Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: misteri lori kepala warna oren(ambik dari fb wujud)


Senior Member

Status: Offline
Posts: 133
Date:
misteri lori kepala warna oren(ambik dari fb wujud)


Lori kepala oren (km414-424 lebuhraya plus menuju ke utara)

Kejadian ni berlaku sekitar tahun 2012 hari ke-5 selepas Hari Raya Haji. Perjalanan pulang dr Klang menuju ke Sungai Petani selepas selesai majlis pertunangan sy sendiri. Rombongan kami menaiki dua buah kenderaan. S
Seperti biasa, sebelum mulakan perjalanan doa dipanjatkan kepada yg Esa memohon perjalanan kami selamat ke destinasi dituju. Itulah yg dijadikan amalan sejak dr kecil hasil didikan bapa sendiri. Sy sendiri sbgai pemandu kenderaan dan sebuah lagi kenderaan dipandu oleh adik ipar sy yg jaraknya di hadapan sy lbh kurg 3 buah kenderaan. Pada ketika itu sy memandu pd kelajuan 105km/j. Masih di bawah kelajuan yg dihadkan oleh pihak berkuasa. Al maklumlah bwk org tua serta adik dan kakak. Bab tu lah kot memandu secara berhemah. Hehe.. Ok nk dijadikn cerita setibanya di km 414 highway PLUS perjalanan ke arah utara, kelihatan sebuah lori yg dtg dari arah bertentangan muncul di celahan kenderaan di hadapan. Pada ketika itu, fikiran terdetik pehal lori nie tiba2 dtg laju dr arah bertentangan ke arah kami. Kena kejar polis ke? Atas ada kecemasan lain. Serentak apa yg difirkan mulut sy terus bagitau pd bapa di duduk di sebelah kiri pemandu, "walid, tengok lori depan tu..gila ka pa masuk jln nie?".. Bapa sy diam tak kata apa. Pa yg dicakap tadi membuatkan satu kereta tergamam termasuk adik dan kak. Tp bapa sy kool plak. Haish.. Tiba2 mak sy hanya mampu berkata "Allah..Allah..Allah.." Yang peliknya dah la datang laju, siap menyelit2 celah kereta dan lori di hadapan. Tp kenderaan len jln mcm biasa sikit pun tak mengelak. Nak dijadikan cerita bila dah dekat lori yg tgh menyelik td betul2 menuju ke arah kami bertentangan mata lah plak.. Masa tu jelas nama lori kepala oren macam lori PROPEL. Sy masa tu was2 tp dlm hati dh istighfar siap. Mcm tak percaya pun ada. Something wrong sbb masa kejadian tu baru nk dekat pukul 7 ptg blom lg gelap. Saya stay pandu mcm biasa sikit pun tak terasa nk mengelak. Smpai betul2 depan kerete kami lbh kurg sebiji kereta barulah lori mengelak ke tepi sebelah kiri kami. Dengan laju nmpak kepala lori warna oren dgn jelas, tayar xnampak mcm dok atas angin ja. Bdan lori pun sama juga xnampak.. Yg pelik mak sy sekali lg jerit "Allahuakbar".. Sbb kebetulan dia duduk sebelah kiri di kerusi penumpang belakang.. Mana taknya, sebelah kereta kami kebetulan ada treler panjang.. Masa lori oren tu lintas sebelah kami, bunyi deruman enjin pun xda.. Sempat juga sy tgok cermin pandang belakang ghaib begitu saja. Tp yg sy perasaan ada juga treler di belakang kenderaan kami sempat bagi high beam 2-3 kali.. Tp taktau kenapa. Adik dan kakak di belakang turut nmpak lori tu juga tp tergaman sbb panik..selepas kejadian tu agak reda sket, sy tnya plak kepada bapa saya, apa sebenarnya yg terjadi td.. Dengan selamba bapa sy jawab "iblis tue..". Kejadian yg berlaku buat sy asyik terpikir sepanjang pemanduan ke SP. Sempat juga tanya adik ipar yg memandu di hadapan kami, ada tak nampak lori kepala oren? Diorg satu family cakap tak.. Itulah kejadian pelik yg berlaku selama memandu kenderaan.. Sbb xpernah berlaku. Nasib baik sy xpanik nk kilas stereng masa lori tu dh dekat.. Kalo tak tu kot yg selalu terjadi sblom kemalangan org nmpak keta tetiba mengelak dan berpusing.. Ini saja yg dpt dikongsikan. Maaflah kalau bahasa penceritaan kurg jelas dan menarik untuk anda. Nasihat saya sentiasa mulakan stiap pekerjaan dgn ucapan Bismillah dan doa. Supaya kita dijauhi dr gangguan syaitan dan iblis Laknatullah..



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 90
Date:

ERMMM... BAHAYA BETUL.. NI LAH SALAH SATU PUNCA KEMALANGAN...

__________________

semoga hidup akan sentiasa diberkati Allah swt yg maha esa... bermohonlah padaNYA kerana segala yg dimiliki kita di dunia ini adalah milikNYA... 

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard