Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Hudud, sedikit pencerahan, adil bagi orang Islam dan bukan Islam.


Super Member

Status: Offline
Posts: 2363
Date:
Hudud, sedikit pencerahan, adil bagi orang Islam dan bukan Islam.


Assalamualaikum wbt.

 

Kenapa bila hudud nak dilaksanakan, banyak sangat kajian kajian yg perlu dilakukan, takut implikasi itu ini, tapi bila benda lain yg nak dilaksanakan, langsung tak perlu tanya pendapat mana2 pihak terus laksanakan.. Hudud bukannya sesenang jer main tangkap org kena tuduh mencuri terus potong tangan.. Banyak yg perlu diteliti sehabisnya sebelum sesuatu hukum hudud dijatuhkan..

Ini malas aku nak tulis kat sini, semua org pun tau..

Yang nak dijelaskan kat sini, ada segelintir orang, kalau yg non muslim tu tak setuju itu biasa, tapi yg peliknya yg muslim pun ada yg menolak hukuman hudud, dgn alasan tak adil, hanya orang Islam yg dipotong tangan atau yg lain mengikut hukum hudud, sedangkan orang non muslim hanya terima hukuman mengikut perundangan sivil biasa..

Ini yg nak diterangkan adil atau tak, bagi orang Islam yg berzina, kalau dah berkahwin, maka kalau didapati bersalah maka hukuman rejam akan dijatuhkan, sedangkan bagi orang non muslim tak apa apa, atau bagi hukuman mencuri, orang Islam akan dipotong tangan sedangkan non muslim hanya dipenjara beberapa tahun.. Adil ke macam ni?

Ok ini sikit pencerahan, bagi orang Islam, bila dijatuhkan hukuman rejam atau potong tangan, dosa mereka dihapuskan dan dimasukkan ke syurga, (insyaAllah), tapi bagi orang non muslim, kalau mereka direjam mati atau dipotong tangan sekalipun, mereka tetap ke neraka, adil ke tu?

Rukun Iman ada 6, beriman kepada Allah, beriman kepada malaikat, beriman kepada kitab kitab, beriman kepada rasul, beriman kepada hari akhirat, beriman kepada qada dan qadar.

Sesiapa yg menolak satu dari rukun iman maka gugurlah akidahnya, sedangkan hudud dari kitab Allah, sesiapa yg mengaku orang Islam tapi menolak hukum hudud, bererti menolak rukun iman yg ketiga, bila tak terima satu dari rukun iman, sia sialah rukun imannya yg lima..

Fikir fikirkan sejenak dan selamat beramal.



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 945
Date:

Ijoi wrote:

Assalamualaikum wbt.

 

Kenapa bila hudud nak dilaksanakan, banyak sangat kajian kajian yg perlu dilakukan, takut implikasi itu ini, tapi bila benda lain yg nak dilaksanakan, langsung tak perlu tanya pendapat mana2 pihak terus laksanakan.. Hudud bukannya sesenang jer main tangkap org kena tuduh mencuri terus potong tangan.. Banyak yg perlu diteliti sehabisnya sebelum sesuatu hukum hudud dijatuhkan..

Ini malas aku nak tulis kat sini, semua org pun tau..

**************************************************************

Sesiapa yg menolak satu dari rukun iman maka gugurlah akidahnya, sedangkan hudud dari kitab Allah, sesiapa yg mengaku orang Islam tapi menolak hukum hudud, bererti menolak rukun iman yg ketiga, bila tak terima satu dari rukun iman, sia sialah rukun imannya yg lima..

Fikir fikirkan sejenak dan selamat beramal.


 koreksen sikit... org melayu skang suka putar belit ayat. so aku tolong terangkan sikit ayat incek ustat ijoi ni ye..

opppsss... aku tak kata geng2 dlm GC ni suka putar alam, tapi forum ni kan ramai yg bukan member pun view jugak. kot2 dorang tersesat dlm thread ni pas tu nak pusing2 ayat suci murni incek ijoi ni kan.. ni aku tolong sikit ekk... sikit jekk...

bila tak terima satu dari rukun iman, sia sialah rukun imannya yg lima.. yg sbnrnye lebih tepat cakap rukun iman yg lagi lima. nanti org ckp ijoi ni memula kata rukun iman ada enam, pas tu dan2 transform rukun iman ada lima. tak bleh pakai punyer olang...

satu lagi...  semua org pun tau.. x semua org tau macam mana pelaksaan hudud ni. bukan aku nak kata jahil, tapi kurang jelas pasal pelaksanaan dia. ko tengok je retis2 skang ni, dulu pernah la kan 1 paper ni amik stetmen dorang pasal hudud ni. tahhapehape la dorang mengarut, aku nak gelak tak sampai hati, tapi tak gelak rasa cam baghal sgt plak dorang. mende lain sanggup kuir duit beriban2  nak blajo tapi bab2 agama haram nak dgr 1 ayat pun. tu yg memasing kuar stetmen tahap landak tercirit ni.

ape kata ko perjelaskan sikit. aku nak eksplen tak reti.kang takut tersalah cakap pulak. pe kata ko share je pape yg ko bleh share kat sini?



__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Warga GENG-CERITA

Status: Offline
Posts: 892
Date:

Pendapat aku elok laksanakan hudud memandangkan undang2 sedia ada iaitu dari zaman british gagal membentuk dan mendidik masyarakat. Undang undang sekarang boleh dibeli...merompak..berzina semua dilaksanakan secara bayaran denda. Kalau rumah urut dan konsert boleh dibenarkan tanpa apa2 pembentangan atau diskusi, kenapa bab hudud seolah2 banyak rintangan yang diwujudkan oleh pihak berwajib. Tepuk dada tanye selera

__________________
buduh cam lembuuu


Super Member

Status: Offline
Posts: 945
Date:

yaaa... sungguh tepat sekali iklan tak berbayar encik maluku...



dorang tu memang tahap buduh cam lembuuu...


ni contoh lembuu yg paling lembu dari lembu...




Sejarah Melayu Melaka bukti hudud gagal
| May 7, 2014


Faizal-Musa-aka-Faisal-Tehrani.jpg


Menurut seorang tokoh akademik UKM, Melaka terjebak dalam jenayah dan rasuah meskipun hudud diamalkan.

Faizal Musa aka Faisal TehraniBANGI: Menurut seorang tokoh akademik, Sejarah Kesultanan Melayu Melaka membuktikan hudud gagal mencegah jenayah dan rasuah yang berleluasa.

Hudud diterapkan di dalam Hukum Kanun Melaka semasa pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah.

Terdapat peningkatan kadar jenayah dan rasuah meskipun hudud dilaksanakan dan ini seterusnya menyumbang kepada kejatuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511, kata Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu, Dr Faizal Musa (gambar).

Beliau berkata sedemikian semalam dalam satu temuramah eksklusif ketika ditanya berkenaan sejarah pelaksanaan hudud di Tanah Melayu.

Isu pelaksanaan hudud menjadi bual bicara banyak pihak ekoran rancangan kerajaan Kelantan yang ingin melaksanakan hudud menjelang akhir tahun ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub dari PAS menyatakan bahawa dua usul rang undang undang persendirian akan dibentangkan seawal bulan Jun untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dua rang undang undang tersebut akan membolehkan pembentukan Mahkamah Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas dengan sejumlah lapan hakim.

Kelantan telah meluluskan Enakmen Undang- undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 untuk hukuman hudud di peringkat negeri tetapi tidak menguatkuasakannya.

Kerajaan persekutuan yang diterajui Umno pula menubuhkan jawatan kuasa teknikal hudud melibatkan pakar tempatan dan antarabangsa untuk mengkaji pelaksanaan hudud.

Faizal turut menjelaskan bahawa hudud yang dilaksanakan ketika itu ialah hudud Melayu.

Hukuman yang dikenakan ke atas pesalah mempunyai elemen Melayu yang tinggi lantas menyebabkan tahap penyeksaan yang lebih tinggi. Contohnya, penyeksaan menggunakan tempurung kelapa. Ia lebih kejam, kata beliau.

 

*****************************************************************************************

tak ke vangang tahap vavun tercirit tu..

ade ke hudud melayu? kalo dah hudud tu hudud la, selain daripada hudud tu bukan hudud namanya. tu undang2 ciptaan manusia tak kire la undang2 adat ke, undang2 sivil ke, undang2 budaya ke, undangan kenduri kawen ke..

eh???

 

ada pulak yang lagi voodoo vangang tambah komen:

  "Kerajaan Islam yang terbesar iaitu " the Ottomon Empire " akhirnya gagal oleh sebab rasuah yang dilakukan oleh pemimpin pemimpin dan juga ketinggalan dari segi teknologi juga membuktikan pemerintahan dengan hudud gagal pada abad ke 19 . Hudud tidak boleh menjamin tiada rasuah dan kesalahan mencuri , zina tidak akan dilakukan . Kalau kerajaan tidak tahu memerintah dan rakyat nya susah mencari rezeki , banyak kesalahan akan dilakukan oleh rakyat . Oleh kerana pemimpin yang tidak tahu memerintah , rakyat yang dihukum " indirectly " sehingga tangan dan kaki di potong . ."

 

kalo nak tau sikit2 sejarah kejatuhan dia klik sini pulak.



-- Edited by cengkodok puteh on Friday 23rd of May 2014 02:17:04 AM

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Warga GENG-CERITA

Status: Offline
Posts: 892
Date:

Sebab tu Rasullah diturunkan untuk dijadikan teladan dan panduan untuk umatnya kerana dialah contoh terbaik dari semua segi termasuk pelaksaan undang2 Allah. Rasullah berjaya menjadikan Islam sebagai tamadun paling berjaya kerana salah satunya undang2 Islam.

__________________
buduh cam lembuuu


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

aku nak komen bab-bab agama nie .. ada bimbang sikit laa ... sebab ilmu agama aku x sebanyak mana .. ilmu dunia pun x sebanyak mana .. sebab jika mengkomen nie  hukum hakam dalam agama  adalah lebih afdal disertakan hadis atau firman Allah swt ..... mengenai perkara tersebut .... agar penjelasannya lengkap sempurna dan tidak mengelirukan .... maklumlah ...... GC nie macam-mana insan macam macam manusia .... macam macam orang ada .......  yang berkemungkinan ilmunya lebih tinggi dari aku atau dari kita .....

 

 

sepembelajaran aku mengenai undang-undang di Malaysia setakat yang aku capai dengan pelajaran aku yang cuma sedikit ini .... undang-undang kita berasaskan `mother law' iaitu undang-undang sekular yang dipakai di England di mana penjajahan british di Malaya menyebabkan kemerdekaan kita yang dituntut pada ketika itu .... perlulah disyaratkan dengan meneruskan dan menggunapakai undang-undang british (sekluar) .. kerana sepanjang penjajahan orang putih di tanah melayu sejak british sepanyol belanda dan bristih semula .... (sepanyol dan belanda lebih tertunpu di Melaka) ... penerapan dan pemakaian undang-undang mereka telah berjalan bagi menggantikan undang-undang raja-raja melayu pada ketika itu ....

 

 

dari segi kebaikan pembelajarannya ...... negara kita menjadi maju dan moden seperti sekarang ... dan kelemahannya (aku x kata keburukan atas sebab-sebab faktor kemanusiaan dan adap tata susila) ... macam sekaranglaaa  ... pelajaran sekular menjadi keutamaan ...   Walau bagaimana pun .. dengan perubahan semasa selepas kemerdekaan ..... pihak pentadbiran undang-undang kita (yang sprate daripada pentadbiran pemerintahan negara .. sebab negara kita berdasaarkan kosep berasingan kuasa  ........ err . dipanggil teori apa tu .. lupe aku .... yang mana pemenerintah .. undang-undang .. dan rakyat adalah berasingan kuasa ....)   ..... dari semasa ke semasa ditambahbaik penggunaan dan keluilusan uyndang-undang di negara kita ...... dengan persetujuan pemerintah .. undang-undang Islam melalui Undang-Undang Syariah beserta keputusan ijtimak ulamak ..... digunapakai .... walau pada asalnya kesalahan mahkamah syariah tidak boleh diterap kepada pemakaian di bawah `common law' ... pada satu ketika .... akan tetapi skrang dengan penambahbaikan yang sentiasa dibuat ..... keputusan mahkamah syariah telah `valid' dan jika tidak dipatuhi boleh dipenjarakan .. dan hukuman penjara itu ... jika ia penjawat awam walaupun hanya sehari penjara) .. boleh dputuskan `buang kerja atau penamatan perkhidmatan ...) .. ia telah dikuatkuasakan sekarang ................ dan banyak  lagi contoh contoh yang lain ....

 

dalam penerapan hukum-hukum atu undang-undang Islam secara totaly untuk dilaksanakan di Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum ... agak sukar dilaksanakan atas banyak faktor ....... diantaranya keamanan negara .... keharmonian masyarakat ..... ekonomi ... sosial dan sebagainya yang perlu dambil kira ..... pihak kerajaan (senang katalah) bukan tidak mahu melaksanakan hukuman secara hudud atau undang-undang hudud .. .. apa yang dilaksana sekarang ini pon adalah berdasarkan undang-undang tersebut .. hanya di `qisaskan' .. di dalam Islam .. bukan hanya ada undang-undang hudud .. tetapi juga undang-undang qisas .. di mana hudud bila tidak dapat dilaksanakan .. di qisaskan atau `digantiikan' dengan yang hukuman bersesuaian dengan keadaan .....

 

 

aku berkata begini bukan aku menolak hudud ... tidak sama sekali ... akan tetapi cuba memahami mengapa hudud sukar dilaksana ... mungkin pada satu ketika Kerajaan Malaysia yang bertunggakkan Islam sebagai agama rasmi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia ... Insya Allah akan dapat dilaksanakan apabila tidak ada cara lain lagi untuk mendamaikan myasrakat mengharmonikan antara kaum dan mengamankan negara ... kecuali undang-undang Islam sepenuhnya ... Insya Allah ... dan aku percaya sebagaimana yang diriwaayatkan oleh para sohabat  dan di dalam kitab ... bahawa pada akhir zaman nanti .. kegemilangan Islam akan muncul .. dan orang islam serta udnang-undang Islam menguasai dunia ... Insya Allah ....

 

 

yang aku katakan ini bukan hukum hakam .. tetapi sejarah ... dan mengapa pelaksanaan hudud dan undang-undang islam sepenuhnya yang sukar dilaksana ... pemerintah atau kerajaan bukan tidak ada orang yang bijak pandai alim ualama fugara' dan sebagainya ... siapalah kita nak menghukumnya kerana banyak mana ilmu kita? bolehkah kita teraju perkara sebegini jika kita berada di tempat mereka? kita .. hanya dapat memberi pandangan dan pendapat hanya di forum forum kecil seperti ini ...

 

 

(oh yea ... pada ketika ini kita ada Mahkamah Tinggi/Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rendah, Majistet dan Mahkanah Syari'ah ...... keputusan daripada hakim-hakim mahkamah ini berbeza terutama mahkamah civil dan mahkamah syariah .... di mana jika penguatkuasaan hukum hudud hendak dilaksanakan jika ia dikeluarkan oleh mahkamah Syariah ... automaicaly 3 mahkamah civil perlu menerima undang-undang tersebut tanpa pertikaian ..... untuk menajdikan keputusan seperti itu ... banyak undang-undang dan juga dalam perlembagaan Malaysia perlu diubah ..... dan pelbagai lagi prosedur yang perlu dikaji sebelum dilaksanakan ..... kene banyak step ... seperti buat rumah .. mula-mula basic .. ratakan tanah .. pasang konkrit ... bina tembuk .. bina dinding ... pasang bumbung .. tingkap pintu .. lantai .... dan kesempurnaan bangunan rumah itu sendiri .. termasuk api air ... baru boleh diduduki dan diidiami ... seperti itulaaa ...)

 

 

jadiknya ... sewajarnya kita sama-sama berdoa kepada Allah yang Maha Bijaksana serta Maha mengetahui apa yang tidak manusia ketahui .... supaya negara kita aman damai serta dapat menjadi negara Islam yang tersohor dan rakyatnya dapat menikmati banya kemudahan serta beriman hingga akhir hayat .. Inssa Allah ..

 

 

 

Nota:

Harap maaf jika penulisan aku ini x berapa bijak .... dan ada fakta fakta yang tidak tepat .. aku petik sebagaimana pembelajaran aku yang mungkin ada yang aku telah lupa ..... jika ianya bercanggah dengan pndapat anda semua .. aku jugak mohon ampun dan maaf .... yang penting ... perbincangan dalam agama ini mungkin akan menjadi rujukan kepada sesetengah pihak .... kenalah berhati hati dan sempurnakan penerangan dan penjelasan sebagaimana kaedah yang sepatutnya .....

 

 

jika ada typo .. harap maklom

 

 

 





-- Edited by badda2 on Saturday 24th of May 2014 06:13:17 PM

__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 945
Date:

wah wahhh...


sungguh panjang melebor ceramah perdana wak badda... macam rel ketapi kl-jb.. ngeh ngeh ngeh... (mentang2 aku baru balik dari JB, pak mentua aku drive, tapi tu citer hari ahad...)

baguih penerangan cenggini. komen2 cenggini aku suka baca. aku tak marah kalo org ckp lagu wak ni, tapi yg aku hanginnnn sangat org2 cm dlm gambo aku post tu.. ada ke kerajaan islam tumbang sebab hudud? pala hangguk depa laaa.... saje nak memburuk2kan hukum Allah. hukum Allah ni diturunkan bersebab, bukan sesaje.


ada pulak yg cakap hukum hudud tak relevan dgn keadaan sekarang. kalo cam tu dia kata al-quran tak relevan la dgn keadaan sekarang sebab hukum tu dari quran. macam kata sorang pemimpin dulu (aku maleh nak sebut) pemakaian tudung tak relevan dgn keadaan sekarang. alasan: dulu2 disuruh pakai tudung sebab org jahiliyah suka rogol org, kadar jenayah sgt teruk. bis tu sekarang ni takde kes rogol ke? hayun betul...


tapi memang pernah aku baca kat fb sorang lagi mangkuk jamban ni cakap al-quran tak relevan dgn keadaan sekarang. kalo tak silap aku cam tu la komen dia. nak je aku pancung kepala dia.

aku pernah terbaca kalo kita menidakkan al-quran atau hukum al-quran dah kira kufur tau. jgn sebut sebarang.. bukan benda main2 ni...

aku ada save pic pasal komen tu, kalo jumpe nanti aku tepek kat sini. ke dah pernah tepek ek aku pun tak higat daaa... dah tua, tambah2 bnyk telan semut, hilang ingatan sudahhh...



-- Edited by cengkodok puteh on Tuesday 27th of May 2014 12:16:59 AM

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2496
Date:

telan semut jadi lupa kira ok lagi cekodok....
klu dah telan cadbury berlori lori..mcnm cerita tu....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 945
Date:

hahahahaharuuu....


telan la lori tu pulak..

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard