lesung batu lesung x batu kang ....)

dinda mataku .... pasal x ensm la sepupu nko dahiku jenndul tu seswai buat suami ...

sebab .... ensem ensem x guna  ... ramai awek jatoh hati ...

kanggg sapa yang susah? akuuuu ... jugakkk ....

__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

Ijoi wrote:

Ceitt apa quote panjang lebar2 ni, amat berat mataku (bukan nama nko yek) nak membaca satu2..

Eh kalau nko nak cari lelaki senang jer, nko carik jer kat memana asrama putera, hah ramai lelaki kat situ.. Tapi bebudak lagi lah, alah apa susah, ko bela dalam brapa tahun, bagi makan bebanyak, dah besar nanti boleh la ko bawak gi jumpa daddy nko tu..

Bernas kan idea aku..

bernas wak luuu...

aku cari laki utk bela aku ni haaa..

bukan aku bela depa..

kang aku lari pergi oversea kang haa, kawin nga matsalleh..

nak pergi langkawi pon tak mampu, inikan pulak nak pergi negera omputih, haktuihhh...

verangan!

__________________

Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

waknda:

aah eh, knapa la aku tak terpikir nak pergi tunggu depan masjid kan..

ok lah nnt aku bawak banner..

tulis "sapa nak kawin ngan saya sila kibarkan kain pelikat. walapon saya tak cantik dari segi rupanya mahupun body seslim maya karin, dan juga tak pandai masak, tapi saya akan usahakan belajar masak dgn mummy saya"

agak2 tok imam kejor aku sampai hujung kampung.

__________________

Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

ekekekekekek ........ ekekekekek .... (efek aku gelak sampek terkentut kentut ...)

..... apalah nko nie dik ...... kolo sapa yg nak nko kibar kain pelikat .....

agak agak yang x pakai seluar dalam apa jadik?

kang ada benda lain yang berkibar .... nko nak nengok?

maunya mati idup balik mati idup balik doplo kali .....

akibat terkezut cipan ... sangkeng cantiknya mendaalah yang berkibar tu ... nguahahahahaha ....

__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Senior Member

Status: Offline
Posts: 428
Date:

ekekekekeke(ok,sambung gelak mcm pak badot..ngehehe)...

dik mataku...ngko agak2 kain pelikat yg nak dikibar tu jenama apa?

Atlas?haha...tengah femes kt tv time2 bulan pose ni...

__________________

apa ponn x bolehhh!!!

Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

huh selera tinggi....nak yg hensem....taknak merokok....pastu nak yg kaya....alim lagi tu.....

klu mcmni bila geng kongsi gelap nak rasa nasik minyak ko kawen ni.....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi

aku bapa si comel

Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

...I am imbecile, enough said...

-- Edited by Ijoi on Sunday 6th of July 2014 07:44:05 AM

-- Edited by Ijoi on Sunday 6th of July 2014 08:07:19 AM

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?

Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

aaa ... tuuu .. nko dengor mataku mataku jua ..... akan nasihat abang Ijoi ensem bukan kepalang ......

memandangkan lelaki adalah lebih arip aripan tentang perasaan hawa na[su nafsi  serta jiwa raga ini ....

makanya ....... segala nosihat-nosihat beliau adalah amat bener belaka .....

apalagi kolo nko cakap ngan bf nko macam nii ....` eeee ... cantiknya kereta besarhnye kereta .... lawanya misai ... mancungnya hidung ... tajamnya jambul ...

lemai i camniii ....'

ayat itu hendaklah dielakkan sama sekali ... kalau buleh .. pasang tanda `palang' `no entry' kat kepala nko ....

ingat tuuuu .......

g preedeng ...... kita tunggu jela nasik minyak budak niii ...

kolo beliau x jemput ... siappppppp....!!!!

__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Super Member

Status: Offline
Posts: 620
Date:

Hanya sebab awek x angkat fon breakup?? Ha2..alasan..

__________________

Aku Begini,Bukan begitu.

Itulah aku,ika syg!

Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

En Badda, jangan mengharap sangat, kita ni cuma merancang, apa yg jadi esok, Allah yg tentukan.. Jodoh atau ajal yg mana datang dulu, Allah je yg tau..

Cuma boleh berusaha dan banyakkan doa utk apa yg diharapkan tu..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?

Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

Ijoi wrote:

...I am imbecile, enough said...

-- Edited by Ijoi on Sunday 6th of July 2014 07:44:05 AM

-- Edited by Ijoi on Sunday 6th of July 2014 08:07:19 AM

aiiikkk? apasalah ni incik Ijoi esem bukan kepalang? apa dah jadi? nko x pernah deleted taw nko punya posting ....

adoiiii .... apahal ni dinda oiiiitttttt ... ni bulan puasa dinda ... bersabar adalah lebih baik ....

berkata sebar itu lebih mudah berbading mempraktikannya ....

pgi ni kat radio erra dalam perjalanan ke opis ...

motivasi dari dr fadly ....... lebih kurang cam ni ...

berhati hati dengan cara berfikir ..

sebab dari berfikir akan menjadi pertuturan/percakapan ..

berhati hati dengan pertuturan/percakapan ...

sebab ... dari pertuturan akan menjadi perbuatan ...

berhati hati dengan perbuatan ...

sebab .... dari perbuatan menjadi tabiat ...

berhati-hati dengan tabiat ...

sebab dari tabiat menjadi sikap ...

dan berhati hati dengan sikap kita .... (semua ini berkaitan denganj diri kita)

sebab dari sikap kita akan menentukan masa hadapan kita ...

oleh itu .. berhati-hati dengan apa yang kita fikir ...

mengenai jodoh ... kita adalah dari golongan Ahli Sunah Wal Jamaah ...

percaya dengan qada' dan qadar serta tawakal dan usaha ikhtiar serta kudrat kita sebagai manusia ...

kita tidak berserah bulat bulat dengan JODOH kita kepada Allah SWT ...

kerana bukan itu yang Allah SWT nak kita percaya sebagai hambaNYa ...

USAHA ... IKHTIAR dengan kudrat yang diberi kepada kita ... berdoa .... dan barulah kita  BERSERAH KEPADA ALLAH SWT (TAWAKAL)

tentang JODOH kita ........

(aku ni bab bab agama x pandai pon .. tapi itulah yang ada yang aku boleh `share' untuk aku dan Ijoi dan kengkawan yang lain .. jika sudi)

__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

dan ... tertinggal pulak dinda Ijoi yang dikasihi serta dirahmati Allah SWT ...

jangan mudah putus asa ...

berbaik sangka lah kepada Allah SWT ...

sebab apa yang kita fikir itu ... sebahagian daripada harapan dan menjadi doa bagi kita tanapa disedari ..

oleh itu ... berfikir lah yang baik baik untuk diri kita dan masa hadapan kita ...

Insya Allah ... di bulan puasa yang mulia ini ...

Allah senantiasa mendengar dan banyak kelebihan kelebihan di bulan Ramadan ini  yang Allah kurniakan kepada kita ni  umat Islam ...

sebagaimana kita semua sedia maklum dan mengetahuinya ....

BERDOALAH YANG BAIK BAIK UNTUK KITA DIRI KITA DAN KELUARGA KITA SERTA KAWAN KAWAN KITA ....

Inysa Allah .. Allah makbulkan ....

Wallahualam ....

__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

Amin...

dengar tu nasihat yg berguna dari baddar...ni la salah satu sbb musabab knp aku suka bonda baddar ni....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi

aku bapa si comel

Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

pssst.... baddar

bila nak belanja aku air katira ni....kan aku dah sokong ko tadi....
(berbisik preedem kpd kambing jagaan nyer)

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi

aku bapa si comel

Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

insap kejap aku baca komen wak..

(sambil jalan tunduk tenung tanah, tangan kat belakang....)

p/s: bulan pose ni aku maleh sket nak komen panjang2, takut terkutuk korang kurang lak pahala aku.. hahahaaa...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..

Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

ala la la la la ... ketipang payung bucuk ala bucuk si  g preedeng nii ... (efek timang budak cam nilaaa..)

nak aku timang dah beso panjang .... x patut pulak ...

so .... efek bunyi cukuplaaa ... kih kih kih ....

aaaa .... tu kira ganti air katira sebab nko dah pow aku ...

wahhh ... cengkuduk itam putih kelabu asap ...

lame lobang idong bulu idung dan segala bulu bulu rambut ... x nampak kat GC ...

la nie baru timbul budak cengkuduk niii ....

tadi buka apa? ewahhh .... tahap chit chat pulak .....

__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

mana ada aku nak yang hensem, alim , kaya oiiii....

aku cari yang bersederhana je..

aku tak kesah ler dia gemuk ke kurus ke, kaya ke miskin..

yang penting bialah dia tahu batas2 agama, tahu halal haram dan mampu tanggung aku n anak2 nanti..

cewahhh.. yelah aku pon kerja, jadi tak perlu lah nak yg kaya, aku ada duit sdiri nak beli mekap, handbeg..

ekekekekke..

__________________

Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

aaa... dik mataku matamu lah... calon yg ni aku tau sape yg paling bertomakninah..

cer ko jek sket ijul.. konpem memenuhi citarasa enko..

wak, aku betul2 tgh bizi skang ni. aku komen kalu betul2 tgh tak bape nak bizi ke. maklung la, kena menanggung kije org bukan senang. nak2 lak tanggung kije bos, jadi bos kuli la aku ni skang wak, bukan kuli bos lagi.

ni pulak yg dah meninggal tu.. eh, yg dah meninggalkan kije tu pulak ada banyak mende tak hapdet lagi. lagi menimbun la kije aku. dah tu blah cam tu je, tak de tinggal wasiat, pesan gitu2 jer. nak jer aku nyanyi lagu kaki berkasut ku di bibirmu, tapi sib baik realitinya kaki aku tak sampek nak hangkat tinggi2.

yg aku tanggung sorang je, tapi aku terpaksa wat ekstra job, pasal lagi sorg pulak PT pun dah blah dpt jawatan baru lagi tinggi, pun tinggai kije tak siap. dah ujung2 dia kat sini bukan tau nak buat kije lek kok, sebokkkk ngan hal2 nak gi tempat kije baru, pas tu sket2 kol, tak pun whatsapp, pas tu kuar gi situ gi sini. aku jugak yg mengkaber kije dia. eh, whatsapp ni memang memudahkan komunikasi tapi kdg2 aku rasa cam menyusahkan plak kalo org asyikkkkkkk dok ngadap menatang tu, kan.. kan... nak je aku lempang laju2 biaq berpusing kepala 782 darjah celcius.

lagi2 pulak aku dah ujung2 bulan ni kena setelkan sume bende copek2. tak nak nanti aku bercuti panjang tepon aku dok bunyik2 tanya pasal kije. patner aku dah sound, kalo nanti aku cuti tepon bunyi bior dia yg jawab. ngahahaaa... tu kira last warning pertama utk aku jugak la supaya jgn bior kije tak siap, kan...

eh, terpanjang plak mengkomen aku.. hehehee.. jgn marah ek tuan tanahhh...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us

Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard